Sambungan dari: TripAdikBeradik ke Jepun ^Day2^Part3 ~ Kyoto
ok dah hari ke-3 kami berada di Jepun....sebabkan semalam dah keluar awal pagi, makanya hari ini semua nak bermalas-malasan dulu....taknak keluar awal pagi sangat...hasilnya, jam 10.30 pagi baru nak keluar dari hostel...so ke mana kami hari ini?yeahhh hari ini masih berjalan di sekitar Kansai Region...hari ini kami akan ke Kobe!yeay!sebut pasal Kobe, aku duk terbayang Kobe Beef yang berlapis-lapis serta halus lemaknya itu....atau lebih dikenali sebagai wagyu beef....sedapnya....huhuhu ok stop cerita pasal nafsu makan dulu!pada jam 10.30 pagi tu kami terus menuju ke Shinsaibashi Station dan mengambil subway terus ke Umeda Station...dengan fare 230 yen...Umeda Station ini bersambung dengan Osaka City Station yang besar tu...daripada situ, kami menaiki train yang menuju ke Kobe pada jam 10.54 pagi...again perjalanan menaiki JR Train so guna sahaja JR Pass yang telah dibeli...masa naik train ni adik sibuk suruh tengok driver yang bertukar shift, pastu diorang bekerja dalam train tu...memang layan!sistematik sungguh orang Jepun nih!
tepat pada jam 11.20 pagi, kami tiba di Sannomiya Station yang terletak di Kobe...sebab apa tak turun di Kobe Station?sebab ianya jauh lagi ke hadapan...Sannomiya Station ni yang kita akan jumpa dulu kalo dari Osaka...dan juga di Sannomiya Station ni lebih dekat dengan pelbagai tourist spot di Kobe dan juga termasuk dalam route City Loop Bus...di sini juga terletaknya mall dan Kobe Information Centre....lengkap semuanya...haaa turun je dari train, anim apa mimpi tah terus beli aiskrim di vendor machine...sejuk-sejuk ni la ko nak makan aiskrim kan....
lepas tu aku terus follow je adik keluar dari Sannomiya Station...jangan tanya aku la jalan nak keluar sebab memang tak alert langsung aku....tahu-tahu je dah sampai di Kobe Information Centre...pejabat ni terletak di luar bangunan...sampai je adik terus tanya pasal 1-day pass menaiki City Loop Bus macam bas HoHo tu...dan juga direction untuk ke HAT....di sini kami telah membeli 1-day pass dengan harga 650 yen seorang...aku difahamkan kalo tak beli pass ini pun, still boleh naik bus ni cuma kena bayar per ride la...dalam 200 yen per ride...so dah beli pass ni, kena make sure sekurang-kurangnya 4 kali naik barulah berbaloi!hehehe lepas tu staff situ ajar juga cara nak pergi ke HAT ni...sebabnya route dia tak termasuk dalam route City Loop Bus tu...dan akhirnya dia berikan kami Kobe Welcome Coupon yang boleh digunakan untuk mendapat diskaun bagi entrance fee di beberapa tempat tourist yang bakal kami pergi nanti...memang best!
lepas tu terus adik berlari dan kami mengejar tanpa tahu sebab musababnya!rupanya bas yang akan menuju ke HAT akan tiba pada bila-bila masa sahaja lagi nun di jalan besar di hadapan Kobe Information Centre tersebut...tapi jauh gak nak lari sebab ada lalu kawasan parking juga kan...fuhhh...nasib baik kami sempat menaiki bas tersebut tepat jam 11.35 pagi...aku tak pasti apa basnya, sebab cepat sangat masa berlalu!so kalo korang nak ke HAT ni juga, sila la bertanya pada Kobe Information Centre itu ya....tambang bas ke HAT adalah 200 yen...
haaa buat yang tertanya apa bendanya HAT ni...HAT ni singkatan bagi Happy Active Town...merupakan Kobe New Eastern City Centre, projek simbolik kepada pemulihan daripada the Great Hanshin-Awaji Earthquake yang berlaku pada tahun 1995...ianya dikatakan sebagai earthquake terburuk di Jepun, selepas earthquake pada tahun 1923...jadinya tujuan utama aku ke HAT ni adalah untuk pergi ke The Great Hanshin Earthquake : Disaster Reduction and Human Renovation Institution, di mana terletaknya exhibition hall yang menempatkan maklumat dan kesan earthquake tersebut...aku tahu tempat ni daripada Cikwi yang pernah datang berkursus di Kobe satu masa dahulu....masa naik bas tu, adik dah cakap pada pemandu bas kami nak ke institusi ni....sampai je di bus stop depan institusi tu, terus pemandu tu suruh kami turun....dan aku dapati bus stop ni betul-betul berhadapan dengan Blumer Mall ni...ada Uniqlo di situ...bus stop di situ ada tulis Hito-to-bousai Mirai Centre...
