Showing posts with label VMY2014 : Kedah. Show all posts
Showing posts with label VMY2014 : Kedah. Show all posts

Monday, December 15, 2014

Visit Malaysia Year 2014!

Sempena Tahun Melawat Malaysia atau Visit Malaysia Year 2014 ni aku dengan kawan-kawan dengan semangatnya menyahut seruan yang satu ni...hehehe tapi sebabkan tahu pasal VMY2014 dah lambat sikit...masa dah masuk awal tahun 2014, makanya tak banyak la trip negeri jauh dapat dibuat....daripada 16 buah negeri termasuk wilayah persekutuan yang terdapat di Malaysia, kami berjaya menjejak 11 buah daripadanya pada tahun ni...Syukur Alhamdulillah....=D
Negeri yang telah kami jejaki dengan niat VMY2014 adalah Putrajaya (walaupun hari-hari pi kerja tak pernah hargai...tahun ni baru hargai), Selangor, Kuala Lumpur (both tempat ni pun selalu take for granted!), Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak!hehehe rezeki tahun ni banyak memijak kepada Perak!yeay!banyak kali kot aku ke Perak terutamanya Ipoh...hehe best!dan trip VMY2014 aku tahun ni banyak ditemani oleh Sue, Asie dan Irma...pastu ada juga dengan Dini dan Amoi dan sudah semestinya dengan la familia!terima kasih semua!
Cita-cita nak jejak pantai timur tahun ni tak kesampaian la pulak...takpe laaa...insyaAllah tahun depan nak plan trip ke pantai timur pulaaa....nak makang ikang celup tepung nih!ghindu sangat dah ghasernye nih...hehehe pastu ada plan nak visit Sabah jugaaa...tapi tiket mahal sangatlah...pendam jer laa dulu perasaan tu kan...hehehe so Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Labuan, tunggu yer tahun depan kalo ada rezeki aku melawat korang pula!hehehe!tahun depan moh ler kengkawan semua kita sambut dan sahut seruan Malaysia Year of Festival 2015!yeay!
p/s - dah ada a few orang cakap takleh nak komen kat blog aku...betul ker...sape-sape yang experience perkara yang sama, bagitau aku yer...through email ke, FB ke....nanti aku godek balik ape ke hal nya setting blog aku ni....ok!

Friday, October 10, 2014

VMY2014 : Utagha Trip Day 3.2 : Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad, Masjid Zahir & Pekan Rabu, Alor Setar


