Tuesday, June 7, 2016

Misi memburu Bima Sakti a.k.a Milky Way

selain daripada aktiviti hiking, tahun ini juga menyaksikan ntah macam mana tetibaaa jer aku boleh terbabit dengan aktiviti stargazing dan memburu si bima sakti atau nama omputihnya Milky Way nih!haaa korang tau apa itu bima sakti a.k.a Milky Way?mehhh sini #modelbimasakti nak kasik explanation sikit...hehehe...

"The Milky Way is the galaxy that contains our Solar System. Its name 'milky' is derived from its appearance as a dim glowing band arching across the night sky whose individual stars cannot be distinguished by the naked eye...(more info at Wikipedia)"

asalnya duk kena tarbiyah pasal stargazing dan milky way oleh Abam Vy yang menggilai semua kejadian indah di langit, maka aku pun mula laa mencari-cari info mengenai lokasi untuk usha milky way di Malaysia...serious weh selama ni aku ingat nak tengok milky way cuma boleh kat luar negara jer, sebab tu aku beriya hunting milky way di NZ dolu kala...ingat lagi kegigihan dini dan sue nak ambil gambar sampai meletup flash...ni semua gara-gara kekurangan ilmu, ingat boleh ambil gambar milky way gitu-gitu jer...sekali snap, hitammmm je!huhuhu rupanya ada teknik okeh...teknik!hahaha...dan satu lagi aku baru tahu, kalo nak usha milky way ni kena tarikh new moon iaitu fasa pertama bulan...masa ni, bulan tak menunjukkan diri lagi, so memang gulap gulita laaa langit...makanya mudahhh nak melihat bintang dan milky way...lagi senang, tarikh new moon ini adalah tarikh masuk bulan Islam yang baru...

masa duk usha lokasi, aku terjumpa artikel ini Top 9 Otherworldly Stargazing Sites in Malaysia...terkejut laaa bila Kuala Kubu Bharu termasuk salah satu lokasi nak stargazing dan usha Milky Way weh...terusss contact dini dan hasut diaaa...hahahaha gigih mengingatkan kekecewaan kami di NZ dulu...umpan lagi cakap nanti Abam Vy boleh jadi sifuuu dia ajar teknik mengambil gambar milky way...haaaa dan seperti yang dijangka, tak susah mana pun nak hasut dini ni...hahaha terussss dia study lokasi sebenar di Kuala Kubu Bharu tu adalah di Empangan Kuala Kubu Bharu, siappp pergi buat lawatan tapak okeyyy tengah malam buta ngan laki dia...pastu siap kena tahan polis mintak kad kawin!hahahahaha...tapi hikmah jumpa polis tu, polis tu siap beritahu lokasi sebenar nak stargazing dan usha milky way kat empangan tu...wallawei rezeki!hahahaha

Empangan Kuala Kubu Bharu, Selangor (7 Mei 2016)

dan tanpa membuang masa, pada 6 Mei 2016, lepas abes kerja aku terus gerak ke rumah dini!sampai dalam kul 9 malam, kitorang lepak dan bersembang dan makan...lepas midnight aku dengan dini, laki dini dan Abam Vy gerak menuju ke Empangan Kuala Kubu Bharu yang terletak tak jauhh pun dari rumah dini...kitorang berhenti di Jambatan Pertak...sampai jer, gigih laa dini dan Abam Vy setting up tripod dan camera mereka...aku?jangan tanya...aku tak minat dengan photography...hahaha aku guna kamera pun guna Auto function saja...hahaha makanya aku dengan laki dini duk jalan-jalan usha kawasan...baru beberapa ketika kami kat situ, milky way pun tak muncul lagi, tetiba hujan turun!makin lama makin lebat!terus berlari-lari anak masuk kereta...
masa dalam kereta ni aku macam dah frust dah...alaaaa tak nampak bintang dan milky way ke ni...lepas beberapa ketika, hujan berhenti dan Abam Vy buka tingkap dan cakap ehh bintang...haaa apa lagi, melompat semua keluar kereta...hahahaha dannnnn perlahan-lahan awan yang tebal tadi berarak pergi dannnnnnn terlihatlahhh bintang-bintang bertaburan di angkasarayaaaa....waaahhhh aku kagum!Subhanallah...banyak gila okeh...ko pusing la belah mana pun penuh bintang!haaa untuk memastikan milky way dah keluar, Abam Vy gunakan Skymap apps di handphone dia...dia duk tala handphone ke langit nak memastikan kedudukan milky way tuh...dan akhirnyaaaaa dapat lah kami melihat milky way tu dengan mata sendiri cuma tak seterang dalam gambar laaa...wahhh memang rezeki sungguh!indahnyaaaaaaaaaaa.... #ngangamulut 

