Friday, October 10, 2014

VMY2014 : Utagha Trip Day 3.2 : Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad, Masjid Zahir & Pekan Rabu, Alor Setar


selepas daripada rumah pengantin di Yan, kami meneruskan perjalanan menuju ke Alor Setar...masa ni irma yang drive dan aku membuta kat belakang...ngantuk sangat...sebab aku jer yang drive kan...hehehe dalam lelap tu dengar jugak diorang bersembang mencari destinasi kami seterusnya iaitu Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad!yezza....dah lama sangat aku teringin nak ke sini...akhirnya sampai juaaa...syukur....ha kalo korang nak tau, rumah ni terletak di No.18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar...rumah yang diperbuat dari kayu ni dibina pada tahun 1900 dan pada 20 Disember 1925, lahirlah Perdana Menteri Malaysia ke-4 di dalamnya...dan Tun banyak menghabiskan zaman kanak-kanak dan remaja di rumah ini....rumah ini diiktiraf sebagai salah satu bangunan sejarah di Negeri Kedah oleh Jabatan Arkib Negara ye...masuk adalah percuma dan ditutup pada hari Isnin...
di bahagian dalam rumah ni diletakkan pelbagai gambar-gambar dan dokumen-dokumen yang menglibatkan Tun semasa zaman remaja dan menjelang dewasa....juga kisah salah silah keluarganya dan pengenalan mengenai kedua ibubapa Tun...comel jer gambar Tun masa muda dan masa awal-awal kahwin...kagum okeh tengok result peperiksaan dia....hahaha zaman dolu kala dah belajar kat Cambridge...memang hebat la kan...ayah Tun ni cikgu besar rupanya, kiranya dia ni membesar dalam keluarga yang educated..bukan calang-calang orang tu zaman sebelum merdeka jadi cikgu besar...dan ayah Tun juga merupakan pengasas bagi Kolej Sultan Abdul Hamid, salah sebuah sekolah premium tertua yang terletak di Alor Setar, Kedah...
selain itu terdapat pelbagai barangan yang pernah digunakan oleh Tun dan keluarga nya di dalam rumah ini...terdapat 2 buah bilik menempatkan barangan peribadi keluarga ini...masih disimpan sejak zaman dulu kala lagi....seronok tengok barangan dolu kala yang dah tak jumpa dah zaman ni...gobok, radio, suis klasik, seterika, dapur kayu dan macam-macam lagi...best!terbayang-bayang pulak Tun dulu duk dalam rumah ni....hehehe
dan kemudian kami ke bahagian luar rumah pula...terdapat replika beca yang digunakan oleh Tun zaman dolu kala...juga ada lesung besar!hehehe sempat juga berposing ambil gambar di tangga dapur rumah Tun..persis gadis ayu gitu kan...tapi orang cakap, anak dara duk kat tangga nanti lambat kena pinang!eh?
dah habis kami teroka Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad ni...kami berjalan pula ke kawasan sekitarnya...kat sini turut dibina beberapa rumah berkonsepkan tradisional yang dijadikan balai pameran, auditorium, surau dan pondok wakaf...tapi kami tak pergi tengok pun, sebab bergegas untuk ke destinasi seterusnyaaa....oh ye, untuk pengetahuan, kat sini juga terdapat sebuah kilang ais lama yang tak berfungsi dah dan kini dijadikan muzium...jadi kalo korang ke sini dan ada masa, boleh la jenguk Muzium Kilang Ais ni yer!
seterusnya kami menuju ke tengah bandar Alor Setar...untuk ke Masjid Zahir!yeah banyak kali lalu sini dolu-dolu masa ke Alor Setar tapi tak pernahnya nak singgah kan...huhuhu tapi sebab trip kali ni bertemakan Visit Malaysia Year 2014, maka haruslah menerjah ke masjid yang telah dibina pada 1912 ini...salah sebuah masjid tertua di Malaysia...kagum dengan binaan yang cantik ini...katanya mengambil ilham dari sebuah masjid di Sumatera...secara kasar aku nampak macam Masjid Baiturrahman di Banda Aceh pun ada juga...masjid ni mempunyai satu kubah utama dan 5 buah kubah kecil yang melambangkan lima rukun Islam...
dan berhampiran dengan Masjid Zahir ini juga terletaknya Pekan Rabu Alor Setar yang sangat popular!bak kata member aku, musim raya or cuti sekolah, mestiii kawasan ni akan jam!semua pun nak shopping kat sini yer...hehehe tujuan kami ke sini haruslahhh nak membeli pekasam....hehehe masa tengah duk sibuk pilih ikan, tetiba big boss call daa...dari rumah pengantin tadi, dia nak balik terus ke KL...dan dia dapat tau yang kami ke Pekan Rabu...dan-dan laaa banyak dia nak pesan!berkilo dodol!hohoho dan disebabkan penuh kiri kanan tangan aku ngangkut barang yang dia order, menyebabkan insiden aku terpeleot di tangga tinggi di jejantas Pekan Rabu...akibatnya, berminggu-minggu juga jalan terjengkot-jengkot...sobsss.....pasrah je laaa.....
selesai bershopping di Pekan Rabu, jam menunjukkan pukul 4 petang dah....sepatutnya kami nak menuju ke Muzium Padi dulu sebelum menuju ke Perlis...tapi memandangkan masa dah lari, gara-gara membeli barang pesanan big boss...makanya terpaksa la batalkan niat nak ke muzium tuh....huhuhu takpela, next time insyaAllah...dan seterusnya, kami terusssss menuju ke arah utara tanah air lagi iaitu menuju ke Arau, Perlis!yeay!

