Sambungan dari: TripAdikBeradik ke Jepun ^Day2^Part1 ~ Kyoto
okeh dari Kiyomizu Temple, kami terus menuju ke Nishiki Market...sampai di sana, sempat singgah toilet dalam mall kecil berhadapan dengan pintu masuk kami diturunkan...sempat la aku tertido tunggu diorang masuk toilet...dah la sejuk...badan aku plak memang kepenatan je rasa arini kan....siap rupanya ada orang tak betul sangat duk sebelah aku duk membebel...memang tak mampu aku nak melayan nye la hai...ntah dia marah aku duk tempat dia ke apa...aku kengantokan sangat!hahaha tak lama lepas tu adik-adik aku pun datang balik...kami terus menuju masuk ke Nishiki Market....kat market ni ada pelbagai jenis barangan yang dijual....masa kat sini la baru aku tahu asal rupa serbuk gerak-gerak atas takoyaki tu...tapi tak sempat ambil gambar la pula...ianya sejenis ikan tapi telah dikeringkan...sampai keras macam kayu!lepas tu untuk takoyaki tu dia akan sagat-sagat la ikan kering tu...macam guna pengetam kayu zaman belajar kemahiran hidup dulu tu...
masa di Nishiki Market ini kami tak lepas kan peluang untuk makan takoyaki lagi...sampai 2 kedai kami beli takoyaki...yang menariknya di kedai kedua tu ada takoyaki yang dikepitkan dalam keropok...sedap jugak rasanya...harga takoyaki yang kami makan di Nishiki Market ini adalah antara600-800 yen...Ralat: 300-400 yen....oh ya di sebabkan market ini adalah terbuka tapi berbumbung, masa kami jalan-jalan dalam tu, boleh rasa kesejukan di luar dan salji juga boleh terbang melayang masuk ke dalam market...best!
lepas dah kenyang tu, kami pun keluar ke jalan besar untuk mencari teksi...kami difahamkan ada train station di situ, tapi masing-masing dah malas nak mencari...so the best solution adalah mencari teksi!sambil tunggu teksi, sambil tergedik suruh anim ambil gambar aku dengan salji...haish tak abes cerita salji aku ni lagi kan...hahaha maafkan saya....saya terlalu teruja!gituuu....
dan dengan menaiki teksi, agak lama juga laaa....sempat la aku tido dalam teksi nih...tambang daei Nishiki Market ke Arashiyama adalah sebanyak 3,360 yen...akhirnya kami sampai di Arashiyama...ntah mana-mana la pakcik teksi ni turunkan kami...rupanya dia turunkan kami di tepi sungai yang ada jambatan famous tu...tapi aku tak sedar itu la jambatannya sebab duk sibuk mencari arah ke Path of Bamboo....lorong pokok buluh yang sangat popular di Arashiyama!masa ni adalah sangat sejuk sebab tengah hujan renyai-renyai....kabus pun menebal...
kami terus berjalan melalui Tenryuji Temple yang famous tu...tapi tak masuk pun la...takkan la semua temple nak masukkan di Kyoto ni..pengsan aku sebab banyak sangat temple nya...so ambil gambar di hadapannya sahaja...di hadapan temple ni dah nampak signage ke Path of Bamboo!yeay!
bila Tenryuji Temple di sebelah kiri kita, terus je jalan ke hadapan...sebelah kanan nanti akan ada banyak kedai-kedai lama yang cantik dan masih terjaga...dalam beberapa minit berjalan, akan jumpa simpang ke kiri dengan signage ke Path of Bamboo...kat simpang kecil ni ada gerai jual makanan...so insyaAllah akan perasan la simpang kecil ni...
dari simpang tu, dah terus jumpa pokok-poko buluh tapi tak macam dalam gambar yang orang selalu ambil jer...so terus kan usaha berjalan ke dalam lagi...dan sampai satu kawasan, ada map...ha dari situ kami ambil simpang kecil ke kiri dan terus berjalan sampai la berjumpa dengan Path of Bamboo ni...masa kami sampai cuaca memang mendung sangat...so agak gelap di kawasan ini...sebab pokok buluh dia merimbun tinggi kan...menambahkan keadaan gelap di sekitar kawasan tu...pasrah je la...tapi yang best masa ni tak ramai orang...so boleh la bersakan bergambar sikit...sampai terpeleot lutut si gemuk ni bajet nak bergambar melompat!hohoho tapi aku suka tempat ni...nyaman dan tenang je...maybe sebab tak ramai orang...kalo ramai orang mau sesak jiwa jugak kan...
