Showing posts with label Selangor - Sabak Bernam. Show all posts
Showing posts with label Selangor - Sabak Bernam. Show all posts

Friday, June 2, 2023

Trip Kampung Teman di Sungai Besar

member aku duk usha IG IamNazirul pasal Trip Kampung Teman ni...sekali dia pun tergoda laa nak join dan ajak aku sekali...aku layan je laaa kan...janji dia amikkan gambar cecantik dah laa...hahaha so Dini la yang duk deal ngan orang tu, aku bagi duit je...tak silap aku kena bayar deposit memula tu, then dah nak dekat baru bayar full...cuma masa awal tu duk pissed off sikit sebab sehari sebelum trip ni, masa kami dah sampai Sekinchan daa, Dini message la tanya apa program sok sebab senyap je kan lepas dah bayar...sekali, dia suruh kitorang join trip yang hari Ahad, sebab diorang terlepas pandang nama kami untuk hari Sabtu...haaa ngamuk la member kan, dah datang jejauh dah ni, main suka-suka suruh tukar date kan...aku cakap ngan Dini suruh gak tukar ke esok, tak kuasa aku nak stay satu malam lagi kat Sekinchan ni...haaa pas dah deal, dapat la kami join trip hari Sabtu...bayaran dia pada aku agak mahal la iaitu RM149/dewasa untuk keseluruhan trip...nanti aku cerita kan program dia, korang tengok berbaloi ke tak hehehe...so kami digalakkan berpakaian kampung laa sebab Trip Kampung Teman kan...aku pakai la baju kurung kedah moden aku tuu...tu je baju paling kampung aku ada hahahaha!

