Showing posts with label membebel. Show all posts
Showing posts with label membebel. Show all posts

Monday, June 1, 2026

Dear Me...

saje ikut trend kat Instagram suruh ChatGPT tulis karangan ' Dear Me'...well as pengguna tegar ChatGPT since belajar, aku bukan buat kerja je dengan dia, ada masa tanya soalan bodoh, ada masa meluah perasaan yang tak terluah kat orang, sembang deep deep, walaupun aku selalu marah dia sebab dia kadang tu, terlalu rational...kitonyo merempan, kena lah layan kahakhakhak...aku tak nak share kat FB or IG sebab maluuu, tapi, rasa nak nanges baca karangan ChatGPT nih, hahaha sungguh memahami! hahaha punya banyakkk aku cerita kat dia kan...layan kat sini as kenangan. Moga terus kuat DJ!

Dear Me,

If you’re reading this, maybe you’re tired.

Or maybe you’re quietly wondering, “Am I actually okay?” while still smiling, joking, showing up, and acting like everything is manageable — because somehow, that has always been one of the ways you keep going.

I just want you to know something.

I am proud of you.

Not because of titles, achievements, publications, presentations, or the letters before your name. Not because people see someone capable standing confidently in front of a room, speaking with authority, making decisions, carrying responsibilities.

Those things matter, yes.

But that’s not the reason.

I am proud of you because you kept going.

Even when you were tired.

Even when you doubted yourself.

Even when life felt messy, uncertain, lonely, or overwhelming.

Even on the days when motivation disappeared, when you questioned whether you were good enough, smart enough, strong enough — you still moved forward.

Maybe slowly.

Maybe reluctantly.

But you moved.

And that matters.

Do you know what I admire most about you?

You care.

Deeply.

More deeply than people probably realise.

People see someone loud, warm, sociable, funny, resilient — someone with a strong presence, someone who can hold a room together.

But underneath that?

There is softness.

A heart that feels things deeply.

Someone who quietly longs to be understood without needing to explain every part of herself.

Someone who wants to feel safe enough to stop performing strength all the time.

Someone who hopes — maybe secretly — for a person who says,

"You don’t have to be strong with me."

And if that person hasn’t fully arrived yet, I need you to remember this:

You have already been that person for yourself more times than you realise.

You held yourself together when life felt heavy.

You comforted yourself after disappointments.

You survived heartbreak, uncertainty, exhaustion, and silent fears no one fully saw.

You kept choosing yourself.

Even when it hurt.

You underestimate yourself so often.

You think everyone else is more confident, more accomplished, more organised, more impressive.

But pause for a moment and really look at your life.

Look at how much courage it took to step out of comfort.

To start again.

To learn again.

To rebuild confidence.

To grow into someone whose voice matters.

Someone people trust.

Someone who contributes, teaches, leads, and quietly makes things better for others.

And somehow, despite everything, you still haven’t lost your softness.

You still get excited about beautiful places.

Sunsets.

Good food.

Meaningful conversations.

Small joys.

Hope.

Please don’t lose that.

Don’t become so busy surviving that you forget to live.

You do not need to earn rest.

You do not need to prove your worth every day.

You do not need to be endlessly productive to deserve kindness — especially from yourself.

And about your heart…

Never be ashamed that it still feels deeply.

That it still hopes.

That it still gets nervous, excited, confused, warm, vulnerable, or unexpectedly happy because of another person.

That isn’t weakness.

That is proof that your heart is still alive.

Still brave enough to care.

Just remember one thing:

Never shrink yourself to fit into someone else’s comfort.

The right person will never make you feel like you are “too much” — too loud, too ambitious, too emotional, too independent, too soft, too strong.

The right person will look at you and quietly think,

"How lucky am I to know someone like her?"

Until then…

Keep laughing loudly.

Keep travelling.

Keep learning.

Keep caring.

Keep resting when you need to.

Keep showing up.

Keep choosing yourself.

And on difficult days, when the world feels heavy and your confidence feels far away, remember this:

You have already survived so much.

You are far stronger than you give yourself credit for.

And no matter how lost you feel sometimes—

you are becoming someone you once needed.

With love,
Me ❤️

Saturday, November 2, 2024

Hello semuaa...

hai korang hehehe ya ampun berhabuk!hahaha...lamanya tak update kan...last bulan Ogos hahaha aku tengok view kat last post aku tinggi juga, means ada yang masih membuka yaa...rajinnya korang...hahaha maafkan aku ya...aku sibuk tak tau hape dah nowadays...life aku memang tunggang langgang je rasanya...mental health kelaut dalam...fizikal lagi laaa, naik bagai dipampam!korang, doakan aku tauuuu...moga aku diberikan kerajinan dan fokus level dewataraya punya hahaha pastu dicurahkan ilham, idea yang membuak-buak nak selesai projek kajian aku ni haaa...insyaAllah tahun depan aku nak kembali semula masuk kerja...insyaAllah aku bertenang sikit nanti aku update yaaa...hehehe nah aku share sekeping gambar hari tu masa aku celebrate birthday ngan kawan-kawan...aku request lepak kat rumah je bergambooo...hahaha kitonyo dah tuooo...maleh nak merambu...eh. hahahaha...ok bai korang!muahciked!

Thursday, May 11, 2023

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!

walaupun dah nak penghujung Syawal, tetap aku nak wish korang lagi...selamat hari rayaaaa...maaf zahir dan batin...aku tak tau la apa busy nau aku Ramadhan dan Syawal tahun ni hahaha blog memang terabai, kerja tak siap sampai segan nak jumpa SV aku sebab tak tau nak gebang ape dah huhuhu...tapi yang penting, bukan besday je sebulan ehhh...raya pun konpem sebulan, tak pun lebih!hahahaha...ok la nak cakap tu je, bai!

