Monday, December 22, 2014

Persediaan Trip Tiup Lilin Dini a.k.a Trip Terlajak Bajet

malam ini aku dengan sue dan dini akan memulakan perjalanan oversea terakhir buat tahun 2014 ni!yeay!dalam excited, tetap berdebar-debar je rasa ni...macam-macam dugaan betul ni...bersabar je lah kan...huhuhu tema trip pada kali ini adalah 'trip tiup lilin dini'!kemain kan, dia pun nak ada trip tiup lilin juga...layan kan ajer...ye la, dari 2011 kot dia follow jer trip tiup lilin aku, makanya lepas ni nak kena laa layan dia plak....siap trip tiup lilin dia untuk tahun depan pun dah beli tiket tau!over kan...kalah aku tau!hahaha!

trip kali ni akan disertai oleh aku, dini dan sue...merupakan trip paling panjang dalam sejarah hidup kami bertiga ni!12 hari 11 malam ko...lama giler!untuk aku la kan....konpem aku homesick nanti nih!huhuhu haaa dah nama pun trip paling lama kan, haruslah trip ini juga memenangi anugerah trip palinggg terlajak bajet!huhuhu sepanjang setahun merangka itinerary ni pun, hati aku sentiasa aku berdebor-debor menengokkan kos yang makin lama makin bertambah!

haaa meh aku bagi hint sikit destinasi aku tu...hehehe aku nak pergi celebrate summer christmas uols!wink wink!mesti dah ada yang dapat teka kan?sebenarnya destinasi ni merupakan angan-angan aku untuk besday aku tahun ni...tapi tak dapat tiket murah pula...sekali tertukar ke besday dini pulaa...hehehe takpela, rezeki dah tertulis macam tu kan...redhooo....haaa itinerary dah siap last week...semua hotel, kereta sewa, entrance ticket semuaaa dah siap-siap book!bawak duit untuk makan, shopping jer nih...hehehe

oh ye, paling rare, trip kali ni kitorang bawak banyak makanan untuk memasak!hoih 1st time pi travel bawak kiub adabi la, perencah nasi goreng la...hahahah!penuh satu beg...takleh main handluggage jer kali ni...kena ambil juga 1 luggage...hohoho siap dalam itinerary termasuk menu masakan tau...hahaha

ok la korang...tolong doakan kami selamat pergi dan selamat pulang tau...aku berdebor-debor nih....eh korang dah dapat teka ker ke mana destinasi aku ni nanti...haaa dah dapat teka tak?hehehe fuhhhh.....

Saturday, December 20, 2014

Malaysia Year of Festivals (MyFEST) 2015

Selepas Visit Malaysia Year 2014, PM telah umumkan pelaksanaan Malaysia Year of Festivals (MyFEST) 2015 pula untuk tahun hadapan...kempen ni bertujuan nak tingkatkan lagi industri pelancongan negara kita dan kekalkan Malaysia sebagai destinasi utama pelancong dari dalam dan luar negara!ye la, dengan kejadian MH370 dan MH17 pada tahun ni, sedikit sebanyak membuatkan industri pelancongan negara kita tergugat kan...

MyFEST 2015 bertemakan 'Endless Celebration' akan menonjol dan meraikan kepelbagaian budaya dan perayaan yang terdapat di Malaysia ni sebagai tarikan kepada pelancong...negara Malaysia ni untung sebab masyarakatnya majmuk, berbilang bangsa, kaum dan budaya...sebab tu sesuai sangat dengan tema MyFEST kali ni kan....

Sepanjang tahun depan dah dipenuhi dengan pelbagai perayaan seperti festival budaya, membeli-belah secara ekstravaganza, acara antarabangsa yang menyeronokkan, acara eko-pelancongan, kesenian, persembahan muzik, promosi makanan dan pelbagai lagilah....kalo korang nak info lanjut mengenai aktiviti MyFEST ni boleh usha di web Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) atau web VMY2014....
kalo korang perasan, logo MyFEST ni berasaskan rebana ubi iaitu sejenis gendang yang merupakan alat muzik yang boleh dikaitkan dengan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia, sejajar dengan semangat 1Malaysia!menarikkan!hehehe

jadi untuk tahun 2015 ni, jom kita ramai-ramai melancong dalam negara kita, Malaysia!yang trip ke oversea tu harus teruskan juga...cuma boleh la selit-selit sikit destinasi dalam negara tu...demi menyokong MyFEST 2015 ni kekdahnya...hehehe dan as for me, aku dah ada beberapa perancangan trip dalam negara kat kepala aku ni...cuma nak sesuaikan dengan cuti umum yang best tahun depan sebab bersambung-sambung dan juga jadual festival yang dah ada ni...tapi kalo takdan pi festival ni pun takpe, janji nak berjalan dalam negara juga....hehehe!ayuh semua!