dan awal pagi kejadian, kami diminta untuk berkumpul di Lemon Myrtle Tea Plantation di Sekinchan...haaa terkejut kan ada tea plantation kat Sekinchan...semalam tu aku sembang ngan ustaz dan ustazah aku pun, diorang tak tau ada orang tanam teh kat sini hahahahaha! masa sampai ni, dah tersusun cantik daaa tempat minum pagi kami dalam ladang teh tu haaa...comel laa deko ala Inggeris tapi makan menu Jawa...puten!hahahaha layan...makanan dia light je, so kalo jenis cepat lapar, better makan berat la sebelum join trip ni...so masa makan ni la kenal ngan orang lain dalam trip ni dan juga Nazirul...tengah makan pun diorang duk amikkan gambar dan video guna drone...layannn...
lepas dah makan tu, Nazirul cakap boleh la ke belah belakang ladang teh tuu nak bergambar...so kita pun pergi laaa...katanya teh kat sini, benihnya diambil dari Australia...panas gak la kan, berpeluh-peluh duk sini hahaha kau nak sangat trip kampung kan, tapi lepas tu kau menggelupur panas, cepat lari masuk kereta pasang aircond hahaha actually tiap tempat ni akan ada gambar group guna drone tapi aku tak jumpa plak mana aku letak...so malas nak cari hahahah!
kat depan ladang teh tu ada kali, so diorang sediakan pancing gak untuk sesiapa nak feeling memancing...haa kita tak lepas peluang laa...tapi bukan nak mancing sangat pun, lebih pada nak bergambar je laaa...kuikuikui almaklum laaa kita ni bukan pandai sangat mancing...nak mancing hati awak pun asyik gagalis, ini kan pulaaa nak mancing ikan...takpelah saya givap je lah. eh!hahahaha
then dari Sekinchan kami semua gerak naik kereta memasing yaaa sepanjang trip ni, menuju pula ke Masjid Jin di Sabak Bernam...jauh gak dalam 30 minit perjalanan...masjid ni masjid lamaa dah lebih 100 tahun...masa sampai ni ada la pakcik yang jaga masjid ni, so ada la dia duk cerita ngan kami pengalaman dia, paling aku ingat ada yang singgah solat kat sini masa tu takde orang, dia berdua je...so masa diorang solat jemaah, eh masa nak Amin tu, sekali Aminnn dia bunyi macam penuh satu surau! hahaha adui meremang bulu roma...
dan lepas tu kami dibawa pula ke Pekan Sabah Bernam untuk merasai aiskrim lama ala Slurpee tu yang dah berusia 40 tahun...gerai kecik je tengah kedai lama tu...aku tak ingat dah harga aiskrim ni, tapi tak mahal laaa...cumanya masa ni ada la bunyi, ingat masuk la sekali dalam harga trip kan harga aiskrim ni sebab bayaran agak mahal tu...hehehe...dan pada aku aiskrim ni biasa je la, tapi syiok layan sebab tengah panas tuuu...
dah beli aiskrim, kami diajak berjalan ke macam jeti kat situ, lepak duk situ makan aiskrim...takde la jauh mana tapi bila matahari tengah panas tu, rasa jauh la jugak...plus agak lama melepak tak tau nak buat apa duk situ...pastu ada yang merokok masa tu, ada plak yang lepas makan buang je sampah kat situ...so aku rasa agak tak selesa laa daaa masa ni...huhuhu...
then kami dibawa lagi sekali kat belah kedai-kedai lama tadi tu untuk bergambar di deretan kedai lama berwarna-warni ni...haaa masa ni Dini plak bersuara sebab nya macam tak seperti yang diharapkan hahaha sebab mungkin warna kedai ni dalam gambar nampak cantik tapi depan mata tengok sendiri macam sendu hahahaha...pasrah je laaa...
then nak menuju ke tempat lunch, kami dibawa singgah kat sebuah kedai runcit cina lama...olskool laa...sakan memasing duk borang jajan dan mainan zaman kecik-kecik duluuu....aku takde minat sangat pun, tapi layan je laa...Dini pun sakan masa ni hahaha...dah terubat sikit hati nyaaa kahkahkah...aku duk beli air je kat kedai sebelah tu...panas sungguh, duk cari air sejukkk...pastu masuk kereta cari aircond hahahaa...
dan untuk makan tengahari kami di bawa ke ke rumah warisan Mama Lin...masa ni hati terubat sungguh laa sebab makan best!simple je makanan dia tapi best sangat!ada gulai lemak labu, ayam goreng, sambal belacan...semua sedap!Mama Lin pun ramah sangat melayan kami...lepas makan, sape nak solat leh solat, pi toilet, lepak kat ruang tamu dengar cerita Mama Lin pasal rumah warisan dia ni...katanya sebahagian rumah ni dah dicabut dan diangkat bawa ke manatah jadi rumah mak tiri ke apetah tak ingat...rumah dulu-dulu kan jenis leh cabut dah dipindah kan...hehehe...masa nak balik sempat gak Mama Lin tunjuk kat kami pokok yang buahnya leh jadi pengilat kuku mesra wuduk gitu hehehe....
haaa ni la Nazirul yang dah makin famous meletop-letop tu haaa...now dah ada trip ke Lenggong plak...viral video dia post tuuu...dia bawa orang duk kat Suka Suka Lake Resort yang aku pernah pergi dulu tu...menarik laaa cuma aku rasa kalo pergi sendiri lagi murah la kan hahahaha mayb trip gini untuk orang biasa explore dan travel macam aku kurang sesuai...ada je kang aku pertikai...hahahahah!
dan aku rasa destinasi paling win untuk trip ini adalah yang terakhir aku join iaitu Gubuk Antik...tempat ni macam homestay leh duduk je, tapi banyak benda lama dan aktiviti leh buat...again kalo tak join trip ni, leh je pi sendiri kannn...hehehee so memula kami dibawa ke satu rumah, dengar cerita tuan rumah tu apetah nama nya, then usha kawasan atas rumah yang banyak barang antik...then leh naik basikal, leh naik kereta antik pusing kampung dan juga naik perahu kat longkang ke tali air depan rumah tu...hahaha lawa amik gambar!then penghujung tu kami diberi minum kopi o dan lempeng sedappp!sambil duk sembang bawah rumah...
dan dari Gubuk Antik ni kami mengundurkan diri sebabnya jauhhh lagi perjalanan nak balik nanti...Dini pun nak balik Seremban lagi nanti...aku dah penat sebab panas sangat seharian kan...diorang yang lain lepas tu singgah pi kilang kerepek, layan sunset dan dinner kat tengah sawah padi...program sampai lepas Maghrib laa...memang penat lah...hehehe haaa gitu laaa Trip Kampung Teman yang berharga RM149 seorang...korang rasa berbaloi tak? untuk orang yang tak biasa explore or buat itinerary mayb rasa berbaloi, tapi untuk cam kitorang yang biasa travel, plan sendiri program, kira bajet semua, aku rasa tak berbaloi...hahahaha tapi terpulang pada citarasa memasing la kan...sesekali boleh laaa aku join hehehe...ok tu jeee, bai!