haaa buat yang tertanya apa bendanya HAT ni...HAT ni singkatan bagi Happy Active Town...merupakan Kobe New Eastern City Centre, projek simbolik kepada pemulihan daripada the Great Hanshin-Awaji Earthquake yang berlaku pada tahun 1995...ianya dikatakan sebagai earthquake terburuk di Jepun, selepas earthquake pada tahun 1923...jadinya tujuan utama aku ke HAT ni adalah untuk pergi ke The Great Hanshin Earthquake : Disaster Reduction and Human Renovation Institution, di mana terletaknya exhibition hall yang menempatkan maklumat dan kesan earthquake tersebut...aku tahu tempat ni daripada Cikwi yang pernah datang berkursus di Kobe satu masa dahulu....masa naik bas tu, adik dah cakap pada pemandu bas kami nak ke institusi ni....sampai je di bus stop depan institusi tu, terus pemandu tu suruh kami turun....dan aku dapati bus stop ni betul-betul berhadapan dengan Blumer Mall ni...ada Uniqlo di situ...bus stop di situ ada tulis Hito-to-bousai Mirai Centre...
lepas tu aku terus excited...tak sabar nak masuk ke insitusi ini....besar betul bangunan dia...ada 2 buah bangunan yang disambungkan dengan skywalk di aras 2...di bangunan ini terletak pelbagai pejabat berkaitan dengan disaster dan earthquake...termasuk universiti, UN, research institute dan lain-lain...juga termasuklah exhibition hall yang aku nak pergi ni la...
kami pun terus masuk ke West Building (sebelah kiri)...dan menuju ke kaunter reception...di situ kami beli tiket dengan harga 480 yen untuk dewasa dan 360 yen untuk yang ada student card Jepun...harga ni kami dapat selepas menggunakan kupon discount yang diberikan oleh Kobe Information Centre tadi....harga asal bagi dewasa adalah 600 yen dan 450 yen bagi student...untuk makluman, exhibition hall ini ditutup pada hari Isnin dan 31 Dis & 1 Jan...masa melawat adalah dari 9.30 am - 5.30 pm...di kaunter reception ni terletak sebuah jam menunjukkan masa berlakunya earthquake terburuk di Kobe pada 17 Januari 1995....
dah dapat tiket, kami diiring oleh staff di situ menuju ke lif...masa ni dah cuak sebab tengok takde orang pun...dalam kepala otak dah pikir ah sudah, tak best ke tempat ni sampai takde orang....then kami dibawa naik lif terus ke aras 4 yang bertemakan Re-experience the Earthquake...buka pintu lif je ada pula tukang sambut dan diiring lagi masuk ke theater room...masa ni baru la berjumpa dalam 4,5 orang pengunjung di situ...dalam theater room ni, kami dibawa melihat video 7 minit semasa earthquake ini berlaku...MasyaAllah....takut sangat aku rasa masa ni...dengan gelapnya, dengan bunyi dan gegaran di skrin...memang rasa macam kita berada di saat gempa berlaku...gempa ni berlaku pada jam 5.46 pagi...masa semua orang masih lena diulit mimpi...satu persatu bangunan runtuh dan hancur dek gegaran yang kuat tu...dalam theater room ni memang takdan nak ambil gambar sebab gelap dan terlalu asyikk melihat rakaman yang ditunjukkan....aku rasa rakaman tu diambil dari cctv di kawasan sekitar kot....
lepas tu kami keluar dan melalui laluan yang menakutkan...laluan itu dibinakan untuk menggambarkan suasana di celah-celah bangunan betul-betul selepas gempa berlaku...macam real dan menggerunkan aku juga la...tapi kami tak dibenarkan mengambil gambar di kawasan ini...pasrah je la kan...pastu dibawa pula masuk ke The Great Earthquake Hall...di sini kami ditayangkan video dokumentari bandar Kobe dan penduduk yang menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam menangani kehancuran disebabkan gempa bumi ini...
