Saturday, April 19, 2014

TripAdikBeradik ke Jepun ^Day2^Part1 ~ Kyoto


yezza setelah mendapat rehat yang cukup, tido yang nyenyak....kami bangun awal pagi ini....hari ke-2 di bumi Samurai, kami akan meneruskan penerokaan di Kyoto pula hari ini..suhu sejuk di luar sikit tak mematahkan semangat kami untuk berjalan...seawal 6.30 pagi dah keluar menuju ke Shinsaibashi Station!berasap mulut!
tiba di Shinsaibashi Station, kami mengambil subway menuju ke Namba Station...200 yen minimum fare untuk subway yang kami naiki...masa ni aku langsung tak check route nak ke Kyoto sebabnya mahu bergantung je pada adik aku...tengok macam dia dah study semalam...hehehe so sampai di Namba Station, kami berjalan menuju JR Namba Station pula...masa ni kena melalui kawasan terbuka, dan kesejukan melampau telah berlaku disebabkan angin kuat weh!hohoo tapi gigih je la nakpi bergambar dengan ball cermin yang ada tulis Osaka kat situ...
kemudian barulah kami masuk ke JR Namba Station...jangan confuse ye, JR Namba Station ini untuk train JR yang kita boleh guna JR Pass tu....yang tadi tu aku naik subway...kat Osaka ni ada banyak line untuk subway dan train...nanti dapat train route map Osaka, tengok betul-betul ya....haaa kalo kita menggunakan JR Pass ni, takleh lalu ikut auto gate tau, kena guna manual gate...staff situ kena check pass kita tiap kali keluar dan masuk station...masa di JR Namba ni tiba-tiba perasan yang kitorang dah salah arah daa....aku dah macam perasan awal, tapi sebab pikir aku tak study sangat, so malas nak cakap pape...sekali konpem salah arah!so kena pusing balik naik loop line train dari JR Namba terussss ke Osaka Station!aiyooo sedangkan dari hostel tadi dekat dah Osaka Station tuh...berpusing-pusing la kitorang naik train pagi nih....
sampai je Osaka Station, kami terus ke JR Kyoto Line...ke platform 7-8...untuk mengambil train menuju ke Kyoto...again sebab ni JR train so guna je la JR Pass tu kan...sampai di platform, tengok orang dah beratur di line yang disediakan...wah bagus nih....terus nak kena beratur la juga kan...beldn with the local kekdahnye....dan kami menaiki train ke Kyoto pada jam 7.44 pagi...
sepanjang masa dalam train tu aku membuta je...aku tak tahu kenapa tapi aku rasa badan aku penat sangat!sebab cuaca ke, or sebab aku penat tak rest betul-betul dalam seminggu sebelum ke Jepun ni...huhuhu...tengah aku syiok membuta...tetiba adik kejut suruh bangun nak pindah train sebelah...masa tu train tengah berhenti kat station mana tah...aku tak sempat nak tengok sebab tengah pisat-pisat terkejut...adik cakap train sebelah tu lagi laju...kiranya rapid train laaa..haaa jangan la tanya aku cemane nak tau...maybe staff train tu buat announcement kot, dan adik aku je yang paham...hehuuu pastu masuk rapid train tu, aku lelap kembali...
dan akhirnya pada jam 8.30 pagi, kami sampai di Kyoto!yeay!excited sangat masa ni...hilang rasa ngantok...masa nak amek gambar di hadapan station tu, tiba-tiba tersedar ada sesuatu yang berwarna putih turun dan jatuh ke atas kami!wahhhhhhhh SALJI weiii...salji....wahhhhhh forecast tu tak giler rupanya!aku yg menggiler dah ni!hahaha kusangka jumpa sakura di bumi Jepun, rupanya jumpa salji...salji yang tak dapat jumpa kat Korea aritu, jumpa kat sini pula....tapi takde la lebat mana.....ala-ala sepoi bahasa je salji pagi ni...nak ambil gambar pun tak nampak sangat...feeling sendiri je cukup lah...hahaha tapi cuaca memang sejuk, tapi as being me, lahir dalam musim winter kan...takdak hal lah...
