Thursday, July 29, 2021

Thai Luck, Tamarind Square, Cyberjaya

ada sekali tu masa lunch aku dah berniat nak diet, sekali masa tu laaa setan datang menggoda...hahahaha tetibaaa je si Nily message ajak dinner!denggg katanya ada kedai baru buka di Tamarind Square, siap tunjuk ke aku gambar octopus yang menggiurkan...gila kau aku tak tergoda!aku ni iman tipis tau!hahahah terus roger Mrs gak dan akhirnya kami berjumpa di Thai Luck di Tamarind Square lepas kerja petang tu...hehehe...
menu kat Thai Luck ni simple je laaa...aku rasa aku miss snap menu ni lagi sebelah la...hahaha nasib la ye...hahaha so kena order di kaunter nanti dia hantar makanan ke meja...tapi memang nampak menyelerakan laa kan dan harga dia pun not bad laaa untuk level Tamarind Square ni kan....hahahaha...so lepas bincang ngan diorang nak makan apa kat meja, aku pi order kat kaunter...dan tak lama pun menanti, satu persatu makanan kami sampai....
ok nak pendekkan cerita, minuman semua ngam sedap sebab light je...tak pekat sangat yang air serai ke apa...semua sedap!untuk food plak, pada portion dia banyak gak...dan walaupun nampak simple tapi semua makanan dia sedap!sedap weh serious...kami makan sambil berzikir!hahahaha kami order tomyam ayam rasanya yang nampak cair, tapi sedappp!harga tak tau sebab takde kat dalam menu, mayb kat page yang aku terlupa snap tu...kuikuikui...pastu stir fried premium lala (RM27.90) tu sedap gila...kami siap berteka teka apa resepi dia, sebab ada rasa sedap yang sukar diungkapkan...hahaha dannn thai style spicy baby octopus (RM21.90) dia pun win!sedappp...masam manis pedas ala thai tu...Allahu berebut makan...hahaha dah chicken wing (RM12.90) dia pun sedap...rasa fresh dan rangup...sedap!overall memang sedap-sedap la makanan kat Thai Luck ni....so kalo korang ke Tamarind Square and nak makan thai foods, boleh la terjah ke sini okay...cuba both special menu dia tu tau...ok bai!

Wednesday, July 28, 2021

Tokyo Secret, Midvalley & Karipap Homi

lepas makan tengahari di Nami Seoul BBQ di The Gardens Mall, kami ke Tokyo Secret di Midvalley pula...diorang nak layan kopi...aku follow je laaa walaupun masa ni takde rasa nak minum kopi...so aku acah-acah ambil tropical tea...hahaha so lepak, minum, makan kek, sembang...takde apa yang menarik la kat kedai ni pada aku, mayb sebab kami pun tak makan apa sangat kan...kek pun share je sebab masih kenyang kan....
dan sebelum berpisah sempat laaa diorang ajak beli Karipap Homi yang kata kawan diorang sedap gila so semua orang nak cuba la...so aku pun beli gak laaa bawa balik rumah...besar gilaa karipap ni..harga nya RM3.60 dan ada pilihan kari ayam dan sardin...aku makan masa kat rumah dan pada aku biasa je laa karipap nya takde la sedap gilaa...tapi besar laaa...krispy gak kulitnya...

