Showing posts with label VMY2014 : Perlis. Show all posts
Showing posts with label VMY2014 : Perlis. Show all posts

Monday, December 15, 2014

Visit Malaysia Year 2014!

Sempena Tahun Melawat Malaysia atau Visit Malaysia Year 2014 ni aku dengan kawan-kawan dengan semangatnya menyahut seruan yang satu ni...hehehe tapi sebabkan tahu pasal VMY2014 dah lambat sikit...masa dah masuk awal tahun 2014, makanya tak banyak la trip negeri jauh dapat dibuat....daripada 16 buah negeri termasuk wilayah persekutuan yang terdapat di Malaysia, kami berjaya menjejak 11 buah daripadanya pada tahun ni...Syukur Alhamdulillah....=D
Negeri yang telah kami jejaki dengan niat VMY2014 adalah Putrajaya (walaupun hari-hari pi kerja tak pernah hargai...tahun ni baru hargai), Selangor, Kuala Lumpur (both tempat ni pun selalu take for granted!), Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak!hehehe rezeki tahun ni banyak memijak kepada Perak!yeay!banyak kali kot aku ke Perak terutamanya Ipoh...hehe best!dan trip VMY2014 aku tahun ni banyak ditemani oleh Sue, Asie dan Irma...pastu ada juga dengan Dini dan Amoi dan sudah semestinya dengan la familia!terima kasih semua!
Cita-cita nak jejak pantai timur tahun ni tak kesampaian la pulak...takpe laaa...insyaAllah tahun depan nak plan trip ke pantai timur pulaaa....nak makang ikang celup tepung nih!ghindu sangat dah ghasernye nih...hehehe pastu ada plan nak visit Sabah jugaaa...tapi tiket mahal sangatlah...pendam jer laa dulu perasaan tu kan...hehehe so Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Labuan, tunggu yer tahun depan kalo ada rezeki aku melawat korang pula!hehehe!tahun depan moh ler kengkawan semua kita sambut dan sahut seruan Malaysia Year of Festival 2015!yeay!
p/s - dah ada a few orang cakap takleh nak komen kat blog aku...betul ker...sape-sape yang experience perkara yang sama, bagitau aku yer...through email ke, FB ke....nanti aku godek balik ape ke hal nya setting blog aku ni....ok!

Wednesday, October 15, 2014

VMY2014 : Utagha Trip Day 4.2 : Tasik Timah Tasoh, Taman Ular dan Reptilia, Harumanis & Anjung Keli, Perlis


gerak dalam 20 minit dari Gua Kelam, kami tiba jua di Tasik Timah Tasoh....memula macam konpius kat mana tempat ni...sebabnya waze membawa kami entah ke mana...bila tanya orang diorang tanya balik nakpi mana...empangan ditutup untuk orang ramai katanya...ke nak ke resort?kami pun blur juga...nasib teringat ada sukan perahu layar bagi SUKMA yang dibuat di tasik ini...jadinya terus jer berjalan sampai nampak signage...jumpa juga akhirnya tapak SUKMA di Tasik Timah Tasoh ini....keadaan panas terik membuatkan kami tak lama pun di sini...memang ada game petang tu di situ, tapi kami tak gigih mana nak menunggu...just ambil gambar sikit, terus masuk semula ke dalam kereta...
untuk yang tak tahu, tasik ni pertemuan antara 2 sungai iaitu Sg Timah dan Sg Tasoh...menjadi tasik yang penting kerana terdapatnya empangan di sini yang menjadi nadi pertanian di negeri Perlis...selain tu ianya juga menjadi lokasi percutian yang menggemarkan keindahan alam semulajadi...gituuu...hehehe tapi aku tak dapat nak sampai ke empangannya sebab local cakap ianya ditutup untuk pengunjung...Empangan Timah Tasoh ni salah satu pesona perlis tau...tapi sebabkan aku dah sampai juga di Tasik Timah Tasoh ini aku consider misi berjaya lah!hahaha 5th pesona perlis - empangan timah tasoh - done!

