Showing posts with label Johor - Kulai. Show all posts
Showing posts with label Johor - Kulai. Show all posts

Sunday, October 1, 2017

34th Birthday Celebration: Alhamdulillah.

berlalunya bulan September, berlalu laaa jugaa birthday celebration aku kan...mesti ada yang duk cakap, kecoh laa DJ ni celebrate birthday sampai sebulan!hahaha nak wat cemana...aku sangat menghargai birthday aku weii...aku rasa masa ni laaa nak celebrate diri sendiri dengan keluarga dan kawan-kawan semua...lagi plak bulan September ni sangat special untuk aku sebab selain aku, ada ramaiiiiiii lagi orang keliling aku yang lahir September gak, so tu pun antara sebab kot aku lebih lagi celebrate September ni...hehehe...

walaupun birthday aku pada tengah bulan September, tapi since 2nd September lagi dah ada celebration...sambutan dimulakan bersama keluarga aku di IOI City Mall...masa ni diorang buat awal sebab aku cakap aku busyyy setiap weekend bulan September...hahaha Anim plan majlis dan surprise kek dengan Abang aku belanja kami dinner di The Plated, dan kakak ipar aku belanja dessert di Dip & Dip...nyum nyum...adik lelaki dan adik ipar aku je takde masa ni...digantikan dengan kehadiran kawan anim dan adiknya...meriah!terima kasih familiaaa...moga kita semua dirahmati Allah...walaupun aku paling annoying dalam rumah, tetappppp I love you all...muahciked!
masuk minggu kedua September, aku join running event anjuran kolej Sue...sebabkan dah ke sana, so kami berdua pun plan nak buat pre celebration untuk birthday kami berdua...selalunya celebrate kat kedai, kali ni buat kelainan, kita masak sendiri...kitorang buat Shellout dengan jayanyaaa weh...cerita details leh refer Trip to Seri Iskandar, Perak...
then beberapa hari sebelum birthday aku, aku celebrate birthday dengan geng kesekian di Hard Rock Cafe dan KLCC, Kuala Lumpur...best sebab 3 gegadis kesekian, iaitu Dzuli, Mrs dan aku lahir dalam bulan September, so terpaksa laaa Abam Ab bocor poket belanja kami semuaaa...hahaha...cerita details leh refer Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur...
dan sehari sebelum birthday, aku bawa mak abah makan di Bakar Bakar Steamboat & Grill House di Bandar Baru Bangi...tukar sikit kaedah, asyik orang belanja kita kan sempena birthday, apa salahnya kita pula belanja yang tersayang sempena birthday kita...hehehe (read: membeli jiwa)...cerita details leh refer Bakar-bakar Steamboat & Grill House, Bandar Baru Bangi...
sejak 2011, aku akan keluar negara menyambut birthday...tapi sejak tahun lepas, kita sambut dalam negara je...tahun ni lagi la memang takde plan langsung, last minute je plan dengan Sue untuk roadtrip dan pada hari birthday aku sendiri iaitu 15 September 2017, aku buat roadtrip ke Johor dan Singapore bersama Sue...happy giler sepanjang 3 hari trip dapat jumpa Dini, Rina, Ilon, Emy dan Iba...geng travel, geng matriks dan geng universiti...seriously terbaik!sempat juga celebrate birthday  geng matriks beramai-ramai sebab semuaaaa kami adalah September babies! dan celebrate gak birthday Sue kat Singapore...cerita details leh refer 34th Birthday Trip: Johor Darul Takzim & Singapore...
masuk opis lepas bercuti, ada sesi tiup lilin dengan Surveillance Family di pejabat...ramai yang lahir September geng kami ni, Dr Chin, Irma, Dila dan aku...dan walaupun masing-masing dah berlainan cawangan, tetappp dah terbiasa tiup lilin bersama...takleh miss!hahaha ex boss pun tertunggu-tunggu rasanya tuuu kan...
dan petangnya pula Asie belanja aku dan Irma kek birthday kat McD...birthday Irma dalah beberapa hari selepas birthday aku...so sambut la lagi kannn...hahaha saje jeee carik alasan dan alasan nak makan kek kannn...hahaha...
dan berkesempatan juga sambut birthday bersama Liana in IOI City Mall...memula dia belanja dinner di 57 Hotpot & Asian Cuisine dan kemudian kami makan kek comel gilaaaa di Monte Bianco pula...sedap kek diaaaa...comel pula tuhhh...
tahun ni juga berkesempatan celebrate birthday Adik bongsu aku yang juga lahir bulan September dan kali ini semuaaa ahli keluarga ada bersama di Monte Bianco...mulai tahun ni aku berniat nak mula ubah konsep dalam keluarga aku, aku pula nak belanja diorang makan sempena birthday aku, so aku mulakan semasa sambutan birthday Adik aku ni...Alhamdulillah...
sempena trip ke Kuantan untuk Teluk Cempedak Beach Challenge 2017, kitorang sempat singgah bersarapan kat rumah Irma di Gombak...dan jugaaa buat surpriseee birthday Irma beramai-ramai masa ni...best gilaaa tengok muka Irma terkejut...
then sempat juga dengan member lain celebrate birthday ex boss kesayangan di Padi House, Galleria...happy sangat la diaaa masih ada yang ingatkannn...hehehe Alhamdulillah dapat sekali sekala catching up with him...rinduuu zaman dulu...
dan sambutan hari lahir tahun ini diakhiri dengan surpriseee yang menjadi gilaaa...hahaha hari terakhir bekerja di bulan September, tetiba Kak Myza panggil untuk perbincangan 'masa hadapan' profesion...dengan muka serious dan stress...kebetulan opis memang tengah heboh pasal 'masa hadapan' ni...so aku ingat betul-betul la, beriya bawa buku nota bagai...sekali masuk bilik Cik Wi, surpriseeee...hahahah komplot berjaya!hahahah seriously first time feel surprise tau, sebab biasanya aku leh hidu surprise ni...hahahaha I am soooo happy....thank you Cik Wan, every year without fail bagi kek cantik dan sedap...thanks gak yang lain memeriahkan suasana dan surprise...I am touched!
Alhamdulillah selama 34 tahun hidup ini yang baik-baik Allah bagi ini...ada masa aku happy, ada masa down juga la kan...ada masa bersyukur, ada masa aku merungut juga...birthday tahun ni seriously buat aku sedar, betapa beruntungnya aku dikelilingi keluarga dan rakan-rakan yang ramai dan baik...semoga Allah melindungi kalian semuaaa...Amin!aku tak nafikan lately aku ada gak negatif dengan life aku, tapi bila pikir dan tengok balik apa yang Allah dah bagi aku...rasa nak ketuk diri sendiri bila berpikiran negatif tu...seriouslaaa overthinking tu memang merosakkan emosi dan diri sendiri...huhuhu so sempena birthday yang ke 34, aku nak move on!dari DJ yang lama kepada DJ yang baru...korang doa-doakan la yer!

