masa jumpa Ain aritu dia ada suggest aku untuk cuba makan di Suki-Ya ni, memula aku ingat kedai Suki-Ya ni sama dengan Sukiya ni, sekali lain okey...Suki-Ya adalah tempat bagi penggemar daging dan kambing...sebabnya kat sini konsepnya adalah eat all you can sukiyaki and shabu shabu...masa sampai ni tak ramai sangat orang, dan kawasan restoran dia agak besar....
konsep kat sini adalah buffet...harga nya adalah seperti yang tertera di bawah ni haaa...so masa aritu kami pi weekday, layan lunch so kena la sorang RM40.35...haa rasa mahal tak?pada aku amat berbaloi sebab apa?haa jap lagi aku ceritakan kenapa...tapi berbaloi kalo korang penggemar daging la...kalo seafood, tak berbaloi sangat...hehehe...
sebabkan ni buffet kan, haruslah ada buffet station yang dipanggil healthy bar...maunya tak healthy, kebanyakannya adalah sayur je la kat sini, pastu ada laaa segala macam ball tu kat situ...meatball, fishball bagai...tapi paling banyak adalah sayuran dan cendawan la...selain tu ada telur dan bahan-bahan nak buat sos...kita leh campur-campur sendiri je ikut suka sos tu...selain tu ada gak la sushi, aiskrim dan air...haaa tu je untuk buffet?what?hahaha takkan makan sayur je kan...hahah sabarrr...
dan yang paling bestnya pada aku kat sini adalah niii bawah ni!free flow ok!ko mintala berapa puluh kali nak minta tambah, dia akan hantar kan...ada beef, lamb dan chicken...ya ampunnnmmenggoda gila dedaging dia yang dihiris nipis ni weh...sungguh la, aku sampai lost count berapa banyak kami tambah...aku rasa ada dekat 25 bekas kot...hahaha!
untuk kuah nya kita leh pilih antara shabu-shabu, sukiyaki, miso soup atau kimuchi...haaa atas saranan staff situ, kami ambil sukiyaki dan kimuchi...sukiyaki tu macam masin-masin sikit, kimuchi plak pedas-pedas sikit...tapi both pun sedap...lagi bila makin lama makin banyak dah daging masak dalam tu, makin sedappp kuah dia...hahaha...seriously terbaik!
kami makan bertiga, aku rasa dalam 25 bekas laa kami ambil daging tu...sekali je rasanya ambil ayam, lain tu memang belasah beef dan lamb je...serious sedappp sangat...dah la nipis, lembut je dagingnya...ada la aku cuba masukkan daging dalam soup then celup dalam telur mentah dan makan...ermmm boleh laaa, tapi lebih baik tak celup kot...pun sodap dahhh...hahaha...overall aku suka tempat ni, dannn seharusnyaaa boleh repeat lagi!hehehehe...terbaik....
fuhhh my ultimate feveret ni! selalu mkn kat Da Men mall je, tak penah try lagi kat IOICM..
ReplyDeleteoh btw, Fave ade buat promo tau.. rm28 je utk weekday lunch.. kot2 la u interested kan.. :)
https://myfave.com/kuala-lumpur/suki-ya-ioi-city-mall-mon-fri-shabu-shabu-lunch-buffet-for-1-person-80136
Hahaha wah murahhh...thankss share!
Deletepernah gi yg kt Pavillion, sempit tempatnya...matcha aiskrim the best..
ReplyDeleteOoo yeke. Sini besar n selesa.
DeleteDulu selalu makan dekat Alamanda, lepas tu tutup dah. Cawangn IOI belum try lagi. Memang antara buffet yang sedap. Anak2 I kalo datang ke Suki-Ya ni, benda yang dia tuju, Matcha Ice Cream.
ReplyDeleteOh alamanda pnah ada eh. Xperasan plak š
DeleteI think MrsEnoxis means to say the Steamboat dekat food court Alamanda tu. Sekiranya yang tu MrsEnoxis maksud kan, rasanya company yang berbeza; Suki-ya tak pernah ada kat alamanda.
Deletekat alamanda food court yg dulu tu Johnnys.
Deletesukiya dulu pernah ada dkt alamanda. kat bawah sebelah nandos. tp dah tutup.
DeleteI read your blog frequently, and I just thought I’d say keep up the fantastic work! It is one of the most outstanding blogs in my opinion. Save yourself the hassle and use this Instagram online viewer instead. ... Deskgram is a desktop app which allows you to post, comment, like, and browse your photos ...
ReplyDeleteTQ
Deletesangat membantu ya blog awak ni, memang tertanya-tanya kalau jumpa kedai buffet macam ni, daging dia tu unlimited ke š, tapi nasib baik dah dikonfirm penulis boleh minta bwrapa banyak pun, terima kasih
ReplyDeleteUntuk Suki-ya macam tu laaa...kalo kedai buffet lain tak tau lah...hehehe
DeleteSukiya ioi putrajaya knapa call x boleh eh?
ReplyDeleteentah lah labuuuu
Delete