Wednesday, December 8, 2021

Kung Jung Korean Restaurant, Kuala Lumpur

sebelum cuti belajar hari tu, aku ada ambil cuti panjang laaa dari pejabat, so sempat laaa aku bercuti solo ke KL hehehe saje kaki gatal dah kan...sesambil bercuti plan nak makan itu ini laaa dan cari member gak...so sebelum check in masa ni, aku ajak Agus untuk lunch bersama di Kung Jung Korean Restaurant yang terletak di PNB Darby Park...dah lama gila plan dengan dia nak makan sini tapi lama nauuu PKP takleh rentas daerah, tu asyik bertangguh...dah ada peluang ni, apa lagi kannn dengan pantas kami ke sini...restoran ni rupanya dah berusia lebih 20 tahun tau...aku tau pun masa sembang dengan anak owner masa nak bayar...dia cakap dulu ayah dia datang sini buka kilang, sekali tak lama ayah dia meninggal, mak dia malas balik Korea, tu stay dan buka restoran...haaa since tu laaa Kung Jung ni wujud di KL ni...gituuu sejarah dia kan...
masa kami sampai ni tak ramai sangat orang sebab masih awal dari lunch hour kan...so excited la memasing lamaaaa tak makan korea fefeeling kat Seoul kan...yg sebenarnya memasing lama tak keluar kandang...kahkahkah...lama nauuu PKP hari tu kan..harap lepas ni takde dah laaa PKP lagi kannn...hehehe so duduk tu sesambil diberikan tea dan usha menu...
datang sini dah aim nak makan marinated beef dia...so kami ambil Chul Mul Luck (RM98) yang didatangkan dengan pelbagai jenis banchan...sedap daging dia cuma macam small portion sikit la pada aku...hehehe penat makan slow tau tak nak bagi habis...tapi sedappp...makan dengan pelbagai jenis banchan...selain tu kami order juga Kimchi Jjigae (RM30) dannn Ojingeo Bokkeum (RM65) iaitu sotong masak pedas dengan noodles...pedasss tapi sedap dan suka...hehehe...kimchi jiggae pun sedap gak makan dengan nasi panas panas...nyummeh...
kemain seronok dua orang Korean celup ni makan sesambil sembang pasal Korea...drama korea, travel ke korea...siap nak panggil waiter pun cakap korea tau masa ni...kahkahkah...best gila...staff sini plak sangat la peramah dan rajin melayan ambil gambar...haahahah best sukaaa...nanti nakpi lagi nak makan dedaging lain yang nampak menarik juga tuuu...sambil makan, sambil sembang...dan sesi perjumpaan kami diakhiri dengan segelas kopi Maxim!hahaha sedappp...thanks Agus belanja...birthday treat tertunggak katanya...hehehe Alhamdulillah moga murah rezeki!ke kemana ke seterusnya ni Agus? adakah Shin Nihon? hahaha...Agus balik Sarawak sampai tahun depan!takleh nak ajak makan mahal-mahal la sekarang...

No comments:

Post a Comment