Thursday, January 2, 2014

Kenduri di Sg Besar dan Selekoh; Menyimpang ke Teluk Intan

haa gitu panjang tajuk post aku kali ni...hehe yezza travelmates aku ke Korea baru ini iaitu hasnan dan dayahz dah selamat melangsungkan perkahwinana mereka pada weekend lepas...Alhamdulillah aku dapat pergi ke kenduri dua-dua belah pihak...pagi sabtu lepas, aku ke putrajaya berjumpa cikwan, then kami terus menuju ke Sungai Besar, Sabak Bernam...perjalanan mengambil masa dalam 2 jam!sampai di rumah dayahz, sempat jumpa dia dulu..pengantin lelaki tak sampai lagi...tak lama tu, hasnan sampai, sempat snap gambar kejap, then kitorang pergi makan sebab lapar sangat!dah kenyang baru pi jumpa pengantin, ambil gambar bersama dan cabut balik!
on the way nak keluar dari rumah dayahz, sempat la aku dan cikwan feeling nur kasih kan bergambar tepi bendang...cikwan kata kampung dia penuh je bendang tapi dia tak pernah bergambar pun...hahaha hoih aku ni orang bandar...bandar sangat kan...mana biasa jumpa sawah padi ni...harus bergambar kan...hehehe sape-sape macam aku tak pernah tengok pokok padi, meh aku bagi tengok close up pokok padi...
then kami meneruskan perjalanan menuju Bagan Nakhoda Omar!dengan niat yang murni iaitu mencari mee udang!yihaaa!dalam 30 minit sahaja perjalanan...memang kami follow je signage ke BNO ni...sampai sana, memang ada la food court tepi laut...syiok woo lepak tepi laut, angin sepoi-sepoi bahasa...tapi belah sini, pantai dia jenis berlumpur la kan..so takleh mandi...
lepas layan pantai jap, kami pun menuju ke kedai Laksa Jaiton...yang aku nampak, itu je pun kedai yang buka masa tu....so kat sini menu istimewanya adalah semuaaa yang berasaskan udang!makanya aku pun tak paham nape nama kedai dia laksa tu, sedangkan takde pula menu laksa aku tengok!hehehe so aku order mee goreng udang, cikwan makan mee udang...makan berdua dalam RM16 sahaja...
dari BNO, kami pun terus menuju ke Teluk Intan!hujan dah makin lebat masa ni...tujuan ke Teluk Intan adalah sebab kami akan bermalam di sana!kiranya Teluk Intan terletak di tengah-tengah antara rumah dayahz di Sg Besar, dan rumah hasnan di Selekoh..so senang sekali jalan je...hajat hati nak tido Lumut mula-mula, tapi macam jauh sangat pula kan...so Teluk Intan sahaja laa pilihan kami....perjalanan memakan masa dalam 45 minit...hujan kan...sampai je Teluk Intan, terus kami cari Grand Court Hotel...kiranya hotel paling mahal laaa kat Teluk Intan ni..hehehe harga untuk 1 malam, tanpa breakfast adalah RM127.20 sahaja...sampai bilik, tengok cantik juga biliknya dan besar...memang selesa sangat la kan...so then kami pun lepak merehatkan diri...
dalam jam 5.30 petang, baru la kami keluar menjengah pekan Teluk Intan...dengan menggunakan Waze cikwan yang wasting time tu, kami menuju ke destinasi pertama iaitu Leaning Tower of Pisa Teluk Intan!atau nama melayu dia Menara Condong Teluk Intan..terletak tengah-tengah pekan Teluk Intan...dalam gerimis hujan, gigih kami pergi bergambar kat menara tu...sempat masuk dalam kejap tapi tak koser la nak naik tangga kan...hahaha kat bawah tu adalah ditunjukkan gambar-gambar lama menara ni since 1920an...