sampai di penghujung Path of Bamboo tu, kami dah terdengar bunyi keretapi!yeay nak naik Romantic Train a.k.a Scenic Train!terus jalan kaki menuju ke station yang berhampiran di situ iaitu Torokko Arashiyama Station...sampai je masing-masing sibuk pergi toilet, tak tengok jadual train..keluar je toilet, adik cakap train baru je lepas...alahai...melepas!terus check waktu next train, then kami pun keluar dari station tu...ternampak pula orang bawa rickshaw...haaa terus anim dan adik nak naik menda tu sementara nak tunggu the next train...aku plak memula tak sampai hati nak naik...takut orang tu pengsan nak bawa aku...tapi bila pikir total adik ngan anim punya berat pun diorang leh angkat...aku ok la kot kan...sekali mamat yang bawak tu beriya kata boleh-boleh tapi aku sorang-sorang la kan...hahahaha haaa apa lagi laju je aku naik!naik rickshaw ni ada pelbagai jenis route dan masa la...kami pilih yang 10 minit sahaja...untuk 2 orang naik bayaran dia 3,000 yen manakala untuk seorang 2,000 yen...ada lagi yang 30 dan 60 minit juga...perjalanan lagi jauh dan menarik la kot kan...bersungguh-sungguh staff ni menyiapkan kami...berbalut-balut kitorang taknak kasi sejuk...servis tiptop okeh!
pastu mula la sesi menarik puteri raja purba kala nih..kehkehkeh...tukang bawak aku nih comel!tapi kesian plak aku nengok...tapi memang diorang ni ada company and well trained la...sebab ada kaedah dia nak stop, nak naik bukit, turun bukit...kasut pun special tau...mayb untuk lebih kuat mencengkam semasa bawa rickshaw tu kan especially bila turun bukit...
selepas beberapa minit berjalan melalui kawasan perumahan orang yang cantik dan mendamaikan, kami pun berhenti di satu kawasan lapang....berlatarbelakangkan gunung-ganang di kawasan tu...diorang pun tolong ambilkan gambar kami...masa ni kami rehat-rehat sambil berbual...mamat yang bawa adik-adik aku banyak cakap...ye la dah adik aku pun boleh melayan dia bercakap dalam bahasa Jepun kan...mamat yang bawak aku ni reti la sikit-sikit English...duk tanya dari mana semua kan...pastu tak abes-abes dia puji adik aku yang pandai bernihongo tu...seronok sangat la jumpa orang Malaysia pandai cakap Jepun...siap cakap 'he's speaks very good Nihongo'...ecewah terus aku berbangga ngan adik aku...tak sia-sia aku paksa isi borang 6 tahun yang lalu...biar pun kena marah ngan mak abah aku sebab nak anta anak bongsu diorang ke oversea!hahahaha
kemudian kami meneruskan perjalanan lagi...melayan perasaan melihat pemandangan kampung yang indah...sambil dalam hati berdoa selamat laaaa mamat ni bawak aku nak naik bukit nanti!hahaha sebabnya train station tadi kat bukit tau...
okeh dari Kiyomizu Temple, kami terus menuju ke Nishiki Market...sampai di sana, sempat singgah toilet dalam mall kecil berhadapan dengan pintu masuk kami diturunkan...sempat la aku tertido tunggu diorang masuk toilet...dah la sejuk...badan aku plak memang kepenatan je rasa arini kan....siap rupanya ada orang tak betul sangat duk sebelah aku duk membebel...memang tak mampu aku nak melayan nye la hai...ntah dia marah aku duk tempat dia ke apa...aku kengantokan sangat!hahaha tak lama lepas tu adik-adik aku pun datang balik...kami terus menuju masuk ke Nishiki Market....kat market ni ada pelbagai jenis barangan yang dijual....masa kat sini la baru aku tahu asal rupa serbuk gerak-gerak atas takoyaki tu...tapi tak sempat ambil gambar la pula...ianya sejenis ikan tapi telah dikeringkan...sampai keras macam kayu!lepas tu untuk takoyaki tu dia akan sagat-sagat la ikan kering tu...macam guna pengetam kayu zaman belajar kemahiran hidup dulu tu...
