Tuesday, April 1, 2014

3rd Bandung Trip : Day 3 (15 Februari 2014)

Sambungan dari: 3rd Bandung Trip : Day 2 (14 Februari 2014)

alahaiiii bertangguh-tangguh aku nak update blog sekarang ni...weekdays sibuk dengan kerja, macam-macam isu sekarang ni....weekend pula sibuk duk ulang alik spital nengok tok aku...dan akhirnya, tok telah meninggalkan kami semua pada 6.45 petang, Jumaat lepas...masa tu mak aku dah ke spital awal...aku dengan abah dan abang pula ke KLIA nak jemput adik aku balik dari Jepun for good..tengah happy tu, tetiba dapat panggilan mak beritahu tok dah takde...Allahuakbar...Innalillahi wainna ilaihirojiun...terus sepanjang weekend lepas berkampung kat rumah tok...semoga arwah tok ditempatkan di kalangan yang beriman...Al-Fatihah...thanks buat kawan-kawan yang tolong doakan untuk tok aku yer...

okeh now nak kena gigihkan diri ni habeskan cerita Bandung....bertabah je la korang kalo rajin nak baca cerita yang panjang hari ini...hehehe meh sambung cerita hari ke tiga kami di Bandung....selepas kegembiraan dapat ke Kawah Putih Ciwidey semalamnya...pagi ini kami dikejutkan dengan berita airport di Jakarta dan Bandung telah ditutup buat sementara waktu!ini adalah gara-gara debu dari letusan Gunung Kelud yang telah memenuhi ruang udara kedua-dua kawasan ini.....waduhh....terus rasa cuak...tapi disebabkan lama lagi kami akan berada di sini, makanya kami pun cuba rileks dulu...kami pikir jangan susah-susah hati dulu....dan berdoa semoga tiba masa kami pulang nanti, airport dah beroperasi seperti biasa...huhuhu