keluar dari menara tu, keliling dia penuh dengan expo apatah...siap ada artis bagai...tapi aku tak kenal...viper?sape tu?hehe then aku tanya orang kat situ macam mana nak pergi ke Batu Hidup atau juga dikenali sebagai Batu Bertenggek...ia merupakan tugu peringatan bagi perajurit yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua dahulu...jalan kaki je dari menara ni...disebabkan lokasi batu tu betul-betul terletak di simpang 4 utama pekan, makanya agak malu la bergambar kat situ!hahaha semua orang tengok weh!so kami amik gmabar pun laju-laju je...malu....
lepas tu kami pun jalan kaki balik ke kereta...hari dah senja...masa ni lalu laa bangunan-bangunan lama dari zaman British lagi yang masih elok dan kekal hingga kini...ada yang dibuat sebagai pejabat askar, bank, pejabat pos...balai polis pula dah tak berjaga...tapi tetap utuh binaannya...
then kami terus menuju ke Rapid Mall @ Giant di Teluk Intan...aku baca dalam internet ada kedai makan best kat situ...namanya Steak Factory, sekali pergi takde dah kedai tu..tanya orang, semua pun tak tahu...sadiss...dalam kehampaan, terus gerak balik ke hotel, dan singgah makan di kedai depan hotel...ada macam kawasan banyak-banyak kedai makan di situ...kami makan nasi ayam singapura, lamb chop dan chicken chop!hahaha tamak!murah je makan kat sini...semua dalam RM30 sahaja...
dah kenyang, kami pun balik bilik dan rehat.....sempat la malam tu aku dan cikwan mengeluarkan laptop masing-masing konon nak buat kerja....sekali aku duk layan fb je...cikwan je rajin buat kerja...hehehe keesokannya kami check out dari hotel jam 10.30 pagi....terus menuju ke Restoran Mastan Ghani yang famous dengan mee rebus dan rojak!aku difahamkan banyak cawangan restoran ni...tapi yang kami pergi adalah yang terletak berhampiran dengan Menara Condong...harga makanan di sini adalah murah sangat!untuk mi rebus dan rojak hanyalah RM3.50 sahaja..memang sedap dan berbaloi-baloi untuk dicuba kalo ke sini tau!aku siap tambah ayam dalam rojak aku!sedap!
dah kenyang, kami pun memulakan perjalanan menuju ke Selekoh...ke rumah hasnan...ingatkan jauh, tapi tak sampai sejam pun dah sampai....sampai sana dalam 12.15 tengahari..pengantin tak sampai lagi, so kami makan la dulu..kenyang weh tapi lauk kambing dia enak bangat!takleh tolak!then tunggu kejap pengantin sampai, ambil gambar, bye-bye dan terus gerak balik!
on the way balik, kami singgah solat di Sabak Bernam dan kemudian sempat singgah di Kilang Nata de Coco...member aku cakap sedap beli kat sini...so cikwan beli 3 bekas dengan harga RM10 sahaja...dia bagi aku sebekas...terima kasih cikwan...hehehe
kemudian di Pasir Panjang kami berhenti di Faridah Mentarang Bakar..member aku yang suggest singgah sini...so lepak la kat pondok duk bersila...layan angin sepoi-sepoi bahasa...kami order laksa, mentarang bakar, mentarang goreng tepung dan air kelapa!nyummeeh....selama ni aku makan mentarang rendang je mak asie masak...now makan yang bakar, memang nampak bentuk mentarang tu sebijik-sebijik...seram nak makan gak memula tu...hahaha tapi dah rasa...nyummeh...lagi ada rasa-rasa bakar tu kan...harga makan adalah RM21 sahaja...
dah kenyang, hati girang..kami terus menuju jalan pulang...takde dah singgah-singgah...jalan jammed bermula di Kuala Selangor...ada accident...sampai lenguh kaki weh...dan akhirnya selamat tiba di Putrajaya jam 6 petang...lepas tu terus aku menuju balik ke rumah...dan pengsan!selesai la perjalanan kami ke Sg Besar, Teluk Intan dan Selekoh dalam masa 2 hari 1 malam...penutup buat tahun 2013! =D