Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Wednesday, May 1, 2019

Lemang Sushi Viral dan Kuih Raya/Kek Lapis Yatt's Bakery

sempena nak raya ni, aku nak buat bisnes kecil-kecilan sikit...hehehe...so aku share kat sini juga la kalo ada yang berminat, tapi penghantaran sekitar Lembah Klang ye ya...KL, Selangor dan Putrajaya...so aku nak jual lemang sushi, kuih raya dan kek lapis!haaa details seperti di bawah ya...if nak details leh email aku di dayah_jek@yahoo.com. Nanti aku bagi nombor untuk whatsapp...

LEMANG SUSHI VIRAL NISMILAN

Yeay lemang sushi yang sedappp, serta mudah disediakan untuk juadah raya...kalo ada orang datang pun senang hidang lemang sushi jer...lemang sushi dalam bentuk forzen, dan boleh dikukus atau masuk microwave sebelum dihidangkan...super yummy dan super easy!Last order pada 6 Mei 2019:

Lemang sushi (RM20)
-durian D24
-rendang daging
-serunding daging
-serunding ayam
-serunding bilis


KUIH RAYA OLEH YATTS BAKERY

Biskut Raya Yatts Bakery yang sedappp telah kembali untuk raya ini. Last order pada 6 Mei 2019:
šŸ Cheddar Cheese Tart RM28
šŸ Ombak Rindu RM28
šŸ Almond London RM28
šŸ Tart Nenas Obes RM28
šŸ Red Pearl Cookies RM27
šŸ Red Velvet White Chip RM27
šŸ Untaian Kasih RM25
šŸ Biskut Conflake RM25

Pembelian 6 balang & ke atas akan dapat beg + sampul duit raya Yatts Bakery



KEK LAPIS OLEH YATTS BAKERY
Selain Kuih Raya, Yatts Bakery juga menjual Kek Lapis!Last order pada 6 Mei 2019:
-Kek lapis saiz 1.5x 7inci
-Berat lebih kurang 300gm
Beli 1 rm20 
Beli 3 Rm55

1. Asam manis: pure butter, vanilla, creamer, asam manis
2. Prune : pure butter, vanilla, buah prune
3. Oreo : pure butter, vanilla, kepingan oreo
4. Cadbury: Pure Butter, vanilla, creamer, choc cadbury
5. Nutella : vanilla, pure butter, nutella, cream powder
6. Choc almond :Pure Butter, vanilla, creamer, choc, almond
7.Sutera ungu : Butter, vanilla, asam manis, keladi
8. Abg Sa Do : Butter, pure choc, no added sugar, layer dgn cadbury choc

Ketahanan kek
------------------------
7 hari pada suhu bilik tanpa buka packaging.
1 bulan dalam peti sejuk biasa
3 bulan dalam chiller kek
6 bulan dalam freezer

