Tuesday, December 31, 2013

**Good Bye 2013~Welcome 2014**

yeahh akhirnya 2013 bakal melabuhkan tirainya....and Welcome 2014!Alhamdulillah tahun 2013 telah membawa 1001 pengalaman pahit manis dalam hidup aku....terutamanya dari segi traveling la kan...di mana pada bulan Mac 2013, secara rasminya aku telah create another blog yang khas untuk cerita pasal traveling...seronok dapat kenal ramai travel blogger, dan semakin hari semakin berkobar-kobar semangat travel aku bila baca experience travel blogger yang mengujakan!dan sudah pasti semakin hari, semakin panjang juga la wishlist aku bila baca story korang-korang semua ni tau!hehe ok jom aku nak recap perjalanan aku di dalam dan luar negara sepanjang 2013 ini!

Januari 2013

Pada awal bulan Januari, aku dengan sue dan dini telah terbang ke Shenzhen, China...trip last minute juga kiranya ni sebab sue request nak berjalan memandangkan trip sebelumnya tu, dia tak leh join sebab urusan kerja...so dah alang-alang ke Shenzhen, kami panjangkan langkah terus ke Macau dan Hong Kong!pengalaman pertama dengan winter!memang terbaik!
Beberapa hari lepas balik dari Shenzhen, aku dan keluarga telah pergi ke Taiping, Perak untuk membawa kakak ipar aku dan Zara melihat tempat mak aku dibesarkan...kami stay di Sentosa Villa yang sangat cantik dan kevillagean sangat!
Dan di akhir Januari, abah ada kerja di Kuala Terengganu, so aku dilantik menjadi driver yang tidak bertauliah....mak dan anim pun follow...so here we go!jalan-jalan carik makang di Terengganung!memang best makang ikang celup tepung!kami stay di Ri-Yaz Heritage Resort, memang terbaik!

Februari 2013

Pada pertengahan Februari 2013, aku bersama asie, sara dan emel ke kenduri kawin Nonet di Johor..dah alang-alang ke sana, terus kami masuk ke Singapore dengan memakai baju kurung...gigih sangat turun naik bas dan imigresen dengan baju kurung!
Keesokkannya, kami telah pergi ke Legoland di Nusajaya, Johor pula!yeay akhirnya dapat juga jejak kaki ke sini...walaupun aku bukan la penggemar tegar theme park ni, tapi janji dah sampai kan...pening kepala naik baby roller coaster je pun!

Mac 2013

Pada pertengahan Mac 2013, aku diberi peluang untuk berkursus ke Lisbon, Portugal!kali pertama menjejak kaki ke bumi Eropah dan seorang diri!rasa cuak yang teramat sangat masa ini!tapi gigih la berjalan ke Amsterdam, The Netherlands masa transit selama 6 jam di  sana...trip ini telah membuka mata dan minda aku untuk mula rangka perjalanan sendiri ke Europe suatu hari nanti...
Pada penghujung bulan Mac, aku bersama-sama keluarga telah pergi ke I-City, Shah Alam buat pertama kalinya!melayan karenah zara melihat limpahan cahaya lampu...tak masuk pun mana-mana tempat dalam I-City, just jalan di sekitarnya sahaja....

April 2013

Tahun 2013 memang rezeki Europe agaknya aku ni, pada pertengahan bulan April, aku telah ke Parma, Itali bersama-sama 2 orang bos aku untuk menjalani latihan di sana!atas kesilapan teknikal pihak MAS, dapat bermalam percuma di London, UK semasa transit!Sempat berjalan 1 malam di Kota London!Dan juga disebabkan tiket flight yang sold out, kami diberikan penerbangan pergi lebih awal beberapa hari dan seharusnya digunakan sehabis baik untuk kami explore bumi Itali!sempat sampai ke Florence, Pisa, Rome, Parma, Milan dan Venice!memang mengujakan!