berhadapan dengan station ini ada Kyoto Tower...kami ambik gambar dari jauh je la...malas nak pi sana...kemudian dari situ, kami persis orang kaya menahan teksi untuk ke destinasi pertama di Kyoto...dah nama pi jalan ngan orang yang dah biasa ber'yen'...semua pun dianggap murah...pfftttt....destinasi pertama kami adalah ke Fushimi Inari Taisha....dengan bayaran teksi sebanyak 1,440 yen...
sebenarnya kat Kyoto ni ada banyak sangat tempat cantik-cantik dan famous yang boleh kita pergi...tapi sebabkan kami hanya ada 1 hari sahaja di Kyoto, so kami memang select a few tempat sahaja untuk pergi...so Fushimi Inari Taisha ini merupakan tempat yang memang aku nak sangat pergi di Kyoto nih...sebabnya nak bergambar di tunnel of tori gate yang warna orange tuh!hehehe sampai je di sini, kami bergambar di bahagian hadapan shrine dulu...memang dalam cuaca mendung tuh, tetap gah tori gate dan shrine berwarna orange tau...sangat menarik!masa ni orang pun mula ramai di kawasan shrine ini...
masa nak masuk ke dalam kawasan shrine ni, lalu kat tempat macam ambil air semayang laa...wallawei tak sejuk ke main air di kala suhu sebegini...aku tengok gigih pakcik tua ngajar budak-budak muda kumur, basuh tangan pakai air tu...budak-budak muda semua ketar-ketar kena air masa sejuk gitu....hahaha haaa masa kat sini gak kami nampak kedai takoyaki tapi belum buka lagi...sobsss takde rezeki...
kemudian kami berjumpa dengan map kawasan ini...terus nampak arah nak ke tunnel of tori gate....haaa apa lagi, terus pantas jalan masuk ke dalam lagi...masa ini sekali lagi salji mulai turun sepoi-sepoi bahasa menambahkan keterujaan aku menuju tori gate nih...walaupun salji yang turun tidaklah lebat sehingga tenggelam kaki nak berjalan, tapi aku tetap seronok sebab 1st time ye di kala usia dah tua matang ni dapat merasa salji turun atas kepala.... =D
selepas beberapa minit berjalan seakan mendaki sikit....taraaaa tunnel of tori gate terbentang di hadapan mata!yeay!suka!haaa apa lagi, pelbagai arah kamera ditalakan...cuma susah sikit nak dapat gambar tori gate ni kosong...ada je orang nak lalu lalang kan...bersabar je la...dengar ceritanya, setiap tori gate yang ada di sini didermakan oleh peniaga-peniaga di Jepun ni...sebab tu kalo tengok, ada warna lain-lain sikit dan ada tulisan Jepun nama syarikat penderma tu...kiranya mereka bersedekah untuk agama diorang la ni....mungkin untuk  perniagaan yang lebih maju kot....kat kawasan tunnel of tori gate ni, ada macam 2 fasa...yang pertama kita akan tengok tori gate yang besar-besar dan jarang-jarang sikit kedudukan antara tori gate tu....pastu penuh dengan tulisan di tiang tori gate tu....
kemudian fasa kedua pula, akan berjumpa dengan tunnel of tori gate yang kecil sedikit...dan ada 2 lorong di situ...haaa yang ni tori gate dia kecil dan rapat-rapat sikit...jadi nampak lebih cantik dan walla!sangat teruja di sini ye...tapi adik-adik aku tak teruja sangat..cepat jer nak patah balik..aku tak abes feeling-feeling lagi tau...terpaksa selfie sendiri...tapi gambar selfie tak payah tayang sini lah...hehehe