Monday, March 25, 2019

Pecah Hatiku~

hehuu last week aku ke Singapore, ada urusan kerja...sebab pi kerja ni, haruslah beg kena besar kan...so aku bawa la trolley bag medium size ni...masa pergi ok jer la, takde masalah...tapi masa balik, flight dah landed di KLIA pada jam 10.10 malam...sekali entah kenapa, luggage untuk flight dari Singapore tak keluar-keluar...beberapa kali announcement juga dibuat cakap delayed 10 minit...entah berapa kali 10 minit tah...dekat sejam baru beg dari Singapore keluar...huhuhu dah la pissed off beg lambat keluar, sekali dah keluar, pecahhhh weh!makk aih sakit gila hati aku weh...huhuhu...so tengok jam, rasa nak abaikan dan balik je sebab dah lewat kan...tapi rasa tak tenteram plak, nampak staff MAHB, dia suh ke kaunter Baggage Service tak jauh dari situ...
sampai situ, ambil nombor dapat nombor 2011, current nombor adalah 2003...bertabah la tunggu...huhuhu sib baik boss aku sudi teman bersama kan...kenangan gila la ngan boss ni, dulu masa pi Italy, ada kes luggage gak...meeting hari pertama, kena pakai jeans la kitorang sebab beg sangkut kat London...huhuhu...now kes beg pecah plak balik dari Singapore...dalam dekat sejam menunggu baru la sampai turn aku...lama gila weh...
sampai kaunter, duk tunjuk kat dia part yang pecah tu...staff tu duk bagi borang bagai...then tak lama tu dia cakap nak bagi aku RM300 sebagai ganti rugi...kami terpinga jap sebab takde idea berapa harga beg ni, sebab beg mak aku...hahaha nak call mak aku plak dia dah tido...aku tanya dia, berapa harga standard diorang bagi, dia cakap ikut customer biasanya berapa harga customer cakap...huhuhu so tengah berpikir-pikir tu, staff tu datang cakap takleh bagi cash plak, nak bagi beg jer...
memula dia tunjuk beg buruk...boss aku siap komplen takleh expand la apa la...aku diam je malas nak argue sebab dah penat...so budak tu masuk dan bawa beg lain plak...beg kali ni aku nampak macam ok, boss aku la beriya check semua...then dah puas hati baru kami on je laaa ambil beg tu...selesai kerja, tak payah aku nak pi beli baru kan...cumanya aku ralat sikit sebab trip ni aku tak ambil insurans!lupa weh sebab busy sangat sebelum pergi tu...huhuhu kalo tak leh claim ni, mau RM700 aku leh dapat...hahaha leh buat beli tiket kan!hahahah...pape pun, kenangan sungguh laa...memang kena banyak bersabar bila jadi sesuatu yang unexpected dalam sesuatu trip kita ni...bertabah laaa...demi keriangan berganda...gituuu tiru hashtag seorang blogger yang lamaaaa tak hapdate blog dia tuuu, eh tetiba dia muncul balik baru-baru ni...hahahahahahah #youknoowwhoyouare

Monday, October 15, 2018

I Seoul U bersama Bibie Karim

nahh korang aku nak share...kalo korang berminat nak pergi Korea tapi masih takut-takut or malas nak study sangat kan, sila kannn korang pergi ambil Onnie Bibie Karim yang tengah bermastautin di sana ni jadi guide korang!haaaaa dia ni memang Korea kampung dia nombor 2 laaa lepas KK tu...hehehe so aku yakin seronok korang nanti...lagi plak dia ni kalo bersembang macam tak reti nak berhenti, insyaAllah meriah hidup korang di bumi kimchi tu...hahaha...ok ini details Trip I Seoul U Backpacking bersama beliau...

Assalamualaikum.

Harga trip TERMASUK:
  • Guesthouse (double atau triple room, ensuite bathroom)
  • TMoney (macam touch & go tu, untuk kegunaan naik train dan bas)
  • Entrance fee
  • Return transfer airport - hotel (Limousine bus)
  • Tips untuk personal tour guide

Ini adalah percutian  ala santai yang tidak menggunakan bas pelancong. Transportation hanya akan melibatkan subway train dan bas. Tangga dan Korea berpisah tiada...weh tak Korea laaa kalo tak merasa naik subway dannn melayan tangga dia tuuu...hahahaha rasa nak mencarut je kekadang bila tengok tangga dia...hahahaha..

Harga trip ini TIDAK TERMASUK:
  • Tiket kapal terbang
  • Insurans perjalanan
  • Makan minum
  • Personal expenses

Jangan risau part makan/minum, Kakak Bibie akan bawa korang ke restoran yang HALAL/VEGETARIAN bagi yang Muslim (makanan atas perbelanjaan sendiri). Suruh Kakak Bibie bawak korang makan king crab weh...pastu makan grilled lamb...hahaha sedappp...tapi bayar sendiri okayyy...hehehe...

Sekiranya anda mempunyai itinerari sendiri atau tempat-tempat spesifik yang ingin dilawati, bolehlah bincang lanjut dengan Kakak Bibie...nak tambah hari pun boleh, semua pun boleh bincang...pape pun sila hubungi Kakak Bibie ye +60138025272 (whatsapp) atau email eryantiekarim@gmail.com. 