Mei 2013

Pada awal Mei 2013, aku bersama-sama sue telah bercuti Yogyakarta, Indonesia...sepatutnya kami sambung perjalanan ke Surabaya, tapi disebabkan tarikh tersebut clash dengan PRU, so kami telah beli tiket baru untuk pulang awal ke Malaysia..nak mengundi la kata kan!
Tidak lama selepas kembali dari Indonesia, kami sekeluarga telah ke Melaka untuk menyambut birthday abah aku di sana...kami stay di Bayou Lagoon Park Resort!menarik sungguh penginapan kali ini memandangkan ianya ada water theme park dan sangat sesuai dengan kami yang membawa zara!

Jun 2013

Pada 7-8 Jun 2013, buat pertama kali dalam sejarah hidup, aku bersama amoi, dini dan ed telah ke Pulau Kapas, Terengganu untuk mencadat sotong!pengalaman pahit dan manis bercampur aduk..yang pasti, itulah kali pertama dan terakhir aku akan mencandat sotong!

Ogos 2012

Cuti panjang semasa raya, kami sekeluarga telah bercuti ke Ipoh, Perak dengan niat nak pergi mandi di Lost World of Tambun!dan selepas itu, aku bersama mak dan anim telah sambung perjalanan cari makan ke Penang!memang terbaek!

September 2013

Setelah memenuhi undangan open house di Damansara dan Shah Alam, aku bersama cikwan, hasnaa dan azie telah pergi ke I-City, Shah Alam!dengan tujuan utama nak masuk Trick Art Museum!sakan la kan posing dalam museum tu!
Dan selepas lebih tiga bulan tak jalan ke oversea...kaki pun dah gatal-gatal...akhirnya pada 14-21 September 2013, aku bersama sue, dini dan amoi telah pergi ke Melbourne dan Sydney, Australia!Mega trip 2013 demi menyambut birthday yang ke 30!memang antara trip yang terbaek!

Oktober 2013

1 Oktober 2013, aku mengambil cuti semata-mata nak membawa anak buah kesayangan ke Aquaria KLCC!nak pergi weekend takut ramai sangat orang...seronok melihat keletah dia dalam Aquaria tu!
Tidak lama lepas tu, aku dan anim merancang lagi percutian bersama keluarga ke Port Dickson, Negeri Sembilan...kami stay di Avillion Admiral Cove Resort yang masih baru dan cantik!sambil melayan angin laut yang mendamaikan...
Dan pada akhir bulan Oktober 2013, aku bersama-sama ahli cawangan telah ke Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah atas urusan kerja...sambil bekerja, kami tak lepas peluang untuk menikmati keenakan makanan di sana...memang enak-enak belaka!

Disember 2013

Awal Disember 2013, aku bersama sue, hasnan dan dayahz telah ke Seoul, Korea Selatan...berhajat nak berwinter sonata, tapi tak kesampaian...takde rezeki, tapi trip tetap terbaek dengan pelbagai makanan Korea yang dicuba!
Dan tibalah ke trip penutup luar negara bagi 2013!aku bersama mak, abah dan anim telah ke Bandung, Indonesia...perjalanan yang penuh dengan makan dan shopping!memang best!
Dan akhirnya, sebagai penutup tahun 2013, aku bersama cikwan telah ke Teluk Intan, Perak...nak ke wedding hasnan dan dayahz...memandangkan kenduri diorang selang sehari, rumah perempuan di Sungai Besar, Sabak Bernam..lelaki pun la di Selekoh, Perak...so kami decided untuk pergi kedua-dua majlis dan tidur 1 malam di Teluk Intan yang terletak di tengah-tengah antara dua rumah pengantin...sambil tu pasang niat nak cari Leaning Tower of Pisa Teluk Intan katanya...sekaligus jalan-jalan cari makan di sepanjang perjalanan!
Alhamdulillah dengan rezeki yang ada...aku dapat meneroka bumi Allah di dalam dan luar negara bagi tahun 2013 ini....semoga pada tahun 2014 nanti, rezeki aku dan semua rakan-rakan travel yang lain akan melimpah ruah dan bertambah berbanding tahun-tahun sebelumnya untuk terus berjalan melihat dunia ciptaan Allah ini...dunia tanpa sempadan la katakan...bagi penetapan KPI 2014 pula, semoga semua yang dirancang dapat dilaksanakan...insyaAllah...Holla 2014!Please be good to me ok!

