Sambungan dari: TripAdikBeradik ke Jepun ^Day3^Part2 ~ Kobe
ok moh sambung cerita sikit lagi pasal Kobe ni...dari Kitano kami menaiki City Loop Bus terus sehingga ke station terakhir iaitu Meriken Park...kami skip semua hentian yang dilalui sebab kesuntukan masa dah...sampai je di Meriken Park, turun je bas...perghhh angin laut terus menerpa!sejuk woi!Meriken Park ini terletak betul-betul di hadapan laut....
dari hentian kami terus berjalan menuju ke arah laut...dalam kesejukan, gigih sangat bila aku ternampak Port of Kobe : Earthquake Memorial Park...haaa kat sini boleh lihat kawasan yang telah musnah akibat gempa dan mereka biarkan tanpa dibaiki hingga kini....sebagai tanda kenangan berlakukan gempa yang dahsyat itu....ralit juga aku melayan meninjau kawasan ini sorang-sorang dalam kesejukan tuh...adik-adik aku ntah ke mana je masa nih....
dari hentian kami terus berjalan menuju ke arah laut...dalam kesejukan, gigih sangat bila aku ternampak Port of Kobe : Earthquake Memorial Park...haaa kat sini boleh lihat kawasan yang telah musnah akibat gempa dan mereka biarkan tanpa dibaiki hingga kini....sebagai tanda kenangan berlakukan gempa yang dahsyat itu....ralit juga aku melayan meninjau kawasan ini sorang-sorang dalam kesejukan tuh...adik-adik aku ntah ke mana je masa nih....
selain daripada kesan-kesan gempa yang ada di situ, terdapat juga pameran bergambar penuh dengan informasi mengenai The Great Hanshin Earthquake yang telah melanda Kobe suatu masa dahulu...siap ada tayangan video lagi tau...tapi aku tak sempat sangat nak baca sangat info kat sini dan lihat tayangan yang disediakan sebab adik-adik aku bising dah suruh jalan cepat sebab kesejukan!adoila...akak kau ni baru nak jadi ilmiah sikit...dah nak bising...hahahaha
kemudian kami pun bergerak untuk menuju ke arah Tower of Kobe!tapi sebelum itu, dari jauh kelihatan bangunan dengan jaringan membentuk kapal di atasnya...itulah Kobe Maritime Museum!cantik bangunan ni....tapi kami tak masuk la sebab dah lewat petang kan...museum pun nak tutup dah...just layan bergambar sahaja daripada luar...
dan akhirnya kami tiba di Tower of Kobe..yeay!kat sini ada wifi tau...sempat la aku check in FB di sini...nak bagitau la orang kampung tengah bersejuk-sejukan di Port of Kobe nih...hahahaha kat sini gigih la bengkok-bengkok tulang belakang nak ambil gambar tower yang tinggi nih...cantik tower warna merah berlatarbelakangkan langit membiru...wallaaaaa.....mengancam!
oh ye, hentian pertama City Loop Bus memang terletak di hadapan Tower of Kobe ni...jadi masa kami sedang bergambar tu, bus pun sampai...kami nampak la sesi petugas bus bertukar, siap saling tunduk-tunduk lagi...lepas tu cepat-cepat kami pun masuk ke dalam bus dan menuju ke destinasi terakhir kami di Kobe iaitu Nankinmachi iaitu China Town...nak ke sini boleh turun di 2 hentian iaitu no 4 dan 16....tapi aku turun di hentian no 4 yang terletak berdepan dengan Starbucks...dalam sejuk-sejuk ni memang masyuk la layan hot coffee sambil tumpang toilet kat situ kan...harga kopi venti size adalah 500 yen...
then kami terus berjalan ke China Town...just jalan sahaja menyelusuri jalan yang penuh dengan kedai-kedai cina di kiri dan kanan jalan...ambil gambar apa yang patut..sempat ambil gambar penutup kumbahan...taknak kalah ngan Supermeng....tapi tu je pun yang aku ada...hahaha masa kat sini nampak orang jual Kobe beef...sobsss...sobssss....rasa nak makan tapi sah-sah la tak halal...huhuhu nak makan Kobe beef...kempunan aku tau pi Kobe tak makan Kobe beef...takpela, I is redho dan pasrohhh...huhuhu by the way, aku perasan kat sini, walaupun China Town tapi takde sangat la pork ni, even takde pun gantung-gantung kan....kalo kat Korea penuh je kaki la, gantung-gantung la yang dijual kat Namdaemun Market semua tu kan....haaa pastu kami pun pusing semula menuju ke bus stand...untuk menaiki City Loop Bus menuju ke Sannomiya Station....
makanya berakhirlah perjalanan sehari kami di Kobe beef....setibanya di Sannomiya Station, kami terus menaiki JR Train menggunakan JR Pass pada jam 6.06 petang...dan selamat tiba di Osaka City Station pada jam 6.30 petang...perjalanan mengambil masa 30 minit sahaja...sampai di Osaka City Station ni, sempat la kami poyo-poyo bergambar di station yang besar giler ni...cantik pula tu dengan struktur besi dia tu...station ini bersambung dengan mall...so lepas bergambar tu, kami pun pusing-pusing masuk mall sambil tumpang masuk toilet...dan terus menaiki subway menuju pulang ke Shinsaibashi Station....
sampai je di Shinsaibashi Station, terus kami mencari kedai Very Fancy...malam ini kami dinner di kedai yang menjual pancake sahaja...almaklum kekenyangan makan nasi siang tadi masih terasa hingga ke malam katanya...barakoh sangat hidangan siang kami tu...hehehe kedai ini terletak di bahagian atas kedai, so kena tengok betul-betul sikit signage dia...aku dah lupa apa kedai yang berdekatan dengan Very Fancy nih...so naik je atas, kami disapa oleh staff yang pandai english dan mesra...terus kami melihat menu dan order apa yang menarik...adik-adik aku duk ambil la pancake yang fancy dengan segala macam buah kan...aku ni plak kalo makan pancake ambil yang paling basic je...tapi aku minta extra maple syrup....wallaweiiii sedapnyaaa pancake sini...walaupun takleh lawan Pancake Parlour di Melbourne dulu....tapi tetap sodapp!total kami bertiga makan di sini adalah 4,700 yen...anim yang belanja...nyum-nyum....
lepas dah kenyang, sempat je aku beli hot pad di kedai di Shinsaibashi-suji ni gak...dapat la 10 keping dengan harga 198 yen...haaa disebabkan cuaca yang agak sejuk di kala ini, hot pad ini adalah sangat membantu....first time sebenarnya beli dan guna benda ni...memang best..sentiasa warm je tangan aku dalam poket....lepas tu kami pun berjalan pulang ke hostel...untuk merehatkan badan demi perjalanan yang jauhhhh sikit esok....yeay esok kami akan keluar dari Kansai Region!ke mana agaknya tu...hint dia : D'Bomb! haaa cuba teka!tapi kali ni takde souvenir dah laaa kalo jawab betul...hahahaha ok daaaa.....




