Showing posts with label Japan - Kyoto. Show all posts
Showing posts with label Japan - Kyoto. Show all posts

Wednesday, April 23, 2014

TripAdikBeradik ke Jepun ^Day2^Part3 ~ Kyoto


setelah bergumbira dapat naik rickshaw yang dibawa oleh oppa abam Jepun comel dan selamat sampai di Torokko Arashiyama Station semula, terus kami pergi membeli tiket Romantic Train...dia ada a few station yang kita boleh naik...tapi dah ini yang kami jumpa, naik je la dari sini kan...harga tiket 1-way adalah 600 yen seorang...rupanya train kami pada 4.10 petang ini merupakan train terakhir pada hari ini yang menuju ke Torokko Kameoka Station...kiranya station paling jauh la dari sini...fuhhhh nasib baik sempat kan...almaklum, tak buat research pun operation time train ni...rezeki la dapat juga naik...dah beli tiket, kami pun tunggu la dalam 20 minit sebelum ketibaan train...nasib baik ada wifi di sini...sempat la menjalankan aktiviti menghapdet rakan taulan di kampung halaman....
dah dekat waktu train sampai, staff situ minta kami turun ke platform...kena beratur mengikut nombor gerabak dalam tiket kita...nasib baik la masa kami naik ni takde orang sangat...aku rasa tak sampai 20 orang pun...memang syiok la kan...leh conquer the whole gerabak nanti...tak lama lepas tu, rasa excited sangat bila nampak kepala train sampai..warna dia cantik!
masuk jer train, wah old school betul tempat duduk dia...macam kerusi kayu kat sekolah rendah aku jer...terus ambil tempat mengikut tiket...tapi train ni memang kosong!dan train pun mula berjalan...tengah usha pemandangan dalam train dan bergambar, tetiba semua kecoh ke sebelah kanan train!rupanya kat situ la pemandangan best sebab boleh nampak air sungai hijau yang sangat cantik!terus sakan snap gambar!Subhanallah memang sangat cantik dan mempersonakan!patut la dipanggil Romantic Train!tapi sebab pergi ngan adik-adik aku, aku taknak dah panggil dia Romantic Train, Scenic Train sudeyyy....hahahaha masa dalam train ni, staff dia siap menyanyi-nyanyi tau..ada adik ni bersungguh nyanyi sekali...
tengah duk syiok layan pemandangan indah, tetiba keretapi masuk terowong!terus gelap...nasib baik ada lampu train yang old school jugak...aku rasa macam naik train zaman dolu kala je ni weh...memang menarik dan best!lepas tu kami tiba di Hozukyo Station...patung binatang comel menyambut kami...hehehe tapi di sini tak ramai orang turun sebab takde train station lain yang berhampiran untuk kembali ke Kyoto nanti...dan train meneruskan perjalanan sambil kami melayan pemandangan indah...memang tak bosan langsung melihat keindahan alam ciptaan Tuhan ini....aku tak dapat bayang betapa sejuknya air tu...teringat cerita Running Man diorang main game dalam sungai masa musim sejuk...gila lah!eh teringat kat Korea plak...hehehe
dan akhirnya kami sampai di Torokko Kameoka Station...station terakhir untuk Romantic Train a.k.a Scenic Train ini...terdapat JR Umahori Station yang terletak berhampiran station ini...perlu berjalan lebih kurang 10 minit...takde la jauh sangat kan...tapi.....keluar je kami dari station tu, sekali angin kuat giler!dan tiba-tiba salji turun dengan agak lebatnya!aku kira paling lebat untuk hari ini...wahhhhh excited okeh!orang lain kemain cepat-cepat jalan ke JR Umahori Station sebab sejuk berdenting!tapi kami duk sakan bergambar dalam salji tuh!hahaha excited...abaikan kejap gigil-gigil yang melanda...oh sungguh happy dan puas hati dapat jumpa salji di Kyoto hari ini!Alhamdulillah...sampai je di JR Umahori Station, kami menggunakan JR Pass dan kembali semula ke Kyoto Station...dari situ, terus mengambil JR train balik semula ke Osaka Station...
sampai di Osaka Station, terus menaiki subway (Midosuji Line) untuk kembali ke Shinsaibashi Station...dan setibanya di sana, aku decided nak balik bilik terus sebab dah kepenatan sangat...anim dan adik nak pi jalan di Shinsaibashi-suji dulu untuk cari makan...sampai bilik aku makan megi je la bersama buah strawberry cicah Nutella...sekali adik-adik aku balik, diorang tunjuk gambar makan Okonomiyaki...adik aku cakap ni takoyaki versi besar dan masak sendiri punya...huhuhu tak merasa la aku...takpela...janji dapat balik bilik awal, rehat kan kaki yang dah rasa nak meletops!hahaha over kan...terasa penat sungguh travel kali ini...dah tua agaknya nih...okey la nanti sambung lagi dalam next entry...ke mana plak tu....tungguuuuu...... =D