lepas dah puas snap kat tunnel of tori gate tu, aku memang tak berniat pun untuk meneruskan perjalanan ke atas...terus patah balik semula...sekali masa ni salji turun agak lebat berbanding tadi!hahaha aku suka!tak kisah la orang nak cakap peghak sekali pun...aku tetap nak enjoy that moment!
pastu kami lepak tengok kedai souvenir kat kawasan shrine tu...takde apa pun aku beli...anim ada la beli sikit barangan Jepun....aku pun tak ingat apa yang dia beli...sebab banyak sangat dia membeli...orang kayo la katakan...aku memang mempunyai adik-adik yang kaya dari kakaknya...hehehe...
kemudian kami pun berjalan menuju ke jalan besar...sambil melalui kawasan kedai-kedai lama...masa ni adik ternampak kedai makan...lepas sesi dia bersoal jawap dengan pakcik tu, kitorang pun masuk ke kedai kecil tu....kami makan nasi bersama telur dan udang yang berhagra 2,730 yen untuk 3 orang....sedap juga la makanan dia...dapat alas perut...masa nak bayar, tua giler makcik yang jaga duit tu...slow je kerja dia buat...tapi kagum aku tua-tua gigih bekerja lagi....
dan kami meneruskan perjalanan menuju ke jalan besar...melalui kedai-kedai lama di Kyoto...sempat singgah di convenience store untuk ke toilet...ingatkan dalam post sebelum ni aku cakap, kebanyakan convenience store seperti 7E dan lain-lain tu ada toilet kalo di Jepun ni...dan kemudian kami terus mengambil teksi untuk menuju ke destinasi seterusnya iaitu Kiyomizu Temple!disebabkan kami tak study sangat transport di Kyoto....so teksi adalah pilihan terbaik untuk kami...lagipun masa singkat kan, taknak buang masa....tambang teksi dari kawasan Fushimi Inari Taisha menuju ke  Kiyomizu Temple adalah 1,290 yen...
teksi memberhentikan kami di kawasan kedai-kedai...dan terbentang di hadapan kami bukit yang perlu didaki untuk menuju ke Kiyomizu Temple...aigooo...mula rasa lomah semangat kan...tapi kuatkan hati....jalan slow-slow sambil layan tengok kedai-kedai di kiri dan kanan jalan...sakan la anim nak beli kipas....buatan tangan kipas tu...memang cantik...
tak lama mendaki tu, akhirnya kami sampai di deva gate bagi Kiyomizu Temple...dikatakan gate ni akan dijaga oleh 2 ekor patung depan dia tu...haa ni kepercayaan orang buddha la...masa kami di gate tu, salji turun semula...dan masa ni tengok ramai perempuan muda datang dan pergi dengan memakai kimono...adik cakap memang ada banyak kedai-kedai kat bawah tadi tu untuk sewa kimono...maybe untuk berdoa kot, diorang pakai kimono ni....comel-comel je aku tengok, tapi segan la pulak nak minta gambar bersama...dan kemudian terus menuju ke dalam kawasan temple ni...
sampai satu kawasan, kami perlu membeli tiket berharga 300 yen seorang untuk memasuki kawasan seterusnya...kalo ikut tiket tu, dah masuk musim bunga....tapi keadaan sekeliling umpama musim sejuk lagi...habis togel semua pokok...ye la, musim peralihan la ni dari winter ke spring...suka sangat cari tiket murah tanpa pikir musim aku ni...haaa pasrah je lah...hehehe dan kami terus berjalan ke dalam melalui hall lama...sambil ditemani si cantik snow white yang sangat cantik....ecewah....poyo kan...