Friday, December 19, 2014

Permohonan Perlindungan Insurans Kesihatan Di Luar Negara atas Urusan Persendirian

hari ni aku nak share sikit info pasal permohonan perlindungan insurans untuk kakitangan kerajaan yang ke luar negara atas urusan persendirian...sebenarnya, ni kali pertama aku apply insuran ni...hehehe selama ni kalo keluar negara, aku cuma apply kelulusan untuk keluar negara jer...insuran tak pernah buat baik dengan kerajaan atau pun dengan company insuran...tapi last trip ke Brunei, dini tolong buatkan travel insurance untuk aku dengan company insuran...dan untuk trip terakhir 2014 ni, dini dan sue pun dah apply insuran masing-masing...ni semua gara-gara MH370 dan MH17, membuatkan semua terlebih cuak untuk naik flight...tapi tetap nak berjalan kan....so dah diorang pun ambil insuran, harus aku pun ambil kan...

memula aku macam malas nak ambil insuran kerajaan ni....tapi bila call agen takaful, banyak plak songeh dia...siap tau aku nak masuk 2 negara, dia siap double kan kos...sedangkan sue buat takde plak camtu...pastu banyak songeh nak tengok itinerary aku la kalo ada aktiviti air, diorang taknak cover...hoih banyak songeh, terus aku decide apply jer la insuran kerajaan nih....

untuk makluman, kemudahan permohonan insuran bagi kakitangan kerajaan ni diberikan setahun sekali sahaja...maknanya kalo aku keluar negara atas urusan persendirian 4 kali setahun, aku kena pilih salah satu trip sahaja untuk apply insuran dari kerajaan ini secara percuma!

haaa macam mana kekdahnya?macam di kementerian aku, kami kena apply dulu kelulusan luar negara lebih kurang sebulan sebelum trip...lepas dah dapat surat kelulusan, macam aku lepas 3 minggu baru dapat surat kelulusan...dapat jer terus terhegeh-hegeh cari info macam mana nak apply insuran ni pula...memula meh kita layan seround baca Pekeliling Perkhidamatan Bilangan 8 Tahun 2004...hehehe semua penjawat awam tak kira gred, dan status tetap ke, kontrak ke dibenarkan memohon perlindungan insurans ini...

"Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2004, Para 5(c) "lawatan persendirian yang dilindungi oleh insurans kesihatan yang ditanggung oleh kerajaan adalah terhad kepada sekali dalam setiap tahun kalendar dan tempoh lawatan tidak melebihi 31 hari mulai tarikh bertolak dari Malaysia"
di hujung sekali pekeliling ni disertakan borang permohonan kemudahan perlindungan insurans kesihatan di luar negara atas urusan persendirian ni...senang jer isi borang...yang penting kena masukkan maklumat pewaris yang boleh dihubungi ye...macam aku, aku letak nama abah aku la...lepas dah isi, aku pun hantar ke bahagian pengurusan kementerian aku...
aku ingatkan lama laaa nak siap insuran ni...sekali lepas 2hari aku pun terima email sijil insuran aku dah siap...yeay! untuk aku diorang beri classic plan...mayb untuk orang atasan jer yang dapat gold plan tu kan...hehehe tapi ok laaa free...ditanggung beres!dia cover sampai maksimum RM300,000...
haaa mudah kan?jadi kepada korang-korang yang berkhidmat dengan kerajaan tu boleh laaa apply insuran ni...mudah dan percumaa...rugi tau kalo tak guna kan peluang ini...oh ye, masa diorang anta sijil insuran ni thru email, diorang anta sekali untuk ramai-ramai orang dalam kementerian ni yang apply juga...so aku nengok IC orang yang apply tu semuaaa start dengan nombor 6 or 5...maknanya orang tua-tua je ke yang apply insuran kerajaan ni...aku rasa macam aku jer paling muda yang apply!adakah sebab takde kesedaran di kalangan yang muda akan kepentingan travel insurance ni, atau orang muda nak senang pi agen insuran jer...hehehe

ok la aku pun dah excited dengan travel insuran ni...so dah kena telek tripS tahun depan untuk kenalpasti trip yang manaaa aku nak insuransikan dengan insuran kerajaan nih....hahahaha eh dah ada insuran ni, apa lagi?meh tolong aku kemas beg!yihuuuuuu!hari ni last kerja untuk tahun 2014!yeay!