Monday, September 24, 2018

Cara Membuat e-Visa untuk ke India

pada penghujung Jun 2018, semua kaki travel dikejutkan dengan kenaikan mendadak harga visa untuk ke India!denggg...masa tu aku sakit hati betul sebabnyaaa aku kan dah nak pergi India masa tu...tapi takleh buat apa la kan, terpaksa redho je dengan harga baru visa ni sebabnya tiket flight dah beli, pakej dah bayar deposit...hehuuu...so pendek kata bagi e-Visa harga terkini adalah USD80 @RM320 (ada 2.5% processing fee dan GST), dan sah selama empat bulan manakala harga visa biasa pula adalah RM462.56 (tidak termasuk caj perkhidmatan), dan sah selama satu tahun...

so sebabkan e-Visa lebih murah, marilahhh kita beramai-ramai apply e-Visa sajok...kita pun bukan nakpi selalukannn...untuk e-Visa ni sah selama 60 hari dengan double entry okay...masa nak buat e-Visa ni macam-macam cerita dengar tau, cuak gila...sebabnya once rejected permohonan e-Visa ni atas kesilapan kita mengisi borang permohonan online ni, pembayaran kita sebanyak USD80 tu kira burned tau...hehuuu...nak aplly sekali lagi, kena bayar lagi USD80 tu...hehuuu sadisss!so haruslah sepanjang isi borang tu, debar dia macam nak isi borang menikah!hahahah...special thankssss to Hang Dhamin (2018) sebab banyak tolong aku mengisi borang ini, dan juga aku rujuk dengan blog Poobritney (2017) juga...

Dokumen yang perlu disediakan sebelum kita mula mengisi e-Visa bagi tujuan tourism ini adalah seperti berikut:
  • Gambar visa dalam bentuk JPEG, size antara 10KB-1MB yang dibenarkan...ada beberapa requirement untuk gambar visa India ni...biasanya orang kedai gambar tau, tapi ada juga yang tak tau, macam aku kena hari tu...tak pasal abes duit 2 kali pi ambil gambar...huhuhu untuk gambar visa India ni, gambar tak boleh berkacamata ye kawan-kawan!wajib tanggalkan!then background perlulah putih or plain light colored...lebar dan tinggi gambar harus sama...dan seharusnya tiada border pada gambar tersebut...ok ini yang penting je aku highlights, nak tengok details sila usha Document Reqiurement...nah aku bagi contoh gambar yang aku ambil...

  • Salinan passport dalam bentuk PDF, bersaiz 10KB-300KB sahaja...salinan pada bahagian passport yang mengandungi gambar dan maklumat peribadi kita tu yer...dan saja la share, masa aku scan pakai scanner office, size dia besar pula dari 300KB...so aku google je 'resize pdf' terus keluar converter dia...so senang je...hehehe...boleh cuba ye!

  • Credit card atau debit card untuk membuat pembayaran sebanyak USD80 dengan tambahan 2.5%...total dalam USD82.01 la aku kena baru ni...

  • Maklumat mengenai reference kita di India...macam aku sebab ambil ground package je kat sana, so aku letak nama mamat tu dan no telefon dia dan address houseboat kami di sana...kalo yang pergi sendiri tu, pandai-pandai laa korang nak letak nama sape ye...

  • Sekiranya pernah pergi ke India sebelum ini, perlu sediakan maklumat mengenai visa lama kita tu seperti No Visa, tempat pengeluaran visa, tarikh visa dikeluarkan...pendek kata, kena ada laaa visa lama tu...macam aku nasib baik masih ada passport lama, so visa dulu yang memang tampal dalam passport tu...selain tu kena ready gak information mengenai hotel dan penginapan kita dalam previous visit to India tu...nasib baik laaaa ada blog ni, senang nak refer weh....hehehe...


ok dah siap semua dokumen kan, makanya kena laaa siapkan mental pula...hahaha debar gila weh masa nak isi borang ni...hahaha ok sebabkan aku baik, makanya aku printscreen hampir kesemua step aku masa isi borang ni tau...demi korang-korang semuaaa...sebabnya aku dah rasa kepayahannya mengisi borang ni, dengan cuak gilaaa kalo tersalah isi...hahaha...ok jom layan...

1. Pergi ke website Indian Visa Online https://indianvisaonline.gov.in/visa/index.html#  baca dan study la apa yang patut ada kat dalam website tu kan...ingat ilmu tu perlu ada, walaupun aku dah ajar step by step ni...supaya kalo jadi pape, takde la menggagau...then klik pada e-Visa tu...sebabnya aku nak ajar korang buat e-Visa, kalo nak buat Visa biasa tu, kena pi carik rujukan tempat lain sebab aku tak tahuuu...

2. Dah klik e-Visa akan keluar laaa page mengenai e-Visa...again baca laaa apa yang patutkannn kat information tu...dah baca dan ready mental, ayuh kita mulakan dengan klik pada e-Visa Application...

