Showing posts with label Australia - Melbourne. Show all posts
Showing posts with label Australia - Melbourne. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

Jumlah Perbelanjaan di Sydney & Melbourne, Australia




yezza habes juga entry Melbourne dan Sydney...kira paling mencabar la nak buat post untuk trip kali ni sebab beribu-ribu gambar nak kena susun dan pilih dari 4 kamera!fuhh...OK aku nak share mengenai bajet perbelanjaan bagi percutian selama 6 hari 5 malam di Melbourne dan Sydney, Australia...trip disertai oleh 4 orang...so segala perbelanjaan teksi dan penginapan di bahagi kepada 4 la kan...okeh meh tgk bajet untuk aku seorang secara overall....

Flight AAX KUL-MEL (return) = RM910 (incl meals only)
Flight Jetstar MEL-SYD (return) AUD115 = RM370 (rate AUD1=RM3.22)
Penginapan (5 malam di Melbourne; 1 malam di Sydney) = RM355
Transport (taxi & weekly card) = RM635
Makanan & Minuman = RM575
Day tour, Fee etc = RM550



*Tukaran wang (selain untuk flight): AUD1=RM3.02


so jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan adalah sebanyak...RM3,395...tapi ni tak termasuk shopping la...aku takde beli apa sangat kat sana, just beberapa fridge magnet, perfume, tshirt dan jam Fossil!total barangan shopping adalah RM500!actually perbelanjaan boleh dijimatkan kalo tak shopping, pastu makan pula masak sendiri dan sewa kereta...tapi macam aku memang enjoy foods kat sana...tu memang dah style aku, biar berhabis kat makan...pastu amik pula pakej day tour instead of sewa kereta...hehehe so pilihan masing-masing la kan....pastu transport pula ada kesilapan di Sydney sebab terbeli weekly card instead of daily card...dan kami juga sangat suka sangat naik taxi walaupun dah ada card...so overall aku puas hati ngn kos trip ini yang masih di bawah anggaran awal aku iaitu RM5,000!sebab rata-rata aku tanya, semua cakap kalo ke sana, kurang-kurang abes RM5,000!masa aku pergi aku cuma bawak AUD1,000 only...dan dapat bawa balik semula dalam AUD250++....dengan makan di luar je, naik teksi selalu, shopping lagi...sangat berbaloi-baloi la kos tu kan...hehehe oh by the way, tiket flight dan hotel aku dah bayar siap-siap sebelum pergi... =D
ok selesai cerita trip to Aussie kali ni...aku harap aku dapat pergi balik ke sana...especially Melbourne laa...macam banyak je tempat-tempat yang aku tak pergi lagi kan, lagi-lagi yang luar bandar Melbourne tu...tapi next time kalo ada rezeki ke Melbourne, aku nak pergi ke Tasmania sekali!yeah!dan 1 lagi wishlist aku untuk Aussie ni adalah untuk ke Gold Coast...nak pergi Seaworld & Movie World aje pun!hehehe ok tutup buku Aussie buat masa ini, mari kita mulakan countdown untuk next trip pula!yeah 13 days to go!excited nak bercuti tapi sebelum tu nak kena stress dulu sebab banyak benda kat opis tak setel lagi!audit la, workshop la, report la bla..bla...bla....never ending story...huhuhu...dah tu itinerary untuk next trip tu pun tak siap lagi...hehuuuu semoga dipermudahkan urusan kita semua..AMIN.... =D

Thursday, November 14, 2013

Discover Downunder, Day 6 (200913) : Melbourne, Australia ~ Part 2

Sambungan dari: Discover Downunder, Day 6 (200913) : Melbourne, Australia ~ Part 1

