Showing posts with label Vietnam - Halong Bay. Show all posts
Showing posts with label Vietnam - Halong Bay. Show all posts

Wednesday, October 28, 2015

Cảm ơn Vietnam :: Day 2.3 :: Halong Bay Part 3


semasa sedang berlayar ni, tour guide duk tunjuk kami batu kapur yang menyerupai Kissing Chicken...pastu kat belakang dia ada batu kapur bentuk ikan...siap dia buat lawak, ayam tu kawin tapi dapat anak ikan...hahahaha deng!tapi Kissing Chicken or Kissing Rock ni merupakan salah satu ikon Halong Bay ni laaa...then ada la beberapa jenis bentuk batu yang aku tak berapa nak ingat dah...
dah penat bergambar, kami pun melepak kejap di bahagian deck atas tu...fefeeling orang kaya naik cruise la sikit kannn...nak naik cruise yang besar lagi tuh tak mampu lagi...tapi sok-sok sape tau kan...hehehe...tapi tak lama pun lepak melanguk atas ni sebab cruise bakal berlabuh di persinggahan kedua kami...yeay!
persinggahan kedua kami di Halong Bay adalah di Thien Cung Cave atau dikenali juga sebagai Heaven Palace Cave yang merupakan sebuah gua batu kapur yang dibuka kepada orang ramai di Halong Bay ni...cave ini merupakan salah satu tempat wajib singgah kalo kita ke Halong Bay...
nak ke gua ni kena mendaki tangga...alahai ni yang lomah lutut den nih...tapi sebabkan ramai orang kat belakang, kena la kontrol macho jalan tanpa henti...lepas tu semputttt...hohoho...agak tinggi juga la tangga dia buat orang yang tak fit macam aku nih...lutut plak dah bergegar kan...
tapi nasib baik juga ada tempat berhenti di pertengahan jalan...dapat rileks kejap...sambil tu kita layan view Halong Bay dari kawasan tinggi nih...memang cantik lah...tapi sebabkan semua tak cukup nafas dah masa ni, ambil gambar sekeping dua dah cukup...apa yang lebih penting masa ini adalah oksigen...huhuhu...
dan kemudian kami meneruskan perjalanan menaiki tangga sampai ke gua...wahhh dalam gua batu kapur ni penuh dengan warna-warni...lampu-lampu ni menyuluh ke arah batu-batu stalactite dan stalagmite yang penuhhh kat dalam gua tu...memang menyerlah la kan...haaa sekali tengok memang cantik, tapi sekali lagi tengok, eh seram gak...hahaha imaginasi terlebih kannn...
masa kat dalam gua ni aku macam pening-pening gak...sebabnya penat gila, nafas tercungap-cungap pastu kena masuk gua yang ramai gila orang...aku rasa panas dan sesak...peluh menggilaa...masa ni memang kontrol diri je supaya tak tergolek ke apa...memang masa ni rasa nak cepat-cepat keluar jer!tapi tour guide gigih duk explain setiap bentuk yang ada dalam gua tu...macam-macam bentuk laaa ada dalam tu...bentuk naga la, bentuk ehem ehem perempuan dan lelaki laa...haa tu je yang aku sempat dengar, yang lain memang pikiran aku melayang...hehehe!
dapat keluar jer dari gua tu, perghhhh lega gilaaa...baru rasa boleh bernafas!nak turun tangga ni laju la sikit kan dari naik tadi...tapi kena hati-hati juga la kot terjelepok tak ke carik pasal namanya...sambil tu kita layan view Halong Bay dari atas ni lagi...bila dah nak sampai dekat bawah tu banyak la kedai-kedai kecil jual souvenir dan air minuman...tapi kami takde beli apa pun laaa...
sampai je bawah terus carik kerusi nak duduk sementara tunggu tour guide kumpulkan semua ahli kumpulan kami...kagum aku dia boleh ingat muka semua orang...aku dah tak ingat nama tour guide ni, tapi yang pasti dia dari Wati Travel...memang highly recommended laaa pada aku Wati Travel ni kalo korang nak ke Hanoi...layanan terbaek!bila semua dah berkumpul, kami pun berjalan beramai-ramai menuju ke cruise... 
naik jer cruise, buah-buahan tempatan Vietnam telah siap dihidangkan...apa lagi, selamat menjamu laaa...hehehe sedapnyaaa buah laici tu...beruntung betul masa kami datang ni memang tengan musim buah laici...kemudian staff situ keluarkan juga souvenir kalo kami nak beli...harganya aku tak ingat, tapi macam mahal juga laaa...masa makan buah ni sempat sembang sakan dengan pakcik Jepun yang dah berusia 80 tahun kot duk travel sorang-sorang...kagum wehhh...hehehe dan lepas tu, cepat-cepat kami ke toilet ambil wuduk dan menunaikan solat di deck atas cruise...ngam-ngam je abis semua orang solat, cruise pun berlabuh di jeti semulaaa...selesai sudah perjalanan seharian kami di Halong Bay...
dalam jam 5 petang kami bergerak meninggalkan Halong Bay...masa balik ni, ada 3 orang tambahan naik bas kami daaa...dari ada tempat kosong belakang tu, terus penuh semuanyaaa...sempit la juga duk kat belakang tuh...pasrah jer laaa...kejap je ngomel dalam hati, lepas tu semua lelap berlayar...masa balik ni bas berhenti di hentian rehat...sempat gak aku layan kopi kat sini...dan lepas tu dah aku tak leh tidooo...sembang jer la kannn dalam gelap tu...
dan akhirnya pada jam 8.30 malam, bas kami sampai di Old Quarter, Hanoi...dan luckily, kami menjadi orang pertama yang turun dari bas...tak payah tunggu lamaaa...kemain satu bas duk bye-bye dengan kami masa ni...terharu la pula kannn...hehehe memang enjoy gila dengan trip kali ni...best!dan kemudian kami pun berjalan kaki untuk kembali ke hostel...