3. Isi dahulu maklumat pendaftaran permohonan e-Visa ini...jadi untuk kita yang Ordinary Passport ni, boleh la pilih e-Tourist Visa ye...dengan tujuan untuk recreation/sightseeing...kalo ada nak mealwat sedara ke pak mertua ke, sila pilih yang berkenaan ye...lepas tu tekan continue...

4. Nampak tak Temporary Application ID warna merah kat atas tu...sila salin atau snap siap-siap...sebabnya later kalo komputer hang ke, rasa nak stop isi maklumat...later kita leh sambung semula dengan key in Temporary Application ID ni...ok lepas tu akan mula laaa sesi mengisi segala maklumat dengan banyak sekali...memula sekali haruslah details mengenai diri kita...untuk nama tu, letak je nama full kita di ruangan Given Name...ikut je nama dalam passport tu, tak perlu letak di Surname...dan untuk ruangan Visible Identification Marks tu aku letak None sahaja...malas nak declare tahi lalat kat muka ni...kang jenuh kena belek pula...hehehe...dan kemudian masukkan maklumat mengenai passport kita pula...kemudian tekan Save and Continue...kalo nak keluar jap, pi toilet ke apa klik la Save and Temporarily Exit...

5. Lepas tu kena isi maklumat mengenai alamat kita dan family details pulaa...siap dia tanya ada keturunan Pakistan tak nenek moyang kita...tak tau la kenapa kan...ada la tu, tak abes gaduh lagi India Pakistan nih...hehuuu...then declare marital status please...hahaha...then isi maklumat pekerjaan kita...ada member aku cerita, member dia tulis kerja journalist, sebabkan tu visa dia rejected...hehuuu jangan lupa jawap soalan korang kerja berkaitan Military/Police ke tak tu...aku pernah tengok Dayah Bakar punya laki tu askar, lepas je pi sana walaupun tick Yes...declare je la kot kan...then Save and Continue lagi...

6. Then sampai la page untuk isi maklumat mengenai visa kita...bila pilih e-Tourist Visa ni automatik dia keluar kat sini duration of visa adalah 60 hari dengan double entries...so kena declare port of arrival and exit kita...then kat sini juga la masukkan information pasal previous visa kita kalo kita pernah ke India sebelum ni...siap masukkan maklumat hotel lagi untuk previous visit...selain tu dia minta kita list kan semua negara yang kita pernah pergi...tapi limited space gak, aku takleh nak list kan semua pun...dan sekiranya korang pernah pergi any SAARC countries, please declare juga...dan akhir sekali masukkan info reference di India dan Malaysia...then Save and Continue...

7. Lepas tu kena upload la gambar dan scanned passport tu...haaa kat sini aku lupa printscreen...yang upload gambar...hahaha nervous sangat kan...hahaha sempat printscreen kat scanned passport je...basically sama je laaa...select photo or file then tekan upload...then Continue...

8. Dan kemudian dia akan paparkan semula semua details yang kita isi kan tadi...check semula ye sama ada maklumat yang diisi adalah tepat dan benar...kalo tak tepat, masih boleh Modify lagi masa ni ye...if dah yakin semuanya okey, sila la tekan Verified and Continue...

9. Dan lepas tu kita pun dapatlah Application ID kita yang sebenar...simpan gak sebab later nak check status dan print e-Visa kita kena guna Application ID tu...so sampai dah kat page fee payment ni...apa lagi, keluarkan laaa credit card or debit card korang tu...kat sini dia cakap dah, kalo e-Visa rejected, tak dapat duit semula...sobsss...boleh Pay Now or Pay Later...aku Pay Now je la, kang lambat plak dia proses kan...boleh pilih payment gateway melalui SBI e-pay atau Axis Bank...aku tak tau beza apa dia, aku pilih je SBI e-pay...

10. Then keluarlaaa page untuk pembayaran dengan harga pembayaran USD80 campur processing fee dan GST dengan jumlah USD82.01...haaa apa lagi bayar laaa...hehehe debar weh masa ni...sejuk-sejuk tangan aku...

11. Dan selesai la sesi permohonan e-Visa ke India kita bila dapat view Payment Success seperti di bawah...makanya tunggu laaa 72 jam proses e-Visa ni...