Tuesday, July 27, 2021

Nami Seoul BBQ, The Garden Malls

ada sekali tu Agus duk ajak aku lunch dengan geng-geng dia...memula aku segan gak walaupun most of them aku kenal je thru media social...tapi still segan kan, tapi lepas pikir seketika, aku pun layan kan aje la kan....boleh tambah kawan baru...so seperti dijanjikan, aku bertemu dengan Agus, Seni, Jee, Leen dan Ruzi di Seoul Nami Korean BBQ di The Garden Malls...aku memang dah lama aim nak makan sini...a few times gak sembang dengan Agus pasal tempat ni hahahaha...so tu antara sebab kenapa kami pilih tempat ini la untuk gather kali ini...masa melangkah masuk ke kedai ni je aku dah excited nampak cerobong-cerobong dalam kedai ni...hahaha sooo korean tau!
masa sampai ni, Agus dan aku sampai dulu, dan sebabkan kami berdua yang pandai bab bab korean ni, so Agus ajak kami order kan je untuk semua...aku memang dah sesiap study dah menu dari rumah sebab pikir ramai kan, dan dia ada banyak gak set, set dia kat sini...so duk study mana yang sesuai la...pastu duk bincang dengan Agus dan akhirnya kami setuju untuk order Mixed Meat Platter (RM299) dan Set Surf + Turf (RM219)...kedua-dua set ni adalah recommended untuk 2-4 pax...so okay la kan kami ada berenam...dan kami tambah 2 Fist Rice (RM29)...
dah order tu tunggu la kan makanan sampai dan kawan-kawan Agus...so kat meja kami duduk ni ada dua tempat bakar...masa ni tak tau rupanya ada beza tempat bakar ni...masa makanan sampai dan sekali kawan-kawan Agus sampai, staff situ datang juga letak arang dan jaring pembakar...rupanya ada dua jenis jaring dan api, satu api nya tak kuat sangat untuk seafood sebab kami ada set seafood kan, satu lagi api dia kuat sikit untuk dedaging...masa dah pasang baru realise yang pemanggang belah aku dan Agus tu yang untuk seafood!hahaha laju tau aku pandang Agus, Agus pandang aku...hahaha macam paham paham je kan...sebab kami both gila daging!hahahah...pasrah!so lepas tu apa lagi memang sesi bergambar dan masak dan makan!
dah sakan bergambar tu, masa makan sebab aku segan lagi, so aku suruh Agus ambil daging dari pemanggang belah sana!hahahah tapi serious semua dedaging tu sedapppp!sedap weh...cuma jangan over cooked laa...cumanya sebab banyak daging kat belah sana, so macam tak puas makan...masa makan tu, tetiba Agus cakap, Dayah next time rasanya kita kena datang lagi ni sendiri-sendiri,jangan ramai-ramai!hahahah ya ampunnn memahami sungguh!pantas aku jawabbb yeessss setuju!hahaha!dan makan la kami dengan riang sambil sakan kawan-kawan Agus bertanyakan macam macam soalan kat aku...sampai berpeluh-peluh aku nak menjawabnya...hahahaha...
dan akhirnya masa nak bayar tu, Agus bayar kan dulu...total makan kami berenam adalah RM682...dan esoknya masa tanya Agus berapa nak bayar dia, dia jawab ada orang belanja...hahaha Alhamdulillah rezeki...sekali tanya kawan-kawan dia yang aku dah kawan kat media sosial gak...diorang plak tanya aku ke belanja sebab Agus cakap ada orang belanja pada diorang gak...makanya tau la kitorang rupanya yang belanja tu Agus!hahaha yeay thanks Agus, moga murah rezeki!next jangan lupaaaa janji kita nakpi Kung Jung!boleh dine in dan rentas daerah jeeeee, kita serbu!hahahaa...ok bai...

Monday, July 26, 2021

Little White Cafe, Bandar Baru Bangi

hai korang!hahaha tinggal tak banyak dah story nak post ni laaa aku makin malas tau nak update...plus aku macam busy gak seminggu dua ni dengan kerja sampai ke malam...weekend plak sibuk nau memasak, so petang ke malam tu aku membongkang takpun aku layan korean drama...malas nak buka laptop menaip blog...hahaha tapi kali ni aku cuba gagahkan lah!kalo ikut ada 16 post je lagi ni, so dalam 3 minggu dah leh abes daaahhh...hahaha kena la semangat abeskan post tertunggak, dengan harapan lepas ni dah leh dine in or rentas daerah untuk yang dah completed 2 dos vaksin!aaa gitu kan harapan aku...hahaha...ok jom aku share satu lagi kafe kat Bangi...kafe ni dah lamaa...even aku pernah review dulu tapi bukan good review la back in 2013...tapi kali ni aku pergi dah best...aku rasa banyak gila improvement so kena la share semula kan...malas nak cerita panjang, layan je la gambar...
menu kat sini memang kebanyakannya adalah western la...mak aku suka sini sebab banyak dessert dia yang mak aku suka...mak aku paling suka scones dan creme brulee diaaa...dan ada banyak pilihan main course kat sini...malas nak ulas satu persatu, korang usha sendiri kat bawah ni ya...tapi memang menarik la menu dia, korang masuk kafe ni pun tau, sebab memang orang nonstop masuk!
gambar makanan kat bawah ni masa aku pergi sekali dengan mak dan adik aku dan sekali lagi dengan member pejabat dan family Late Dr Chin sebab masa tu kami nakpi kenduri kawin anak bos aku kat Bangi...so overall aku nak cakap yang dari minuman, bawak ke dessert sampai la ke main dishes, semuaaaanya sedap sedap belaka...serious semua pun sedap!air dia semua cukup sifat dan rasa...kek dan dessert dia semua sedap...main course dia pun sedap!paling takleh blah sandwich smoked salmon tu, penuh okayyy smoked salmon dia, memang puas hati...roasted chicken pun sedap!fuhhh serious sangat berbaloi dah wajib ke sini kalo korang ke Bangi tau...dia kat deret Wong Solo tu, Seksyen 9...dannn paling best, harga dia sangat berpatutan...takde la cekik darah macam sesetengah kafe hispturrr tu...so korang apa lagi, dapat je dine in nanti, terjah okay!