so macam biasa, 8.30 pagi kami turun breakfast dan jam 9 pagi, Topan pun sampai ambil kitorang...hari ni kami akan ke Tangkuban Perahu!yeah 3 kali datang Bandung, 3 kali laaa aku datang sini...orang Malaysia yang datang ke Bandung selalunya akan ke Tangkuban Perahu ni berbanding ke Kawah Putih...mungkin faktor jauh dan macet yang melampau kadang-kadang tu, menyebabkan orang malas nakpi Kawah Putih...lagipun orang Malaysia ke Bandung kan nak shopping, buat apa lama-lama dalam kereta ke Kawah Putih kan?hehehe perjalanan kami pagi ini lancar, cuma sedikit macet di beberapa tempat sahaja....masa dalam perjalanan, terserempak dengan sekumpulan orang tengah arak kanak-kanak yang nak bersunat dengan menaiki kuda...kemain mereka diraikan di sana tau...Topan cakap kalo lagi kaya orang tu, lagi banyak kuda dia sewa untuk kawan-kawan anak dia naik sekali...
tepat jam 10.30 pagi kami tiba di pintu masuk Tangkuban Perahu...mulai 1 Januari 2014, harga bayaran masuk dah naik sikit iaitu Rp75,000 seorang...untuk kenderaan pula adalah Rp15,000...kat sini juga ada orang jual mask...budak-budak ni sibuk la nak beli..kena la dalam Rp5,000 sekeping...mahal pada aku...tapi takpela...demi kesihatan katanya...beberapa bulan lepas, aku difahamkan Tangkuban Perahu ni ditutup untuk orang ramai sebab kawah keluarkan asap bersulfur dengan banyak....so ni baru je buka balik...rezeki kami nak sampai...Alhamdulillah....then terus kami menuju ke Kawah Ratu!kawah terbesar di Tangkuban Perahu ni...masih aktif tau...
dah sampai situ, memang praktikkan muka kerek, taknak layan peniaga di situ la...bukan nak menyombong, cuma nak selamat kan diri dari dipaksa membeli...dah le lupa bawak spek itam, takleh nak berlagak tak tengok mata diorang...hahaha haaa dah sampai atas ni, apa lagi, bergambar la kita!memula sebelum Topan hilangkan diri, baiklaa hambat dia dulu tolong ambil gambar kami berempat!lepas tu biarla dia nak menghilangkan diri ke mana pun kan...bergambar sakan kami di Kawah Ratu ni...dari bahagian atas...
lepas tu aku nakpi toilet, so kami menuju ke bangunan Information Centre...tapi tak masuk pun just ambil gambar di atas bangunan tu....mengadap bandar...tapi tak nampak sangat la kan sebab berkabus...toilet kat sini bersih tapi again, airnya sejuk banget...beku!ada bayaran yang dikenakan tapi aku tak ingat berapa...mayb Rp2,000 kot...
kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke arah kedai-kedai jualan kat situ...menuruni bukit, semakin menghampiri kawah ni...tapi takde la sehampir macam di Kawah Putih tu...sebab di sini masih aktifkan, so bahaya la nak turun ke kawah tu...masa ni kami bergambar dengan ranting-ranting pokok yang kering kontang....cantik lah....dah la masa ni angin sikit punya kuat, memang sejuk!nasib baik masa ni bau sulfur pun tak kuat sangat, so mask yang dibeli tadi, letak dalam poket je la...
dan kemudian kami turun lagi...dan lagi....last trip aku tak turun pun sebab mak abah aku malas nak jalan jauh-jauh...so kali ni, gigih la ngikut makcik-makcik ni...curam tangga batu di sini...so hati-hati la ye...oh aku difahamkan, di tangga batu ni juga antara best spot nak ambil gambar kawah tau...sebabnya dia tinggi kan dan tiada halangan di situ...tapi hati-hati ye, lagi kalo angin kuat dan berat badan korang tak capai BMI normal, harus melayang kang!
turun je dari tangga, ternampak la bandrek susu...haaa terus cikwi nak minum...ni macam teh halia la...gila pekat!cikwi rasa tak sedap perut, macam angin...tu dia minum tu...aku ada la cuba sikit...MasyaAllah rasa dia...rasa nak nanges pas minum!nyesal minum!huhuhu kat sebelah kedai ni ada signage Kawah Ratu...boleh la snap dekat situ juga...cun!