p/s : mulai tahun 2014, aku akan mula gunakan passport baru, passport ke-dua dalam hidup aku!semoga lima tahun yang mendatang ini, aku akan dapat fulfil wishlist aku!Wishlist before 35 katanya!hehehe =D 

Monday, December 30, 2013

Winter in South Korea #Day3 #Part1 (06122013)

Sambungan dari: Winter in South Korea #Day2 #Part2 (05122013)

yeah dah sampai hari ketiga di Seoul...arini malas nak keluar awal sangat....sebab dah tak jadi nak pergi Gyeonggi English Village kan...so just jalan-jalan dalam Seoul je la...makanya tak perlu la nak rushing sangat....dalam pukul 8 pagi baru la kami berjalan menuju ke Myeongdong Station...tak breakfast di guesthouse dulu pun sebabnya pagi ni nak pi makan besar!kami naik train terus menuju ke Noryangjin Station, perlu transit dulu di Seoul Station...sampai je di Noryangjin Station, keluar je dari train...angin sejuk menerpa!aduhai terus rasa sakit kepala, menyucuk-nyucuk kesejukan...demam dan batuk aku dah melanda teruk balik hari ni...tapi demi cintaku yang tertinggal di Noryangjin setahun lalu, aku gigihkan jua...ecewah!then kami terus keluar dari station dan follow signage ke Noryangjin Fish Market..sempat bergambar berlatarbelakangkan 63 Building, bangunan tertinggi di Seoul...dulu dah pernah pergi 63 Building ni gara-gara pengaruh cerita 'My Girl'...tapi kali ni, kami tak pergi ke situ dah la...tak cukup masa....
sampai je fish market, kena turun tangga dulu...kami usha dulu kedai dari tingkat atas...then baru turun ke bawah untuk usha kedai nak beli cinta hati aku iaitu King Crab!yeahhh....cuba cari kedai ahjumma yang kami beli dulu..sue siap dah save gambar kedai ahjumma tu lagi...cari punya cari, ahjumma cuti rupanya hari ni...alahai...takde rezeki nak beli ngan ahjumma...so kami survey dahulu harga King Crab ni...wahhh masa winter harga dia lebih 2 kali ganda berbanding masa summer aku pergi dulu!now rata-rata letak lebih dari KRW50,000 sekilo King Crab!perghhh....masa dah decide kedai nak beli tu, ahjussi tu letak harga mahal sikit, aku pun buat la ayat keramat kan 'ka ka ju se yo'...hahaha teruss ahjussi senyum dan bagi KRW50,000 per kilo...terus kami pilih 2 ekor King Crab dengan berat 2.5 kg!berharga KRW110,000...memang lelap mata je laaa membayarkan....dah setahun lebih aku teringin sangat nak makan ni...diorang pun ok je kan...so terbaik!dah beli King Crab dengan harga yang mahal tu, nak beli seafood lain pun dah nak kena pikir 3, 4 kali!
dah dapat apa yang dicari...haaa apa lagi...kami terus naik ke tingkat atas...mencari restoran unni yang kami pergi dulu...untuk memasak ketam kitorang ini...masuk-masuk je, terus teringat muka unni tu...terus dia jemput kami duduk dan aku cakap la nak stim je ketam tu...dia pun ok la kan..seronok dia kitorang jadi customer pertama pagi tu....siap tolong ambil gambar bagai kan....pastu kami melepak la tunggu ketam siap distim...almaklum ketam besar, 2 ekor pula tu...lama jugak la tunggu tu...sambil ngaruk-ngaruk kelaparan...bila sampai je ketam yang telah siap dimasak atas meja, wahhhhh terus semua orang snap gambar puas-puas dulu...dan kemudian apa lagi...ngapppp!pergh....terbaik woi!terbaik!manis giler isi ketam!dah le besar..memang puas hati sangat-sangat la...kami makan dengan nasi la kan, kata perut melayu...masa tengah makan, unni dan ahjumma tu pun baru nak makan juga...di belakang aku...aku pun cakap laa 'masi sa yoo'...ahjumma gelak-gelak...dan-dan dia pi dapur dan datang semula bawakkan aku sup pedas tofu...free katanya....wahhh sedapppp!gamsahamida ahjumma...
memang enjoy betol kami makan masa ni...lepas dah abes kaki, badan ketam tu kami ratah, aku teringat yang kita boleh request untuk mereka goreng nasi guna perut ketam yang lembik-lembik tu...so terus aku cakap...'unni, bab bee bye jo seyo'...atau erti kata lain, 'mix the rice for us, please!'...terus unni gelak sebab aku macam salah cakap sikit awal-awal tu...dia yang betulkan...terus unni ambil, dan gorengkan isi perut ketam dengan nasi, kimchi dan seaweed untuk 2 portion...then tabur bijan...ya Allah sedapnyaaa....dalam kekenyangan tu, habes jugak la nasi goreng sedap tu...Alhamdulillah....memang enjoy!total makan di sini adalah KRW35,000...

