hujung Julai lepas aku join program CSR pejabat aku di Pengkalan Balak...masa tu just nice lepas final exam Semester 2...so masa bersiap nak pergi tu, aku memang dah pack baju lebih...sebab dalam hati dah berniat nak meronggeng lepas tu, cuma tak tau ke mana lagi...hahaha so selesai je program pada tengahari Sabtu tu, aku terus gerak...dari Pengkalan Balak ke highway duk berbolak balik nakpi mana...sampai highway, terus hala ke Johor!hahahaha...dalam kereta sambil drive sambil fikir...bila dah decided nak ke JB, terus call Rina roger...hahaha pastu baru usha hotel...hahaha...gila tau masa ni memang impromptu sungguh!hahaha aku book untuk 1 malam di Tune Hotel, JB...sampai jam 4.30 petang camtu, so sempat la solat dan rehat jap...
tak lama lepas tu, Rina pun muncul...hahaa gigih dia kan, last minute roger pun dia sudi luangkan masa untuk aku...dah la dia datang dari Kulai...masa call tadi dia tanya nak makan apa, aku cakap tak kisah janji tempat best, lawa bergambar dan berbaloi untuk aku review...kahkahkah!demand kan kawan kau?hahahaha masuk je kereta dia cakap ada surprise untuk aku...wah kemain kan, nervous aku...hahaha sekali surprise ya sebab dari JB aku rasa nak dekat sejam tak sampai lagi tempat dituju...dah mana dia bawa aku makan ni...hahahaha!lepas hampir sejam akhirnya kami tiba di Kong Kong!dah celah mana plak ni...hahaha rupanya satu daerah kecil di Pasir Gudang!
dan kejutan kedua adalah tempat makan kami kena naik bot!hahahah serta kejutan ketiga adalah Emy pun join kami nak makan!hehehe...best best...so gigih la kami bertiga menaiki bot untuk menuju ke Alle Rakit Homestay untuk makan malam...Rina dah booking semuanya so kami memang datang terus naik bot jeee...hehehe cantik gak view sini...rupanya depan aku ni macam selat kepada Sungai Johor...gitu lah...hahaha...
tak lama pun naik bot, memang nampak je dari jeti tadi Alle Rakit Homestay ni...so sampai tu kami pusing-pusing homestay ni tengok bilik semua...wah menarik gak kalo stay sini kan...siap ada pool tau...bilik dia pun not bad...cuma aktiviti limited la...aku tengok orang duk memancing je...hehehe....tapi kawasan homestay ni bersih la pada akuu...
dah habis pusing tu, kami ke restoran dia semula...Rina memang dah sesiap order semua, aku takde tengok menu pun...so sampai ke meja kami tu, tak lama tu satu persatu makanan sampai...memula sampai laa ikan kerapu masak tiga rasa, sotong goreng tepung, telur dadar dan sayur kailan...ingat tu je la kan...sekali tu diaa sampai shellout selambak untuk kami...hahahah mak aih banyak gilaaa Rina order!hahaha tapi memang nampak menyelerakan la makanan dia...
sakan la ambil gambar makanan dan minta adik tu ambilkan gambar kami kan...hahaha sampai sejuk makanan tau!hahahah...dan lepas tu baru laaa kami enjoyyy layan makanan yang sangat sedap tuuu...seriously memang sedap dan fresh!aku suka laa makanan kat sini...jangan tanya aku mahal ke tak sebab diorang belanja aku...so aku tak de keluarkan duit...hehehe tapi seriously sedappp!makan sampai perut sengkak!hahaha...
selesai makan kami pergi solat...pastu sempat la pusing lagi homestay...staff dia bagi tengok bilik sebab Rina duk riki nak datang bawa family nanti...pastu kami bergambar sat kat depan homestay tu sebelum gerak balik naik bot semulaaa...dan berpisah dengan Emy...hehehe seronok walaupun dapat jumpa kejap je sebab dah lamaaa tak jumpa dia...then Rina pun hantar aku balik ke hotel sebelum dia gerak balik ke Kulai...esok dia kerja sebab Ahad kan...so risau nau dia aku tak de kawan nak berjalan...hahahaha!adui dia tak tau ke member dia dah biasa travel solo? hahaha dan malam tu aku tido kekenyangan dan lenaaa...sambil tak pikir apa aktiviti esok...hahaha rileks la kata impromptu kan...
No comments:
Post a Comment