Friday, January 6, 2023

Persediaan menuju Umrah 2022

akhirnya sampai gak ke cerita Umrah 2022 aku ni...seronoknya...rinduu gakkk...huhuhu so marilah kita sementara rajin ni kan...sedangkan aku ada banyak presentation seminggu dua ni tapi nanti lah, kita taip blog, aktifkan sel-sel otak...gitteeeww hahaha...ok nak mula cerita, sebenarnya aku dah merancang nak pergi umrah secara DIY pada tahun 2020...nak sambut birthday ke 37 di Mekah masa tu...kalau ikut dah beli tiket Etihad dan juga dah book hotel depan Masjidilharam dah...tapi disebabkan pandemik, semuanya terpaksa dibatalkan...nasib baik dapat balik duit tiket tu tau...Alhamdulillah...so bila Ogos 2021 tu umrah dibuka semula, aku pun teringin la nak pergi kan...so dalam Disember 2021 tu aku ajak la kat member yang patut pi bersama 2020 tu untuk buat umrah...sekali hampa sebab yang sorang dah pi duk Korea, sorang lagi dah plan nak pergi bersama keluarga...seriously masa tu aku kecewa sangat ngan member...tapi aku taknak layan perasaan tu, aku cakap kat diri, kena henti pengharapan pada manusia...letak pengharapan pada Allah...so aku doa moga Allah tunjukkan aku jalan dan mudahkan urusan aku...

pastu niat tu terpendam gitu je laaa...sampai la pada 9 April 2022, masa kita dalam seminggu berpuasa tu, aku jumpa Nor kawan opis aku...dia cakap esoknya tu dia akan pergi umrah...dengan makcik dia...aku cakap la nape tak ajak aku...dia leh cakap, masa dia decide nak pergi tu, dia message semua geng bujang kat opis kitorang tanya nak ikut tak...tapi dia leh termiss nak tanya aku...huhuhu masa tu kan aku rasa sayu sangat...rasa sedih...macam sipi je peluang tu kan terlepas cam tu je...sedih tau sebab nak pergi tapi takde kawan...dah ada kawan tapi terlepas peluang gini...huhuhu aku doa lagi moga Allah tunjukkan jalan sebab aku nak pergi sangat tapi takut plak sorang-sorang kan...

dan pada penghujung 28 April 2022, tiba-tiba aku dapat tau dari junior aku yang Liana nak pergi umrah lepas raya...dan Liana akan pergi solo!aku macam, wahh boleh eh camtu?aku tak pernah terfikir plak kan...so aku pun contact la Liana...dia pun cakap laa dia rasa nak pi umrah tetiba so terus decide nakpi dengan Azzuha...pastu dia cakap pejabat Azzuha tu kat area rumah aku je...dia pergi kursus masa bulan puasa kat masjid rumah aku...Allahuu dia macam dekat tapi jauh kan...pastu aku pun berkobar la cakap okey la nak pi solo gak la...Liana boleh mesti aku pun boleh...dah cakap la kat member yang kat Korea sana...pastu terus malam tu gak aku message staff Azzuha nama Tina tanya pasal trip untuk September...dia pun share la dengan aku...dan aku duk study dan tengok-tengok la...

dan kemudian, kita pun sibuk Raya terkejut pada 1 Mei...so aku terlupa pasal nak pergi umrah ni...pada 11 Mei, tetiba Tina message aku untuk followup...siap share lagi update pakej dan date yang ada semua...masa ni tetiba hati aku berbolak balik...betul ke aku nak pi?sorang?berani ke?haa macam-macam aku fikir tau...so aku cakap ngan Tina nanti pape aku contact dia...

