Showing posts with label Perak - Teluk Intan. Show all posts
Showing posts with label Perak - Teluk Intan. Show all posts

Friday, December 30, 2022

Family Trip to Perak - Day 1

hujung Ogos tu abang aku ajak pergi Perak bawa Mak Abah aku...so macam biasa la aku layankan aje sebab dia yang belanja hotel semua...cuma sesekali tu aku bayarkan la makan kan hahaha...so destinasi pertama kami adalah ke Restoran Yik Mun di Tanjung Malim...kita sarapan pagi dulu sebelum meneruskan perjalanan...macam biasa menu wajib aku ke sini adalah hainanese chicken chop dia dengan white coffee...nyummeh!
trip kali ni nak melayan kehendak anak buah aku yang dah besar tu je...so itinerary aku ikut trip aku sebelum sebelum ni...so memula kami ke Teluk Intan untuk naik cruise!hahaha aku sukaaa kat sini so bila cakap kat anak buah aku, semua excited nak naik cruise...dan as expected, semua orang pun seronok naik cruise dengan penerangan yang menarik ni...Abah aku pun suka gak sebab dia suka sejarah...yang tak tenang adalah Iqy hahaha dia mana leh duk diam, risau abang aku kalo dia terjun dari cruise tu....hahaha so cerita details pasal cruise ni aku ada share dalam post aku pergi kali pertama dulu kat sini ya...
then dah alang-alang berada di Teluk Intan, kami singgah nak tengok Menara Condong Teluk Intan...Qaiser dan Zara seronok la tengok sebab tadi dalam cruise pun orang tu dah explain kenapa jadi condong macam ni, pastu Atok pun tambah cerita lagi...seronok la diorang kan...lagi Zara, dia ngikut Atok suka sejarah...ikut Opah ni otak kiri sikit macam Qaiser...tapi kalo ikut Makngah, tak tau la otak apa...malas je yang tahunya...hahaha...
destinasi berikutnya kami ke Tanjung Tualang Tin Dredge No 5...aku cakap kat Qaiser ada kapal korek kat sini, so dia excited la nak tengok...masa ni abang aku dengan Iqy duk dalam kereta...abah dan mak duk kat pintu masuk je sebab panas...diorang malas nak masuk...rupanya now dah ada macam park kat belakang tu siap ada maze park ya...gila berpeluh aku layan bebudak ni main benda tu tengah panas...tapi seronok sangat diorang datang situ...pastu beratur plak masuk kapal korek tu...excited duk depan dengan penerangan hahaha...layan je laa...Qaiser siap cakap, best la tempat ni, nanti nak datang lagi...hahaha pitam!
dan balik tu kami menuju ke Ipoh, lalu la Kellie's Castle ni...ingat nak pergi tapi ramai sangat orang....so kami stop kejap je la ambil gambar...pastu masuk kereta Zara dan Atok beriya duk Google cerita pasal castle ni...seronok betul Zara sembang pasal sejarah dengan atok sampai taknak naik kereta papa duk bagi alasan nak dengar cerita atok...hahaha...
then sampai sampai Ipoh memasing kebulur...macam banyak kedai tutup masa ni tak ingat nape...last duk pi layan nasi vanggey je...pastu pi check in di RPGC Hotel...kalo ngan abang aku ni, memang situ je la dia ambilkan hahaha pasrah!gambar takde sebab dah a few times duk sini, malas aku nak amik gambar dah...hahahaha dan malam tu kami keluar untuk dinner di Dataran MBI...then balik dan pengsan semuaaa...hahaha...kena tido awal sebab esok nak menyongket lagi!