Wednesday, December 17, 2014

12 Ways To Get Paid To Travel The World

Aku terbaca satu artikel kat FB pasal kekdah nak cari duit untuk travel around the world...hehehe menarik minat juga nih sebab tu aku nak kongsi ngan korang...mana tau ada yang nak berhenti dengan kerja sekarang, pastu melancong satu dunia!haaa ni antara kekdah yang leh diaplikasikan untuk terus berjalan walaupun tak bekerja dah...hehehe  lately kagum baca kisah BackpackerBusuk yang berhenti kerja dan berjuang bekerja di ladang di bumi kangaroo...seriously aku takde keberanian macam tu lagi...tabik hormat la kat dia...keluar dari zon selesa...

aku ada kenal orang yang jadi part time tourist guide, merata dia dapat jalan free...syiok giler!lagi syiok kalo dapat jadi flight attendant or pilot...tapi both tu tak mungkin aku dapat jadi laa kan...hahahaha dini plak aku suh dia start berangan untuk menjadi wedding photographer di luar negara....hehehe eh, travel blogger boleh buat duit banyak ker?hahaha ye la kot untuk yang serious buat bisnes, tapi macam aku suka-suka jer, takde menjana pendapatan pun la kan....hehehe pape pun, kalo 1 hari aku dah boring dengan kerja sekarang ni, boleh laaa aku consider pilihan-pilihan yang ada dalam artikel ni....hehehe korang plak macam mana?

Sumber: Website Business Insider Malaysia


12 Ways To Get Paid To Travel The World

 THE LIFE  


plane st marteen
Brian Summers/Flickr
With airfare rising more than 10% in the past five years and hotel rooms going for exorbitant prices, conventional tourism has become more challenging to do affordably.
But what if you could travel and not spend a dime? What if you could even get paid?
Many would jump at the opportunity to experience new cultures, traverse through beautiful landscapes, and satisfy their insatiable wanderlust. 
We’ve compiled 12 ways for just about anyone to get their golden ticket to spending weeks, or years, in exotic lands while earning some cash. 

1. Become A Tour Guide

Leading tours through some of the world’s most iconic and historic places sounds like a dream come true. It can offer tons of variety, depending on how you approach it. Do you become a tour guide in one dream place — say, Paris! — and lead hordes of American tourists through the Louvre, the Bastille, and the Eiffel Tower? Or do you lead groups on longer trips that go through a series of destinations? 
Either one can be a solid way to make a living and see new cultures. There are a few cons, though. Guides who stay in one location will likely be working freelance, which may mean uneven paydays and a lack of job security. Some guides give free tours and try to use their personalities to get tips from generous tourists.
Longer-term guides may be lucky enough to get a contract or a full-time gig from a touring company, which adds stability but means they will be the one dealing with all the logistics, planning, and headaches that come with trying to manage a group of cranky tourists for weeks at a time
Be prepared to be extroverted and friendly at all times, even when you wake up on the wrong side of the bed.

2. Go WWOOF’ing

WWOOF, or Worldwide Opportunities on Organic Farms, is not a traditional business. Volunteers go for a set period to work on a farm with like-minded travelers in exchange for accommodation and home-cooked meals. The terms are flexible with WWOOFers staying as long or little as they want, and the opportunities are plentiful. While you’ll have to pay your own way to fly to the farm, once you are there, there are plenty of people who can offer a ride to the next destination. 
WWOOF’ing isn’t quite a career choice, but it is an excellent way to see the world while keeping your bank account (mostly) even.

