Monday, October 13, 2014

VMY2014 : Utagha Trip Day 3.3 : Wood Valley Lodge, Perlis & Seafood Fiesta in Kuala Perlis


selepas 1 jam perjalanan dari Alor Setar, dengan sesat barat mengikut kata waze...akhirnya kami sampai juga di Bandar Diraja Arau, Perlis...dan kemudian terus mencari jalan untuk ke Kampung Mata Ayer...mata ayaq bak kata orang sini...hehehe nak carik boipren katanya...eh...hahaha bukan...bukan...tujuannya sebab nak mencari homestay yang telah irma booking, dengan recommendation member kami di perlis iaitu Wood Valley Lodge yang terletak di Jalan Mata Ayer off Jalan Hutan Lembah, Kampung Mata Ayer...haaa kalo dari jalan besar, cari Sekolah Syed Sirajudin dan masuk ke simpang tu...terus jer sampai nampak Balai Polis Mata Ayer kat belah kanan, nanti u-turn di hadapan tu, lalu semula depan balai polis dan jumpa mini market...masuk ke simpang dan jumpa laaa homestay Wood Valley Lodge ini!yeay!kagum sebab kat kawasan rumah orang tu, tetiba ada homestay yang sangat cantik!
masa kami sampai ni, tuan punya homestay sedang menunggu kami...terus dia bawa kami masuk rumah dan tunjuk apa yang patut...kat dalam ni ada 2 buah bilik, 1 bilik air dan ruang tamu kecil...semua bilik ada aircond...harga untuk 1 malam adalah RM230 sahaja...kami sebenarnya duk cari hotel tapi semua dah penuh, sebabnya masa kami pergi perlis ni, SUKMA sedang berlangsung di sini...hotel semua fully booked!jadi homestay je la pilihan yang ada...oh ye, kami diberitahu yang rumah ni diorang beli dari Pedu Lake Resort yang dah tutup...beli dan pasang semula di tanah sini dengan harga yang sangat murah plak tuh....kat Wood Lodge Valley ni ada 3 buah rumah jer...2 buah macam kami dan ada sebuah yang 2 tingkat...sesuai untuk family besar...nak tahu lanjut boleh usha di sini...
kat bahagian luar pula ada buaian dan pangkin yang best untik lepak-lepak...tapi kami takdan lepak la...sebab dah lewat petang, nak siap-siap dan selesaikan apa yang patut...sementara aku berehat di bilik menunggu turn masuk bilik air, aku sempat call cikwi...selama ni bila bagitau alamat homestay ni, dia confuse kat mana...dia cakap macam alamat dekat rumah kampung dia tapi dia tak pernah tahu pun tempat ni...sekali bila aku explain dekat dengan balai polis, laaaa rupanya sepelaung je homestay ni ngan rumah kampung dia...hahaha terus dalam sekelip mata kaklong kawasan tiba bawak suku sakat dia nak buat kunjungan hormat mencemar duli ke homestay kami!hahahaha punya la bising masa dia sampai...kecoh!duk cakap depan tu umah makcik dia la, belakang umah kawan dia la, tu masjid pak dia la, segala semua keliling homestay tu ada kaitan ngan dia lah!hahahaha!pastu dalam kecoh tu, kawan asie pun datang..rupanya kawan asie tu kawan adik cikwi...haaa bertambah kecoh dekat maghrib tu...hehehe dan tak lama tu masuk maghrib, semua pun beransur-ansur meninggalkan kami...kami pun kembali berehat di bilik, meluruskan pinggang...hehehe oh ya, kami beli mangga harumanis dari kawan asie tu...dengan harga RM18 sekilo...rasanya paling murah kami leh dapat tuh...nyummmm...biasa RM20 ke atas sekilo...memang rezeki la ada juga harumanis untuk kami...sebabnya kata cikwi, ni dah kira hujung-hujung musim dah...agak payah nak dapat...hehehe Alhamdulillah...yeah salah satu 1st pesona perlis - harumanis - done!
dan malam nya, dalam hujan renyai-renyai...kami keluar menuju ke Kuala Perlis!yeahhhh mencari salah satu daripada 7 pesona perlis iaitu seafoood!hehehe again kami getting lost sebab follow waze...choi ikut kata hati juga yang elok sebenanyar bila driving ni tau...huhuhu dan akhirnya kami sampai ke Kompleks Makanan Laut atau KOMA di Kuala Perlis...sebenarnya dah janji nak jumpa nurul di sini iaitu member sekerja di negeri perlis...dia la yang suruh kami ke KOMA ni...katanya di sini laaa ada Restoran Mona yang femes amos tuh...
haa apa lagi, dah sampai dan jumpa nurul, terus menuju ke restoran Mona dan usha makanan laut yang ada...sakan order tak hengat punya....ikan siakap besar buat half masak masam manis pedas, half lagi bakar...ketam setengah kilo buat masak kari pekat, udang sekilo buat masak cili, sotong sekilo celup tepung dan sayur kailan...haa tu dia, semua jenis seafood kami ambil!hehehe tamak punya pasal...tunggu punya tunggu sampai gak makanan...nyum-nyum....memang sedap-sedappp semuanya...kami makan tak angkat muka dah...best giler...terbaekk!dah abes makan, masa kat kaunter aku jauh sikit, dengar la orang tu cakap RM230, so aku ok la kan dengan harga tu...reasonable sebab banyak yang kami ambil....sekali dengar balik diorang cakap RM130 jer..haa?whatt?RM130 jerrr dgn berkilo-kilo seafood?terkejut giler aku okeh!serius terkejut!hohoho murahnyeeeeeee....terus kagum...memang berbaloi-baloi sebab sedappp dan murah....yeah 2nd pesona perlis - seafood - done!
dan kemudian kami pun balik ke homestay...walaupun ada 2 bilik tapi sebab kami bertiga jer, gigih tarik tilam dari bilik sebelah sebab nak tido dalam 1 bilik jerrr...hehehe hokeyy harus mendapatkan lena yang cukup sebab kami nak menjelajah negeri Perlis Indera Kayangan demi misi menjejak 7 pesona perlis pula esok!yeah!