Thursday, October 15, 2020

Roadtrip Pasca PKP ~ Teluk Intan


dari Pasir Salak, aku cakap ngan Sue aku nak naik river cruise...memula aku ingat river cruise tu kat Pasir Salak...Sue check rupanya kat Teluk Intan!hahahah so call orang cruise dan dia cakap ada last cruise untuk kami cumanya as of now takde orang lagi, so kalo tak de orang kami kena bayar untuk whole boat laaa dalam RM100 kot tak silap aku...aku cakap ngan Sue aku nak naik, bayar jelah...hahaha so then kami pun terus gerak ke Teluk Intan...sampai di pejabat river cruise ni, kami siap buat pendaftaran semua, kami terawal sikit, so sempat la pi solat semua...lepas solat datang balik, adik tu cakap dah ada orang lain nak naik juga, makanya kami cuma bayar RM20 sahaja per pax...ok la kan, setel semua, kami pun diberikan lifejacket dan gerak naik cruiseee...yeay!
masa gerak nak naik cruise ni nampak ada orang tengah tangkap udang galah, oh baru tau rupanya sungai kat Teluk Intan ni famous dengan udang galah...orang tu siap suggest abes naik cruise nanti pergi makan udang galah kat satu restoran ni...hehehe yeayyy tak sabar!sebab selama ni tak pernah tahu pun sini famous dengan udang galah...
so start je river cruise gerak, start laa guide kami bercerita macam macam cerita pasal sejarah di Teluk Intan atau dikenali dengan Teluk Anson satu masa dahulu...best gila aku rasa budak yang cerita ni, sebab dia macam passion dengan kerja dia, so beriya dia bercerita macam macam...ada cerita tu aku tak pernah dengar pun sebelum ni...hahaha so dalam trip kami ni ada beberapa tempat laaa dia akan berhenti untuk bercerita contoh macam jeti kapal lama zaman dolu kala sebab dulu Teluk Anson salah satu pusat perdagangan menggunakan kapal...then kat sini dia tunjuk gak banyak kapal korek pasir yang masih beroperasi sampai sekarang, kilang kapal kayu, bekas tapak tokong dan masjid lamaa...dan macam macam lagilah...sempat gak dia bawa kami ke tepi nak bagi makan buah apetah namanya...masam!hahaha!pastu dia cerita gak, kalo masa air surut kat sini, leh nampak ada macam kepala keretapi kat dasar teluk tuu!haa menarikkan cerita ni!macam mana kepala keretapi leh ada dalam tu...sekali dia ceritakan sebenarnya tu macam part of enjin kapal besar sebenarnya, nampak macam kepala keretapi...hahaha oh gituuu rupanya...menarik!
dan lepas tu kami dibawa ke pulau burung!haaa pulau ni takde orang duduk pun, penuh dengan pokok dan semak dan dihuni oleh ribuan burung pelbagai spesis!mak aih kami tak tau pun ada pulau ni tau...kelebihan kalo kita naik cruise ni masa petang, leh la tengok burung balik ke pulau ni lepas seharian keluar mencari makan!hahaha weh seriously kagum gilaaa...makin lewat petang kan, makin banyak burung kat atas pokok tu...guide tu cakap siap ada spesis dari Afrika lagi kat sini...jauh berhijrah burung tu kan...hehehe...dia cakap kalo lewat lagi, dari jauh nampak macam kapas je pulau ni sebab penuhhh dah burung balik!hahaha weh seriouslaaa aku suka sebab cantik dan mengagumkan dengan flora dan fauna begini...aku harap tourism jaga tempat ni, dan menjadi tarikan utama orang ke Teluk Intan...best sangat aku rasa river cruise ni, very informative!apesal aku baru tau, selama ni kalo datang ke Teluk Intan, tahu pi menara condong jer!huhuhu...
dan aktiviti river cruise kami diakhiri dengan melihat sunset yang sangat cantikkk!memang rezeki adik guide cakap sebab semalam takde pun sunset lawa macam ni...haish cantik ya amat weh dengan air, langit...Allahu macam dah lamaaa je tak layan sunset lawa gini kan...layannnn sepanjang perjalanan balik semula ke jeti tuuu...indahnya semuaaa ciptaan Allah yang di langit ituuuu...
selesai cruise dengan hati yang sangat laaa happy, kami pun pergi solat di masjid dulu then gerak ke Restoran D' Tepian Sungai nak dinner udang galah!masa sampai ni, adik tu siap cakap akak leh tunggu tak sejam nak dapat makanan sebab diorang short staff dan orang ramai...so sebab dah malas nak pikir mana nak cari kedai makan, dan restoran ni pun adik guide tadi yang suggest, so kita sanggup lah tunggu...memang dekat sejam tau tunggu makanan sampai!hahaha tapi nasib baik lahhh berbaloi ya amat tunggu nyaaa...makanan semuaaa sedap sedap belaka!tak silap aku ketam kami ambil masak kari pecah telur, udang galah masak sambal dan sotong celup tepung!dah la portion bapak besar...hahaha enjoy gilaaa kami makan tau...sedap!total makan dalam RM120 je kalo tak silap aku...memang berbaloi baloi lah dengan portion dia...sedappp!
lepas dah kenyang ya amat tu, sebelum balik ke Seri Iskandar, kami singgah kejap laaa di Menara Condong Teluk Intan ni...mana lengkap kan trip ke Teluk Intan kalo tak terjah menara condong ni...just snap gambar dari luar je, muka dah berlengas dah memasing masa ni...kenyang plus penat...memang nampak bantal je ni...hahaha lepas dah setel bergambar kami pun bergerak balik ke rumah Sue semula...dalam 45 minit gak la, aku suh Sue je drive...hahaha aku dah tua, penat!hahah yang sebenarnya sebab nak tengok gambar dan update media sosial kan...hahahah!choi punya perangai...hahaha...