3. Teach English

If you’re looking for adventure in a foreign land, one of the most accessible and lucrative ways to get there is by taking up a job teaching English. Jobs in Asia, the Middle East, and Latin America are abundant, and most of them do not require that you speak the native language.
Schools are looking for native English speakers with bachelor degrees who can teach the “direct method,” by which students learn through concepts, pantomiming, and the target language exclusively.
While not all schools require it, a certification for Teaching English as a Foreign Language (TEFL) can make you a more desirable candidate. Salaries can be as high as $36,000 a year in Japan or $45,000 in the United Arab Emirates.

4. Trade Specialty, Foreign Goods

Looking to travel and have a little capital to start with? Consider getting in the import-export trade and head out to exotic countries to find local, specialty, and handmade goods that will appeal to travel-hungry consumers back home. Pick up goods that areas are known for (examples include Italian leather, Mexican hammocks, and Turkish ceramics) as well as one-of-a-kind pieces that can’t be purchased by the truck full. Once you are back in the U.S., sell them to stores, collectors, and even eBay for a handsome profit.
You’ll have to figure out how to navigate customs regulations, but when you can sell goods for many times their original worth, the hassle pays for itself.

5. Research For A Travel Guidebook 

There aren’t many professions as romanticized and misunderstood as researching and writing for travel guidebooks such as Lonely Planet and Fodor’s. While the job is exhilarating — jetting you off to hundreds of places to try the local culture, food, and hotels — the reality of the work is a grind. Most guidebook researchers and writers report having to meet unrealistic deadlines that require them to work 12-to-14-hour days. In addition, seeing the sights is a small part of the job. Researchers and writers must crank out reports and articles, make maps of the areas they visit, and engage in extensive, tedious data entry.
Because of tightening budgets and an abundance of 20-somethings willing to do the job for next to nothing, guide writing is hardly a lucrative profession. But you can earn enough to make a living.
In an illuminating New York Times’ feature about the lives of guidebook writers, Warren St. John reveals the cardinal tenet of the job: “Most who do it quickly learn the one hard-and-fast rule of the trade: travel-guide writing is no vacation.”

6. Become A Flight Attendant

If you don’t mind taking your travel with a side of 9-to-5, a great option could be applying to become a flight attendant. Flight attendants make between $25,000 and $50,000 a year, and they get free travel benefits for not just themselves but also their families. The pay might sound low, but consider that the average schedule has attendants working 80 hours a month.

7. Work For A Cruise Line

Working on a cruise ship similarly sends you to exotic locales for pay, yet there are a few key differences. The job comes with long hours for comparably poor pay, but with all expenses paid and free travel. Crew members have their own dining halls, shops, Internet cafes, gyms, party areas, and even organized activities, which creates a fun culture. There are numerous jobs on a ship, with certain ones better than others. Washing dishes just doesn’t sound as good as chaperoning passengers on exotic excursions.

8. Start A Travel Blog

Being a professional travel blogger is a tough gig. While traveling to every sight imaginable is a tantalizing part of the job, it takes a lot of work to make it happen. Most travel bloggers spend a year building their sites, churning out several posts a day and building up a following on social-media before they ever see any money from their sites.
Almost all travel bloggers start out by spending their savings just to get up and running. Even once you’ve built a following, a network, and ad partnerships, you are running your own business, which means that in addition to traveling and writing, you must handle all the marketing, site growth, and financials. As you can imagine, it’s a job that never ends. To make it all work, you have to truly love travel and blogging.

9. Work As An Au Pair

aupair
Photo by Andrew Burton/Getty Images
Lucie Mason, age 9 (C), and her babysitter, Laura Flanagan, place an order at a ‘Cupcake ATM’ created by Sprinkles bakery on March 25, 2014 in New York City.
An au pair, or an extra pair of hands, is an international nanny who lives with a family for a set period, taking care of their children in exchange for travel, room, board, and pocket money. It can be a fantastic way to see a new culture from the locals’ perspective and make some money. Most au pairs are students or recent graduates, so get in before it’s too late.
Many families don’t require au pairs to speak the native language, and many even prefer it if you speak to their children in English so that they can improve their fluency. There are websites, such as Au Pair World, that help match people with families. 

10. Become A Destination Wedding Photographer

This one requires a bit of skill, but for those with the artistic temperament a wedding-photography business can offer free travel and an outlet for creative expression. It goes without saying that you will have to be a talented photographer, or at least a well-practiced one.
The wedding business is a competitive one with high entry costs (think computer, camera, lenses, editing software, portfolio, website, and, possibly, training), but it pays well. Many destination wedding photographers charge up to $10,000 a wedding, plus airfare, meals, and incidentals. While you’ll be working hard during the wedding, extend your stay for a few hundred dollars and you are well paid and traveling free. 