16 comments:

  1. cantik la homestay tu..korg berbaloi la sebab p ramai. Aku haritu dah kena stay kat motel sebab hotel penuh hehe..
    seafood memang murah kan..terkejut aku.. aku pun sama, order macam2, last2 harga RM 50 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cun dz...aku pun tak sangka ada tempat cun mcm tu kat kampung mata ayerr tu...hehehe haish mmg murah sangat laaaa kan seafood kat sana...aku rasa macam nak makan lagi jer masa tu...sebab murah sgt!hahaha

      Delete
  2. Kalau tengok senarai harga macam mahal... wah boleh masuk senarai terjah nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah en mie...sbb macam udang tu kat sg dua dalam 120 kalo tak silap saya...kat sini baru 70 jer...sotong tu 30 yang takleh blah tu...murah bangett.....hehehehe nyummmmm.

      Delete
  3. Seafood tu muraahh..banyak korang order..penah pg kuala perlis ni, tp xingat gerai yang mana..harus terjah nanti =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la di mona nanti...dgrnya salah satu kedai seafood femes gak di kuala perlis nih....

      Delete
  4. ahaahah...DJ..pening JM baca direction nak ke Homestay ni last2 jumpa balai polis je dh sesat..tanya pak polisi je lah jawabnya
    yohoooo...cantik dan besat homestay ni cam duduk umah kg..murah tu DJ
    ahaha..lawak..Cik Wi dh mcm wakil rakyat
    byk mkn camtu baru RM130..HEAVEN!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha tu la malas nak tulis dalam numbering ke apa...taip je ikut sedap hati...nasib la sape yang nak mencari arah tuu...hahahaha haaa elok gak pi balai polis mata ayer...mana tauuuuu jumpa mata ayaq kat sanaaaa...hahaha

      haah memang best dan cantik hoemstay ni JM...kalo ke perlis jangan malu-malu singgah ke sini yerrr....hehehe haaa tu la, cikwi tu kaklong kawasan dan juga dun mata ayer dah...hahahaha

      makanan tu sedappp dan murahhh....nyummeh!

      Delete
  5. kecur air liur nih tgk seafoods yg amat sedap tuhhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nahhh lap mulut tu... #sambilhulurhandkerchief

      Delete
  6. Gitu kan aksi Mak Ngah kat beranda rumah. Macam baru melambai kat ahli rombongan yang beransur pulang. Choi sangat. Nama tempat pun KOMA, ikut Waze dia komakan korang terus. Ok aku nak tau 7 pesona tu. So silakan cepat update.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aksi makngah tu sempena melayan kepochi kaklong kawasan kat sebelah tuuu....hahahaha memang koma la waze tu...ko byg tetiba dkt tgh2 jambatan dalam hutan, takde lampu...'you have arrived at your destination'....choi!celah mana seafood tah kat situ...buat cuak aku jer!hohoho yeahhh silakan menanti persona DJ memperkenalkan pesona perlis...kehkehkeh

      Delete
  7. next week insyallah pergi sana. thanks for the info :)

    ReplyDelete