dan seterusnya kami menuju ke Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis...niat di hati nak ke Taman Ular & Reptilia yang ada di sini...tapi sebabkan masa ni semua sibuk nak pergi toilet, makanya kami cuma pusing masuk dalam kawasan taman ni naik kereta, kat bahagian luar je la...dan kemudian keluar menuju ke tandas awam yang terletak berhadapan dengan taman ini....hehehe haaa dah keluar tu, malas dah la kan masuk balik taman ni...lagi membayangkan kepanasan berdenting tuh...tak koser nak keluar kereta lama-lama semata tengok ular...tapi tetappp dah sampai kan...so 6th pesona perlis - taman ular & reptilia - done!aci tak gini?hahaha
dan seterusnya kami menuju pula ke Pusat Kecemerlangan Mempelam Harumanis yang terletak tak jauh dari Taman Ular & Reptilia tu...niat di hati nak makan harumanis laaa....harumanis yang kami beli dari kawan asie tu takleh makan lagi..kena tunggu beberapa hari...sampai je di pusat ni, tengok cafe dia tutup daaa...tanya orang di situ, katanya dah tutup...nak makan di situ kena tunggu musim harumanis yang akan datang!haaa?what?musim harumanis ni dalam april hingga mei setiap tahun...so nak kena tunggu tahun depan?huwaaaa nanges sambil peluk replika harumanis yang nampak menyelerakan di situ....
eh...sekali kat luar pusat kecemerlangan tu masih ada beberapa gerai-gerai yang menjual harumanisss laaa...terus senyum manis balik kami semuaaa...hehehe katanya penggerai tu, mereka ambil stok harumanis di kawasan satu lagi..di situ musimnya lambat sikit abes berbanding di pusat kecemerlangan ni...hooo gitu plak eh...takpela, janji dapat makan harumanissss....terus order jus harumanis (RM2.50) dannn pulut mangga harumanis (RM5)!perghhhh nyaman gilerr dapat minum jus harumanis di kala terik mentari tuhh...fuhhh sedap sedap sedap!pulut mangga dia punnnn lembuttt lemakkk sedappp!syukurrr sangat dapat juga merasa akhirnya....hehehe puas hati aku!selesai!done!
dan akhirnya, kami menuju pula ke Restoran Anjung Keli yang popular di Kangar ni...sebabnya kedai ni menyediakan pelbagai jenis makanan yang menarik dan sedap....ramai orang suggest kami makan di sini...so here we are!yeahhh...walau panas berdenting, tapi kedai luas, open air dan kipas mencukupi...jadi tak rasa sesak dan panas pun...memang ramai giler orang, tapi ok jer...terus beratur ambil nasi dan lauk...masa ni semua pun rasa nak makan kan...dah ambil makanan, pergi cari meja...tetiba makcik kerlass dengan walkie talkie datang ambil order minuman dan tulis resit...hehehe tanpa buang masa, terus kami makan...marveles sungguh ayam goreng dia...ikan keli bakar tu sangat freshhh dan sedap...fuhhh memang puas hati sangat-sangatlah makan kat sini...total kami bertiga makan dengan lauk macam-macam hanyalah RM28 sahaja...memang berbaloi-baloi....
bila perut dah kenyang, kami pun mula kan perjalanan untuk pulang ke rumah...perjalanan pulang mengambil masa yang lebih lama sebab jalan jem teruk sebelum tiba di Pulau Pinang....kami sempat berhenti rehat di R&R Gunung Semanggol dan Tapah...dan akhirnya kami selamat sampai di Putrajaya pada jam hampir 12 malam...dan kemudian terus kembali ke rumah masing-masing dan esoknya kena kerjaaaa...huhuhu
yeay misi menjejak 7 pesona perlis telah terlaksana dengan jayanya...syok sendiri je la kan...hehehe cuma 1 jer takdan nakpi iaitu laksa kuala perlis...dah plan nak makan Laksa Kak Su...tapi takde kesempatan plak nakpi...masa singkat sangat...takpe la takde rezeki...tapi pape pun cukup puas hati sebab hampir kesemua tempat yang dirancang untuk dijejaki telah berjaya kami pergi...Alhamdulillah....berapa kos aku abes untuk trip utagha ni?entah sebab aku malas nak kira...hahaha tapi yang pasti kos mahal sikit kat minyak dan tol...yelaaa jauh kot kan perjalanan kali ni...tapi takpe, sangat puas hati...oraitt...next ke mana plak kita?tungguuuu....masih jalan-jalan dalam Malaysia lagi...yeay!jom korang menyokong Visit Malaysia Year 2014!masih sempat lagi nih...hehehe