11. Join The Peace Corps

Joining the Peace Corps is not a decision to be taken lightly. It requires a 27-month commitment in a developing country with few modern conveniences and not much opportunity to see friends or family. If you’re still on board, and have a desire to make a difference in the lives of others, the Peace Corps can be a life-changing and rewarding experience.
Few opportunities immerse travelers in a culture as thoroughly as the Peace Corps. Expect to choose from an array of assignments, including teaching English, working in disease prevention, and building infrastructure. There is also an extensive application and interview process. The Peace Corps pays for travel expenses, living expenses, certain student-loan benefits, and it offers a $7,425 readjustment allowance upon completing your service.

12. Write A Literary Account Of Your Travels

normanmailer
AP Photo
American author Norman Mailer speaks during a news conference in London on April 27, 1965.
If all else fails (or you are an incredible wordsmith), take a crack at writing the next “Green Hills of Africa,” “Homage to Catalonia,” or “The Sun Also Rises.” If the book does well, you could have a cash cow on your hands in the form of royalties and advance checks. Of course, most would-be authors will never see a cent from their travels or literary hard work. If you have the courage to try, you could end up with the traveling lifestyle and your pick of publications to print your essays and stories. 

Monday, December 15, 2014

Visit Malaysia Year 2014!

Sempena Tahun Melawat Malaysia atau Visit Malaysia Year 2014 ni aku dengan kawan-kawan dengan semangatnya menyahut seruan yang satu ni...hehehe tapi sebabkan tahu pasal VMY2014 dah lambat sikit...masa dah masuk awal tahun 2014, makanya tak banyak la trip negeri jauh dapat dibuat....daripada 16 buah negeri termasuk wilayah persekutuan yang terdapat di Malaysia, kami berjaya menjejak 11 buah daripadanya pada tahun ni...Syukur Alhamdulillah....=D
Negeri yang telah kami jejaki dengan niat VMY2014 adalah Putrajaya (walaupun hari-hari pi kerja tak pernah hargai...tahun ni baru hargai), Selangor, Kuala Lumpur (both tempat ni pun selalu take for granted!), Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak!hehehe rezeki tahun ni banyak memijak kepada Perak!yeay!banyak kali kot aku ke Perak terutamanya Ipoh...hehe best!dan trip VMY2014 aku tahun ni banyak ditemani oleh Sue, Asie dan Irma...pastu ada juga dengan Dini dan Amoi dan sudah semestinya dengan la familia!terima kasih semua!
Cita-cita nak jejak pantai timur tahun ni tak kesampaian la pulak...takpe laaa...insyaAllah tahun depan nak plan trip ke pantai timur pulaaa....nak makang ikang celup tepung nih!ghindu sangat dah ghasernye nih...hehehe pastu ada plan nak visit Sabah jugaaa...tapi tiket mahal sangatlah...pendam jer laa dulu perasaan tu kan...hehehe so Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Labuan, tunggu yer tahun depan kalo ada rezeki aku melawat korang pula!hehehe!tahun depan moh ler kengkawan semua kita sambut dan sahut seruan Malaysia Year of Festival 2015!yeay!
p/s - dah ada a few orang cakap takleh nak komen kat blog aku...betul ker...sape-sape yang experience perkara yang sama, bagitau aku yer...through email ke, FB ke....nanti aku godek balik ape ke hal nya setting blog aku ni....ok!

Sunday, December 14, 2014

Siapa ada kenalan di Christchurch, New Zealand?

woot woot!nak minta tolong sikit...ada tak sesiapa yang ada kenalan di Christchurch, New Zealand?kalo ada leh email ke aku... dayah_jek@yahoo.com...terima kasih daun keladi.... =D