Monday, April 21, 2014

TripAdikBeradik ke Jepun ^Day2^Part2 ~ Kyoto

Sambungan dari: TripAdikBeradik ke Jepun ^Day2^Part1 ~ Kyoto

okeh dari Kiyomizu Temple, kami terus menuju ke Nishiki Market...sampai di sana, sempat singgah toilet dalam mall kecil berhadapan dengan pintu masuk kami diturunkan...sempat la aku tertido tunggu diorang masuk toilet...dah la sejuk...badan aku plak memang kepenatan je rasa arini kan....siap rupanya ada orang tak betul sangat duk sebelah aku duk membebel...memang tak mampu aku nak melayan nye la hai...ntah dia marah aku duk tempat dia ke apa...aku kengantokan sangat!hahaha tak lama lepas tu adik-adik aku pun datang balik...kami terus menuju masuk ke Nishiki Market....kat market ni ada pelbagai jenis barangan yang dijual....masa kat sini la baru aku tahu asal rupa serbuk gerak-gerak atas takoyaki tu...tapi tak sempat ambil gambar la pula...ianya sejenis ikan tapi telah dikeringkan...sampai keras macam kayu!lepas tu untuk takoyaki tu dia akan sagat-sagat la ikan kering tu...macam guna pengetam kayu zaman belajar kemahiran hidup dulu tu...
masa di Nishiki Market ini kami tak lepas kan peluang untuk makan takoyaki lagi...sampai 2 kedai kami beli takoyaki...yang menariknya di kedai kedua tu ada takoyaki yang dikepitkan dalam keropok...sedap jugak rasanya...harga takoyaki yang kami makan di Nishiki Market ini adalah antara 600-800 yen...Ralat: 300-400 yen....oh ya di sebabkan market ini adalah terbuka tapi berbumbung, masa kami jalan-jalan dalam tu, boleh rasa kesejukan di luar dan salji juga boleh terbang melayang masuk ke dalam market...best!
lepas dah kenyang tu, kami pun keluar ke jalan besar untuk mencari teksi...kami difahamkan ada train station di situ, tapi masing-masing dah malas nak mencari...so the best solution adalah mencari teksi!sambil tunggu teksi, sambil tergedik suruh anim ambil gambar aku dengan salji...haish tak abes cerita salji aku ni lagi kan...hahaha maafkan saya....saya terlalu teruja!gituuu....
dan dengan menaiki teksi, agak lama juga laaa....sempat la aku tido dalam teksi nih...tambang daei Nishiki Market ke Arashiyama adalah sebanyak 3,360 yen...akhirnya kami sampai di Arashiyama...ntah mana-mana la pakcik teksi ni turunkan kami...rupanya dia turunkan kami di tepi sungai yang ada jambatan famous tu...tapi aku tak sedar itu la jambatannya sebab duk sibuk mencari arah ke Path of Bamboo....lorong pokok buluh yang sangat popular di Arashiyama!masa ni adalah sangat sejuk sebab tengah hujan renyai-renyai....kabus pun menebal...
kami terus berjalan melalui Tenryuji Temple yang famous tu...tapi tak masuk pun la...takkan la semua temple nak masukkan di Kyoto ni..pengsan aku sebab banyak sangat temple nya...so ambil gambar di hadapannya sahaja...di hadapan temple ni dah nampak signage ke Path of Bamboo!yeay!
bila Tenryuji Temple di sebelah kiri kita, terus je jalan ke hadapan...sebelah kanan nanti akan ada banyak kedai-kedai lama yang cantik dan masih terjaga...dalam beberapa minit berjalan, akan jumpa simpang ke kiri dengan signage ke Path of Bamboo...kat simpang kecil ni ada gerai jual makanan...so insyaAllah akan perasan la simpang kecil ni...
dari simpang tu, dah terus jumpa pokok-poko buluh tapi tak macam dalam gambar yang orang selalu ambil jer...so terus kan usaha berjalan ke dalam lagi...dan sampai satu kawasan, ada map...ha dari situ kami ambil simpang kecil ke kiri dan terus berjalan sampai la berjumpa dengan Path of Bamboo ni...masa kami sampai cuaca memang mendung sangat...so agak gelap di kawasan ini...sebab pokok buluh dia merimbun tinggi kan...menambahkan keadaan gelap di sekitar kawasan tu...pasrah je la...tapi yang best masa ni tak ramai orang...so boleh la bersakan bergambar sikit...sampai terpeleot lutut si gemuk ni bajet nak bergambar melompat!hohoho tapi aku suka tempat ni...nyaman dan tenang je...maybe sebab tak ramai orang...kalo ramai orang mau sesak jiwa jugak kan...
