Showing posts with label Brunei - Kuala Belait. Show all posts
Showing posts with label Brunei - Kuala Belait. Show all posts

Monday, November 10, 2014

Birthday Trip ke Brunei Darussalam: Hari 2.2 - One Billionth Barrel Monument, Seria & Sushi Excapade, Kuala Belait


selepas lawatan ke OGDC tu, kami masih berjalan di sekitar Seria lagi...kali ni kami menuju ke salah satu tarikan utama di Seria yang terletak tidak jauh dari OGDC iaitu One Billionth Barrel Monument...tempat ini mempunyai sejarahnya sendiri apabila berjaya menaikkan barrel minyak yang ke 1 bilion di onshore oil field di Seria!ok 1st time aku dengar onshore, selalu bab minyak ni mesti offshore...hehehe jadi disebabkan itulah sebuah monumen dibangunkan di tapak yang sama pada tahun 1991 sempena memperingatinyaaa...fuhhh 1 bilion?gila banyak $$$$$!lokasinya adalah di tepi pantai Seria yang saujana mata memandang.....
rekabentuk monumen ini berkonsepkan aliran minyak dari bawah tanah ke permukaan bumi....dan juga banyaknya aliran yang ada di sini...dan aliran minyak ini turut memberi kemakmuran dan kekayaan kepada rakyat negara Brunei Darussalam...
di sekitar tepi laut di Seria ni memang kita boleh lihat bersepah pam minyak onshore...pam ni juga dikenali sebagai nodding donkey sebab bentuk dia kot...yang duk terhangguk-hangguk tak mengira masa...pam ni dikatakan boleh pam minyak sedalam 330 meter tau...haaa dapat bayang tak betapa banyakkknya minyak diorang dan betapa kayaaanya Brunei?fuhhh.... 
selepas berjalan di tepi pantai di Seria, hujan mula turun rintik-rintik...kami bergegas ke kereta dan bergerak meninggalkan Seria..tak lama tu hujan lebat gila, jadinya kena bawa 70km/j sahajaa...masa ni aku drive sebab dini dah sakit...ngada sangat aih...baru bape jam kan...sebenarnya dia malas!hahaha perjalanan mengambil masa kurang 30 minit...sampai jer di Kuala Belait, kami disambut dengan Teapot Monument yang famous ini..,teapot ni ada 4 cawan yang melambangkan 4 daerah Kesultanan Brunei iaitu Brunei-Muara, Tutong, Belait dan Temburong....
tujuan kami ke Kuala Belait ni cuma sekadar nak mencari teapot ni saja...tapi bila dah sampai sini, terus rasa lapar...dan berhajat untuk makan sushi!apa lagi gigih la mencari restoran franchise sushi yang paling famous di Brunei iaitu Excapade Sushi!aku excited nak makan sini sebab bila search mengenai tempat makan best kat Brunei, mesti keluar cerita pasal sushi ni...hehehe gigh okeh kami mencari restoran nih...berpusing-pusing...sedangkan dah ikut map dan address dia dah...building kat Brunei ni pakai nama orang dan A, B, C...jadi kadang-kadang bila tak nampak nama building tu jadi konpius...kami dah lalu kawasan berhampiran restoran ni banyak kali...tapi tak jumpa-jumpa...nasib baik laaa bab makan ni, jarang kitorang putus asa kan...hahaha akhirnya jumpa jugaaaa Excapade Sushi ni...haaa kalo korang nak pergi Excapade Sushi di Kuala Belait ni, cara paling mudah adalah cari dulu Wisma Yakin...restoran ni terletak di bangunan belakang Wisma Yakin tu...
masuk jer, seat penuh okeh...nasib baik tetiba ada orang bangun...harus lah laju duduk...duduk pula dekat conveyor sushi tu, memang laju je laaa memasing makan!hehehe banyak sushi bersaiz besar dekat sini...memang mengenyangkan betul...rasa dia pula, ada yang best ada yang biasa saja...harga pun not bad tapi jangan convert la yer...hahaha
selain dari yang ambil di conveyor tu, ada juga yang kami order...nyum-nyum...aku suka giler dengan aburi salmon dia...mencairrr dalam mulut!yakiniku pun sodappp...nyummeh!udang besar gedabak tu aku tak berapa suka sebab dia letak nestum...tak kena ngan tekak aku...overall OK la sushi kat sini...ala-ala Sushi King gak tapi size besar gedebak yang takleh blah tu...hahaha tapi jangan ko coba untuk compare sushi kat sini dengan yang nun di Jepun hokey...bagai langit dengan bumi la jawapnya!hahaha total kami makan berdua adalah $37...
bila perut pun dah kenyang, kami pun mula bergerak meninggalkan Kuala Belait dan menuju ke Bandar Seri Begawan...dalam perjalanan, kami sempat berborak dan berpikir untuk keesokkan hari...dan-dan tercetus idea nak sambung sewa kereta satu hari lagi...hahaha nampak tak?dalam takde duit, tetappp malas nak naik bas!bukan apa, pikir nanti buang masa jer lebih...aku selalu baca public transport kat Brunei ni tak efisyen sangat...almaklum, semua orang mampu beli keretaa...teksi pula mahal...baru dekat-dekat dah $40 sehala!baik sewa kereta, baru $50 untuk 1 full day!haaaa nampak tak bijak matematik kat situ...kehkehkeh lepas tu terus aku message En Razali...yeay!