wahhh akhirnya sampai juga ke last post pasal trip ke Aussie ni...hampir 2 bulan nak abes kan cerita...agak-agak kalo pergi tour Europe, mahunya lagi berbulan-bulan nak abeskan cerita kan?eh. hahaha ok saki-baki masa terakhir di Aussie digunakan sehabis baik...jadi tiba sahaja di Flinder's Station, kami terus keluar menuju ke Federation Square...sempat la kami mengambil gambar di depan Federation Square serta mengambil gambar di depan Flinder's Station..masa ni hujan turun agak lebat...tapi masih gigih bergambar...
lepas tu kami terus menaiki tram menuju ke Swanston Street..niat di hati nak makan di Norsiah's Kitchen..tapi sebabkan ianya terletak jauh sedikit, so kami decided untuk berhenti di Melbourne Cantral Station...dan mencari Restoran Esteler!kedai makan Indonesia...yeah kelaparan tahap dewa dah masa ni..terus masing-masing order nasi ayam penyet!set beserta air kotak teh botol adalah $11 sahaja...tak sempat amek gambar makanan sebab sampai je, terus makan!lapar!hahaha
dah kenyang, kami jalan kaki menuju ke Elizabeth St untuk kembali ke hotel..tapi sempat singgah di The Chemist berdekatan hotel..memang dari hari pertama aim nak pergi sini, hari terakhir sampai juga...sebab apa ke sini?sebabnya kat sini laaa ada jual perfume murah-murah..The Chemist ni ala-ala Guardian la kalo kat malaysia dan dia ada jual perfume yang murah...pilihan dia takde la banyak sangat..tapi boleh la kan..aku sambar juga la sebotol perfume Fantasy Britney Spears 100 ml dengan harga $19.99 sahaja...haaa apa lagi, boleh la pergi terjah sini kalo korang pergi nanti ke Melbourne!hehehe ada 2 buah The Chemist berhampiran hotel aku ni...dini dan amoi terus ke kedai yang satu lagi, aku dan sue plak terus balik ke hotel...sampai sana, lepak jap main internet sementara tunggu dini dan amoi...
tak lama lepas tu, kami terus ambil teksi di depan hotel untuk menuju ke Direct Factory Outlet (DFO) di South Wharf...actually ada beberapa DFO di Melbourne ni, tapi sebab ini paling dekat so ke sini je la kan..masa pun dah suntuk sangat...harga teksi adalah $13 sahaja...dekat sangatlah...sampai sana, terus cari directory board dulu...diskus mana nak pergi...dan terus pantas kami menuju ke kedai-kedai handbag!sue duk nak cari handbag sebagai hadiah besday katanya..tengok kat esprit, guess, fossil...masa di fossil, masa aku dan sue sibuk tengok beg, pastu tengok jam..sekali dini panggil...rupanya kat belah belakang tu, diorang jual jam Fossil murah weh!siap 2nd item discount 50% lagi!haaa apa lagi terus la aku dan sue sambar sorang satu...so gabung kami punya, yang paling murah dapat 50%...so harga jam merah menyala aku tu adalah $47.50 sahaja..sangat berbaloi-baloi..hehehe pastu masuk kedai macam-macam lagi laa...pelbagai jenama ada kat sini...aku pun tak masuk dan tengok sangat sebab dah penat sambil aku duk kontrol diorg nih...takut lambat sangat kan...nak kena balik cepat ke hotel semula....
dalam kul 6.30 petang, kami pun gerak semula ke hotel menaiki teksi berharga $9.50 sahaja...kemas-kemas beg...beranak-pinak beg jadinya bila travel ngn kaki shopping nih...hehehe pastu aku siap buang kasut yang aku pakai sepanjang di sana dalam tong sampah kat lobi hotel!sebabnya aku dah rimas tengok kotoran tanah dari Tulip Festival tu..kotor giler..so bye-bye la kasut yang telah menerokai bumi China, Macau, HK, Amsterdam, Portugal, UK, Italy, Indonesia dan Australia dalam masa setahun tu...hehehe tamatlah riwayat kau di Melbourne...kisah aku seorang kasut..hehehe 