12. Tak sampai 72 jam, aku buat lewat petang hari ni, esok awal pagi dah dapat email kata e-Visa GRANTED!terkejut gilaaa...terus tanya Hang Dhamin, ni dah lulus ke...hahaha blurr...then lepas tu terus ke website, semak Visa Status Enquiry guna Application ID kita...dan wallaaaaa...lulus wei!hahaha Alhamdulillahhh...seronok tak terkata...Alhamdulillah...syukur...so then sila tekan Print Status...

13. Dan kemudian print laaa e-Visa ETA kita ni haaa...print color orang kata...print je la kan...so then simpan kemas-kemas dalam passport...jangan tertinggal plak...sampai di Delhi Airport nanti, cari laaa kaunter untuk e-Visa ni...yehuuu Welcome to Indiaaaa!ok doneee...aku harap perkongsian ini berguna untuk korang apply e-Visa okay...selamat berjalan ke India!yippie!

Tuesday, July 5, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semuaaaa pembaca Wanderlust DJ...eh ada lagi ke pembaca?aduhai lamaaaa btol blog ni berhibernasi...insyaAllah lepas raya aku update cerita yer....hehehe ok korang hati-hati di jalan raya, ingat orang tersayang ok...

Sunday, June 5, 2016

Salam Ramadhan AL-Mubarak!

Salam semua pembaca blog yang makin lama makin sendu ini...hahaha di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semuaaa yang beragama Islam...selamat menjalani ibadah puasa korang!semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum ini...minta maaf sekiranya selama ini ada yang terasa or tersinggung dengan aku melalui penulisan blog ini....dan untuk tahun ini, niat aku nak kurangkan berbuka puasa di luar...hahaha harap-harap berjaya la yer...dan semoga lebih rajinnnn dalam memperbanyakkan ibadah yang sunat selain yang wajib...insyaAllah...

Thursday, January 28, 2016

Eid Restaurant, Itaewon, Seoul bakal membuka cawangan di Malaysia!

sejak last trip aku ke Seoul, South Korea bulan April tahun lepas, aku memang gila teringin nak makan Samgyetang dan Bulgogi di Eid Restaurant di Itaewon...gila punya sedap hoih!sampaikan aku tak berani nak order 2 makanan tu kat kedai lain sebab takut tak capai expectation aku yang dah menjulang tinggi ni lepas layan makanan tuh kat Eid Restaurant...hehehe bunyi macam poyo kan?tapi itulah hakikatnya...serious sedap!masa ke restoran tu dalam trip yang lepas, aku sempat sembang dengan Saad, anak owner tu pasal cita-cita diorang nak buka perniagaan di Malaysia juga...aku memang sungguh-sungguh la support...gila kau tak support, untuk kepentingan perut aku gak nanti kan...takde la aku asyikkk nak kena datang Seoul kalo nak makan Samgyetang dan Bulgogi sedap gila tuh...hehehe

dannn selepas hampir setahun alkisah mendengar cita-cita anak muda tuh, tetibaaa jer pada awal Januari baru ni sue bagitau aku Eid Restaurant update di FB mereka yang diorang dah ready nak buka cawangan di Malaysia!waaaaahhhh dan paling tak menahan, sue siap pi private message diorang tanya lokasi nak buka restoran tu...sekali diorang jawab Bangi!haaa terus kaklong kawasan melompat riang tau!hahahaha excited tahap gaban, tak sabar nak makan Samgyetang dan Bulgogi!ok excited nak jumpa Saad gak lepas teringat dia cerita pasal cita-cita nak buka bisnes dia di Malaysia tuh...Alhamdulillah hampir menjadi kenyataan...
dannn pada hari Ahad lepas again mereka update di FB mengenai progress renovation kedai mereka...dan paling tak menahan ada gambar depan kedai!haaa tengok sikit je, aku dah boleh agak lokasinya kat mana okeh!nampak tak tanda cop kaklong kawasan kat dahi aku?hahaha...excited weh...excited sangat...hahaha!
then keesokan harinya, masa hari isnin cuti thaipusam tu, aku join geng #jomkurus aku membakar lemak di Putrajaya...haaa aku kena sertakan sekali bukti aktiviti nih supaya takde yang kata aku tipu dengan cerita yang bakal aku ceritakan lepas ni...hahahaha!tak baik fitonah aku tau...hehehe...eh ada plak gambar Ratu Plank a.k.a Duta Abadi JJCM tengah buat plank tuh...hehehe...
dannnn lepas abes je aktiviti membakar lemak tu, aku pun bergerak balik ke rumah melalui Bandar Baru Bangi...pastukan, tetibaaaa jer hati tergerak nak pusing-pusing area Bangi tu...nak tengok betul ke tekaan aku terhadap lokasi Eid Restaurant yang bakal dibuka tu...sekali pusing punya pusing, betul kooo tekaan aku...siap nampak Saad lagi!hahaha haiyak, memula ragu-ragu gak, nak ke keluar kereta pergi tegur?lepas seketika, aku terus decided arghhh pergi je laaa...aku bukan nak menggatal pun kan...aku nak menunjukkan sokongan kaklong kawasan ke atas pembukaan restoran ni jer...ecewah...hahaha 