16 comments:

  1. wahh..hang pun pegi rumah Tun.M.
    best kan? dulu2 aku tak teringin nak pegi, belum patrioritik lagi kut. hehe
    kalau ko masuk satu galeri dekat situ ada dia tunjuk kedai faveret Tun M dekat pekan rabu. Kedai no berapa ntah jual kuih muih..dekat pekan rabu ni mmg fames dengan dodol dan pekasam homemade. Kalau balik kampong, mesti kena beli buat buah tangan kat kawan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe best2...aku suka...ye la sepanjang hidup aku, dia laaa PM plg lama aku kenal...makanya harus la aku excited terlebih kot...hahahah

      oooo yeke?alaa rugi tak masuk rumah-rumah lain tu...sbb tak sempat sgt laaa...huhuhu rugi....yezzaaa pekasam, dodol, asam, jajan2, baulu panas...semua ada!hahaha

      Delete
  2. Dah beberapa kali sampai Aloq Staq ni... tapi tak menyempat juga nak singgah rumah Tun M ni...Pekan Rabu ni pulak memang destinasi wajib... DJ tak JJCM ke kat Aloq Staq tu... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa next time kena la pi en mie....dekat jer dalam alor star tu gak...hehehe pekan rabu memang wajib kan....pekasam diaa sedap!nyummm...masa ni plak dkt ramadhan...haaa mmg beli buat stok la...hehehe

      JJCM tak dan di Aloq Staq...almaklum masih kenyang makan kenduri....hehehe dan yg lebih penting, sebab nak simpan perut untuk makan malam yang marvelessss nanti!hahahah

      Delete
  3. Semua tempat ini wajib singgah jika ke kedah....akak pun dah sampai ke rumah Tun M sebab ikut rombongan sekolah.
    Muzium padi pun best. akak suka part yg duduk di tempat berputar sambil tengok lukisan yg macam real tu...best sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe betol kak...wajib!hahaha semua pun dekat-dekat je kan...hehehe alaaa best eh muzium padi tu....saya teringin nakpi tapi mmg tak sempat dah petang aritu...haish ni nak kena repeat nih...hehehehe

      Delete
  4. Replies
    1. hehehe kenangan lama menggamit jiwa ke mkl...hehehe

      Delete
  5. nama je orang kedah, tapi tak pernah lagi lawat rumah kelahiran mahathir, teruk nyer rasa...pekan rabu pun dah lama tak pi, selalu time nak tempah baju raya je datang sini. terbaik lah DJ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kena la pi lepas ni orga....muzium padi dah pi ke?hehehe yeah lepas ni kami nak jelajar 7 pesona perlis plak...yeahhh....hehehehe

      Delete
  6. Rumah Tun ni dari aku dah masuk dalam list tapi ntah bila nak jadikan realiti kan. Orang dulu kala kalau masuk Cambridge, siap result macam tu...memang super brilliant ah kan. Kagum giler. Btw, hensem kan Tun masa muda. Ahaks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bie..jgn kata masa muda..skrg ni pun still hensem tau..lagi ensem dari anak dia tu hihhi

      Delete
    2. tu la pasal bie...aku segan nak tunjuk result kalo nengok result Tun nih...hohoho mmg hebat la dia kan...ko sila la pergi 1 day yer...hensem?ehem boleh laaa....ahaks!

      Delete
    3. amboi JM, kecik abam mukhriz tauuu....hahaha tp rambut tun lebat lg la dr anak diaaa...hahahaha upss!

      Delete
  7. rumah kelahiran tun mahathir dan masjid zahir belum pernah masuk lagi tapi pekan khamis tu dh pernah sampai..ehh pekan rabu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah khamis?mana khamis?hahahaha tp btol la nape namanya rabu eh?tak selasa ker, jumaat ke, ahad ke...hahahah JM nanti pergi tau...menarik rumah tun tu...

      Delete