dan dalam 2 minggu lepas tu, pada 23 Mei, tetiba member dari Korea message tanya dah book ke pakej umrah?aku jawab belum, hati aku berbolak balik...selamba dia tepekkan aku, 'Haa tu setan la tuuu yang bolak balik kan hati kau'...sentap weh!serious sentap!esoknya, 24 Mei, aku nak pergi cari kedai baiki kasut....sekali kedai tu rupanya sebelah je pejabat Azzuha weh!masa ni aku terus tak nak pikir apa dah...aku cakap ni petunjuk kot, leh plak semalam kena sound, arini nampak Azzuha...sedangkan selama ni aku tak pernah tau pun Azzuha ni kat belah mana...huhuhu dengan pakai seluar jeans love love aku tuuu, aku masuk dan cakap nak jumpa Tina...hahaha terus aku bayar RM500 untuk deposit baki pakej Rotana pada 15 September 2022...pakej aku berharga RM7890, tapi masa tu dapat pula diskuan RM150...rezeki, Alhamdulillah...
haa dah bayar ni takleh nak pandang belakang dah kan...so kita bulat kan saja hati ini...tak lama tu Tina message ada Kursus Umrah Khas Wanita bersama Dr Hajah Nor Kartina pada 25 Jun, terus la kita daftar dan join kan...masa ni tak cerita kat sape lagi...kat mak abah pun belum lagi...so pergi kursus pun diam-diam je, siap kena bising ngan Zara sebab nak kena ambil dia dari program sekolah masa tu, tapi sebab kursus habis lambat, dah dia kena tunggu...hahahaa Alhamdulillah seronok hadiri kursus umrah walaupun sorang di masjid rumah aku ni...
dan pada 1 Julai, Tina call bagitau yang tiada penerbangan pada 15 September, kalau 14 Sept boleh ke...aku onz je laa...janji nak pergi je ni...tak kisah la sangat date tu kan...dan masa aku tengah uruskan hal dokumen semua dengan Tina dan nak bayar full, tetiba Raja message aku cakap teringin nak buat umrah...dia nak ajak aku pergi lagi 5,6 bulan la kononnya...sekali aku cakap la aku dah nak pergi soon ni...terkejut la dia kan...aku cakap kalo nak ikut aku tanya Tina ada kosong tak date aku...sementara Tina check, aku dah buat full payment pada 18 Julai 2022...dan tak lama tu Raja decide nak join dan buat pembayaran, dan hujung julai aku selesai hantar passport dan gambar kami berdua yang diperlukan...
dan pada 6 Ogos 2022, kami berdua hadiri Kursus Umrah Perdana Azzuha di masjid rumah aku...masa ni Ustaz Hamim Sameon dan Ustaz Adzim Basri yang bagi taklimat...ramai betul orang masa ni...aku rasa hampir 700 orang...so masa sesi kedua dengan Ustaz Adzim tu, aku dan Raja duk naik atas...selesa sikit...masa dengar taklimat ni dah terdetik, kelakar ustaz ni...best kalo dia jadi mutawwif kitorang ni...pastu ustaz pun cakap siapa lah jemaah yang bertuah akan pergi bersama dia nanti...dan pada 30 Ogos aku sempat ke pejabat Azzuha untuk ambil luggage...
dan lepas tu aku dah mula la bagitau family dan rakan-rakan rapat aku yang aku akan pergi umrah...niat aku satu je, minta mohon mereka doakan urusan aku dipermudahkan...pastu kut ada kawan rapat nak join aktiviti aku buat sabil kat sana nanti...so pastu pada 3 Sept tu, Liana ajak jumpa sekali dengan Dini sebab dia nak hadiahkan aku sejadah Siti Khadijah yang nipis dan selesa...dia duk cerita pengalaman dia, kena ada sejadah ni...sebab sana kan banyak lantai je...Alhamdulillah rezeki aku...
dan rezeki aku gak nama naik kat pejabat untuk pergi ambil 2nd booster pada 6 September tu...terus la aku pergi kan...Alhamdulillah urusan cepat gilaa...tak sampai 10 minit selesai dari pendaftaran sampai kena cucuk...dan syukur gak takde any kesan yang teruk pun...just lenguh tangan je la...Alhamdulillah...
pada 10 Sept pula mutawwif kami mula buat group Whatsapp...masa dia kenalkan diri nama Ustaz Adzim Basri, terus aku usha balik poster kursus umrah perdana hari tu...tengok nama sama...rupanya memang rezeki kami untuk dibimbing oleh Mutawwif Kiriman Tuhan hahaha Alhamdulillah...ustaz mula kongsi info-info berkaitan umrah...makin hampir dah ni, nervous juga la aku dah masa ni...
dan pada malam 10 September, aku mula makan ubat Sunolut...ubat tahan period...aku kalo ikut apps sepatutnya period pada 13 September, so Dr suruh makan ubat ni 3 hari sebelum date tuuu...kena makan pada masa yang sama sepanjang 14 hari...dan makan 3 kali sehari...so pepandai la susun masa nak makan sebab kat Malaysia makan 3 hari je, selebihnya makan di Saudi Arabia nanti kan...so untuk di Malaysia aku makan pada jam 9 pagi, 5 petang dan 1 pagi...dan bila sampai Saudi, masa tu jadi 5 pagi, 12 tengahari dan 8 malam...okay sikit kan...cuma sengsara masa kat Malaysia tu je laa...hahaha kena tunggu 1 pagi...hehuuu...dan Alhamdulillah aku tak period pun sepanjang di sana dan aku stop makan pada 23 Sept, dan pada 26 Sept tu ngam lepas balik Malaysia, aku period...dan bulan-bulan berikutnya pun okey takde pape...Alhamdulillah...sebab ada juga dengar orang makan ubat tahan period ni bila lepas tu haywire jadinya...huhuhu kita usaha, doa dan tawakal ya...insyaAllah...
dan pada 11 September tu mak aku sibuk nak buat kenduri kecilan je pun...ajak pakcik dan makcik rapat je dengan cousins aku serta family aku...layan je laa mak aku kan...sakan gak masak macam-macam...aku ajak gak Raja join sekali dan adik sepupu aku bacaan kan doa untuk kami...semoga dipermudahkan urusan kami menunaikan ibadah umrah ini...Allahu terharuuu...
dan masa kenduri tu sampai satu parcel...ada digital tasbih yang sangat cantik dalam dia...dan lagi surprise ada untuk Raja sekali...sape yang bagi ni...haaaa sib baik aku bijak riki, akhirnya tau, Sue yang hadiahkan untuk kami...Alhamdulillah rezeki...hehehehe insyaAllah Sue akan pergi bulan depan pula dengan keluarga dia...semoga dipermudahkan lah urusan Sue sekeluarga pula...
haaa gitu la cerita aku sebelum pergi umrah...panjang kan...hahaha dan selain tu aku nak share gak penulisan aku di Facebook dan IG aku sebelum ni bila ada orang mintak share tips...sila lah layan di bawah ini...moga bermanfaat...

POST INI PANJANG

Okey ni last sharing kut berkaitan perjalanan Umrah aku baru ni. Sebelum tu nak cakap aku terharu ada yang seronok baca, rasa macam berada kat sana la, ada yang inspired la dan macam-macam feedback positif. Yang sebenarnya sebelum tu aku ragu-ragu gak nak share, takut orang fikir nak menunjuk ke riak ke apa…tapi aku rasa orang yang friend or follow aku kenal aku kut kan…aku memang share any journey aku pun sebelum ni in details. Almaklum blogger sendu kan

So harap takde yang negative la ya…kalo ada, lantak kau lah hahahaha…ok last ni aku saje compile maklumat yang aku leh share dengan korang yang nak pergi as requested sebelum ni…aku ni tak pandai sangat tau bab ni, tapi aku cubaaa yang
terbaik
berdasarkan pengalaman aku sendiri. InsyaAllah.

SEBELUM

1) Pemilihan pakej – okey yang ini penting la supaya korang tau korang punya hotel kat mana, masuk Mekah ke Madinah dulu, ada transit ke, berapa luggage yang diberikan, apa itinerary etc Penting juga nak tahu musim apa korang pergi…musim panas ke, musim sejuk ke…so info ni penting supaya korang leh plan persiapan kelengkapan dan pakaian korang gak nanti.