sambil diorang ambil gambar sambil aku layan minum kopi dan makan...lapar hoih...pastu aku nyibuk-nyibuk tengok hasil gambar diorang...pastu aku layan mendongak ke langit...hahaha dan setelah beberapa ketika dini belajar, maka terhasilahhhh gambar-gambar di bawah ni...dini cakap dia tak puas hati dengan hasil gambar dia ni...ye lah, photographer ada laaa level kualiti gambar yang dia nak kan...tapi untuk aku yang marhaen ni, pada aku cantik sangat dah ni...nampak hoih bentuk milky way dia tuuu...i loike!hahaha
dan kat bawah ni pulaaa adalah gambar-gambar hasil kamera daripada Abam Vy...cantik...rezeki malam tu aku nampak meteor tau!tapi tak sempat nak buat wish plak kan...hahahaa fefeeling korea sangat kan...puii...
lepas dah puass mereka mengambil gambar bintang dan milky way, baru laaa tiba masa #modelbimasakti beraksi okey...kredit to Abam Vy yang mengambil gambar ini...cun!hahaha tapi ko ingat senang nak jadi #modelbimasakti??aku kena tahan nafas sampai 30 saat tau!siap takleh gerak!huhuhu tu belum lagi tengah posing, lori lalu...ada ke dia tak bagi aku gerak!gila punya Abam Vy!kalo aku dengar cakap dia, mungkin arwah dah aku masa ni...tak sempat update blog...hohoho...
dan akhirnya kami berangkat pulang pada jam 5 pagi...masa ni sangap tahap gaban dahh...tapi aku rasa best gilaaa...walaupun memula aku rasa was-was boleh ke aku duk melanguk berjam kat situ takat tengok bintang jer, tapi tak sangka masa berlalu macam tuuu jer wei...asyik hoih tengok taburan bintang dan milky way yang cantikkk...aku takde pun sibuk-sibuk setting camera macam diorang, cukup laaa aku rakam keindahan alam ciptaan Tuhan ni dengan mata kepala aku sendiri...gituuu kan...hahaha takpela, memasing ada minat dan kelebihan yang Allah bagi...kalo semua nak sama, tak indah laaa kan kehidupan ini..betul tak?betul tak?wakakakaka...gitu justifikasi aku...hahahaha...

Empangan Semenyih, Selangor (4 Jun 2016)

masa kali pertama aku nak layan stargazing ni, aku ada ajak dzuli dan azra join sekali...tapi hasilnya adalah krik..krik..krik...hahaha ooo sombong korang yer!tapi sekali bila dah nampak gambar kitorang di Kuala Kubu Bharu tu dan-dan memasing terujaaa nak join next session...hahaha haaa tu laaaa lain kali jangan jual mahal sangat...hahahaha...ok next session adalah sebulan kemudian...pada tarikh new moon...ingat aku cakap tadi, nak usha milky way ni paling best masa new moon kan...hehehe semangat sebelum sesi ini kitorang siap buat group stargazing tutorial lagi...siap ada online lecture  lagi...gigih!lokasi kedua adalah Empangan Semenyih!dapat tau lokasi ni dari Instagram Hakiimmislam...memula aku macam berat hati nak pergi sebab aku biasa pergi area situ, macam sunyi gilaaaa jer siang-siang...malam apetah lagi...huhuhu tapi bila semua dah excited, terpaksa laa aku follow sekali...bajet cool la nih...