pastu kami minta hotel telefon taxi untuk ke Southern Cross Station..dekat je sebenarnya ngan hotel ni, tapi sebab malas beg dah berat...sekali sampai je bawah, jumpa driver taxi tu, dia taknak hantar kalo ke station tu..ceh terus kami naik tram je..dekat je pun sebenarnya..tapi tetap la drama dalam tram bila sue nak tergolek dekat mamat comel sebab beg berat sangat..hahaha saje je kan...sampai ke Southern Cross Station, terus cari Bus to Airport...Skybus yang kami dah beli return ticket masa hari pertama sampai tu...pastu terus tunjukkan tiket, dan masuk ke dalam bas...legaaa dapat letak beg yang berat tuh...bas bergerak jam 9 malam meninggalkan Southern Cross Station..meninggalkan Melbourne..hohoho....we gonna miss you Melbourne!
sampai di airport 20 minit kemudian, tengok orang beratur panjang giler kat kaunter AA...so sue dan amoi beratur..sementara aku dan dini nak pi solat...punya jauh pi cari toilet..lepas dah amik wuduk, keluar toilet..hp dini yang ada kompas dah padam pulak...beg lain semua memang tinggal kat sue dan amoi...aduhai...terjumpa sorang mamat kat luar toilet, nampak macam pekerja airport...aku tanya la mana arah matahari terbenam..dia macam pelik..sekali dia tanya, aku nak solat ke...laaaa muslim rupanya!Alhamdulillah...skali dia bagitahu, ada prayer room kat sini!kat Melbourne Tullamarine Airport ada prayer room okeh!khas untuk muslim..kami terus menuju ke arah domestic arrival hall...kat tempat ambil luggage tu memang ada prayer room..kiranya tempat ni kami dah lalu hari tu masa balik dari Sydney tapi tak perasan pula prayer room ni..siap ada tempat wuduk...surau ni kongsi laki dan perempuan..masa kami sampai ada 2 laki tengah solat..tunggu diorang abes, baru kami masuk...solat siap-siap..then terus menuju ke kaunter AA semula..ambil duit syiling yang banyak tu jap, terus beli air dan jajan kat vending machine situ..kelaparan weh...sambil beratur, sambil makan...
sampai je turn kami nak check in..rupanya di sini agak straight dengan size hand lugagge...dia tengok beg dini yang nak bawak hand luggage terus dia suruh keluarkan lagi barang walaupun baru 8 kg...lebih 1 kg je pun..hohoho nasib ada paper beg, so letak barang dalam tu dan aku pegang la..sebab beg aku yg besar tu, kitorang masuk kan as luggage...dah dapat boarding pass, diorang bagi juga outgoing passenger card...selalunya masa nak masuk sesebuah negara je kena isi arrival card...kat sini, nak keluar pun kena isi juga...
dah setel urusan check in, kami pun menuju ke boarding hall...lalu kastam dan imigresen pun mudah saja...Alhamdulillah takde masalah...cuma masa ni, kaki aku dah sakit sangat dah..penat sungguh rasanya hari ini ke sana ke mari...sampai ke dalam tak jumpa kedai makan yang menarik minat..last-last melanguk je la kat kerusi berdekatan pintu masuk ke flight tu..sambil layan lagi beli jajan..syiling banyak kan..pastu berinternet..mata memang ngantok sangat dah masa ni...dan akhirnya, 12.15 pagi, flight kami bergerak meninggalkan bumi Australia...masing-masing kepenatan, terus tertido!sampai la masa makan..bangun kejap...pastu sambung balik tido...kata koala tourist kan...hehehe dan akhirnya selamat tiba di LCCT pada jam 7 pagi..wahh selesai sudah perjalanan kami yang aku rasa sangat panjangg tu...Alhamdulillah....tercapai juga impian aku nak pergi bumi kangaroo ni...wink....wink....ok next aku nak share perbelanjaan kat sana pula... =D