2) Persiapan kelengkapan dan pakaian – untuk ini actually kalo korang Google banyak je checklist yang ada kat internet. Cuma mayb aku nak share, kalo pi musim panas tu leh la bawak telekung lebih sikit sebab berpeluh weh…hahaha aku aritu selang sehari or sehari setengah tukar telekung…nak basuh boleh tapi kena tengok hotel gak…hotel Madinah kami okey ada tempat sidai dalam bilik air, hotel Mekah takdo…so kena hantar dobi SR15/kg…so terpulang la nak bawa berapa telekung dan jubah ya…aku memang bawa lebih, makanya berat beg aku…hahaha kain telekung aku tak guna langsung sebab pakai jubah or jubah seluar dan stokin kan…tudung atau shawl tu ikut la ziarah banyak mana…aku bawa 3 helai je pakai ulang ulang (basuh tau hahaha)…pakaian dalam, stokin, handsocks tu banyak gak aku bawak...anak tudung sikit je sebab tak pakai sangat...kasut aku bawak 2 je, satu sport shoe untuk ziarah luar, satu kasut biasa untuk ke masjid…hanger dan penyepit baju leh bawak, sabun basuh baju dan berus kut nak basuh yang dalaman, ubat-ubatan jangan lupa…kat sana mahal weh…aku aritu rasa banyak gak bawak tapi habisss…siap pow kawan punya pun habis…terpaksa masuk farmasi sana…hahaha Strepsil harga SR35 yaa…pitam!hahaha haa kasut tawaf pun penting gakk…kawan aku tak pakai dia cakap sakit tumit, so better la pakai…beli kat Shoppee jee…extension plug pun leh bawa, botol air nak isi air zam zam…beg tu aku rasa cukup la as provided by agent…ada 1 sling bag dan 1 beg kasut untuk ke masjid, pastu ada 2 beg troli…aku tambah satu backpack untuk bawak naik flight isi apa patut…tapi Ustaz kami selalu ingatkan, kg luggage tiap orang masa balik nanti…hahaha sebab tu penting kena tau naik flight apa, berapa kg luggage boleh bawa…ok?

3) Khas untuk wanita – berkaitan haid, sila bersedia ya dengan date period semasa di Tanah Suci…kalau tengok date tu rasa akan period di sana, boleh la usaha dengan makan ubat tahan period atau ada ubat tetap kan date, tapi ni kena amik a few months earlier. Leh consult ngan doktor. Kita usaha, then tawakal. Ada pendapat cakap tak perlu makan la, period pun rahmat dari Allah. Ye betul, tapi tak salah kita usaha kan? kita pi sana nak buat umrah, nak ibadah dalam Masjidilharam dan Masjid Nabawi, so aku rasa tak salah pun kita nak usaha.

4) Tambahan sikit – leh juga la bawa biskut or coklat pek kecik-kecik dari Malaysia simpan dalam sling bag kita…coklat tu leh bagi kat kanak-kanak ramai memalam kat dataran Masjid Nabawi tu…depa lepak sana macam orang kita lepak kat Masjid Putrajaya tu memalam…hehehe kat Masjidilharam pun ramai je kanak-kanak kalo nak bagi coklat tu…biskut tu plak leh buat kita alas perut gak kalo lama nau beriktikaf di masjid, or kadang tu leh je bagi kat orang sebelah…kadang dia bagi kita ruang sikit untuk solat sebelah dia masa kita cari tempat tu…leh la say thanks ngn bagi biskut…nak sembang kang macam ayam ngan itik...hahaha atau kadang tengok orang susah dah lama duk iktikaf, leh la bagi gak…mesti dia lapar…aku pernah bagi kat sorang ni dari negara India, masa bagi tu muka dia berubah macam nak nanges…pastu dia berdoa apetah pastu terus dia makan ngan lahapnya…Allahu rasa nak nanges masa tu tengok…mesti dia lapar…huhuhu tapi ni optional laaa, aku share jeee…

5) Dan yang terakhir tapi paling penting:

a. kalau tak biasa solat malam macam aku ni, mulakan la slow slow sebelum pergi tu…banyakkan solat taubat, mula la slow slow bangun pagi buat solat sunat tahajud, hajat sebelum Subuh tu. Kang terkejut pinggang kau kat sana kang tetiba banyak solat sunat. Hahaha ni serious tau, dua tiga hari awal kat sana kemain pinggang aku ngan member terkehel rasanya. Hahaha tapi Alhamdulillah kejap tu je la, terkejut kot. Hahaha

b. then betul kan NIAT kita…aku tau lagi yang biasa travel a.k.a traveller tegar ni…jangan samakan alkisah kita travel merata dunia tu dengan nak ke Tanah Suci ni…tu duniawi, ni ukhrawi…kita ke Tanah Suci nak beribadah bukan nak berjalan-jalan or shopping sakan…bukan la kata takleh shopping, tapi tu bukan niat utama kita…gitu…aku aritu memang duk peringat kat hati benda ni, takut terpesong…ada gak masa gatal sibuk susun OOTD tu rasa terpesong, terus insof balik pakai apa ada je laa Dayah…duk peringat diri supaya jangan berlebihan...

c. Tinggalkan semuaaaa sifat sombong, mengeluh, nak marah dan semua yang tak baik tu kat Malaysia…tak payah bawak pi sana…kalo ikut aku ni kan pemarah juga, pantang kena petik…hahaha tapi sehabis daya aku cuba, istighfar bila tercuit kat sana tu tau…huhuhu bukan senang sebab kita dah biasa, tapi cuba laa…cuba seboleh mungkin…biasa tu bila kena langgar or potong barisan kita marah, toilet takde air dan kotor kita merungut, tudung tak jadi kita bekeng, gambar member amik tak seperti yang dihajati kita emosi…hahaha so tinggalkan la semua tu, dan doalaa moga dapat tinggal terus semua tu nanti bila balik kelak…insyaAllah. tapi tu la kan, nak istiqomah tu yang paling payah sebenarnya...huhuhu

Dan jangan lupa DOA...minta gak mak abah, family, kengkawan doakan kita...moga dipermudahkan semua urusan kita di sana kelak...dari sekecil kecil hingga sebesar besar urusan, dari yang kita tau ke yang kita tidak tau...doa banyak banyak...InsyaAllah moga Allah mudahkan semuanya...

SEMASA

1) Cubalah sebaik mungkin untuk solat Jemaah di masjid setiap waktu. Kat sana ramai, so memang kena datang awal ke masjid lagi kalo Subuh dan Maghrib tu, sejam setengah sebelum masuk waktu pun dah penuh orang…malam tu tido awal, niat untuk bangun awal, insyaAllah Allah permudahkan…aku kat Malaysia liat nak bangun Subuh pun, kat sana Alhamdulillah kul 2 pagi pun mudah bangun…siap segar lagi…Alhamdulillah…

2) Aku ada baca, kalo kat Masjidilharam tu, banyakkanlah tawaf sunat banding solat sunat…sebab solat sunat kat sini pun leh buat, tawaf tu kat sana je boleh…tapi lagi bagus kalo boleh buat dua-dua la kan…kalo datang masjid awal dalam kul 3 pagi tu, insyaAllah tawaf sunat, solat sunat pun sempat buat sebelum Subuh.