dan kemudian kami sampai ke bangunan temple...tempat diorang semayang tu...memang ramai la orang kat sini...tinggi temple ni...Kiyomizu Temple ni tersenarai dalam UNESCO World Heritage site...mempunyai tiang yang sangat tinggi....dan diperbuat oleh kayu lama yang sangat cantik!kat atas ni memang penuh asap orang duk sembah-sembah...aku ambil kesempatan pergi dekat kawasan diorang bakar-bakar tu sebab nak haba...sejuk weh....tapi belum tewas lagi dek sejuk la...saje nak hangat-hangatkan badan...hehehe tapikan, masa aku kat atas temple ni, aku tak tau la perasaan aku je ke, or memang betul-betul aku rasa temple ni macam goyang-goyang sikit...sebab ramai orang atas tu kan...hohoo kalo betul lah, memang seram la wei....tinggi tu....
kemudian kami berjalan ke seberang menghadap temple ini...kat sini macam ada bangunan juga tapi tengah restoration....masa ni dapat tengok temple tadi, terbayang-bayang laaa kalo tengah musim bunga, mesti cantik kawasan ni...penuh dengan pokok bunga sakura di sekeliling temple tu...masa kami pi ni memang togel je laaa pokok kan...tapi tetap cantik dan indah pada pandangan aku...ranting-ranting togel tu ada keindahannya tersendiri....
dan kami meneruskan perjalanan menuju ke pagoda yang terletak tidak jauh dari situ...rasanya pagoda ni baru dibina berdasarkan bentuk dan warna dia...perkara ni aku curi-curi dengar dari perbualan sekumpulan orang Indonesia yang ada di situ juga...dari pagoda ni juga boleh nampak temple tadi di sebalik ranting-ranting pokok yang togel itu....memang gah dan besar temple tu...
dan kemudian kami berjalan ke bawah temple tersebut...sempat lepak berehat sekejap sebab dah kepenatan berjalan...sambil layan suasana yang indah masa tu..takde sakura pun, tapi tetap cantik kawasan tu...nyaman lagi....memang kalo dapat lelapkan mata ni, syiokk abes ni...hehehe
dan kami meneruskan perjalanan, terjumpa kawasan Otowanotaki...di mana ramai orang beratur untuk minum air daripada air terjun yang dipercayai boleh memberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan berjaya dalam pelajaran...ini kepercayaan penganut buddha di sini la...kami takde la nak pi beratur minum plak kan...tapi mesti sejuk air tu kan...
dan di sebelah tempat orang minum air terjun tu, ada tangga tinggi untuk naik ke temple semula...wallawei tingginyaaaa tangga tu...tengok je pun dah semput okeh...tapi yang menarik perhatian aku masa ni adalah sekumpulan  perempuan yang memakai kimono tu...gigih aku tunggu diorang turun semata-mata nak ambil gambar!
dan kemudian kami melalui kawaan di tepi temple...dari belah bawah ini memang nampak la betapa besar dan tingginya temple ini...terlihat tiang-tiang kayu yang besar sebagai penahan kepada temple ini...dan di bawah tu juga terdapat taman dengan kolam yang cantik...again...aku rasa kalo musim sakura ni, mesti lagi marveles kawasan ini...Bibie Karim, Jari Manis silakan laaa korang menjeleskan aku dengan update gambar di sini semasa sakura ye!
dari taman tu, terus kami menuruni tangga yang tinggi dan menuju ke jalan besar...sempat melalui kawasan kedai-kedai lama dan berjumpa dengan orang-orang yang memakai kimono yang sedang menuju ke temple...tenang je kawasan kami lalu ni...kereta pun takde sangat...
dah sampai di jalan besar, terus nampak teksi lagi...wahh memang perjalanan orang kaya betol nih jalan ngan adik aku...nak senang je dia nih, langsung tak naik train ke hape...huhuhu takpela, aku follow sahaja...dan masa ni jam menunjukkan pukul 12 tengahari...perut telah berbunyi-bunyi minta diisi...haaa ke mana kita seterusnya?jommm ke Nishiki Market!tambang ke sana hanyalah 870 yen sahaja... (-_-) yuk kita sambung cerita di Nishiki Market dalam next entry ya!daaa......