masa di Nishiki Market ini kami tak lepas kan peluang untuk makan takoyaki lagi...sampai 2 kedai kami beli takoyaki...yang menariknya di kedai kedua tu ada takoyaki yang dikepitkan dalam keropok...sedap jugak rasanya...harga takoyaki yang kami makan di Nishiki Market ini adalah antara
lepas dah kenyang tu, kami pun keluar ke jalan besar untuk mencari teksi...kami difahamkan ada train station di situ, tapi masing-masing dah malas nak mencari...so the best solution adalah mencari teksi!sambil tunggu teksi, sambil tergedik suruh anim ambil gambar aku dengan salji...haish tak abes cerita salji aku ni lagi kan...hahaha maafkan saya....saya terlalu teruja!gituuu....
dan dengan menaiki teksi, agak lama juga laaa....sempat la aku tido dalam teksi nih...tambang daei Nishiki Market ke Arashiyama adalah sebanyak 3,360 yen...akhirnya kami sampai di Arashiyama...ntah mana-mana la pakcik teksi ni turunkan kami...rupanya dia turunkan kami di tepi sungai yang ada jambatan famous tu...tapi aku tak sedar itu la jambatannya sebab duk sibuk mencari arah ke Path of Bamboo....lorong pokok buluh yang sangat popular di Arashiyama!masa ni adalah sangat sejuk sebab tengah hujan renyai-renyai....kabus pun menebal...
kami terus berjalan melalui Tenryuji Temple yang famous tu...tapi tak masuk pun la...takkan la semua temple nak masukkan di Kyoto ni..pengsan aku sebab banyak sangat temple nya...so ambil gambar di hadapannya sahaja...di hadapan temple ni dah nampak signage ke Path of Bamboo!yeay!
bila Tenryuji Temple di sebelah kiri kita, terus je jalan ke hadapan...sebelah kanan nanti akan ada banyak kedai-kedai lama yang cantik dan masih terjaga...dalam beberapa minit berjalan, akan jumpa simpang ke kiri dengan signage ke Path of Bamboo...kat simpang kecil ni ada gerai jual makanan...so insyaAllah akan perasan la simpang kecil ni...
dari simpang tu, dah terus jumpa pokok-poko buluh tapi tak macam dalam gambar yang orang selalu ambil jer...so terus kan usaha berjalan ke dalam lagi...dan sampai satu kawasan, ada map...ha dari situ kami ambil simpang kecil ke kiri dan terus berjalan sampai la berjumpa dengan Path of Bamboo ni...masa kami sampai cuaca memang mendung sangat...so agak gelap di kawasan ini...sebab pokok buluh dia merimbun tinggi kan...menambahkan keadaan gelap di sekitar kawasan tu...pasrah je la...tapi yang best masa ni tak ramai orang...so boleh la bersakan bergambar sikit...sampai terpeleot lutut si gemuk ni bajet nak bergambar melompat!hohoho tapi aku suka tempat ni...nyaman dan tenang je...maybe sebab tak ramai orang...kalo ramai orang mau sesak jiwa jugak kan...