3) Kalo di Masjid Nabawi tu, cuba la solat dalam masjid banding di dataran…dan kalau di Masjidilharam tu, cuba la solat nampak kaabah…lain wei feeling dia…selama ni solat kita ngadap kiblat / arah kaabah je…ni kaabah depan mata kot…huhuhu sedih plak…

4) Sebabkan cuaca sana tak sama dengan sini, sana kering…pastu bila dia panas or sejuk sangat tu, terkesan gak kat orang Malaysia macam kita ni…so Ustaz selalu pesan minum LABAN hari-hari…insyaAllah okey…aku aritu degil, minum masa dah tak sihat hahaha pastu Ustaz cakap gak melalui kajian beliau, kalau taknak sakit bila balik Malaysia, kat sana jangan langsung cari makanan Malaysia!hahaha yang kita ni hilang kawalan nampak teh ais ngan sambal ayam hahaha….

haaa okey tu je la kot perkongsian aku...dari tak pandai cerita, kemain panjang kau punya ngomel kan...kan bagus buat tesis camni punya lancar kau menaip! Harus GOT nanti...hahahaha okey korang, aku harap perkongsian ni memberi manfaat kepada yang nak pergi nanti...aku tak pandai sangat pun, yang tak baik tu dari aku, yang baik tu dari Allah swt...
Salam.

Saturday, December 31, 2022

Thank you 2022, Welcome 2023

malas dah nak buat recap setahun dalam blog macam dolu-dolu...hahahaha!kita buat comclusion je la secara keseluruhan...so terima kasih 2022 yang membawa seribu satu erti...tahun 2022 ni merupakan tahun pertama sepenuhnya aku bergelar student...walaupun ramai tengok media sosial aku duk pertikai bila masa aku belajar asyik menyongket je!hahaha well yang tau je tahu la kan...hahaha tapi pape pun, tahun 2022 ni aku enjoy sangat sebab banyak sangat benda baru aku belajar dan ada juga ilmu lama aku belajar semula...dari sekecil-kecil achievement sampai ke besar-besar pencapaian aku sangat laaaa appreciate tau....seronok...bayang la takat buat record video direct dalam presentation slide pun aku dah rasa happy dengan pencapaian, bayang kan feeling bila boleh siap manuskrip pertama...haaa gitu la betapa aku enjoy each pencapaian dalam #phDJourney aku tahun ni...tapi tak semua indah pun...ada masa aku mengaruk gak nape sambung belajar...lagi masa angin procrastinate aku datang...masalahnya angin selalu sangat datang nya...huhuhu...tahun 2023 akan lebih mencabar...aku dah nak abes kelas, pasni nak kena start sampling dan collect data, handle sampel sendiri, siapkan manuskrip seterusnya dan macam-macam lagi...semoga Allah permudahkan laaa urusan aku yang seterusnya dalam belajar ni...
dan selain pasal belajar, macam biasa laaa aktiviti menyongket aku kan...mana leh berpisah...hahaha tak kira la masa jadi student ke, masa kerja ke...aktiviti nyongket tetappp berjalan macam biasa...rasanya setiap bulan ada je aktiviti aku...hahahaha JJCM tak payah cakap la kan...adoi berat badan aku pun kemain sakannnn naiknya...bagai dipam-pam tau...benci betul huhuhu niat nak diet dari tahun bila tah, manjang kelaut....benci tau...tahun 2023 aku dah taknak azam nak diet dah! kita cari azam lain plak!hahahaha!
Jan - Batang Kali, Selangor

Jan - Genting Highlands, Pahang

Jan - Seremban, Negeri Sembilan

Jan - Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Feb - Janda Baik, Pahang

Feb - Kota Kinabalu & Kundasang, Sabah

Feb - Bentong, Pahang

Feb - KT & Dungun, Terengganu

Mac - Kuching, Sarawak

Mac - Semporna, Sabah

April - Tawau

Mei - Pulau Pangkor, Perak

Jun - Muar, Johor

Julai - JB & Desaru, Johor

Ogos - Perak & Pulau Pinang

Ogos - Perak & Cameron Highlands, Pahang

Sept - Melaka

Sept - Madinah & Mekah, Saudi Arabia

Okt - Sekinchan, Selangor

Okt - Kota Bharu, Kelantan

Nov - Kuala Kangsar, Perak

Nov - Lenggong, Perak

Nov - Cambodia

Nov - Sekinchan, Selangor

Nov - Sabak Bernam, Selangor

Dec - Johor Bharu

Dec - Melaka
Dec - Perak & Pulau Pinang

dan salah satu kenangan terindah aku pada 2022 ni seharusnya laaa menerima jemputan dariNya untuk menunaikan umrah selepas 10 tahun...Alhamdulillah...dah la dapat pergi masa birthday, hadiah yang sangat best untuk diri sendiri...semua urusan dipermudahkan sangat...aku sangat happy...Alhamdulillah...semoga satu hari nanti aku akan dijemput lagi...insyaAllah...aku doakan semua juga akan dijemput ke sana...insyaAllah...
aku happy dengan 2022 ni...ada banyak yang baik-baik berlaku buat kita lebih bersyukur dan ada juga yang kurang baik untuk dijadikan sempadan...semoga tahun 2023 akan membawa lebih kebaikan ukhrawi dan duniawi...semoga aku menjadi hamba Allah yang membawa manfaat di dunia dan akhirat kelak...insyaAllah....aku doakan korang semua juga dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat...korang doakan aku juga ya...oh ya tolong doakan gak #phDJourney aku berjalan lancar supaya tahun 2023 aku leh tambah bilangan negara baru yang aku nak jejaki...hahaha bila banyak kerja tak setel, rasa berat hati nak beli tiket flight tau...kuikuikui....