keluar je dari hall tu, kami pun turun menggunakan escalator, menuju ke aras 3 pula..yang bertemakan Memories of the Earthquake...di sini ditempatkan pelbagai gambar, barangan yang diperolehi semasa gempa bumi berlaku...terdapat juga tayangan mengenai gempa yang berlaku serta usaha-usaha yang dijalankan untuk memulihkan Kobe pada masa tersebut...di sini juga dibuat imej grafik yang menunjukkan kejadian gempa tersebut dan kehidupan warga Kobe semasa dalam proses pemulihan...ada juga skrin-skirn memaparkan video, dan juga message mangsa semasa berlaku gempa tersebut....haaa pastu kat sini juga ada staff yang boleh berbahasa Inggeris, jadi kalo ada apa-apa nak tanya, boleh bertanya kepada mereka...aku dimaklumkan oleh mereka yang tempat ini telah dibangunkan setahun selepas gempa bumi berlaku...MasyaAllah, setahun saja mereka dah boleh recover!memang pantas betul kerajaan Jepun ni kan...sama la macam tsunami di Fukushima pada 2011, terus dapat recover dengan cepat!hish mesti ada muzium tsunami kat Fukushima kan...harus pergi juga nanti next trip to Japan!
kemudian kami menuruni lagi escalator dan menuju ke aras 2, yang bertemakan Experience Protection and Reduction against Disaster...kat sini ada satu sudut terkini memaparkan pelbagai jenis natural disasters yang ada....ada typhoon, hurricane, cyclone...wah macam-macam lagi tau informasi yang ada...nak tak nak baca jer..hehehe...pastu terdapat gambar-gambar di seluruh dunia selepas berlakunya natural disasters...
kemudian kami ke tempat pelbagai simulasi dan model berkaitan gempa bumi ditempatkan...tempat ini bertujuan nak memberi pendidikan kepada pengunjung mengenai prevention and mitigation of disaster melalui permainan dan experiment....menarik tempat ini...lagi menarik bila ada seorang pakcik yang peramah yang bertugas di situ...dia ni pernah datang Malaysia dulu...jadi banyak la perkara yang kami bualkan...dia tunjukkan pada kami kekuatan gempa yang berlaku di Kobe pada masa dahulu...dan beza gegaran apabila titik pusat gempa berada betul-betul di bawah kita atau jauh di laut...haruslah yang betul-betul di bawah kita ni, akan menyebabkan kehancuran yang lebih teruk kan...sebab gegaran lagi kuat...so kejadian gempa di Kobe satu masa dahulu ni, titik gempanya memang di Kobe...so sebab tu kemusnahan yang berlaku agak teruk...aku teringat kisah gempa bumi di New Zealand pun macam ini juga....
kemudian ada area yang ditempatkan pameran barangan asas yang diperlukan sekiranya berlaku disasters...siap checklist tau...barangan ikut level...barang keperluan asas kena la bawak sentiasa macam air, simple first aid...dan seterusnya....ke emergency items dan safety stocks...semuanya berguna semasa berlakunya natural disasters...memang well prepared!learn from the past!
haaa lepas tu kami melihat simulasi liquefaction...aku 1st time dengar menda ni...rupanya ia merupakan fenomena bila tanah hilang kekuatan dan strukturnya semasa gegaran berlaku dan menyebabkan air dalam tanah naik ke permukaan...ini boleh menyebabkan bangunan di atasnya runtuh!kalo tak runtuh pun, dah tak stabil dah...bila-bila masa akan menyebabkan kerosakan...
kemudian kami di tunjukkan pula dengan model struktur terkini rumah-rumah di Jepun...di mana mereka menggunakan quakeproof structure...struktur ini akan membuatkan kerosakan minima apabila berlakunya gempa bumi...wahh memang mengagumkan!kalo struktur lama tu, gegar sikit dan lama je, abes runtuh rumah!tapi dengan struktur baru ni, boleh lihat kalo bangunan tinggi tu dia bergoyang macam pokok ditiup angin je!tapi tetap tak runtuh...hebatkan...memang best pakcik ni cerita...penuh minat!so kalo korang datang ke sini, leh la carik pakcik ni...
dan dari aras 2 West Building, kami menaiki skywalk menuju ke East Building...dan naik ke aras 3...kat sini terdapat pameran mengenai bumi, aquatic plant, the miracle of the planet of life....agak boring la tempat ni pada aku...ada skrin nyanyi lagu yang tak difahami...sini macam ala-ala tempat hargai nature la gitu....tak lama pun kat sini terus cari jalan untuk keluar...keluar terus dari East Building ni sebab dah habes semua exhibition hall kami terjah!