Tuesday, October 27, 2015

Cảm ơn Vietnam :: Day 2.2 :: Halong Bay Part 2

selepas beberapa ketika fefeeling berlayar atas cruise ala-ala pedagang cina zaman dolu kala membelah Halong Bay, akhirnya kami berhenti di Ba Hang Floating Village...sebuah perkampungan nelayan yang ada di Halong Bay ni...kat sini terdapat beberapa aktiviti yang boleh dibuat seperti menaiki bamboo boat dan juga berkayak...
turun dari cruise, terus kami pi pilih safety jacket dan beli topi Vietnam berharga VND30,000!panas hoih...hehehe sebelum turun dari cruise tadi, tour guide dah tanya siapa nak naik bamboo boat dan siapa nak naik kayak...jadinya turun je di floating village tu kita follow je orang beri arahan...dan seharusnya lah kami pilih bamboo boat sebab nak duduk senang lenang dengan orang tolong kayuhkan boat...tak gigih mana nak naik kayak dan kayuh sendiri...hehehe oh ya, untuk aktiviti ni, kena bayar VND100,000 seorang...diorang memang dah maklumkan awal tentang kos ni, so dah prepared la...
bamboo boat ini didayung oleh nelayan-nelayan yang berpengalaman...jadi rasa confident la sikit kan...hehehe aku masa memula baca dalam internet pasal bamboo boat ni, aku terbayang macam rakit tu jer...jadinya memang berbelah bahagi juga la nak naik ke tak...gila kau kalo macam rakit tu, ada aku ngan dini kat atas dia...mau tenggelam!hahaha sekali bila dah tengok rupa bamboo boat ni, aku lega dan yakin laaa nak naik...hehehe...tapi yang musykilnya tang mana bamboonya?hehehe
kami naik sama boat dengan couple dari Malaysia tu...masa naik ni, punya lahhh panas terik!nasib baik makcik pendayung hulur payung untuk kami...kerlas kan naik boat berpayung bagai...tapi bila dah pegang payung ni, punya la payah masing-masing nak pegang kamera...last-last bagi balik je ke makcik tu...masa tengah naik boat ni berselisih ngan orang Korea kan, kemain aku beranyeong...apa lagi ommo-ommo la unnie sekelian...hehehe...
dari jeti, kami dibawa menuju ke arah lubang batu kapur tuh...kena melalui kawasan bawah batu kapur tu untuk pergi ke kawasan dalam tu...katanya kalo air tinggi, takleh nak masuk la kawasan situ...ye la, mau tersangkut kepala kita kat batu kapur nanti...
bila masuk ke kawasan dalam batu kapur tu...wahhh cantiknya!keliling kita adalah bukit batu kapur yang tinggi...memang mengasyikkan...lama juga la kami berhenti di situ untuk ambil gambar...makcik pendayung pun sporting nak tolong ambilkan gambar walaupun kami berkomunikasi ala ayam dan itik...hehehe macam-macam aksi kami buat kat situ...nasib baik tak terbalik jer boat kami tu bila yang gemok-gemok ni pun sebuk nak bergerak ke sana ke sini...bertabah je la couple tu tengok perangai pompuan-pompuan nih...huhuhu...
setelah puas bergambar, akhirnya makcik pendayung pun bawa kami keluar dari kawasan dalam tu...kena lalu balik bawah batu kapur tu...masa nak keluar ni terserempak pula dengan cikgu-cikgu omputih di Pahang yang sama bas dengan kami tuuu...diorang gigih naik kayak tau...hehehe...nahh aku tayang gambar diorang...comel kan? =D
dan masa keluar je dari bawah batu kapur tu, tadaaaaa...lagi laaa cantik view Halong Bay ni nampak dari jauh...Subhanallah...dengan banyak bamboo boat nya, dengan perkampungan kecil di tepi-tepi batu kapur tuh...cantik!rasa macam dalam lukisan...aduhai syiok betul layan view masa ni...cuaca pun dah tak berapa panas, makcik pun dayung slow je kasi kami menikmati keindahan alam ciptaan Allah ini...
kemudian kami kembali ke jeti...disebabkan punya puas hati dengan makcik pendayung ni, kami pun hulurkan wang USD sebagai tips kepada dia...punya la happy dia kan...hehehe lepas tu kami pun cepat-cepat lari balik naik ke cruise...masa ni panas dah balik...laju carik air dan kipas...dalam cruise ni diorang sediakan makan je, air kena beli sendiri...mahal plak tu dalam VND20,000 untuk air mineral...tapi bila nampak air berais tu, semua pun kalah...mahal pun mahal lah...janji sedapppp tekak!dan lepas tu kami pun berehat sebentar...
habis melepaskan penat lelah, kami pun naik pula ke deck atas cruise untuk layan pemandangan indah lagi...bestnya masa ni tengok view...memang cantik sangatlah Halong Bay ni...dan macam biasa, orang lain bergambar ala-ala sopan...kami yang tak berapa nak senonoh ni bergambar sakan....pastu orang lain kagum-kagum tengok 'hasil kerja' kami...dan-dan ada pakcik tua tu suh gelpren dia ambilkan gambar sama pose macam kami...hahahaha sah-sah laaa gelpren tak reti kan...hakuuu jugak kena offer kan diri...