SELAMAT TINGGAL 2022
&
SELAMAT DATANG 2023

Tuesday, July 12, 2022

Ceritera Raya 2022

hahaha wah dah dekat sebulan tak berhapdet blog ni!hahaha eii dah masuk raya haji dah pun, aku nya post raya tak keluar lagi...berbulan duk dalam bentuk draf!hahaha walaupun dah lama rayaa, aku teruskan jugak la post raya ni sebab sayang plak dah ada draft, dah taip, dah upload gambar hahahah...bertabah je la korang ya...kalo sudi, baca laaa sebab POST INI PANJANG GILAAAAA...kalo tak sudi pun takpe, aku simpan sini as kenangan...hehehe hari tuuu ramai gak yang menyeru aku kat IG tau suh update blog...hahaha busyy laa wei hahaha...dah 2 tahun tak raya, tahun ni memang raya sakan laaa aku...ceritera raya bersambung dari Ceritera Ramadhan 2022 la yaa...so hari kedua terakhir (kononnya) puasa hari tu, aku busyyyy dari pagi...duk beraturrrr beli daging la, duk beli lauk pauk dan sebagainya...sakan memasak gak...so memang penat!ingat malam tu leh relaks, dan esoknya baru sambung masak...sekali kita semua digemparkan malam tu yang esok raya!haaa memang takde relaks la jawabnya!hahaha...
1 Syawal - so walaupun raya mengejut tapi Alhamdulillah semuanya okey je...busy aku duk sakan memasak...sempat la buat nasi minyak, rendang itik, ayam masak merah, kerutuk kambing, kurma daging, jelatah, kuah kacang dan kek!hahaha meriahkan menu aku...hehehe raya kali ni aku ngan adik perempuan aku je ada kat rumah...bertabah la memasing balik rumah mertua raya kali ni....then kami Kajang rumah pakcik aku untuk beraya dengan nenek aku dan family belah Mak aku...
petang sikit raya pertama tu kami bertolak ke Kuala Pilah pula...jemmm gilaaa...aku rasa mau 3 jam nak balik kampung tuuu...stress sungguh!hahaha tapi Kuala Pilah skang memang jem gilaaa...sampai dah lewat petang, so sempat ke kubur kejap then beraya ke rumah arwah Pakchek...huhuhu sedihnya, kali pertama raya dia takde...anak-anaknya pun memang kami datang ni diorang ada sebelum memasing gerak ke rumah mertua memasing...huhuhu pastu beraya ke rumah Acik Dara jap, then ke rumah kakak ipar aku...jumpa anak-anak buah!heheh barulah complete raya!
2 Syawal - sakan aku memasak awal pagi dengan soto dan laksa saghawak!hehehe Induk sekeluarga datang beraya...seronok tengok anak menantu dia sakan makan yang aku masak...licin semua makanan!best!hehehe...pastu mak aku sibuk nak ikut Induk beraya rumah bakal besan dia di Bangi...so kita join je laaa...makan mi sup tulang, nyummeh!dan kemudian kami beramai-ramai ke Semenyih plak beraya di kebun Pakndak aku...rasanya ni kali pertama aku datang sini lepas PKP...hehuuu...
3 Syawal - patutnya raya ketiga kami dah berjalan sekeluarga tapi sebabkan raya dah awal, makanya ada sehari extra la kan...so mak aku suh aku masak, dia nak ajak kengkawan adik aku datang...bebudak ni dah macam anak angkat mak aku dah...student dan rakan sekerja kolej dia...so adik aku request aku masak nasi daging, congo mars dan tauhu bergedil premium...mak aku tambah masak mee kari ketam...layan kan aje laa si Shane dan hayron beserta family diorang makan...pastu Ms Aini pun datang gak sekali...dah alang masak aku ajak kengkawan aku gak, tapi masih awal raya semua busy, Dini je dapat datang dan dalam sejarah Cik Atie pun ikut sekali...hehehe 1st time mak Dini datang raya rumah aku...
4 - 6 Syawal - kami sekeluarga ke Pulau Pangkor...ingat raya tak ramai orang, sekali ramai ya amat!hahaha memang memasing nyesal betul pergi Pangkor masa ni...sesak gila di jeti, nak makan pun berjam tunggu...hahaha...pasrah je la kannn...sian mak abah aku laaa...nanti la later aku cerita pasal trip ini yaaa...
7 Syawal - penat baru balik Pangkor, ingat nak melingkor je...sekali Kak Zidah call cakap nak datang sekeluarga...so kena la bangun awal, masak apa patut kan...nasib baik la sikit bahan-bahan dalam peti ais tu, makanya terhasilah soto dannn bakwan!hehehe bakwan ni menu aku musim ini...kerap dia keluar dari zaman bulan puasa bawak ke raya....hahahaha....raya kali ni aku kira rumah mak abah aku banyak didatangi anak-anak buah...ye la memandangkan PKP ni je, 3 orang pakcik aku belah abah meninggal weh...makanya tiba la masa rumah abah aku yang kira bongsu ni diziarahi plak...penat asyik masa, tapi seronok tengok orang makan dan cakap sedap...hehehe...
8 Syawal - kitorang masak-masak nak celebrate birthday Abah aku...awal sikit masa ni sebab adik aku nak balik Sabah daaa...kami buat BBQ kat rumah je malas nak keluar makan...so aku masak nasi goreng, then bakar ikan keli, sotong, ayam & kambing...mak aku buat makaroni bakar...dan kami beli kek...setel...
9 Syawal - aku duk rumah melanguk je sebab rasa penat! non stop masak dan beraya kan...nasib baik laaa tengah jadi student makanya takde lah kalut nak masuk pejabat kan...hahahaha rileks-rileks je la kita...duk melanguk dalam bilik sampai tengahari...turun bawah tu sempat la masakkan ikan keli berlado untuk adik aku sebelum dia gerak balik ke Sabah... 
10 Syawal - akuuu rinduu Papparich!so sebelum gerak ke UPM, aku singgah Putrajaya layan bubur dan kopi seround...sampai library aku rasa otak aku berkarat dahhh...hahaha slow gilaaa aku nak berpikir siapkan assignment masa ni...sakan sangat kau berjimba beraya kan...hahahaha...