keluar je dari bangunan The Great Hanshin Earthquake : Disaster Reduction and Human Renovation Institution tu, kami ke kanan...ke bangunan di sebelahnya pula...haaa disinilah terletaknya bangunan JICA - Japan International Cooperation Agency...tempat di mana ramai pegawai kerajaan kita membuat training dengan Jepun...so zaman dulu kala sikit, masa bidang kerjaya aku sedang berkembang maju, ramai senior-senior aku training di JICA ni...tapi sekarang takde dah...kita dah dikira maju, so depa tak provide training dalam bidang kerjaya aku dah...tapii....tapi frust tak dapat training kat sini bukanlah main agenda aku ke sini...hahaha aku ke sini sebab......haaaa kafe di JICA ini ada provide halal food okeh!tak ramai yang tahu ni aku rasa...senior-senior aku la bila tau aku nak je Jepun, ada la beberapa orang suruh datang makan kat sini...lagi-lagi Cikwi la kan sebab dah suruh aku datang tempat earthquake yang betul-betul bersebelahan dengan JICA ni...haaaa apa lagi jom kita masuk!buat muka konpiden je macam orang Malaysia yag sedang training di situ...masuk je pintu utama, jalan ke depan sikit dan terus je nampak kafe di sebelah kiri kita...jom masuk!
masuk je memang nampak dah laaa note yang menyatakan diorang provide halal food...dan seperti kedai-kedai makan Jepun yang lain, diorang akan pamer gambar makanan di hadapan pintu masuk...kat gambar tu diorang provide info sama ada halal atau tak...tagging warna biru yang menunjukkan ianya halal...so apa lagi sakan la adik-adik duk pilih makanan!kalo boleh semua nak makan tau...hehehe oh ya, kalo tanya aku ada pork ke tak, aku tak nampak pula dalam menu kat sini...yang ada ayam, daging, seafood, vege...tapi tak tau pula kalo aku terlepas pandang....hehuuuuuu~
dah tengok mana nak makan, kita pun kena la pilih kad seperti di bawah...pilih kad ikut nombor pada makanan...nak ambil kad tu pun kena tengok tau, sebab ada food macam beef tu, dia ada non halal dan halal...so kat kad yang nak diambil tu pun ada kad dengan nombor yang sama, tapi ada yang tulis halal or kosong tu tak halal la...macam no 30 dan 31 dalam gambar tu...nampak tak?dah lepas ambil kad, terus ke kaunter dan buat pembayaran...sebab aku suka hati jumpa tempat ni, aku belanja adik-adik aku!total makan bertiga yang tamak ini adalah 3,240 yen...dah bayar bawa resit ke kaunter ambil makanan...kat situ diorang akan bagi alat buzzer tu...so duk lepak jap, buzzer pun berbunyi....
haaa apa lagi...cepat-cepat ambil makanan di kaunter, snap gambar dan makan!adik yang terlebih excited pun terus uplaod kat FB...budak-budak blaja sini tak tau okeh...hakak kau ni juga yang tau...hehehe so jom tengok apa kami bedal!aku ngan anim makan nasi dengan kari ayam...kari jepun, tak sama macam Malaysia, tapi sedap gak la...adik ambil nasi dengan kari daging...lepas tu ada salad, ambil ayam goreng sampai 2 set dan dessert pisang goreng dengan aiskrim...Alhamdulillah...sangat-sangat mengenyangkan....tak dapat Kobe Beef pun takpela....ni pun dah syukur....
so if korang ke Kobe nanti, boleh la mencuba makanan di cafe JICA ni ye...alternatif la kepada beberapa kedai makan halal yang terdapat di sekitar Masjid Kobe tu...haaa lepas dah kenyang nih, kami pun malas nak tunggu bas lagi dah....hahahaha terus menahan teksi di hadapan bangunan JICA dan menuju ke destinasi seterusnya.....haaaa kemana kami?tungguuu sat naaa......
Dasat kan gempa bumi kat Kobe dulu.. teringat lagi tengok dalam berita yang elevated highway diorang semua collapse.
ReplyDeletePart aiskrim kat gambo atas tu mmg sangat menggiurkan!