ok limit aku masa 1st time datang sini dulu sampai sini je la...pastu pusing balik ikut jalan penuh kedai-kedai...tapi kali ni, semua gigih nak jalan lagi sikit ke depan...so aku pasrah dan redho...ikut je la...kawasan ni menurun sikit..hati-hati la sebab tanah pasir dan berbatu...boleh tergolek kat sini....kawasan ni aku rasa paling rendah kita boleh pergi...so apa lagi, ambil gambar...posing sana, posing sini sikit...dan sudah...tak koser nak jalan ke depan lagi dah...amek gambar pun sama je kawah ni bulat kan...
lepas tu kami berpatah balik dan melalui kedai-kedai yang menjual barangan cenderamata...aku ingat dulu supir aku pernah cakap kalo nak beli barang di sini, tawar je separuh dari harga yang dia letak...if tak dapat, blah je..nanti mesti dia panggil balik!haaa aku guna taktik tu memang menjadi la...tapi pastu ko budi bahasa la sikit doakan dia murah rezeki...terusss senyum menguntum di bibir penjual tu...kalo tak mencuka aku dapat pow dia murah!hahahaha sakan pula diorang bershopping kat sini weh!aku ingat lalu-lalu je...macam-macam yang dibelinya...tak dapat bayang laaa diorang di Pasar Baru esok ni...lagi menggila kot?sedar tak sedar, dah 2 jam kami di Tangkuban Perahu ni...dahsyat betul member trip kali ni...tapi maybe sebab aku memang dah set kepala otak, trip ini untuk layan orang bershopping, so takde la aku emosi sangat!pas dah selesai semua, kami pun patah semula ke kereta...tengok si Topan sampai dah lelap-lelap dah...agaknya lama sangat tunggu kitorang tak balik-balik...
pastu kami bergerak meninggalkan Tangkuban Perahu...bergerak menuju ke Kota Bandung semula...dalam kereta borak-borak, sekali cikwi dan amirah selaku penggemar kopi tegar teringin nak rasa kopi luwak...tapi macam was-was....lepas mereka diyakinkan dengan kehalalan kopi luwak ini, dengan merujuk kepada Portal Rasmi Fatwa Malaysia ini...kami pun minta Topan bawa ke mana-mana tempat nak minum kopi ini...terus Topan menghala ke Kopi Luwak Cikole...yang memang terletak dalam perjalanan kami pulang ke Kota Bandung...di jalan besar memang banyak banner Kopi Luwak Cikole ni diletakkan...tapi nanti kena masuk ke dalam sikit lalu kampung dan rumah-rumah orang...haaa buat yang tak tahu, kopi luwak ini adalah sejenis kopi yang dihasilkan melalui fermentasi di dalam perut musang!biji kopi yang dikeluarkan dari perut musang melalui penyahtinjaan atau ayat mudah dia tahi itulah yang akan diproses seterusnya menjadi air kopi! =D
sampai sahaja di sini, kami disambut oleh seorang staff di situ....rupanya staff di situ akan memberikan penerangan kepada kami mengenai kopi luwak ni...memula dia bawa ke kandang musang...rupanya ada spesifik musang je yang boleh hasilkan kopi luwak ni iaitu musang pandan!cikwi cakap kencing musang ni wangi bau pandan!erk..di sini staff tu terangkan mengenai menu musang ni, rupanya seminggu 2 kali sahaja mereka diberikan makan biji kopi...hari lain adalah jadual makan dia...ada ayam, telur, pisang etc...kiranya seimbang pemakanan musang ni...memang ada doktor haiwan di sini yang jaga musang-musang ni...even owner tempat ini juga adalah seorang doktor haiwan...staff ini juga menerangkan pada kami mengenai kelebihan kopi luwak berbanding kopi lain...ianya tinggi nutrient, dan rendah caffein!haaa itu bagus untuk kesihatan tau...dia juga explain jika menu hari ini adalah biji kopi, staff mereka akan menunggu 'hasil' musang-musang ini pada awal pagi keesokan harinyaa...
'hasil' tersebut kemudiannya di basuh beberapa kali untuk menghilangkan segala kotoran...dan kemudian dibawa ke kawasan pengeringan...kaedah semulajadi, keringkan guna angin sahaja...ini bertujuan menjaga kualiti biji kopi tersebut...staff situ beritahu yang musang ni jenis memilih juga...bukan semua biji kopi dia main telan je, dia pilih yang bagus juga...so kiranya kopi luwak ni terhasil dari biji kopi yang terbaiklah!