sebelum pergi gigih juga aku berhubung dengan Hakiimmislam tu nak tanya exact lokasi bagai...dia siap share location https://goo.gl/maps/U81gTNzUY4Q2 kat aku...haaa ok la kan senang sikit...empangan tu besar weh...hohoho...lepas waktu kerja pada 3 Jun 2016 tu, aku jumpa azra dan Abam Vy di Putrajaya dan kitorang gerak ambil dzuli...sampai di area Semenyih jam 1 pagi...gelap gilaaa jalan nak hala ke empangan nih...dengan ikut location yang diberikan, akhirnya kitorang berhenti di tepi selekoh yang ada ruang untuk parking kereta...tanpa buang masa, terus laaa mereka-mereka ini bersiap memacakkan tripod masing-masing...aku malas nak cerita panjang...nahhhh sekeping gambar hasil bidikan Abam Vy yang aku cilok dari Instagram diaaa...nampak takkk meteor trail tuuu...make a wish cepat!

tapi pada aku kat Empangan Semenyih ni tak sebest Empangan Kuala Kubu Bharu sebab macam banyak light pollution laaa...haaa satu lagi knowledge yang aku pun kekonon pandai sebut dah skang...makin banyak cahaya dari pekan berdekatan ke apa a.k.a light pollution, semakin susah kita nak nampakkk bintang dan milky way ni...sedangkan diorang ni sentiasa adaaaa je kat langit tuh...haaaa sebab tu kena pi tempat-tempat gelap gulita nih untuk stargazing dan usha milky way...gigih dzuli dan azra menuntut ilmu malam tuuu...dalam belajar tu, sempat laaa dzuli tersnap gambar #modelbimasakti yang sedang melayan perasaan melihat bintang di tepi empangan tuh...hahahaha...azra dan dzuli, sila berusaha lebih keras lagi...aku yakin korang boleh! 
kitorang lepak sampai jam 4.30 pagi...lepas tu tak sabar nak balik sebab sini sejukkk...nak carik toilet cepat-cepat...hohoho...pastu kan, lepas beberapa hari ada orang buka cerita mistik wei...hahaha azra dan Abam Vy cakap mereka terasa seperti sedang diperhatikan masa kitorang kat situ malam tuuu...demmmm apesal diorang boleh selamba jer meneruskan aktiviti mengambil gambar???aku tak paham dan takkan paham sampai sekarang wei...nasib baik laaa aku tak nampak apa...kalo tak, mauuu aku masuk kereta dan cabut dulu....huhuhu 

Pantai Klebang, Melaka (5 Jun 2016)

dan keesokan harinya aku dengan azra, dzuli, mrs dan dini telah ke melaka...dengan tujuan nan satu, stargazing dan usha milky way di Pantai Klebang!puas pujuk Abam Vy ikut sekali, tapi dia busy bebenor...makanya terpaksa laaa budak-budak baru nak up (bbnu) ni berdikari demi mengambil gambar milky way di Pantai Klebang...sampai petang tu, kitorang pi usha lokasi dulu...rupanya nak pergi kat kawasan bukit pasir tu kena jalan kaki almost 2 km dari tempat parking...kawasan tuuu luas gilaaa dan sunyi...makanya setakat kami berlima wanita ni, semua tak berani!takut hoih...

malam tu sampai di Pantai Klebang jam 1.30 pagi, awan tebal gilaaaaaa...frust juga la weh...terus ajak diorang pi lepak McD kejap sementara tunggu jam 3 pagi...dengan harapan awan akan berarak pergi laaa nanti...
jam 3 pagi, kami pergi balik ke Pantai Klebang tu...awan masih tebal...tapi diorang gigih laaa memacakkan juga tripod dan tala kamera ke langit...kitorang lepak area parking jer sebab tak berani nak pergi jauh...tu pun bila dengar bunyi motor dan kereta, lajuuu lari masuk dalam kereta...hahaha then masa ni memasing menggagau nak guna Skymap apps...hahaha tapi dalam serba kekurangan ilmu tu, rezeki kitorang dapat juga laaaa melihat milky way!yeeehaaaa...sempat juga laaa aku posing ala #modelbimasakti masa ni...tapi tak lama pun milky way ni menunjukkan diri sebab lepas tu dia hilang di balik awan tebal...sobsss...semua gambar di bawah adalah hasil kamera dini...
ada sedikit frust dengan misi kali ini...tapi pasrah dan redho jer laa dengan rezeki yang Allah dah tetapkan ini...tapi aku rasa kan, kalo langit clear malam tu dan kami berani jalan sejauh 2 km menuju ke bukit pasir tuuuu, aku yakinnnnn milky way yang dapat dilihat adalah milky way yang seseksi David Beckham bak kata dzuli...hahaha kitorang semua sepakat nak repeat Pantai Klebang nih dengan membawa abam-abam sado seantero Malaysia lepas ni...hahahaha!