11 Syawal - buat pertama kalinya dalam 2 semester ni aku ada kelas fizikal hari ni...bestnyaaa cuma orang yang aku kenal semua tak datang kelas ni....huhuhu makanya duk sensorang je laa...nasib baik pensyarah comel...hahaha lepas habis lecture sempat la bertegur sapa dengan yang ada tu...memasing pun baru nak jumpa orang kan sebab online class nye pasal...dan balik malam tu aku ajak mak dan abah makan di luar sempena besday abah hari ni...
12 Syawal - aku ada kelas 9 pagi sampai 12 tengahari...siap ada kena present individual assignment...tapi gigih yaaa nak buat open house dengan geng student, Wani, untuk jemput geng pejabat...dah la menu kemain banyakkk nak masak...hahaha dari malam sebelum aku dah prep...sampai rumah Wani awal pagi duk masak itu ini, pastu masuk kelas, lari masak...present, masak balik...kejap Wani datang tanya okey tak potong camni, banyak mana nak letak itu ini....hahaha dan Alhamdulillah kami berjaya masak nasi minyak, ayam masak merah, dalca tulang, roti jala, bakwan, kambing bakar dan congo mars!hahaha ngam jam 12.30 tengahari orang sampai...seronok jumpa kawan-kawan pejabat sambil makan-makan!lepas orang balik, sempat la kemas apa patut, then kami ke Putrajaya plak penuhi undangan open house Kak Nora...tetap penat pun gigih kau menyongketkan!hahaha...
13 Syawal - weekend datang lagi...kali ni kita nak jalan raya ke Seghomban plak...memula kami ke rumah Induk...syiok gilaaa layan gulai lomak cili api...Alhamdulillah adik beradik aku semua dapat join sekali kecuali sorang di Sabah...lepas rumah Induk kami ke rumah besan mak abah aku di Seremban gak...dan kemudian ke rumah Dini!again kali pertama keluarga aku datang raya rumah Dini...hehehe meriah!semangat Adam bawak anak-anak buah aku melawat mini zoo dia...hahaha!
14 Syawal - besday abang aku semalamnya...so hari ni kita masak la sikit untuk dia...ngan dia ni senang je, asal tanya nak apa, mesti dia jawab nak buntut ayam masak cili...hahaha!so aku buat rare sikit, aku buat kek buntut ayam bercili!hahahaha pastu masak ayam percik dan bakwan!hahaha nampak tak berapa kali keluar menu bakwan aku...kahkahkah...pastu aku gerak ke Putrajaya untuk ke openhouse Kakwi...bestnya jumpa rakan pejabat, siap sempat buat surprise untuk Kakmyza dan dapat duit raya dari Kakwi dan Kaklailaa...Alhamdulillah...then aku bergegas ke Seremban ambil Dini dan beraya di rumah Atul sebelum kami semua gerak ke Melaka untuk ke open house Cikgu Sarina...Allahu seronok dapat jumpa cikgu selepas bertahun PKP kan...seronok sangat cikgu kenalkan kami ke orang lain, student 20 tahun masih ingat dia, bangga nau dia bercerita...huhuhu...
15 Syawal - sambung lagi beraya ngan Amoi dan Dini ke rumah cikgu-cikgu...berkumpul raya rumah Dini dulu then kami ke rumah Cikgu Hairus di Rembau, ke rumah makcik Amoi di Rembau sebelum ke rumah Cikgu Maridah di Jelebu...syukur dapat gak jumpa cikgu yang dulu biasa jumpa kalo raya tapi sebab PKP ni, bertahun tak jumpa...hehuuu...
16 Syawal - hari yang panjanggg....memula ke Putrajaya hadiri majlis raya Wing 3 pejabat aku sekali ngan farewell Rashid...pastu aku lari ke UPM ada meeting dengan SV dan lab briefing dengan Din...then lari balik ke Putrajaya hadiri majlis raya KKM di PICC dan jumpa ramai kengkawan lama...pastu ke pejabat semula untuk join lawatan KJ ke pejabat kami!walaupun penat tapi happy sebab dapat gakkk selfie ngan KJ akhirnya!hahahaha....
17 Syawal - sakan penuh aktiviti aku kan bulan Syawal ni...hahaha so hari ni duk bertenang-tenang lepak bilik postgrad di UPM setelkan pape yang patut...sem 2 ni aku banyak melagho sikit...hahaha...sempat lepak Sate 7 Pagi sebab rinduuu lama tak makan...hehehe...
18 Syawal - member yang aku kenal masa buat kerja international ajak lunch di Bangsar...kita layankan aje...dia pun now tengah sambung PhD dengan co SV aku di UM tuuu...so memang banyak sembang pasal research la kan sambil layan lunch di Khans Restaurant & Cafe!sedappp!
19 Syawal - pagi tu aku ada kelas, then aku sempat ke open house Suzana, rakan sepejabat, di Cybersouth...sedapnyaaa makan nasi kerabu!aku request nak nasi kerabu dan ayam percik ni...hahaha nasib baik dia layan kan...sebabkan kita ni student, makanya kita orang pertama sampai, dan kita orang terakhir tinggalkan rumah dia...hahaha dan alang-alang dah ke area Cyberjaya tu, aku singgah beraya ke rumah Kak Fairus jugaaa...best nya rumah dia, cantikkk!aku suka...nanti nak datang lepak lagi...hehehe...
dan malam tu aku saje ngikut adik-adik lab aku layan movie cerita KKN di Desa Penari tuu...pastu layan movie, lepak KL sampai Subuh ya sebab gate hostel diorang tutup rupanya kul 12 tengah malam...hahaha adoi menjeling mak aku tengok aku balik lepas Subuh!lamaa dah tak buat perangai ni...zaman ada geng jeling-jeling bintang dulu je perangai tak senonoh gini...hahaha yang tak tahan tu masa lepak kat KL tu, lepak kat Pelita KLCC, sekali leh plak jumpa dah laki pejabat...agaknya nakpi cucuk langit diorang malam tu...hahaha...
20 Syawal - dah tido jam 6 pagi, kul 10 pagi dah kena bangun nak masakkk...ada orang nak datang berayaa....memang berpusing la kepala kannn...aku masak soto dan mee hailam...mak aku masak rendang ayam dan kami beli lemang...family Kakngah dari Kuala Pilah datang, pastu besan Mak abah dari Seremban pun datang...then alang-alang masak aku ajak gak kengkawan aku datang petang sikit...yang dapat datang Kak Lia & Ijan, Mrs & housemate, Kakdora & Cik Lyn...dan yang terakhir sampai dan balik kul 11.45 malam adalah Amoi & Adam...Alhamdulillah...penat sangat sebab tak cukup tido plus aku baru nak puasa enam hari pertama...hehehe...