sampai di penghujung Path of Bamboo tu, kami dah terdengar bunyi keretapi!yeay nak naik Romantic Train a.k.a Scenic Train!terus jalan kaki menuju ke station yang berhampiran di situ iaitu Torokko Arashiyama Station...sampai je masing-masing sibuk pergi toilet, tak tengok jadual train..keluar je toilet, adik cakap train baru je lepas...alahai...melepas!terus check waktu next train, then kami pun keluar dari station tu...ternampak pula orang bawa rickshaw...haaa terus anim dan adik nak naik menda tu sementara nak tunggu the next train...aku plak memula tak sampai hati nak naik...takut orang tu pengsan nak bawa aku...tapi bila pikir total adik ngan anim punya berat pun diorang leh angkat...aku ok la kot kan...sekali mamat yang bawak tu beriya kata boleh-boleh tapi aku sorang-sorang la kan...hahahaha haaa apa lagi laju je aku naik!naik rickshaw ni ada pelbagai jenis route dan masa la...kami pilih yang 10 minit sahaja...untuk 2 orang naik bayaran dia 3,000 yen manakala untuk seorang 2,000 yen...ada lagi yang 30 dan 60 minit juga...perjalanan lagi jauh dan menarik la kot kan...bersungguh-sungguh staff ni menyiapkan kami...berbalut-balut kitorang taknak kasi sejuk...servis tiptop okeh!
pastu mula la sesi menarik puteri raja purba kala nih..kehkehkeh...tukang bawak aku nih comel!tapi kesian plak aku nengok...tapi memang diorang ni ada company and well trained la...sebab ada kaedah dia nak stop, nak naik bukit, turun bukit...kasut pun special tau...mayb untuk lebih kuat mencengkam semasa bawa rickshaw tu kan especially bila turun bukit...
selepas beberapa minit berjalan melalui kawasan perumahan orang yang cantik dan mendamaikan, kami pun berhenti di satu kawasan lapang....berlatarbelakangkan gunung-ganang di kawasan tu...diorang pun tolong ambilkan gambar kami...masa ni kami rehat-rehat sambil berbual...mamat yang bawa adik-adik aku banyak cakap...ye la dah adik aku pun boleh melayan dia bercakap dalam bahasa Jepun kan...mamat yang bawak aku ni reti la sikit-sikit English...duk tanya dari mana semua kan...pastu tak abes-abes dia puji adik aku yang pandai bernihongo tu...seronok sangat la jumpa orang Malaysia pandai cakap Jepun...siap cakap 'he's speaks very good Nihongo'...ecewah terus aku berbangga ngan adik aku...tak sia-sia aku paksa isi borang 6 tahun yang lalu...biar pun kena marah ngan mak abah aku sebab nak anta anak bongsu diorang ke oversea!hahahaha
kemudian kami meneruskan perjalanan lagi...melayan perasaan melihat pemandangan kampung yang indah...sambil dalam hati berdoa selamat laaaa mamat ni bawak aku nak naik bukit nanti!hahaha sebabnya train station tadi kat bukit tau...
haaaa sampai je dekat nak naik bukit, aku berdebar dah!diorang berhenti kejap dan ambil nafas...kemudian laju-laju lari naik ke atas bukit!kehkehkeh selamat weii....selamat sampai ke train station tadi!hahahaha pastu kami pun turun dari rickshaw...siap berpimpin tangan tau taknak bagi puteri purba kala ni terjatuh...gitu...kemudian buat bayaran dan dia siap bagi sticker kartun orang naik rickshaw pada musim bunga...kiranya sticker ni akan diberi ikut musim...comel je...terima kasih abam, sila la berehat melepaskan lelah mu selepas membawa aku yer....hehehe ok la dalam next post aku akan sambung lagi sikit cerita di Kyoto, sebelum kami kembali ke Osaka....yeahhh......