dan disebabkan frust tak nampak milky way dah, aku paksa dini photoshoot aku panjat kereta...ok aku memang dah lama teringin nak ambil gambar psoing camni tau...lantak la takde milky way pun...hahahaa gigih panjat kereta!dan akhirnya kitorang balik pada jam 5 pagi...
haaa selesai misi memburu bima sakti a.k.a milky way aku buat masa ini...sambung lagi selepas syawal nanti...hehehe tapi memang satu pengalaman baru yang seronok untuk aku explore...di samping dapat lebih menghargai keindahan langit ciptaan Ilahi...gituuu...

haaa ok, korang jangan tanya aku pasal setting camera bagai untuk milky way ni...aku cuma cerita experience aku dalam stargazing dan usha milky way saja...kalo nak tau details pasal setting tu, korang leh tanya Abam Vysyds yang banyak membantu dan menjadi sifu kepada kami...selain tu, korang leh usha Hakiimmislam yang banyak bagi info mengenai lokasi memburu Milky Way seperti di Empangan Semenyih dan Pantai Klebang ni...dan melalui Instagram dia juga aku jumpa sifu dia dalam bidang ini iaitu Nik Mohd Najmuddin Nik Ariff yang boleh menangesss tengok gambar diaaa...huhuhuhu

*dzuli dah update cerita stargazing experience versi beliau juga...kalo nak baca sila terjah blog Dzulichan!

Sunday, June 5, 2016

Salam Ramadhan AL-Mubarak!

Salam semua pembaca blog yang makin lama makin sendu ini...hahaha di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semuaaa yang beragama Islam...selamat menjalani ibadah puasa korang!semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum ini...minta maaf sekiranya selama ini ada yang terasa or tersinggung dengan aku melalui penulisan blog ini....dan untuk tahun ini, niat aku nak kurangkan berbuka puasa di luar...hahaha harap-harap berjaya la yer...dan semoga lebih rajinnnn dalam memperbanyakkan ibadah yang sunat selain yang wajib...insyaAllah...