kemudian kami ditunjukkan pula proses penggredan biji kopi dijalankan...penggredan dijalankan secara manual tau...biji kopi yang rosak atau buruk akan dibuang...yang elok sahaja akan diambil...mereka juga asingkan biji jantan dan betina...haaa nak tau beza, tengok gambar yang last ni, yang ada garis di tengah tu betina...dikatakan yang jantan ini lebih mahal sebab bilangannya sedikit berbanding betina...selepas proses penggredan, barulah biji kopi dipanggang...dan dijadikan minuman kopi...
biji kopi yang terfermentasi dalam perut musang tu sebenarnya tak mematikan biji tu pun...sebab tu antara sebab ianya halal diminum...ia tak pecah dan rosak dan bercampur dengan najis...so disebabkan itu, tempat ni sedang jalan kajian menanam semula biji kopi luwak ini...dan ternyata, hasil dari kajian yang masih baru dijalankan ini, menunjukkan biji kopi itu masih boleh hidup dan menghasilkan pokok kopi yang baru!mereka juga nak buat kajian apakah aroma dan nutrisi biji kopi dari biji kopi luwak ini sebagus kopi luwak yang asal...haaa menarikkan?kalo jadi, umpama pemeringkatan 2 kali la 'keluwakan' dia tu...eceh pandai aku bagi nama 'keluwakan 2 kali'...hehehe
dah habis berjalan dan mendengar cerita, tiba la masa yang dinanti-nanti....aku tak la excited sangat sebab pernah minum di Bali dulu...diorang la yang excited kan...so di sini kami dihidangkan dengan pelbagai kuih-muih kampung secara percuma!dan untuk air kopi pula, segelas kopi luwak berharga cuma Rp35.000 sahaja...murahkan?aku rasa dulu aku minum cawan kecil je, dah lebih Rp100,000...hehuuuu kuih-muih tu memang enak banget!kopi tu pada aku sedappp!tapi....untuk peminum tegar kopi berkafein tinggi seperti cikwi dan amirah, diorang cakap kopi ni tak kaw!memang la tak kaw sebab kafein kurang!tak bagus untuk kesihatan tu....
masa dah lepas minum, kami ditunjukkan dengan bentuk biji kopi yang keluar dari musang selepas penyahtinjaan, sebelum pembersihan dibuat...euww sib baik dah kering punya...bentuknya seakan-akan gugusan anggur...eh yeke...hahahaha dan juga kami ditunjukkan kopi luwak yang boleh dibeli sebagai cenderamata berharga Rp250,000...tapi sebab cikwi dan amirah tak berkenan sangat, so kami tak beli la...
dah selesai di Kopi Luwak Cikole, kami meneruskan perjalanan ke Lembang Floating Market pula...haaa dah tengahari kan...perut pun dah berkerongcong...so decided nak isi perut di sini...masuk jer kena bayar parking Rp5,000...siap bayar kat orang jaga parking tu bayaran masuk seorang Rp10,000...bulan Disember aritu aku datang, bayar entrance di dalam...kali ni dah tukar pula...pastu kami terus masuk ke dalam dan menuju ke sebelah kanan....kalo dulu datang ke kiri, aku tengok takde apa sangat...tu kali ini ke kanan dahulu...sempat singgah di kedai menjual barangan Lembang....yang menarik minat kami adalah white tea yang dikatakan mahal dan sedap...white tea ni mengandungi antioksidan yang sangat tinggi....haaa apa lagi, cikwi terus terpengaruh nak beli...untuk awet muda katanya...kat kedai ni juga ada jual brownies, kerepek dan macam-macam snek Lembang....
kemudian kami juga tak lepaskan peluang nak bergambar berlatarbelakangkan signage Floating Market Lembang ni!walaupun sayup je nampaknya..gigih la kan siap duduk-duduk tengah panas tu....janji dapat bergambarkan..Topan la jadi mangsa kali ni...
lepas tu kami lalu Taman Kelinci a.k.a arnab!banyak giler arnab dalam tu dibiarkan berlari-lari..dah le gemuk gebu arnab kat situ!tapi kami tak masuk la taman tu, just lalu ambil gambar je...kemudian layan-layan bergambar dalam kawasan keliling tasik yang cantik tu....sebelum tiba di tempat membeli makanan!
haa tiba sahaja di kawasan perahu menjual makanan yang banyak ni, aku terus pergi tukar duit sebanyak Rp150,000...kat sini leh tukar dalam gandaan Rp5,000 dan Rp10,000 sahaja...dan harga makanan pun dalam gandaan tu juga la...