selepas daripada rumah pengantin di Yan, kami meneruskan perjalanan menuju ke Alor Setar...masa ni irma yang drive dan aku membuta kat belakang...ngantuk sangat...sebab aku jer yang drive kan...hehehe dalam lelap tu dengar jugak diorang bersembang mencari destinasi kami seterusnya iaitu Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad!yezza....dah lama sangat aku teringin nak ke sini...akhirnya sampai juaaa...syukur....ha kalo korang nak tau, rumah ni terletak di No.18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar...rumah yang diperbuat dari kayu ni dibina pada tahun 1900 dan pada 20 Disember 1925, lahirlah Perdana Menteri Malaysia ke-4 di dalamnya...dan Tun banyak menghabiskan zaman kanak-kanak dan remaja di rumah ini....rumah ini diiktiraf sebagai salah satu bangunan sejarah di Negeri Kedah oleh Jabatan Arkib Negara ye...masuk adalah percuma dan ditutup pada hari Isnin...
di bahagian dalam rumah ni diletakkan pelbagai gambar-gambar dan dokumen-dokumen yang menglibatkan Tun semasa zaman remaja dan menjelang dewasa....juga kisah salah silah keluarganya dan pengenalan mengenai kedua ibubapa Tun...comel jer gambar Tun masa muda dan masa awal-awal kahwin...kagum okeh tengok result peperiksaan dia....hahaha zaman dolu kala dah belajar kat Cambridge...memang hebat la kan...ayah Tun ni cikgu besar rupanya, kiranya dia ni membesar dalam keluarga yang educated..bukan calang-calang orang tu zaman sebelum merdeka jadi cikgu besar...dan ayah Tun juga merupakan pengasas bagi Kolej Sultan Abdul Hamid, salah sebuah sekolah premium tertua yang terletak di Alor Setar, Kedah...
selain itu terdapat pelbagai barangan yang pernah digunakan oleh Tun dan keluarga nya di dalam rumah ini...terdapat 2 buah bilik menempatkan barangan peribadi keluarga ini...masih disimpan sejak zaman dulu kala lagi....seronok tengok barangan dolu kala yang dah tak jumpa dah zaman ni...gobok, radio, suis klasik, seterika, dapur kayu dan macam-macam lagi...best!terbayang-bayang pulak Tun dulu duk dalam rumah ni....hehehe
dan kemudian kami ke bahagian luar rumah pula...terdapat replika beca yang digunakan oleh Tun zaman dolu kala...juga ada lesung besar!hehehe sempat juga berposing ambil gambar di tangga dapur rumah Tun..persis gadis ayu gitu kan...tapi orang cakap, anak dara duk kat tangga nanti lambat kena pinang!eh?
dah habis kami teroka Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad ni...kami berjalan pula ke kawasan sekitarnya...kat sini turut dibina beberapa rumah berkonsepkan tradisional yang dijadikan balai pameran, auditorium, surau dan pondok wakaf...tapi kami tak pergi tengok pun, sebab bergegas untuk ke destinasi seterusnyaaa....oh ye, untuk pengetahuan, kat sini juga terdapat sebuah kilang ais lama yang tak berfungsi dah dan kini dijadikan muzium...jadi kalo korang ke sini dan ada masa, boleh la jenguk Muzium Kilang Ais ni yer!
seterusnya kami menuju ke tengah bandar Alor Setar...untuk ke Masjid Zahir!yeah banyak kali lalu sini dolu-dolu masa ke Alor Setar tapi tak pernahnya nak singgah kan...huhuhu tapi sebab trip kali ni bertemakan Visit Malaysia Year 2014, maka haruslah menerjah ke masjid yang telah dibina pada 1912 ini...salah sebuah masjid tertua di Malaysia...kagum dengan binaan yang cantik ini...katanya mengambil ilham dari sebuah masjid di Sumatera...secara kasar aku nampak macam Masjid Baiturrahman di Banda Aceh pun ada juga...masjid ni mempunyai satu kubah utama dan 5 buah kubah kecil yang melambangkan lima rukun Islam...
dan berhampiran dengan Masjid Zahir ini juga terletaknya Pekan Rabu Alor Setar yang sangat popular!bak kata member aku, musim raya or cuti sekolah, mestiii kawasan ni akan jam!semua pun nak shopping kat sini yer...hehehe tujuan kami ke sini haruslahhh nak membeli pekasam....hehehe masa tengah duk sibuk pilih ikan, tetiba big boss call daa...dari rumah pengantin tadi, dia nak balik terus ke KL...dan dia dapat tau yang kami ke Pekan Rabu...dan-dan laaa banyak dia nak pesan!berkilo dodol!hohoho dan disebabkan penuh kiri kanan tangan aku ngangkut barang yang dia order, menyebabkan insiden aku terpeleot di tangga tinggi di jejantas Pekan Rabu...akibatnya, berminggu-minggu juga jalan terjengkot-jengkot...sobsss.....pasrah je laaa.....
selesai bershopping di Pekan Rabu, jam menunjukkan pukul 4 petang dah....sepatutnya kami nak menuju ke Muzium Padi dulu sebelum menuju ke Perlis...tapi memandangkan masa dah lari, gara-gara membeli barang pesanan big boss...makanya terpaksa la batalkan niat nak ke muzium tuh....huhuhu takpela, next time insyaAllah...dan seterusnya, kami terusssss menuju ke arah utara tanah air lagi iaitu menuju ke Arau, Perlis!yeay!