Wednesday, September 17, 2014

Trip Budget Dah Lari...

Alhamdulillah...selesai dah percutian singkat sekaligus menjadi trip meniup lilin aku untuk tahun ni....pada awalnya ada 'tragedi' sikit berlaku menyebabkan aku dan dini hampir give up je kat sana...tapi kembali berfikiran tenang, waras dan positif bagi selesaikan masalah yang berlaku...dan Alhamdulillah kami berjaya mengharungi trip budget ini....yang pastinya dengan budget yang dah lari!hahaha takpela, kami pasrah dan redho...mungkin ini yang terbaik untuk kami semuaaa...details apa yang terjadi nanti aku cerita dalam entry sebenar yer....ni baru intro jer...hehehe oh ye, dengan ini juga dimaklumkan, misi mencari awangku adalah gagal sama sekali...sobsss...takpe teruskan mencari di destinasi berikutnyaa...hehehe 

sebelum pergi Brunei, semua pun tanya kenapa nak pi sana?bukan ada apa pun...even dah balik dari sana pun orang duk bercakap perkara yang sama lagi...rakan travel aku si dini pun siap cakap ngan mak aku tak payah la pi Brunei makcik...takde apa...hahahaha tapi as for me, aku rasa ok jer Brunei ni...banyak juga tempat yang boleh dilawati...makanan pun sedap-sedap....cuma nasihat aku, tak payah la nak spend masa lama sangat kalo ke sana...if dapat spend 2 hari full untuk aktiviti pun dah cukup sangat dah...jadinya percutian hujung minggu dengan cuti tersepit yang banyak pada tahun hadapan tu adalah sangat sesuai kalo korang nak ke Brunei ini...hehehehe ok nanti aku story perjalanan trip budget dah lari ni nanti ok!tapi sebelum tu, meh aku belanja sikit gambar dari hp cap ayam aku...malas nak tengok lagi gambar dalam kamera tuh...
p/s - 1st time pergi KLIA2...i loike!sangat kerlasss...walaupun mengah nak kena jalan jauh-jauh...sadis sikit tang tu...tapi tu bukan reason la untuk aku tak suka KLIA2 nih...aku rasa best dengan facilities yang ada...cantik!next time kena datang awal sikit laaa kalo nakpi oversea...lagi kalo naik AAX kan...jauh sikit lagi perjalanannya... =D