Dan tak lupa pada segmen makan2 di bawah sekali tu, sangat makan nasi di negara mentari terbit! hahahaha
ha'ah...mmg memberi kesan sgt kat diorg tu....aku rasa jepun la antara country byk sejarah disaster ni....bom atom, tsunami, gempa bumi...semua yg dhsyat....tp depa leh survive dan cpt recover...aku dah tak ingt dah tahun 95 tu tgk tv..myb dulu aku tak tgk berita kot...hehehe
Deleteaiskrim tu aku tak makan...sejuk2 tu takde la aku nak makan...hehehe makan nasi weiii....kat jepun...memang terbaiklah kan...hehehe
ala... dia dah p dulu.. hehe... rindu jepun sangat2. Kami p next year april insya ALLAH
ReplyDeletehehehe hamboi nakpi bersakura le tu next year ye...hehehe
DeleteDJ!!..ini dah kira lawatan sambil belajar nih..byk ilmu tentang gambar bumi yg dapat..sib baik Dj ke sana leh JM baca kat sini je...dpt gak ilmuu..pak cik tu explain dalam bahasa inggeris ke cam faham je nengok ha..ke adik tlg translate heeee
ReplyDeletehahaha ye la JM...sgt informatif kan tempat ni...memang menarik...tak rugi pergi...tapi JM takdan pi Kobe eh aritu...takpela, next time leh repeat...hahahaha
Deletepakcik pandai ckp english...kat situ mmg ada staff utk bahasa mcm2...so senang la...hehehe
wahhh bagus sekali infonya. kalo terjadik pape, boleh la kak DJ bantu ya? Hiks.
ReplyDeleteKo dah kenapa John berakak-akak ngan aku?wpun ko nmpk adik2 aku mcm sebaya ko, tu aku lbih kurg sebaya diorg je...so kita kira rakam sebaya la gk kann?kan?hahaha
Deleteinfo menarik....akan ke Jepun tak lama lagi.
ReplyDeleteThanks..haa boleh la guna info yg mna berkenan tu...hehe
DeleteDulu masa duk Nippon sekejap, agak kerap rasa gempa yang kecik2.. bila tidur malam katil bergegar... kekadang seronok juga... tapi orang Jepun pulak yang terlebih takut...
ReplyDeleteJJCM jugak rupanya... hehe
ooo yeke en mie...sy mmg ada dgr gak tu org yg duk sana mmg selalu rasa gempa kecil..kejap rasa bangunan goyang, lagi2 yg duk bngunan tinggi...huhuhu kalo saya tu, seram jugak...mau dah pikir macam2!lagi2 tsunami la...takut.....huhuhu
Deletehahaha haaa la en mie, selagi ada peluang nak JJCM....hehehehe
Gempa bumi di Jepun memang ngeri kot.. kalau baca dalam sejarah.. hampir abis semua benda hancur dek gempa bumi..
ReplyDeleteSoronok dia jumpa makanan halal tu huhuu.. :D
ye sebab titik gempa tu mmg kat Kobe...sbb tu teruk tu...dahsyat....takut kalo bayangkang tu...huhuh
Deletehahaha haaa laaa...jumpa makanan....harusla bergumbira....
Nilah tempat ko suruh gi tu kan. Pas Acheh, sini pula. Memang tensi ah dahlah suka tempat gini. X dan nak singgah haritu, lama kat mall. Sob. Kat Fukushima tu confirm ada. Kalau xde, akan ada kot xlama lagi.
ReplyDeleteYezzaaa....hehe apesal tah aku ni suka tmpt2 gini plk...hehe fukushima klo ada, kna pi nnti nih...hahaha
DeleteAku kalau ada rezeki nak gi lagi, harus ku singgah tempat ni. Jalan kat Hiroshima aritu, meremang bulu roma bca facts kat monumen tu sume. Sebak ok.
DeleteYezza silakan...hiroshima mmg aku suka sgt la...best kan...dah le tenang jer city.nye
DeleteSlm kenal..
ReplyDeleteBestnya ...kata org jauh berjalan luas pemandangan..
https://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/
Salam kenal....Alhamdulillah ada rezeki nk bjln... :-)
DeleteSempat ker nak ke Kobe nih.....bnyk la tmpt nak squeeze in..huahahaha.... rasa mcm x sempat...
ReplyDeleteKalo xdan, boleh je skip kobe...xbyk attraction bnding kyoto...hehe selamat merancang perjlnn ye...bila nkpi tuu...
DeleteInsyaallah early winter... sejookkk meh??
Deleteok la tu....sejuk2 mmg best berjalan!hehehe
Delete