Sambungan dari: Summer in Downunder: Day 13.0 - Gold Coast, Australia to KLIA2
yeayyy akhirnya sampai ke bahagian akhir kisah Summer in Downunder kami ini...perjalanan selama hampir 2 minggu ke Australia dan New Zealand nih memang terbaik!walaupun dah 4 bulan berlalu, tetap teringat-ingat keindahan bumi NZ...rasa macam nak repeat lagi jer...hehehe ok jom tengok pembentangan bajet kami ke Australia dan NZ selama 13 hari 11 malam ini...jeng jeng jeng...aku plak nervous kann...hehehe memang berlubang besar laaa poket aku sempena trip kali ni...tapi sangat berpuas hati sebab dapat jejak NZ!hehuuuuu!tapi barang diingat, jumlah perbelanjaan yang aku nak bagitau ni tidak termasuk shopping dan kos luar jangka seperti saman dan pertukaran hotel di Dunedin yer...sebab kalo letak kos shopping tu, aku rasa nak nanges!haaa sebelum tu layan sikit sebahagian dari apa yang aku bawa balik dari sana....
OK berikut adalah perbelanjaan aku di sepanjang trip kali ini...if nak tau in details pasal pembayaran tiket flight, penginapan, sewa kereta dan pembelian tiket bagi aktiviti di sana, korang boleh la refer ke post Summer in Downunder: Day 0 - Persediaan Trip ini yer...kiraan bagi hotel, makan, sewa kereta ini adalah berdasarkan 3 orang...means semua kos tu dibahagikan dengan 3...
Flight AAX KUL-GC (return) = RM764
Flight Jetstar GC-CHC = RM754
Flight Air NZ CHC-GC = RM852
Penginapan (5 malam di GC; 6 malam di NZ) = RM1,865
Transport = AUD80 (GoCard) + NZD230 (car rental&fuel) = RM853
Makanan & Minuman = AUD140 + NZD90 = RM649
Tour, Entrance Fee etc = NZD200 + RM550 = RM1,211
*Tukaran wang : AUD1=RM2.90; NZD1=RM2.70
dan ini menjadikan jumlah keseluruhan perbelanjaan kami bagi trip selama 13 hari 11 malam ke Australia dan NZ ini adalah sebanyak RM6,948 seorang...untuk perjalanan yang jauh dan lama seperti ini, aku rasa jumlah tu adalah berbaloi...dan perlu ambilkira, aku tak bayar semua tu sekaligus...untuk tiket flight AAX tu aku dah beli setahun lebih sebelum trip...juga flight Jetstar dan Air NZ tu pun aku dah beli pertengahan tahun lagi...hotel dan kebanyakan entrance fee kami dah siap book dan bayar sebelum ke sana lagi...jadinya duit yang kami bawa ke sana takde laa sebanyak yang di atas tu...
cuma aku ada cadangan untuk lebih jimat lagi kalo korang nak buat trip macam aku ni ke Australia dan New Zealand...korang boleh cuba elak datang masa summer dan peak hour macam kami...aku rasa kos hotel tu sebenarnya boleh pergi lagi murah terutamanya yang di Gold Coast tu...sebabnya harga naik sampai 3 kali ganda dari masa biasa...selain tu, kalo pergi waktu tak peak ni, harga tiket GC-CHC-GC tu juga boleh dapat jauh lagi murah!half daripada tu pun aku pernah jumpa tau...dan kereta sewa di NZ juga boleh dapat separuh dari harga aku dapat tu...boleh dikatakan hotel dan car rental naik berganda masa summer di Australia dan New Zealand ni...jadi kalo nak jimat lagi kos tu, boleh laaa ambilkira pandangan aku ni yer!
OK aku harap semua entries berkaitan Summer in Downunder ini dapat membantu korang dalam merangka bajet untuk trip akan datang yer!seriously, kalo ada rezeki, sila laaa pergi ke New Zealand!memang takkan menyesal punya laaa...cantik giler!bak kata member aku dari Thailand, NZ is a gift from God!gitu dia nak gambarkan keindahan dan keunikan NZ tu berbanding negara lain... =D dan akhir kata, jom layam lagu Maori ni....aku teringat persembahan Kiwi Haka di Queenstown hari tu...best!hehehe