18 comments:

  1. Huhuhu Dj, jm x sempat ke kiyomizudera dan nishiki market ni huhu x cukup masa tp yg pasti time spring mmg cantik kawasan ni sbb tu jm nk repeat :-). Maybe bibie ada ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke JM...takpela, JM kan nak repeat lagi nanti...boleh la ke sana plak nanti...hehehe

      Delete
  2. DJ,
    Salji wooooo... kelas ko jah!
    Dj, tanyakan adik apa yang dia tanya sebelum masuk restoren tu eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu la syieda..mmg rejeki nk dpt salji kt jepun nih..hehe tanya tu rasanya biasa la syeda, dlm food tu ada daging x etc...mcm biasa la...hehe

      Delete
    2. Dj,
      ko pegi inari tu pukul 8 dah ramai orang ke?? adehh.. pukul berapa ni aku nak pergi bila orang tak de. aishh

      Delete
    3. ha'ah awal pagi aku pi...tapi nak compare ngan orang lain, aku rasa kira tak ramai lg kot ni...myb sebab awal pagi dan musim sejuk...ko pi je la awal pagi dan maybe elak hari weekend kot...mesti weekend lagi ramai kan nak pi semayang diorang kat atas bukit tuh....

      Delete
  3. Untungla ada ada adik yang boleh bernihongo... at least selesai satu masalah...

    Pemandangan tetap cantik walaupun pokok-pokok masih gondol...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye en mie..mudah sikit la...semua serah ke dia...hehe saya suka jugapmndgn togel mcm ni...xdpt kt mesia..hehe

      Delete
  4. Replies
    1. Terima kasih MKL...saya takde skill amek gambar pun, ambil sekadar ikut mata sndiri jer...hehe

      Delete
  5. 1. Ada gaklah gambar ko berposing kat tori gate tu, jauh nun di hujung baru ada orang lain. Yang kitorang, orang yang datang macam xnak benti. Bertali arus. Tensi I.

    2. Memang gigih trip OKK ni kan, teksi saje dia naik.

    3. Area luar Kiyomizudera adalah lawa gila masa aku gi baru ni. Tapi!! Budak2 xnak masuk sebab sejuk & xminat. Aku pun patah semangat nak masuk, gitu eh. Haha. So cuci mata jelah tengok gambar ko untuk bahagian dalam. Mesti lagi meriah sakura kat dalam sebab kat luar pun lebat gila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1-ye la, bila aku tgk gmbr sndiri, ada gk la yg org xda sgt...hehe myb pi awal pg kot...tu xramai lg...ni 1st stop kot...hehe

      2-hahaha kan...adik aku la ni...murah ikut dia la...aku convert nanges...sbb teksi jepun lg mhl...teksi korea aku mmpu lg...hehehe

      3-wohooo ko ngn JM xmsuk ker...xdpt ler aku tgk gmbr korg kat sini...hehe ko xnk repeat ke...JM dah bercita nk repeat tu...hehe tu la, kwsn ni klo pnuh bunga msti cntik...togel pun dh cntik...hehe

      Delete
    2. Hem ehem, jm was here heee, bercita2 sakan kan jm nih

      Delete
    3. hahaha hamboih JM...pantang seru....terus datang!hahahaha!takpe JM bercita2 or berangan2 dulu...insyaAllah akan menjadi kenyataan....hehehe

      Delete
  6. Panjang nyer entry nie tapi alhamdulillah tak jemu membaca sebab gambar2 yg sungguh menarik.. nak komen pun tak tahu tapi yg nyata 3 beradik bercuti di jepun yang awesome :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afif mmg saje buat pjg2 supaya cpt abes....hehehe

      Delete
  7. Bnyk tol kena berjalan ya... best la dapat merasa salji turun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah byk tmpt nkpi wpun Ada 1 hari jee kat kyoto..hehehe mmg unexpected la salji tu...hehe rezeki...

      Delete