Tuesday, November 12, 2013

Discover Downunder, Day 6 (200913) : Melbourne, Australia ~ Part 1


okeyy setelah a few weeks bertangguh, mari sambung cerita hari terakhir di bumi kangaroo ini...so hari ini kami mempunyai jadual yang sangat padat!almaklum, kalo boleh semua tempat nak pergi kan...kan...hehehe seawal 7.30 pagi kami dah check out...bestnya hotel ini, sebab dia ada sediakan loker untuk simpan barang!ala-ala loker di Southern Cross Station yang aku tunjuk pada hari pertama sampai di Melbourne tu....di hotel ni harga 1 loker untuk 24 jam adalah $6 sahaja...muat la 2 beg besar dalam tu...so aku kongsi je dengan sue...lepas tu, kami terus naik tram di depan hotel, menuju ke Bourke St...dekat je, selang beberapa blok dari hotel kami...
kami mencari Restoran Pancake Parlour!berhampiran Reject Shop di situ...masuk je dalam restoran dia, wahh cantik nya dekorasi dia..ala-ala zaman dahulu kala..zaman koboi...ecehh...masa tengok menu, macam confuse apa nak pilih..sebab banyakkk sangat pilihan!tapi sebabkan aku nak minum hot chocolate with marshmallow, so aku decided amek Farmer's Breakfast..ada 2 keping pancake, homemade hashbrown dan pouched eggs...diorang yang lain ambil manis punya pancake...letak caramel pistachio dan ice cream kalo tak silap...diorang cakap muak sebab air dah manis, pancake pun manis giler...memang tak sesuai la kan...hehehe sib baik aku ok...sedapp giler okeh pancake tu campur ngan maple syrup dan salted butter dia tu..aduhaiii lembut sgt pancake tu..sedappp sangat!oh poached egg tu patut dapat 2 biji, tp sebab aku dpt tu, 1 tu mcm pecah sikit je pun..terus dia anta 1 lagi...terbaik!total makan kat sini agak mahal la..untuk aku je adalah $22.50...tapi nak cuba kan dan sangatlah berbaloi!
dari situ kami naik tram semula menuju ke Flinder's Station!sebabnya, kami nak menaiki train menuju ke Belgrave!di luar bandar Melbourne ni...nak pergi tengok dan ambil gambar bersama Puffing Billy!steam train yang famous tu...perjalanan mengambil masa sejam..kami sampai di Belgrave Station pada jam 10 pagi...masa ni kami touch ticket nak keluar dari train station menuju ke Puffing Billy tu...tetiba tengok baki card jadi $-2.42!terkejut kami..selama ni, sebabkan card tu unlimited, makanya dia tulis baki $0.00 je...tapi kami abaikan saja dulu sebab nak kejar Puffing Billy yang bakal bergerak jam 10.30 pagi...memang dah survey masa perjalanan steam train ni...dekat je dengan Belgrave Station, jalan ikut signage sahaja...sampai di pintu masuk Puffing Billy, aku terus masuk..tak beli tiket pun...bila pekerja situ tahan minta tiket, aku cakap la nak ambil gambar sahaja...dia pun terus bagi masuk...hehehe yezza memang boleh masuk je walaupun tak beli tiket yer...tapi untuk ambil gambar sahaja...apa lagi, masuk je, tengok ramai dah orang bersiap sedia naik atas train!sebab train nak berlepas tak lama je lagi...haa, apa lagi bergambar sakan la kami..siap bergambar dengan driver train lagi...pastu nampak group budak sekolah, dan-dan ajak gambar bersama..nasib diorang sporting abes...masa kat sini kami terjumpa semula geng cikgu besar dari malaysia yang kami jumpa di Sydney!pastu siap ada yang sound kami asyik ke hulu ke hilir tapi tak naik-naik pun train!hahahaha kami bukan taknak naik, tapi masa kami limited dah!ada banyak lagi tempat yang hendak dituju...pastu train pun berlepas..sangat unik siap pekerja situ yang tua-tua tu bunyikan loceng dan buat perlepasan yang best!sempat bergambar dengan pekerja di situ..semua pekerja di sini adalah pesara-pesara yang bekerja secara sukarela...comel kan...
lepas tu, kami terus menuju semula ke Belgrave Station, jumpa orang di kaunter dan tanya kenapa card kami jadi $-2.42...baru tersedar...rupanya kami ambil pakej card tu hanya untuk Zone 1!hahaha Belgrave dah keluar dari kawasan la...aduhai...so lepas bagitahu yang kami nak ke Lilydale Station juga lepas ni, yang terletak di luar Zone 1 juga, terus orang tu topup kan kami $14...dan terus la kami menaiki train yang memang sedang menunggu penumpang menuju ke Ringwood Station sebelum bertukar menaiki train ke Lilydale Station!yeahh tiba di sana jam 12.15 tengahari!terus keluar dari station menuju ke hentian bas...kami menunggu bas nombor 663 untuk menuju ke Tesselaar Tulip Festival!yeay!naik bas ni boleh guna Myki Card sahaja...mudah..perjalanan bas mengambil masa dalam 20 minit...sampai je di tapak festival, hujan mula turun renyai-renyai...kami menggigihkan je diri beratur untuk membeli tiket berharga $20 untuk dewasa...lepas tu terus la masuk ke dalam tapak festival!tema minggu kami sampai adalah tema Dutch!semua pekerja dia memakai pakaian belanda!hehehe then terus kami ke ladang tulip yang seluas saujana memandang tu..hujan yang turun sikit pun tak ganggu kami la!hahaha gigih masuk tengah-tengah bunga tulip nak bergambar sampai lecak-lecak kasut dengan lumpur...aduhai..dah le kasut aku kain...dah macam apa je aku tengok...tapi tetap seronok bergambar dengan tulip yang banyak sangat!

tak lama tu, hujan makin lebat pula...so dini dan amoi laju naik ke atas menumpang teduh..tapi aku dan sue decided nak naik train ke traktor ke apa tak pasti apa nama kenderaan ini..kena bayar $5 seorang...dia akan pusing keliling ladang tulip tu..aku tengok yang naik semua orang tua!hahaha lantaklah!best layan naik menda ni rileks pusing keliling ladang tu...sambil ambil gambar...
lepas tu kitorg jalan lagi di sekeliling tapak festival..ada kedai jual barang-barang souvenir...jual benih tulip, kasut clog dutch tu..ada kafe...ada ladang tulip turki dan holland yang kecil...mmg meriah la kawasan ni...tp apesal aku rasa macam ramai orang tua-tua yang datang sini ye...hehehe even sempat berkenalan dengan 1 group makcik-makcik dari Grampians..aku tolong diorang snap gambar...pastu siap ada tarian tradisional dutch lagi oleh pakcik-pakcik dan makcik-makcik tua..comelnya!best tengok!
pastu dalam pukul 2 petang, kami pun pergi menunggu bas di seberang jalan kami turun tadi..takde bus stop pun sini..tunggu je la bawah pokok..nasib dah tak hujan masa ni...lama juga menunggu bas 663...sampai je bas terus kami menuju ke Lilydale Station...kami singgah solat di sini dulu...tengah nak solat, ramai pula budak sekolah lepak situ..belasah je la kan...dekat dengan sekolah kot station ni..ramai giler student balik rumah naik train..kelas kauu....dan kemudian kami menaiki train terus pulang ke Melbourne...turun di Flinder's Station...