Sunday, October 26, 2014

Cuti Hari Deepavali 2014 (Part 2) : Mee Tarik Warisan Asli, Bandar Baru Bangi

Sambungan dari: Cuti Hari Deepavali 2014 (Part 1) : JKids Playgorund & Boat Noodle Restaurant, Publika Shopping Gallery

lepas dah rileks dari kepenatan melayan zara berjalan di Publika...tetiba lepas Isyak abah aku bersuara nakpi makan...haaaa terus aku teringat kedai mi tarik yang baru seminggu buka di Bandar Baru Bangi...apa lagi, terus start enjin dan menuju ke Bangi Sentral (di hadapan Restoran Cina Muslim Mohd Chan Abdullah)...yeay Restoran Mee Tarik Warisan Asli yang famous di Sungai Besi tu dah buka di Bangi!yeay!suka...hahaha agak penuh kedai tu masa kami sampai...tapi nasib baik dapat cepat gak tempat duduk...depan abang buat mi tarik lagi kan...hehehe
kemudian kami usha menu yang diberikan..wahhh tetiba aku teringat kenangan kelakar kami masa di kedai mi tarik di Shenzhen...macam-macam aksi ayam itik yang kami buat semata nak order nasi dan mi...hehehe banyak juga pilihan mi tarik yang ada...selain tu ada juga nasi berlauk...ni antara yang sempat aku snap...layans!
servis agak slow sikit...dalam 15 minit order baru la air sampai...adik dan anim order air istimewa di sini iaitu Ba Bao Tea...healthy & tasty katanya...tapi aku nengok dah macam air rumput dah...hahaha dia letak 7 bahan istimewa iaituuuu red date, longan...etc...etc...hahaha
dan tak lama lepas tu makanan pun sampai...anim ambil Green Pepper Meat (RM9.80), aku ambil braised chicken (RM9.80), adik fried lamen beef (8.80) dan abah sliced MS beef (RM6.80)....selain tu kami order juga toothpick lamb (RM26)....sedapnya mi kat sini sebab mi dia dibuat fresh depan mata!lembut dan licin jer mi diaaa....tapi sian abah aku, laju sangat tunjuk menu, sampai tak perasan dia terorder bukannya mi tarik...tapi macam kue teow...hohoho takpe, next time kita datang lagi yer abah...pastu lamb tu pun sedap!pedas-pedas rasa dia....
overall puas hati juga la makan kat sini...next time nak datang lagi...masa kat kedai ni boleh plak terserempak dengan lecturer aku...pastu beberapa minit sebelum aku upload gambar kat FB, ada member pun upload gambar makan sini...haish la orang area bangi ni, pantang ada kedai baru...semuaaaa nak serbu!hahahah.....

8 comments:

  1. Replies
    1. ha'ah syok!macam senang jer kan dia buat tuh...hehehe

      Delete
  2. Kat seksyen 26 shah alam pun dah ada restoran ni...lokasinya di Alam Avenue... tapi tak samalah rasanya dg yg di china tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yeke en mie...hehehe ye la mana nak sama dgn yg di sinun...environment pun berbeda...tapi dpt la lepas rindu sikit...nakpi sana bila tah lg...hehehehe

      Delete
  3. wahhh..dah bukak kat bangi la..haruslah aku terjah ni. dari dulu teringin nak rasa, tapi malas nak pergi kat Sg. Besi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezzaaa apa lagi?sila laa terjah!mengambil mood ke china...hehehehe

      Delete
  4. Sibaikkk aku nengok ni masa dah kat KK. Kalau x mau kempunan xsudah. Sedap wei. Ok boleh cari ala2 kat sini tapi nak dapat yang tarik depan mata memang kena datang sana ah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa ko jgn kata mi tarik, slero d timur punnnn ko blum jejak lg hoih...hahaha

      Delete