Tuesday, October 14, 2014

VMY2014 : Utagha Trip Day 4.1 : Ladang Tebu Chuping, Padang Besar dan Gua Kelam, Perlis


hari ini adalah hari terakhir trip utagha kami....kami bangun awal dan siap-siap terus keluar meninggalkan homestay yang comey ini...hari yang panjang ini harus lah dimulakan dengan biggg breakfast kan...semalam cikwi dah jemput kami untuk sarapan di rumah dia...haaa apa lagi kan...dengan hati yang ceria, keluar homestay, singgah tapau roti canai nak bawa ke rumah cikwi....sampai je rumah cikwi yang memang sangat dekat tu dalam jam 8 pagi...wahhhh dah penuh atas meja dengan makanan!hahaha seronok sungguh kami tengok nasi lemak dengan sambal sotong...pulut durian pun ada...fuhhh memang terbaik layanan keluarga cikwi...tapi kami takleh lama...dalam jam 9 pagi kami bergerak meninggalkan rumah cikwi....terima kasih banyak-banyak cikwi!
daripada Kampung Mata Ayerrr, kami bergerak menuju ke arah Chuping...masa ni berangan-angan ingin mengambil gambar di Ladang Tebu Chuping...salah satu pesona perlis yang memang mempersonakan!sekali hampa...rupanya ladang tebu dah tiada...kini digantikan dengan tanaman getah...memang luas saujana mata memandangkan jer bila lalu Chuping nih...pokok getah yang ditanam pun masih kecil lagi...aduhai melepasss aku nak bergambar di Ladang Tebu Chuping...tapi sebab dah sampai juga di Chuping ni so aku anggap tercapai la misinya...hehehe...oh ya, aku pernah baca yang ladang tebu ni merupakan ladang tebu terluas di Malaysia dan merupakan tempat yang pernah merekodkan suhu terpanas di Malaysia...wahh menarik kan.... 3rd pesona perlis - ladang tebu chuping - done!
daripada Chuping jalan terussss jer menuju ke salah satu tempat shopping yang terkemuka di Malaysia iaitu Padang Besar!yeay pasar yang mula beroperasi sejak 1960 ni memang menjadi kegemaran kepada para wanita di Malaysia ni...aku selalu dengar mak-mak buat rombongan ke Padang Besar ni...aku pula dah tua macam ni baru 1st time nak sampai...hehehe untuk yang tak tahu, Padang Besar ni terletak di sempadan Malaysia-Thailand...masa sampai di sini, ada gak rasa nak cross border, tapi pikirkan masa yang terhad dan banyak lagi tempat nak pergi, tangguh dulu laa keinginan tu...hehehe di Padang Besar ni, kitorang masuk ke pasar yang ada...takde apa sangat yang aku nak beli...just beli tshirt zara dan handbag comeyy untuk dia..untuk orang lain dan diri sendiri pun tak beli apa...ada la juga FM di sini tapi semuanyaaa thailand punya, takde pun FM perlis...tak beli la jawapnya aku...si asie sakan borong toto...murah katanya...aku pun tak ingat dah berapa harganya...tapi memang murah sangat lah...penuh kereta irma dengan toto si asie!hehehe 4th pesona perlis - padang besar - done!
selesai bershopping di Padang Besar, kami meneruskan perjalanan ke Gua Kelam pula...dalam 20 minit perjalanan....ianya merupakan sebuah gua batu kapur yang terletak di Kaki Bukit, Perlis...khabarnya gua ini dulu merupakan lombong bijih timah yang berkualiti tinggi...nama gua ini diperolehi kerana keadaan gua yang gelap dan menyebabkan pelombong dahulu terpaksa memakai lampu karbaid semasa melombong...ni aku baca la kat internet, tak tau betul ke tak...hehehe dan sejak tahun 2008, Gua Kelam dibuka untuk orang ramai...
kami terus menuju ke parking kereta yang disediakan...sekali ternampak pula puisi Gua Kelam yang syahdu syahdan ni...karya oleh Siti Esah dari Persatuan Penulis Perlis...dan-dan kami praktis bersyair di situ...lama dah tak bersyair ni...memang kelaut la bunyik nyaaa...
