hujung Ogos tu abang aku ajak pergi Perak bawa Mak Abah aku...so macam biasa la aku layankan aje sebab dia yang belanja hotel semua...cuma sesekali tu aku bayarkan la makan kan hahaha...so destinasi pertama kami adalah ke Restoran Yik Mun di Tanjung Malim...kita sarapan pagi dulu sebelum meneruskan perjalanan...macam biasa menu wajib aku ke sini adalah hainanese chicken chop dia dengan white coffee...nyummeh!
trip kali ni nak melayan kehendak anak buah aku yang dah besar tu je...so itinerary aku ikut trip aku sebelum sebelum ni...so memula kami ke Teluk Intan untuk naik cruise!hahaha aku sukaaa kat sini so bila cakap kat anak buah aku, semua excited nak naik cruise...dan as expected, semua orang pun seronok naik cruise dengan penerangan yang menarik ni...Abah aku pun suka gak sebab dia suka sejarah...yang tak tenang adalah Iqy hahaha dia mana leh duk diam, risau abang aku kalo dia terjun dari cruise tu....hahaha so cerita details pasal cruise ni aku ada share dalam post aku pergi kali pertama dulu kat sini ya...
then dah alang-alang berada di Teluk Intan, kami singgah nak tengok Menara Condong Teluk Intan...Qaiser dan Zara seronok la tengok sebab tadi dalam cruise pun orang tu dah explain kenapa jadi condong macam ni, pastu Atok pun tambah cerita lagi...seronok la diorang kan...lagi Zara, dia ngikut Atok suka sejarah...ikut Opah ni otak kiri sikit macam Qaiser...tapi kalo ikut Makngah, tak tau la otak apa...malas je yang tahunya...hahaha...
destinasi berikutnya kami ke Tanjung Tualang Tin Dredge No 5...aku cakap kat Qaiser ada kapal korek kat sini, so dia excited la nak tengok...masa ni abang aku dengan Iqy duk dalam kereta...abah dan mak duk kat pintu masuk je sebab panas...diorang malas nak masuk...rupanya now dah ada macam park kat belakang tu siap ada maze park ya...gila berpeluh aku layan bebudak ni main benda tu tengah panas...tapi seronok sangat diorang datang situ...pastu beratur plak masuk kapal korek tu...excited duk depan dengan penerangan hahaha...layan je laa...Qaiser siap cakap, best la tempat ni, nanti nak datang lagi...hahaha pitam!
dan balik tu kami menuju ke Ipoh, lalu la Kellie's Castle ni...ingat nak pergi tapi ramai sangat orang....so kami stop kejap je la ambil gambar...pastu masuk kereta Zara dan Atok beriya duk Google cerita pasal castle ni...seronok betul Zara sembang pasal sejarah dengan atok sampai taknak naik kereta papa duk bagi alasan nak dengar cerita atok...hahaha...
then sampai sampai Ipoh memasing kebulur...macam banyak kedai tutup masa ni tak ingat nape...last duk pi layan nasi vanggey je...pastu pi check in di RPGC Hotel...kalo ngan abang aku ni, memang situ je la dia ambilkan hahaha pasrah!gambar takde sebab dah a few times duk sini, malas aku nak amik gambar dah...hahahaha dan malam tu kami keluar untuk dinner di Dataran MBI...then balik dan pengsan semuaaa...hahaha...kena tido awal sebab esok nak menyongket lagi!
Aduhhh, duk ulang alik balik Teluk Intan tapi tak tau pun ade tempat² best nak bawak budak. Asal balik sana je memerap kat rumah je š¤£
ReplyDeleteHahaha byk gk tmpt best sanaaa
DeleteNtah bila la dapat explore Ipoh ni..kena tunggu my daughter cuti semester nampaknya baru leh pi jalan...
ReplyDeleteSilaa silaaa
Delete