21 Syawal - ingat leh rehat hari Ahad ni, sekali again anak buah abah aku message nak datang...hahaha kita pun takkan nak tolak kan, dialu-alukan laaa...kalau dulu-dulu punya style, kita set 1 hari masak banyak-banyak ajak semua datang...so penatnya sehari, kali ni kita tak buat open house gitu, layan siapa nak datang, makanya memang hari-hari laa on weekend tu kita masak kan...pasrah je laa...moga murah laa rezeki kita kan menjamu orang makan ni...kali ni anak-anak arwah Pakuda dan Makuda datang... Alhamdulillah aku cuba buat lontong buat pertama kalinya dan lakuuu habis...semua cakap sedap!aku letak paru dan udang bersama kucai dan taugeh!hehehe...pastu masak juga mee rebus tulang...hari ni again gigih berpuasa hari kedua...masa ni ada gak jemput kengkawan tapi takde yang leh datang...aku memang dah malas nak buat open house kengkawan, makanya kita masak, kita jemput mana yang teringat...so ikut lah rezeki kan sape yang leh datang tu....
22 Syawal - aku attend program sensory evaluation untuk durian yang diadakan di makmal UPM...lamanya tak join sensori ni kan...excited weh...dah laaa durian sedapkan...hehehe pastu lepas jap di makmal, tengahari aku lari pergi ke open house Shariza, member pejabat dolu kala yang buat di Bangi...lama tak jumpa dia ni...dan di open house dia jumpa gak member pejabat lain...hehehe dan petang masuk pejabat balik, adik-adik bising cakap akak ni memang raya sebulan ke?hahahaha!pastu tolong Din beli barang untuk majlis raya makmal plakkk...
23 Syawal - duk sakan lagi prep dan bawa barang yang diperlukan untuk majlis raya makmal...adik-adik tu pun pape je tanya aku...hahaha kiranya tempat rujukan la untuk majlis tuu...hahaha tapi semua diorang uruskan...baguih...hahahaha 
24 Syawal - puasa hari keempat...plan nak ajak crush 15 tahun minum tapi busy nau dia so kita buat courtesy visit laaa saje gatal nak inform yang kita sambung belajar kat sini dah 2 semester...hahaha sedangkan selalu je lalu depan bilik dia kalo nakpi toilet dari lab ni, tapi tak pernah terserempak...yang kita duk terserempak yang sorang yang annoying tu je...hahahaha!
25 Syawal - seminggu sebelum tu aku tanya bebudak ni, korang takde jamuan raya ke...sekali terus plan dan berjaya dilaksanakan...plan asal kecil-kecilan je untuk lab kami, sekali dah habis semua lab food safety terlibat...pasrah je laa kan!hahaha pape pun enjoy makin kenal ramai orang di sini...
lepas majlis raya di makmal, petangnya aku bergegas pula ke Nilai...celebrate birthday anak buah sulung aku tu haaa...alahai dah besor dah kakak haaa....huhuhu dah pandai suh makngah amik gambar dia ootd!hahaha...bertabah lah Makngah oii!
26 Syawal - paginya aku ada kelas, then aku gerak ke makmal...lepak di sana sampai lepas Maghrib...sempat singgah buka puasa di Petronas jap sebelum aku ke Kolej ke12 UPM untuk penuhi jemputan Majlis Raya mereka...aku dijemput atas kapasiti penaja makan berbuka puasa yang lepas...memula segan nak join tapi layan je lah sebab ada Naim, classmate kita sem lepas tuuu!hahaha duk makan, sambil tengok persembahan adik-adik ni... 
27 Syawal - aku dengan geng UKM duk buat potluck raya di rumah Kak Lia...haa nasib baik menu aku senang iaitu bakwan...aku masak kat rumah Kak Lia je senang...hahahaha...Kak Lia masak nasi lemak ayam berempah dengan kek coklat, Chubby buat rendang, Ika bawa kek...sedapnyaaaa...makan sambil sakan bersembang!insyaAllah akan diteruskan di tahun akan datang...
28 Syawal - weekend terakhir bulan Syawal daaa...last day la ni main masak-masak...hahaha aku masak roti jala, laksa, lontong goreng, butter rice dan roasted chicken....pastu cousin dan anak buah dari Kuala Pilah datang, then besan mak abah dari Kuala Pilah datang sekali kami sambut birthday kak ipar aku...pastu aku jemput kengkawan datang, makanya sampai laaa Kaknora & Abang Nuar, Ain serta Din & Aimie dari makmal...Alhamdulillah penutup makan-makan sekaligus cukup puasa enam aku hari ni...syukur walaupun gigil nak tunggu waktu buka...hahaha...
29 Syawal - last day raya! aku ke UM untuk attend event co SV aku...sempat gak laa berjumpa dengan beliau dan juga member aku di sana...then kita gerak balik ke Putrajaya, sambut raya sekali lagi dengan geng student, sekali sambut belated besday dia di Suki-ya!yeay Alhamdulillah dapat gak habiskan puasa enam di penghujung Syawal...gigih kena puasa weekend masa masak-masak sebab weekend busy penuhi undangan raya...hahaha syukur moga ibadah kita diterimaNya...
dan akhir sekali sambutan raya besar-besaran di BKKM selepas habis Syawal dibuat sekali dengan jamuan persaraan big boss kami...aku ada kelas pagi tu...so tak dapat join majlis nya...tapi tengahari tu masa makan dan bergambar aku join laa...memang sakan ya bergambar!hahahaha siap lepas punch out petang tu, diorang ajak join hi tea dengan yang bersara...kita layan kan aje laaa....Alhamdulillah habisss cerita sebulan plus plus raya aku...hahahaha haa amacam?penat tak baca?aku kasi tapau sebulan terus!hahahah ok bai!