1.Takoyaki tu mmg sedap..Jm byk kali mkan tapi kalau rega 600-800 yen tu mahal tu..Jm makan di yoyogi park leh dpt rega 500 jen tuk 8 biji..sedap sgt kan...thumb up la
ReplyDelete2. Waduh..mahalnya kos naik teksi 3k++ tu...almost RM100...mesti Dj bawak duit byk ni hiksss
3.Hahahah...tuan puteri naik rickshaw....Jm tak naik just tgk je..gagah perkasa kan orang2 yg bawak rickshaw tu kiranya kalau Dj naik no hal lah...small matter je tu heee
1.takoyaki tu myb di kyoto yg mahal..sbb kalo di osaka, dlm 300-400 yen only....tp memang sedap sgt lagi makan panas-panas dalam suhu sejukkk....hehehe
Delete2.mmg mahal la teksi di Jepun...mmg dah termaktub dah trip plg lama dan mahal saya adalah ke Jepun!hahaha
3.hehehe memang bestlah naik rickshaw ni...wpun mula2 ragu2 gak leh ke diorg angkat...hahaha gagah dan berteknik diorg bawak ni tau...hehehe
JM, sorry tersalah info...dah tanya adik...harga takoyaki tu untuk 2 set...hehehe so maknanya harga dia antara 300-400 yen per set....hehehe
Deleteheeeee Dj, gigih betul tanya adik semula, klau rega tu mmg betul lah murah le tu. Sedapkan kat sana selang sari jm mkn meletup2 panas dlm molot heee
DeleteKalau DJ boleh naik rickshaw tu maknanya saya pun boleh lah. Takut terpeleot pulak nanti... hehe
ReplyDeleteKagum tengok diaorang jaga pokok-pokok buluh tu... nampak kemas je
hahahaha en mie!ye la kalo saya boleh lepas, uolsss semua gerenti lepas punyalah!hahaha saya ada tgk couple mat salleh naik berdua lagi tau...wahhh sian org tu...jenis mat salleh besar plak tuh...haish....
Deletepokok2 bulu mmg cantik dan rimbun....kagum kan...tepi-tepi dia pun bersih je....takde pun tumbuhan meliar...hehehe
Kelas kau naik rickshaw sesambil berselimut..hehe
ReplyDeleteSelalu terkesan dengan gambar makanan. Tako dikepit keropok :)
hahaha tu la psl...siap berlapis2 selimut tu...punya taknak bagi sejuk...hehehe
Deletesedap betul keropok takoyaki tu...nyummmehhh....hehehe
Ntah pape kan explain benda gerakgerak atas takoyaki. Tapi aku panggil benda tu rambut takoyaki. Ok, lagi ntah pape.
ReplyDeleteAku gelak gila baca part rickshaw tu. Masa nampak haritu pun dan2 teringat cerita ko. Nampak teknik diorang naik bukit macamana. Memang terlatih ah. Kasut tu ringan ko tau. Kawan aku guna untuk marathon. Harga ratus2an gak.
Hahaha ada nma dia tp xingt...kehkehkeh...tp dia mmg gerak2 kan...ok la tu...haha rambut??hahaha
DeleteHaaa kagum kan dgn cara diorg tu...psl tu laaa leh angkat aku nih...haha wah kasut ratus2 mmg dhsyat...tp diorg mmg bwh compny...siap beresit semua tau..hehe
Adoiii kalau saya yg naik..mesti org tu tak nak tarik beca. Takut dia sesak napas je.
ReplyDeleteEh cop.. tempat bamboo tu ke yg dlm citer lee jung ki berlakon eh? Ni kena masukkan dlm list ni!
Isk sy pun leh naik syieda...gerenti org lain pun leh naik...hehe benchmark level tuh...hahaha
DeleteAlamak xtau citer apa tu..hehe tp path of bamboo ni famous la kat kyoto ni...hehe
DJ,
Deletenaik rickshaw tu memang dia berhentikan kejap ke untuk ambik gambo?
ha'ah...ko boleh pilih a few package...beza dia by masa la...makin lama, makin mahal tapi jauh la tempat dia bawa pusing...aku ni ambil plg murah...tp mmg diorg ada dah tmpt2 yang dia akn berhenti dan ambilkan gambar kita...kita duk jer atas tu persis puteri raja...hehehe
Deleteaaaa nak naik juga rickshaw!! mau mintak hampun depa nak tarik naz
ReplyDeleteYezzaaa sila la naik nazla...hehe Saya lps naik, awak mesti boleh punya lah...hehe
DeleteTumpang tanya, sos takoyaki tu bole mkn ke? Halal ke? Sbb sy ada search ckp sos tu x halal.. sy nk g jepun mlm ni tu yg tanya sbb nk confirm betul2
ReplyDeletesalam sorry lambat reply...saya yakin follow je adik yang menetap di sana...tapi kalo tak yakin, jgn lah ambil...hehee
Delete