so apa lagi, kitorang terus pisah untuk membeli makanan, dan suruh Topan jaga meja...sakan la membeli makanan kan....last-last sampai kat meja, macam-macam ada....mi bakso, takoyaki, pisang sangkuriang, tauhu mendoan, cucur sedap giler, karipap dan sate kambing...wallaaaa memang sedap betul makanan yang kami beli ni!layan sungguh makan di tepi tasik tu...
dah kenyang, hati pun banyak senang...so kami berjalan-jalan lagi di sekitar tasik dan ambil gambar...kemain la gigih tunggu sekumpulan makcik bergambar kat satu pokok tu....bergilir-gilir rombongan makcik tu nak ambil gambar...ya Ampunnn....sabar je lah kami ni ha....tapi sabar je la sebab nak juga bergambar kat situ kan...
lepas tu, kami terus menuju ke Kota Bandung...masa nak masuk kota, lalu kawasan terletaknya factory outlet yang famous di Bandung iaitu Rumah Mode...so terus minta Topan berhentikan kami di sini....turun dan tumpang solat di situ...ada surau disediakan...dah selesai solat, bergambar dulu dengan patung famous kat Rumah Mode ni..dan kemudian terus menyerang ke dalam kedai....dalam banyak-banyak baju diorang bertiga ni duk berkenan kat 1 baju yang sama pula, so masing-masing ambil baju yang sama cuma warna je lain...aku plak tak beli apa, sebab sini takde sangat saiz aku...layan tunggu diorang je la kan...sambil belek-belek sling bag...takdo yang berkenan...yang berkenan, mahal sangat pulok....hehehe
dari Rumah Mode, Topan bawa kami ke Toko Tiga pula...pusat membeli seluar jeans di Bandung...aku pun 1st time sampai sini...sebelum masuk ke Toko Tiga, sempat singgah masuk kedai jual kain lace di sebelahnya...wahhh menggila tengok lace dan harga dia!murahhh....aku ni bukan reti sangat kain-kain ni, tapi sebab pernah ikut mak beli baju kawin abang dulu, so aku tau la sikit-sikit kain lace yang nampak mahal tu harga kat Malaysia beratus-ratus mahalnya...tapi kat sini harga dia affordable!tapi kami just cuci mata je la dulu...sebab dah aim esok nakpi Pasar Baru!hehehe dah puas cuci mata, kitorang pun masuk Toko Tiga...kat sini, diorang tak berkenan la pula dengan jeans yang ada...sebabnya banyak jeans untuk lelaki je...kalo ada pun untuk perempuan pun, bercawat pendek punya style...harus laaa taknak kan...aku apetah lagi...sangat tak seswai...hahaha so jalan-jalan cuci mata, kemudian terus naik ke kereta balik...
kemudian terus minta Topan hantar balik ke hotel...tapi kami tak terus naik ke bilik...masuk mall kejap...pi beli Milkis dulu...nyamannya dapat minum Milkis yang sejuk itu...dan kami menuju ke food court dalam mall ni...memang besar kawasan foodcourt ni...macam-macam makanan ada...so aku layan nasi bebek, cikwan bertekak western plak...cikwi dan amirah layan makan roti dan kuih baki dari floating market tadi...dah kenyang, kami pun balik ke bilik untuk merehatkan diri...simpan tenaga untuk bertempur di Pasar Baru esok hari!ok nanti kita sambung lagi dengan cerita kegilaan mereka bershopping di Pasar Baru pula!yeay!
oh ye, nak kongsi pembelajaran hari ini bersama Topan...di area Jl Dago tu ada tempat nama Taman Puspati...taman ini khas untuk para jomblo atau orang single melepak..mana tahu ketemu sama jodoh di situ!hahaha kitorang masa dengar ni memang gelak la kan...Malaysia perlu ambil inisiatif begini ni weh!hahaha pastu Topan cakap, orang Jomblo ni sering dikaitkan dengan suka warna purple!erk?betul ke?hahahaha terus semua sentap taknak pakai baju warna purple dah kat Bandung!hahaha pastu gelak bertambah besar bila Topan cakap Taman Puspati ini hanya untuk para Jomblo yang masih muda sahaja...tapi jangan risau, sebab tetap ada taman yang disediakan untuk para Jomblo yang lanjut usia...namanya Taman Lansia!hahahaha hadoi sakit perut gelak!aku tak tau betul ke tak cerita ni, kalo Topan tipu, kira aku tipu jugak la ye!hehehe tapi seriously, Putrajaya kena buka 1 la taman macam ni aku rasa!hahahaha kadar kejombloan di Putrajaya nih aku rasa macam tinggi je!hahahahaha

