Saturday, December 20, 2014

Malaysia Year of Festivals (MyFEST) 2015

Selepas Visit Malaysia Year 2014, PM telah umumkan pelaksanaan Malaysia Year of Festivals (MyFEST) 2015 pula untuk tahun hadapan...kempen ni bertujuan nak tingkatkan lagi industri pelancongan negara kita dan kekalkan Malaysia sebagai destinasi utama pelancong dari dalam dan luar negara!ye la, dengan kejadian MH370 dan MH17 pada tahun ni, sedikit sebanyak membuatkan industri pelancongan negara kita tergugat kan...

MyFEST 2015 bertemakan 'Endless Celebration' akan menonjol dan meraikan kepelbagaian budaya dan perayaan yang terdapat di Malaysia ni sebagai tarikan kepada pelancong...negara Malaysia ni untung sebab masyarakatnya majmuk, berbilang bangsa, kaum dan budaya...sebab tu sesuai sangat dengan tema MyFEST kali ni kan....

Sepanjang tahun depan dah dipenuhi dengan pelbagai perayaan seperti festival budaya, membeli-belah secara ekstravaganza, acara antarabangsa yang menyeronokkan, acara eko-pelancongan, kesenian, persembahan muzik, promosi makanan dan pelbagai lagilah....kalo korang nak info lanjut mengenai aktiviti MyFEST ni boleh usha di web Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) atau web VMY2014....
kalo korang perasan, logo MyFEST ni berasaskan rebana ubi iaitu sejenis gendang yang merupakan alat muzik yang boleh dikaitkan dengan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia, sejajar dengan semangat 1Malaysia!menarikkan!hehehe

jadi untuk tahun 2015 ni, jom kita ramai-ramai melancong dalam negara kita, Malaysia!yang trip ke oversea tu harus teruskan juga...cuma boleh la selit-selit sikit destinasi dalam negara tu...demi menyokong MyFEST 2015 ni kekdahnya...hehehe dan as for me, aku dah ada beberapa perancangan trip dalam negara kat kepala aku ni...cuma nak sesuaikan dengan cuti umum yang best tahun depan sebab bersambung-sambung dan juga jadual festival yang dah ada ni...tapi kalo takdan pi festival ni pun takpe, janji nak berjalan dalam negara juga....hehehe!ayuh semua!

14 comments:

  1. Dalam banyak2 tu... Hanya Kelantan aje dalam list aku.. Itu pon sebab aku nak mencekik maggi ketam... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tu la aku pun nkpi pantai timur...nk jjcm baekk punya!hahaha

      Delete
  2. Aku nak melawat negeri sendiri tahun depan. Kalau ko turun sini, aku nak join jadi pelencong sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe bolehhh tp xjupe lg tiket murah ni.nyampah btol aku ngn aa ni tau...huhu ko dh pi sandakan?ok gk...hehe

      Delete
  3. Replies
    1. Yezza yg itu dilupa jangan..hehe

      Delete
  4. Replies
    1. Thn ni dh pi kdah..thn dpn xpi dh kot...hehe eh tp langkawi kt kdah kan?hikss...

      Delete
  5. saya pulak rasa nak repeat sabah..nak lama2 skit kat Kundasang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah best tu zila...kna crik tiket cpt nih...hehe kundasang sejuk...syiok!

      Delete
  6. Kawe nak g perlis.... heeee. Kalo g cameron jgn lupa DJ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe perlis best! Byk tmpt nk terjah..seafood pun fresh dh murahhh!bestnyer...hehehe cameron?huhu takut dah nkpi lps mcm2 kejadian tu...huhuhu

      Delete
  7. Obersi tetap jadi pilihan...tak caya cuba tengok entry korang semua...mana yg lebih banyak local atau obersi...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ye ke en mie?sy thn ni balance kot luar dan dlm ngara...hehe 11negeri utk vmy2014 dan 6 trip over the sea...hehehe

      Delete