masa nak bayar tu, sempat la aku bagitahu unni tu dulu aku pernah datang sini...susah betul aku nak explain sebab dia tak paham..terus kena main lukis-lukis kat situ kan...seronok dia bila dah faham tu, terus ajak bergambar bersama!pastu siap la bagi kami kopi panas sorang satu...terbaiklah unni!next time aku pergi lagi, aku nak save gambar-gambar dengan dia la dalam hp...leh tunjuk kat dia nanti...mana tau dapat sup tofu free lagi!hahaha so kepada sesiapa teringin nak makan seafood yang fresh terutamanya King Crab yang tak dijumpai sangat la di Malaysia ni, boleh la ke Noryangjin Fish Market ni!memang berbaloi-baloi la aku cakap!
kemudian kami pun terus menuju semula ke Noryangjin Station...dah kenyang ni, kami dah malas nak naik train...terus cari teksi di depan Noryangjin Station tu....destinasi seterusnya adalah menuju ke KBS Exhibition Hall!kalo nak ke sini, boleh naik train hingga Yeouido Station, tapi jauh gak la nak jalan untuk ke KBS dari situ....so naik teksi, adalah pilihan terbaik untuk kami dengan harga KRW5,800 sahaja....daebak!sampai di KBS tu, apa lagi terus laaa kan melayan snap sana sini!ini adalah kali kedua aku sampai sini, tapi tetap excited macam kali pertama sampai...untuk masuk ke sini tiada bayaran dikenakan...free okeh...memang banyak tempat nak ambil gambar dengan poster-poster drama dan program TV KBS...sebab kami memang layan KBS, so memang menarik sangatla kan tempat ni pada kami...orang yang layan cerita Korea aku gerenti aku suka tempat ini!
di KBS Exhibition Hall ini juga kita boleh masuk tv tau...dulu kami pergi, ingat ada cerita 2 Days 1 Night je, rupanya banyak cerita boleh select di TV yang disediakan...haaa apa lagi masa tu, tunggu budak-budak tadika comel ni ambil gambar dulu, diorang pergi je, sakan la kami bergambar kan!hehehe macam-macam aksi!lepas tu boleh masuk dalam berita juga ye!sambil tu layankan juga si hasnan dan dayahz nak buat video save the date guna rancangan berita KBS tu...hahahaha!
dah selesai bergambar sakan di KBS, kami sekali lagi menaiki teksi menuju ke Namdaemun Market...masuk je teksi, bagitau destinasi kami..then tetiba ahjussi bagi limau kat kami..wahhh rezeki...Alhamdulillah..baiknya ahjussi...sedap giler limau tu..maniss...ahjussi kata limau dari Jeju...wahh terus rindu kat Jeju Island kan....hehehe insyaAllah nak repeat sana satu hari nanti....wink...wink...hehehe jauh juga KBS ke Namdaemun, kena lalu jambatan menyeberangi Han River....jadinya harga teksi adalah KRW8,600...