16 comments:

  1. Dua kali ke Bandung , dua kali gagal masuk ke Tangkuban Perahu tu... huhu... Repeat lagi... mungkin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu tanda nak suh repeat tu en mie...hehehe

      Delete
  2. Mmng panjang betul entry ni..pueh nak abiskan
    Untung jadi kawan kepada anak orang kaya..boleh naik kuda hahahahah
    Hai berlindung di selbalik pokok nampak! tapi still nampak
    Wahhh...molot kuar asap tu :-)
    Tak nak mkn kopi tahik opss....luak..rasa cam terbayang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la JM, gigih tau nk abeskan cite bndung...xsbr nk mulakan citer jepang...hehe

      Tu asap tipu je tu...hehe haippp....xbaik sbut tahik tu...hahahaa

      Delete
  3. Ahhahah...baru perasan...kat Bandung Floating Market lah bukan Floating Village...apa lah J ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la JM...jgn konpius ngn tonle sap tu..hehe

      Delete
  4. Aku bila tengok je posting Tangkuban terus teringat saat aku dimaki kat sana...sebab xnak beli barang diorang, dahlah ngikut aku ke sana ke mari. "Mudah2an lor nggak nyempat balik langsung kecelakaan". Nak pengsan dengar ko tau. Dahlah paksa beli, aku xlayan dia menyumpah pula.

    Floating Market aku xgi lagi. Memang 2nd trip nanti ni akan ku jejak market ni,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Giler saiko org tu...mak aku pun kna saiko dulu..tp aku tarik je mak aku...leh plk dia nk ckp.kita ni nk pndg rndh dia la, mcm dia jht la...choi skli...

      Weh wajib pi tau nnti..

      Delete
  5. Innalillahi Wa Inna Ilaihirajiun.. Salam Takziah untuk Tok Kak DJ..

    Meriah sungguh kanak2 nak bersunat tu.. Mesti excited nak disunatkan hahahaa.. Nasihat supir yang bagus tawar separuh harga hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks afif... :-)

      Yg meriah kwn2 dia..yg nk kna sunat tu muka pudar dah..hahaha yezza tu nasihat supir yg dulu...harus ingat smpi skng..hehe

      Delete
  6. kopi luwak idang dgn kueh mueh tu yg tak tahan tu.
    wow bandung has so much to offer than just FOs..

    bandung semmgnya bes banget...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih tu sodap nanatron...mmg.marvelesss....harus dicobain dong...mmg byk lg tmpt lain slain shopping di bndung tu...hehe

      Delete
  7. Taman Jomblo itu emang ada Mbak DJ, Topan ngak bohong. memang taman khusus untuk muda-mudi yang masih single (jomlo). Taman Lansia itu juga ada, dekat gedung sate. Khusus untuk orang lanjut usia (kakek dan nenek jomlo)..hehe. di Bandung, banyak taman diberi tema. Mbak DJ jangan salah pilih taman..ya. Nanti kalau masuk taman Lansia, dikira Mbak DJ golongan nenek-nenek cari jodoh pula..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha Sakit perut sy gelak ni...hahaha jgn termasuk ke Tmn lansia yer!hahaha

      Delete
  8. Tak suka penjual-penjual dan ejen2 yang ada. Asyik nak jual je..naik rimas dibuatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..sebab tu saya suka pakai spek itam..avoid eye contact ngn diorg...huhuhu

      Delete