Showing posts with label Perak - Sg Siput. Show all posts
Showing posts with label Perak - Sg Siput. Show all posts

Thursday, September 25, 2014

VMY2014 : Utagha Trip Day 2.1 : Sg Siput, Mi Udang Sg Dua, Monumen Tsunami di Kota Kuala Muda & Pantai Merdeka


hari kedua perjalanan, kami bersiap agak awal...jam 7.30 pagi dah mula nak keluar rumah....hajat di hati nak pergi breakfast di Kuala Kangsar...makan mi daging di bawah pokok ceri di kuala kangsar....sekali tengok tayar kereta irma pancit daaa...nasib baik dah sampai rumah baru pancit...buatnya masa jalan lewat malam semalam, tak ke naya...huhuhu terus bawa kereta irma ke kedai tayar berdekatan...tapi sebab masih awal, tak buka lagi kedainya...kitorang tinggalkan kereta depan kedai tayar dan naik kereta sue untuk cari breakfast di Sg Siput...
tanya sue mana sedap makan, dia pun tak reti sangat...jadi gigih la kitorang search internet tempat makan best di Sg Siput tau...hahaha...akhirnya jumpa orang duk cakap makanan di kantin pejabat JKR tu sedap...sue mula-mula was-was nak bawa pi situ...sebab dia cakap buruk je tempat tu...tapi kitorang nak juga ke situ...sampai jer, memang gerai je la kan...aku terus ambil nasi lemak lauk ayam goreng dengan sambal sotong...nyum-nyum...wahh memang betul sedap makanan dia!kena sangatlah dengan selera tekak kami nih...hehehe masa tengah makan, boleh plak laaa Pengarah Kolej sue punnn nak makan situ gak...hahaha nasib ko la suee...
dah sudah makan, tunggu sampai jam 9 pagi baru la kedai tayar bukaa...terus dia pam balik tayar irma...katanya tak de apa pun...angin je takde...huhuhu pastu kami pun berpisah dengan sue...dan meneruskan perjalanan ke utara...bawa rileks-rileks sahaja dan kami tiba di persimpangan Sg Dua, Pulau Pinang pada jam 11.30 pagi...dari sini kami akan mula ikut jalan dalam jer...tak lalu highway dah...selain jimat tol, banyak destinasi menarik yang kami nak singgah melalui jalan dalam ni...yang pertama sekali haruslah pekena mi udang di Selera Sri Tambang, Sg Dua dulu!hoih favourite aku nih...order mi goreng udang untuk aku dan mi udang untuk diorang berdua...nyum-nyummm makanan diaaa...i loike...total makan adalah RM21 sahaja...kat sini dia timbang udang tau...pastu dia caj mi sepinggan RM4...haaa lagi banyak udang ambil, lagi mahal la...tapi udang sini besar dan segar...udang kertas laut tuh...terbaik!
dan kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kota Kuala Muda, Kedah pula...perjalanan mengambil masa hampir 1 jam...haaa kenapa gigih sangat nak ke Kota Kuala Muda ni?hehehe sebabnya nak pergi melihat Monumen Tsunami yang terdapat di sana...kalo nak tau, Kuala Muda ni antara tempat yang terkena tempiasnya semasa tsunami berlaku pada tahun 2004 dahulu...sebanyak lebih 4000 mangsa yang kehilangan rumah semasa bencana tu berlaku di sini...jadi dibinakan sebuah monumen daripada 26 buah sampan dan boat yang rosak akibat tsunami sebagai memperingati peristiwa tersebut...
selain itu, terdapat juga tinggalan rumah-rumah yang hancur dan rosak akibat tsunami yang dipagarkan di kawasan tersebut...tapi kami tak jumpa pula pintu untuk masuk..jadi hanya ambil gambar daripada luar sahaja...dan di hujung pantai tu ada tempat nelayan menaikkan ikan..dengarnya kalo beli ikan di situ murahh...tapi harga kena bisik-bisik yaaa...hehehe juga aku nampak ada kedai-kedai yang menjual mi udang...tapi kami tak cuba pun sebab masih kekenyangan....
oh ye, semasa dalam perjalanan mencari Monumen Tsunami ni, kami dah memang agak kesesatan juga la...waze takleh pakai masa ni..ntah mana-mana dibawanya kami..jadi semasa dalam kesesatan tu, sempat nampak signage Pantai Merdeka...dan ambil gambar...bajet jauh lagi pantainya sebab tengok dalam peta, pantai ni berada di bahagian atas muara...now kami berada di bahagian bawah muara...haaa paham tak?sebab Kota Kuala Muda ni berada di muara Sungai Kedah...jadi ambil gambar je la dulu, sampainya kemudian nanti....penting nak kena sampai di Pantai Merdeka ni sebab ia adalah salah satu tempat wajib dalam misi kali ini....hehehe ok ke mana pula kami selepas ni?haaa, kita sambung dalam next entry pula yer.... =D

