Tuesday, April 20, 2021

Zam Ikan Bakar Cyberjaya

haa meh nak share satu lagi tempat famous kat Cyberjaya kalo nak makan ikan bakar iaitu di Zam Ikan Bakar yang terletak di CBD Perdana 2...haa katanya dulu Zam ni buka kedai kat terminal bas mana tah aku pun tak sure, tapi now dia buka restoran betul dah...tapi memang penuh orang la, harap bersabar ya...yela tempat viral kan, sedap plak tu...memang ramai la manusia...
so dalam restoran ni ada dua area la, kat luar tu tempat dia bakar bakar segala jenis hidupan laut...so boleh ambil yang dia dah siap masak or pilih yang mentah dan minta dia masakkan...kalo yang ni lama sikit la nak tunggu kan...haa pastu kat belah dalam banyak lagi pelbagai jenis lauk pauk dan minuman...semua pun self service ya...ambil makanan dan duduk kat meja...
makanan dia ok la pada aku...harga dia reasonable lagi laa...dah kata kat Cyberjaya kan...macam sotong bakar dan bawal bakar tu harga dia RM13 setiap satu...bebraloi sebab besar dan sedappp...tak liat pun sotong tu walaupun besar...serious sedap!kuah asam dia pun sedap!lauk lain tu standard la dalam RM2 ke RM4 bagi semangkuk or sepinggan kecil tu...memang sedap dan puas hati!

6 comments:

  1. Replies
    1. mmg sedap...nanti dah abes puasa sila cuba okay

      Delete
  2. banyak tempat makan best di Cyberjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. banyak lagi tak explore ni hehehe

      Delete
  3. mmg sedap.dulu kt terminal bas cyberjaya. dkt je dgn ofis. sekrg lg dkt sebelah ofis pulak. recommended la

    ReplyDelete