Wednesday, June 1, 2016

Dolly Dimsum di Nu Sentral & Avenue K

dah lama gilaaa sebenarnya aku teringin nak makan di Dolly Dimsum nih...sebabnya adik aku asyik cerita sedap jer kan...makanya pada cuti buruh yang lepas, aku buat JJCM 3 Beradik dengan adik-adik aku...hahaha makanya Dolly Dimsum menjadi restoran pertama yang kitorang terjah!Dolly Dimsum ini mempunyai 2 cawangan so far...satu di Nu Sentral dan satu lagi di Avenue K...dengan adik-adik aku ni, kami terjah Dolly Dimsum yang terletak di Nu Sentral...
masuk je restoran ni, aku duk usha kawasan...adik aku duk cakap restoran yang di Avenue K lagi cantik...yang ni kecik sikit laaa...tapi aku suka jer deko diaaa...ala-ala kampung gituuu...tapi aku segan nak ambil gambar beriya, sekeping dua dah cukup la ye...hehehe sejak usia menginjak dewasa ni, sifat pemalu tu makin menebal plak...pesal tah...hahahaha dan lepas usha-usha kami decided untuk duduk di belah luar...
dah duduk tu apa lagi, meh laaa kita usha menu...hehehe kebanyakannya adik aku yang order masa ni sebab dia dah biasa datang...aku meletakkan kepercayaan jer la pada dia masa nih...terdapat pelbagai jenis steamed and fried dimsum kat sini...korang pilih je laaaa mana berkenan ikut tekak....selain tu, ada juga cheong fun, other baked and fried item, congee, nasi dan noodles...haaaa pilih laaa mana yang berkenan kat hati tuu...selain tu terdapat juga pelbagai jenis dessert dan minuman...haaa harga kat sini pula, ok laaa boleh tahan...
lepas dah order, ayuh kita berkenalan dengan Si Dolly ni haaa...ada 3 orang Dolly atau pun Dolly pakai 3 baju yang berbeda warna...hehehe jangan tanya aku nape nama kedai ni Dolly lah...aku malas nak carik...hahaha dan kat bawah tu pula adalah adik beradik kawan Dolly, si DJ...hahahaha....
tak lama menanti, sampai laaaa makanan kami satu persatu...tapi yang tak bestnya di sini makanan tak sampai serentak so takleh nak flatlay lawo-lawo...hahaha adik beradik plak dasar piranha, sampai je makanan terus makan...hahahaha untuk air kitorang order Jasmine tea untuk 3 orang...RM3.70 per pax...dia bagi la seteko tu haaa...
untuk makan pula kami order Thai Style Fried Rice (RM21.00) yang sedappp dimakan kalo bersama cili potong...pastu ambil Prawn Cheong Fun (RM11.80) dan juga Beef Cheong Fun (RM10.20) yang sedappp!lagi ko makan dengan sambal dia tu...seriously sedap!nyummm!lagi kitorang order Pan Fried Radish Cake (RM8.60) yang sedap jugak...biasa aku makan ni dia masak macam kueh teow goreng tu, rencah kat luar radish cake, tapi yang ni rencah dia tu kat dalam radish cake...tapi sedap laaa...
lagi order chicken siew mai (RM9.50) dan Dolly Mozza Roll (RM11.50) yang sedap juga laaa...tapi yang adik aku amek Chewy Meat Croquette (RM8.60) tu tak berapa nak sedap pada aku...ktorang order sebab ingat sedappp macam kat Jepun dolu...hehuuuu
haaaa bila dah makan dimsum ni memang tak sah la kan kalo takde sos merah dan hitam dia ni kan...haaaa both sos ni memang sedappp...aku suka!
dan akhir sekali, menu yang dinanti-nantikan...sebab adik aku duk cakap sedap gilaaaa...tadaaaaa Egg Custard Bun (RM7.50)!steamed bun ni ko kena makan cepat masa panas-panas supaya custard dalam dia tu mencair meleleh kooo dari mulut!hahahaha nyummeh...memang sedap!hakak suka!yang ni kena order lebihhhh sikit...hahahaha
overall kami makan kat sini sedap laaa dan aku rasa memang nak datang repeat lagi nanti...hahaha semua pun sedap dan kena ditekak...total damage untuk kami bertiga makan light light jer tu adalah RM118.00 sahaja...ok la kan...nyummm!
dan tak sampai seminggu dari lawatan pertama aku ke Dolly Dimsum di Nu Sentral, aku pergi sekali lagi ke Dolly Dimsum yang terletak di Avenue K pulaaa...hahahaha gigih kan...kali ni dengan ahli jemaah #gemokbersama iaitu azra, dzuli dan mrs...dan masa ni aku bersetuju ngan adik aku yang deko di sini lagi cantik daripada yang di Nu Sentral...tapi sebab ramai orang aku segan nak pi explore sampai belakang...layan je laa gambar mana aku sempat amik ni...
masa aku sampai ni dah lambat sebab kengkonon kepenatan tak tido semalaman layan stargazing dan milky way!haaa tu dia aktiviti baru aku gak tu selain hiking sekarang nih...hehehe makanya masa aku sampai diorang dah siap-siap order...aku cuma tinggal nak makan jer laaa...menu yang diorder aku tak ingat sangat...tapi lebih kurang jer laaa menunya pun kannn...hehehe...makan sambil mengantok weh masa ni...tapi gigih gak nak bersembang!hahahaha...ok next time aku nak terjah lagi Dolly Dimsum ni...nak coba menu lain pulakkk...nyum nyum...