masuk-masuk jer terus tegur Saad, dia macam blur je kan...then aku cakap la pernah jumpa dia dulu kat Seoul dan tunjuk gambar aku...dan-dan diaaa ooooo...konon kenal kan...hahaha lepas terus sembang-sembang pasal restoran ni, makanan apa nak jual, konsep apa bla...bla...bla...sempat juga berkenalan dengan Fatin, business partner Saad di Malaysia nih...dannn dari diorang ni juga laaa aku dapat tau yang mereka akan buka Eid Cafe kat sini, bukan Eid Restaurant...konsep cafe ni akan jual minuman macam coffee dan paling penting ada tauuu omija tea yang best tuh!pastu diorang akan serve juga korean street food macam toppokki, rice ball, fried chicken dan lain-lain lagi...alaaa a bit kecewa sebab katanya Samgyetang dan Bulgogi belum sampai masanya lagi nak disediakan di cafe nih...hohoho nampaknya hakak kena pi Seoul juga laaa nih nak layan Samgyetang dan Bulgogi...sobsss!dan selain tu, cafe ni juga akan menjual hijab-hijab yang dibawa khas dari Korea...haaa menarik kan?tak sabar nak tunggu cafe ni operate nanti...katanya dalam masa sebulan lagi laaa...dan selaku kaklong kawasan dan Duta Abadi JJCM, sempat laa aku share info mengenai banyaknya dah kedai makanan korea di sekitar Putrajaya Bangi ni, terutamanya di IOI City Mall tu...saja laa alert sikit, supaya mereka lebih berdaya saing dalam berniaga ni nanti...hehehe...
so siap sediala eh kita menanti pembukaan Eid Cafe di Bandar Baru Bangi ni nanti...aku dah pesan dengan Fatin dan Saad tu supaya keep on updating tarikh pembukaan nanti...hakak tak sabar nak buat review...hehehe...oh ya, aku upload gambar dengan Fatin dan Saad di beberapa media sosial, dan telah mengundang pelbagai rekasi dari rakan-rakan...ada yang positif, ada juga yang negatif...so aku anggap je la tu sebagai cabaran dan dugaan dalam menjadi kaklong kawasan dan Duta Abadi JJCM yer!hahahaha...daaaaaaa...... =P

Friday, December 11, 2015

Permohonan Visa untuk ke China & Layan tekak Korea di Sweetree Restaurant, Ampang

ok malas nak sorok, hujung tahun nanti aku akan ke China, so dalam kesibukan kerja hujung tahun ni aku sempat la lari kejap ke KL untuk hantar permohonan visa aku ni...aku memang dah tak ingat macam mana nak mohon semua ni, nak study memang takdan sangat kan, nasib baik laaa baru-baru ni Zilla ada update cerita mengenai permohonan visa ke China...memang rezeki aku sangat la kan...hehehe siap ada link terus ke blog MKL yang ceritakan pula tentang bagaimana nak pergi Chinese Visa Application Service Centre Kuala Lumpur yang terletak di Hampshire Place Office, Jalan Mayang Sari, KL...tapi untuk aku, aku buka jer waze atau gps dalam hp tu, Alhamdulillah sampai je tempat ni tanpa sesat...

so seperti yang korang leh baca di blog Zilla tu, sebelum ke visa centre ni kena laaa isi borang dia siap-siap...ada beberapa cara yang boleh digunakan, korang leh baca di blog Zilla tu...untuk aku, aku pilih cara online jer dengan pergi ke website Visa for China ni dan isi application form...lepas dah setel isi semua, baru la aku print application form tu...oh ya, info tambahan, untuk middle name tu, sila letak bin/binti ye, jangan dikosongkan...tapi kalo korang lupa letak gak nanti, diorang akan isi kan masa di visa centre tu...lepas dah print borang, sila tandatangan borang tu...untuk isi application form ni, kita boleh juga buatkan untuk orang lain, tapi nanti ada ruang lain yang kena diisi...