sampai sahaja kami di Namdaemun Market, sempat membeli strawberry berharga KRW7,000...sedap dan manisnya lah strawberry ni...lepas tu kami pun berjalan memasuki bangunan yang menjual accessories...cari punya cari tak jumpa pula tempat best nak shopping brooch...pastu kitorang keluar dari bangunan...masa ni aku dah rasa tak tahan kesejukan ditambah sakit kepala sebab asyik batuk...so aku beli la mafla sehelai nak tutup hidung dan muka dari kesejukan..murah je KRW5,000...merah menyala lagi uols...
then kami terus jalan masuk ke building e-Lengdang yang menjual accessories, tapi tak jumpa juga orang jual brooch sepasang besar kecik tu...sampai sekarang aku tak tahu mana orang beli...yang banyak aku jumpa jual 1,1 je la..takde pun sepasang tuh...so aku dah malas nak jalan sebab rasa tak sihat sangat dah...so aku lepak kat 1 tempat..diorang terus gigih mencari kedai jual brooch tu..sue siap search internet dalam building e-Lengdang tu, dan dia found kedai No. 209 yang menjual brooch kecik dan besar...so pairkan sendiri aje..ok la kan..aku pun beli la yang kecik 5 biji dengan harga KRW1,000 sebiji...ok la kan..lepas tu aku sambung melepak menunggu diorang semua bershopping sakan...punya lama aku tunggu, sempat aku masuk balik, ternampak beg pororo comel, terus teringat bambam aku tu...aku pun beli la beg pororo dengan harga KRW20,000...
dah selesai semua shopping, kitorang pun menuju jalan pulang..sempat je kena tahan dengan mamat jual manisan ni, pandai cakap melayu pula dia....kemain dia petah bercakap kan....siap terpengaruh juga la kan diorang ni ngan mamat tu...mamat ni duk suruh beli banyak-banyak kotak siap nak bagi diskaun...tak koser la kami kan...so kami just beli sorang sikit je...aku ambil sekotak je la berharga KRW6,000...tapi masa test sedap je, bila bawak balik, tak sedapp der...choi sungguh la...hampeh...
dan dari Namdaemun Market kami pun balik ke Myeongdong dengan menaiki train..dekat je sebelah station...sempat beli kuih bahulu berinti kastard Deli Manjoo di bawah Myeongdong Station tu...harga KRW3,000 dapat 15 biji...sedap sangat la kuih ni...harus cuba kalo ke sana!menyesal beli sikit masa nih!hehehe
then jalan kaki balik ke guesthouse, again tersinggah membeli pau atau croquette...berintikan sayuran, labu manis..wah memang sedap sangat!harga pun murah iaitu KRW1,500 sahaja sebiji...ada pilihan red bean, cheese, curry dan pelbagai lagi...sedap sangat!
then kami pun terus balik ke bilik...aku decided nak tido kejap sebab kepala sangat sakit...sue plak nak ikut aku je melepak di bilik...so hasnan dan dayahz terus pergi myeongdong...nak sambung shopping katanya...layan je la...aku suh diorang balik dalam kul 7 malam untuk next program kami....dah jom tido!