ok jom kita masuk ke Gua Kelam!sebelum tu kena bayar RM1 untuk orang dewasa...murah sangat la kan...memula irma taknak masuk...irma ni ala-ala puteri santubong sikit, tak suka aktiviti lasak ni...sedangkan takde la lasak mana kan...hahaha tapi memang dia tak nak...jadi aku kena pujuk sikit...cakap ngan dia ala kita masuk kejap jer, tak payah sampai hujung pun takpe...sekadar nak ambil gambar dalam guaaa jer...aku pun malas nak jalan gak maaa...gitu aku memujuk...dan dia pun setuju akhirnya...
dalam gua ini, kita akan berjalan di atas jambatan gantung sepanjang 370 meter...di bawah jambatan ini terdapat anak sungai yang mengalir...asie cakap dolu-dolu dia pernah datang sini, dia cakap jambatan tu kotor giler, penuh taik kelawar...tapi sekarang bersih sangat...kering pula tu...jadi takde la menyesakkan jantung aku sangatkan...perjalanan bermula dari 0 meter ke beberapa puluh meter...irma dah pandang-pandang bila nak patah balik...hahahaha tapi aku teruskan juga perjalanan...cakap ngan dia sikit lagi maaa...depan sikit lagi nanti kita pusing balik...sambil tu sakan la duk ambil gambar...ada kawasan berlampu, siap ada kawasan bergambar...ada juga kawasan air menitis sikit-sikit so berhati-hati laaa...masa kami sampai ni, tak ramai sangat orang...jadi ada masanya hanya kami dalam tu yang berjalan...berdebar-debar gak aku bila sampai kawasan gelap takde lampu...mula kepala aku berimaginasi yang bukan-bukan...
dan dalam berjanji ngan irma nak patah balik tu, akhirnya kami sampai juga ke penghujung Gua Kelam...hahaha matik la irma mesti menyumpah aku dalam hati...kehkehkeh...kat luar ni katanya ada taman yang boleh dilawat...tapi kami takpi laaa...dah kepenatan dah...jadinya posing-posing sikit je kat luar tu sambil hirup udara segar...rileks sekejap....cikwi cakap dari situ sebenarnya boleh nampak Padang Besar...tapi kami tak cari pun laa kat mana nak tengok tuuu...malas....
tak lama tu kami pun mula bergerak masuk semula ke dalam gua untuk kembali ke pangkal jalan...kali ni berjalan dengan lebih cepat...takde la beriya sangat ambil gambar...dah sama je kawasan yang dilaluikan...masa ni mengah jugak dah la aku...almaklum orang tak berapa fit gitu laaa...baru setengah kilometer...hehehe
dan setelah beberapa minit berjalan di atas jambatan gantung tu, kami pun tiba semula di pintu masuk Gua Kelam ini....fuhhhh terusss dengan pantas masuk dalam kereta dan pasang aircond kuat-kuat!panas sangat hoih....sambil tu duk layan tengok orang mandi manda kat air sungai di hadapan gua tu...dalam pada tu aku terpikir, kalo kelawar kencing kat dalam gua tu, tak ke air dia ngalir ke luar tempat diorang mandi ni eh?erk?
bila dah rasa tenang dan sejuk badan...baru lah kami bergerak meninggalkan Gua Kelam ini...gua ni tak termasuk tau dalam 7 pesona perlis, aku pun tak paham kenapa tak termasuk...macam signifikan jer gua ni dengan perlis kan...tapi walaupun tak termasuk dalam senarai tu, tetap kami nak pergi...memang menarik!aku ni bukan jenis orang adventurous sangat nak selalu masuk-masuk gua ni kan...lagi yang kena panjat sana sini punya gua tu...ni kira habes hebat la ni walaupun jalan atas jambatan gantung jer...hehehe ok laaa kita sambung lagi nanti perjalanan kami di negeri Perlis Indera Kayangan ini....daaaa~