dah setel application form, kena siapkan juga passport asal dengan tempoh sah laku lebih dari 6 bulan, salinan muka surat depan passport, gambar berukuran passport dengan latarbelakang cerah (putih/biru), salinan flight ticket dan salinan itinerary...untuk gambar tu, please make sure yang sama lebih kurang dengan passport...means kalo dalam passport tu gambar pakai cermin mata, so bagi la gambar yang pakai cermin mata juga ye...dan untuk salinan itinerary tu aku buat simple je, hari ni kat mana, esok kat mana...gitu jer simple...

dah siap semua, start kereta dan terus menuju ke Hampshire Place Office...kalo nak naik LRT sila rujuk blog MKL...sampai je di bangunan ni, aku ingat nak parking tepi jalan je, tapi kena sound dengan guard plak, terpaksa la masuk ke dalam basement parking...bayaran yang dikenakan adalah RM3 untuk sejam pertama...dalam hati terpikir gak, berapa lama laaa agaknya nak setel urusan application visa ni...hohoho...oh ye, sebelum pergi visa centre, please make sure hari tu bukan hari cuti hujung minggu atau hari cuti umum di KL yer...kang kut makan hati je sampai sana, tutup!dan untuk penghantaran application, masa yang ditetapkan adalah pada jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang sahaja...dari parking, terus naik lif menuju ke tingkat 5...
masa aku pergi ni kul 12 tengahari, rezeki aku tak ramai yang sedang beratur...sampai je depan kaunter ada pakcik guard duk tanya cukup tak dokumen...kalo takde borang lagi, dia suh isi dulu kat tepi tu...kalo takde salinan passport dia suh pi fotostat kat situ gak...tapi aku dah lengkap, terus beratur je...depan aku ada sorang je masa ni, aku duk tengok budak tu bawak sampai 6 passport, tapi 1 je yang lengkap...so dia kena datang balik semula nanti...masa ni aku cuak dah, kalo kena datang balik memang payah la aku...bukan dekat, dah tu payah nak time off lagi...huhuhu dan tak lama tu sampai turn aku, staff situ semak dokumen dan minta aku isi kan info mengenai seorang dari ahli keluarga dalam tu dan terus dapat nombor giliran...yeay!lega...
dah dapat nombor giliran, kena tunggu kejap nama dipanggil ke kaunter penghantaran application form...kejap je tunggu, nombor aku dah dipanggil...serahkan semua dokumen, dia duk key in maklumat, tak lama tu aku dah dapat slip untuk dikemukakan masa nak ambil visa nanti...yeay!aku ambil servis biasa je, means akan ambil masa 4 hari untuk visa siap...kalo korang nak siap cepat boleh gak, tapi bayar lebih la yer...hehehe staff situ siap explain nanti bawa slip tu lepas 4 hari ke aras 6 untuk ambil visa dan passport kita...masa untuk ambil ni antara jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang sahaja...masa tu kena bawa duit RM88.30  seorang untuk one entry visa...kalo ambil double, triple or multiple entries tu lagi mahal laa ye...details harga leh rujuk blog Zilla or website Visa for China tuh...haaa lega dah setel urusan permohonan visa aku dalam masa kurang 30 minit...untung juga datang kul 12 tengahari ni eh...kalo datang awal pagi mesti kena beratur je lama...hehehe!lepas 4 hari bekerja, boleh laaa datang ke tingkat 6 untuk buat payment dan collect visa!and ready to go to China!yeay!
oh ya, lepas setel application aritu, terus kepala ligat pikir nak makan kat mana...alang-alang dah kat Ampang kan...pikir punya pikir, sampai je kat kereta aku dah decide dah nakpi makan kat Sweetree Restaurant, Ampang...hehehe...gigih kan pi makan situ sorang-sorang...tetiba plak laaaa tekak nak layan makanan korea...napetah sejak akhir-akhir ni tekak dan perut asyik nak makanan koreaaa jer...hehehe sedapnyaaa layan makan Dolsot Bibimbap...aku suka!nyummeh!harga malas dah la nak cerita...hahaha sebab dah beberapa kali dah aku share dalam blog ni rasanya... =D