Friday, September 19, 2014

VMY2014 : Utagha Trip Day 1 : Pau Yik Mun, Tg Malim & Thumb's Cafe, Ipoh

pada akhir bulan Mei yang lalu, aku bersama asie dan irma telah menjelajah negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis....kami ke sana atas sebab nak hadiri kenduri kawin cikwan, member pejabat yang aku teman shopping kawin di Bandung dulu tu....yeah bagi memeriahkan lagi trip ini, kami telah mengadakan misi bagi trip kali iaitu "misi menjejak cinta pantai merdeka & 7 pesona perlis"...

misi menjejak cinta pantai merdeka adalah untuk menjejak semua tempat yang disebut di dalam lagu Cinta Pantai Merdeka...
Kuukir namamu
Di awan Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
Oh! Indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...


dan bagi misi menjejak 7 pesona perlis pula dapat ilham dari portal rasmi kerajaan negeri Perlis yang mempromosikan 7 pesona perlis ni iaitu Ladang Tebu Chuping, Empangan Timah Tasoh, Taman Ular dan Reptilia, Harumanis, Laksa Kuala Perlis, Makanan Laut dan Padang Besar...haa gitu kan...so jom baca kalo nak tau sama ada kami berjaya ke tak dengan misi trip kami pada kali ini!

pada hari jumaat, 30 Mei 2014 kami masih lagi bekerja seperti biasa...tepat jam 5.45 petang, aku dengan asie dan irma mula bergerak meninggalkan pejabat, menuju ke arah utara...perjalanan agak smooth sehingga la semasa menghampiri exit Tanjung Malim, tetiba aku bersuara kelaparan...terus ajak diorang layan Pau Yik Mun seround...haaa exit jer tol, terus pasang waze...sebab aku dah lupa jalan, lagi dah nak maghrib...dah tak berapa nak nampak jalan...tak lama tu, dalam jam 8 malam, kami sampai di kedai makan Pau Yik Mun yang famous di Tanjung Malim...masa ni hujan dah mula turun renyai-renyai...masuk je kedai, ehh ternampak abang mamat khalid daaa...mula-mula buat jual mahal dulu kan...hehehe
kami duduk, dan buat order...aku ambil pau ayam, roti kawin dan kopi ais...berharga RM9 sahaja...ni kira makan ringan-ringan jer sebab dah janji nak dinner dengan sue di Ipoh nanti...selesai makan, masa dah bayar nak balik, dan-dan kitorang tegur abang mamat khalid ajak bergambar bersama...hehehe paling kelakar masa ni, sebab dia cakap sebijik macam dalam tv!abang...abang....ada shooting...shooting...di UPSI...UPSI....!hahahaha rasa nak pecah perut kami gelak masa masuk dalam kereta!hahaha!
dan kemudian kami meneruskan perjalanan ke Ipoh...perjalanan agak slow kali ni sebab hujan agak lebat...dah janji dengan sue, untuk berjumpa di salah satu cafe yang agak 'in' sekarang di Ipoh iaitu Thumb's Cafe di Greentown...kami selamat sampai di kafe tersebut pada jam hampir 11 malam...tapi kafe masih happening dan ramai orang...malam minggu mungkin...agak excited tengok deko kafe ni...ala-ala rumah melayu lama yang agak hip!gitu keterangan aku kan...hahaha duduk jer, kami terus buat order...aku ambil lamb chop dan sirap selasih...tak lama lepas tu makanan sampai...lamb chop dia sedap, tapi mayb nak cepat, tak cukup masak pada aku..almaklum aku tekak melayu memang nak well done jer...harga makan cuma RM15 sahaja...ok la kan...layan....
lepas dah kenyang, aku masuk kereta sue...dan kami bergerak menuju ke Sg Siput...rumah sue...malam pertama ni jimat bajet, jadi tumpang tido kat rumah sue...tak sangka rupanya ini kunjungan terakhir aku kat rumah sue...sebab baru-baru ni sue dah berpindah kolej...so rumah pun dah pindah...huhuhu sampai rumah sue dah 12 lebih..semua pun dah sangap...mandi-mandi, siap-siap...terus semua masuk tido...kumpul tenaga untuk perjalanan yang jauhhhh esok!