Thursday, December 11, 2014

VMY2014 ~ Sarawak :: Kuching :: Day 2, Part 3


dari Satok, kami menuju semula ke tengah bandar Kuching...lagi sekali lalu di Swee Kang Ais Kacang...masa ni dah dekat jam 6 petang...tak letak harapan tinggi pun sebab baca kat internet dia tutup jam 6 petang...tapi gigih laaa pi juga tengok kan...sekali dah ada tempat kosong!kedai tak tutup lagi...cepat-cepat la kami turun kereta dan duduk...hahaha terus usha menu...dan tanpa berpikir, aku terus order white lady!hehehe yang lain ambil air tiga masam la, abc milo laa...haaa nervous kau nak tunggu white lady datang ni...hehehe
tadaaaaa yang tengah tu laa white lady...nampak menarik kann...aku membayangkan rasa dia macam aiskrim vanilla bila nampak ni...lagi ada lemon tuh...nyummmmm nyummmm...tak sabar nak merasa white lady yang sering digembar gemburkan ni...hehehe
ayuh kita cobain...sedutan pertama...ermmm....rasa ape ni eh?tak puas hati, sedut lagi sekali...erk rasa macam koktail mangga...means rasa susu la kan...susu, campur manggaaa....pastu ada masam-masam, ada manis-manis dan ada lemak-lemak susu...aduss...aku memang bukan penggemar koktail semua nih....tekak aku tak masuk sangat susu-susu ni...lagi ada buah mangga....denggg!mangga aku cuma makan buahnya jer...kalo jadi air semua ni, aku tak gemar sangat....
sekali aku takleh blah ngan rasa white lady ni, si sue plak yang sukaaa...last-last dia yang taknak order pape tu plak yang abeskan white lady aku tuu...hahaha aduhai kemain beriya sampai 3 kali aku pi kedai ni nakkkk sangat minum white lady...sekali tak kena dengan tekak daaa...hahaha abc milo yang irma order sedap gak....air tiga masam asie tu, makkkaihhh....masam giler!ada limau, lemon dan asamboi...lagi nak tercekik aku minum!hahaha
dari Swee Kang, kami pun menuju ke waterfront dan parking kereta di tepi-tepi jalan jer...terus bergegas menuju ke arah jeti bot penambang untuk ke Kg Boyan..bayaran RM0.50 jer...tapi kalo dah malam bayar jer la RM1.00...
sampai di seberang sungai terus kami bergegas ke Restoran My Village Barok...nak sangat ke sini sebab nak cuba makan manok pansuh...sejenis masakan ayam tradisional Sarawak...ayam dimasak dalam buluh dengan pelbagai jenis sayuran...kami order nasi 4 pinggan dan 1 buluh manok pansoh tu...cepat-cepat makan...sedap gak, rasa dia macam ayam masak halia dengan daun-daun...
lepas dah makan, kami bergegas naik bot penambang untuk kembali ke waterfront...sempat laaa bergambar di signage besar VMY2014 yang ada di tebing sungai ni...terus excited...sebabnyaaaa ini merupakan trip VMY2014 aku yang terakhir bagi tahun 2014 nih!dapat pula jumpa signage ni kan...memang bestlah...
kemudian terjumpa lagi patung kucing sekawan kat waterfront ni...tak lepas peluang la ambil gambar...hehehe dan kemudian kami pun melepak duduk dalam kereta...masa ni baru jam 7.30 malam...jadi nak rileks kejap...sebab asyik bergegas jer hari ni...ambil masa berinternet la kejap...almaklum jadi driver ni terpaksa laaa jarang-jarang usha internet...hehehe
dalam jam 8 malam, kami pun bergerak menuju ke airport...parking kereta di hadapan departure...sambil lepak dalam tu...tak lama tu Mimmy datang, dan kami pulang kan passport cultural village dia tu...pastu dalam jam 9 malam baru laa akak sewa kereta datang...dia pulang kan deposit RM300 kepada kami...dan kemudian kami pun bergerak masuk ke departure hall...sangap giler dah masa ni masing-masing...jumpa anim balik masa ni...sama flight kitorang...jam 10.30 malam, flight bergerak meninggalkan bumi kenyalang...
dan kami selamat sampai di KLIA2 pada jam hampir 12 tengah malam...terus gegas ambil kereta dan balik ke Putrajaya...sue pula degil nak sambung balik ke Seri Iskandar malam tu juga, sebab esoknya kerjaa...huhuhu last-last kul 3.30 pagi juga dia sampai rumah...Alhamdulillah...semuanya selamat...selesai sudahhh trip Visit Malaysia 2014 aku untuk tahun ni....semoga panjang umur, untuk sambung lagi cuti-cuti Malaysia tahun depan!hahaha!