sampai di penghujung Path of Bamboo tu, kami dah terdengar bunyi keretapi!yeay nak naik Romantic Train a.k.a Scenic Train!terus jalan kaki menuju ke station yang berhampiran di situ iaitu Torokko Arashiyama Station...sampai je masing-masing sibuk pergi toilet, tak tengok jadual train..keluar je toilet, adik cakap train baru je lepas...alahai...melepas!terus check waktu next train, then kami pun keluar dari station tu...ternampak pula orang bawa rickshaw...haaa terus anim dan adik nak naik menda tu sementara nak tunggu the next train...aku plak memula tak sampai hati nak naik...takut orang tu pengsan nak bawa aku...tapi bila pikir total adik ngan anim punya berat pun diorang leh angkat...aku ok la kot kan...sekali mamat yang bawak tu beriya kata boleh-boleh tapi aku sorang-sorang la kan...hahahaha haaa apa lagi laju je aku naik!naik rickshaw ni ada pelbagai jenis route dan masa la...kami pilih yang 10 minit sahaja...untuk 2 orang naik bayaran dia 3,000 yen manakala untuk seorang 2,000 yen...ada lagi yang 30 dan 60 minit juga...perjalanan lagi jauh dan menarik la kot kan...bersungguh-sungguh staff ni menyiapkan kami...berbalut-balut kitorang taknak kasi sejuk...servis tiptop okeh!
pastu mula la sesi menarik puteri raja purba kala nih..kehkehkeh...tukang bawak aku nih comel!tapi kesian plak aku nengok...tapi memang diorang ni ada company and well trained la...sebab ada kaedah dia nak stop, nak naik bukit, turun bukit...kasut pun special tau...mayb untuk lebih kuat mencengkam semasa bawa rickshaw tu kan especially bila turun bukit...
selepas beberapa minit berjalan melalui kawasan perumahan orang yang cantik dan mendamaikan, kami pun berhenti di satu kawasan lapang....berlatarbelakangkan gunung-ganang di kawasan tu...diorang pun tolong ambilkan gambar kami...masa ni kami rehat-rehat sambil berbual...mamat yang bawa adik-adik aku banyak cakap...ye la dah adik aku pun boleh melayan dia bercakap dalam bahasa Jepun kan...mamat yang bawak aku ni reti la sikit-sikit English...duk tanya dari mana semua kan...pastu tak abes-abes dia puji adik aku yang pandai bernihongo tu...seronok sangat la jumpa orang Malaysia pandai cakap Jepun...siap cakap 'he's speaks very good Nihongo'...ecewah terus aku berbangga ngan adik aku...tak sia-sia aku paksa isi borang 6 tahun yang lalu...biar pun kena marah ngan mak abah aku sebab nak anta anak bongsu diorang ke oversea!hahahaha
kemudian kami meneruskan perjalanan lagi...melayan perasaan melihat pemandangan kampung yang indah...sambil dalam hati berdoa selamat laaaa mamat ni bawak aku nak naik bukit nanti!hahaha sebabnya train station tadi kat bukit tau...
haaaa sampai je dekat nak naik bukit, aku berdebar dah!diorang berhenti kejap dan ambil nafas...kemudian laju-laju lari naik ke atas bukit!kehkehkeh selamat weii....selamat sampai ke train station tadi!hahahaha pastu kami pun turun dari rickshaw...siap berpimpin tangan tau taknak bagi puteri purba kala ni terjatuh...gitu...kemudian buat bayaran dan dia siap bagi sticker kartun orang naik rickshaw pada musim bunga...kiranya sticker ni akan diberi ikut musim...comel je...terima kasih abam, sila la berehat melepaskan lelah mu selepas membawa aku yer....hehehe ok la dalam next post aku akan sambung lagi sikit cerita di Kyoto, sebelum kami kembali ke Osaka....yeahhh......