dannnn post ini diakhiri dengan ucapan, bertabahlah wahai mak dan abah dengan anakmu yang paling degil, paling emo, paling malas, paling kuat melawan, paling kuat berjongket, paling banyak akal, paling panjang akal, paling tak penyayang, paling kasar dan yang sewaktu dengannya ini...hahahaha...muahciked!

Thursday, September 21, 2017

34th Birthday Trip: Johor Darul Takzim & Singapore

weekend minggu lepas aku ada birthday trip dengan Sue ke selatan tanah air iaitu Johor dan Singapore!istimewanya trip kali ini, walaupun hanya di dalam negara, tapi kitorang dapat jumpa dengan ramai kawan-kawan sejak matriks dan universiti...termasuk juga travelmate kami iaitu Dini...best gila aku rasa...mulanya dengan Sue sampai di rumah aku pada jam 8 pagi, hari Jumaat, !5 September 2017...kami bergerak berdua terus ke Kuala Pilah untuk sarapan pagi bersama travelmate tegar kami suatu ketika dulu iaitu Dini dan keluarganya!kalo dulu sejak 2011, tiap tahun kami celebrate birthday di luar negara bersama, namun kini cukup la sekadar dapat bersarapan bersama-sama makan nasi lemak hijau di Kodai Serapan D'Sawah, Kuala Pilah dan sambung pula mengopi di Mr Manshor Kopitiam Power, Seremban...terbaiklah menu kat kedua lokasi ni...sooo kampungggg tau rasa dia...i loike!thanks Dini belanja kami berdua sarapan pagi tu...cerita setiap kedai makanan dalam entry ni akan aku buat asing-asing yer...tunggu...
setel melepak dengan Dini, dalam 10.30 pagi kami mula meninggalkan Negeri Sembilan dan menuju ke Johor Darul Takzim!masa ni mendung je, masa kat area Tangkak kot, tetiba je hujan lebat...ada kereta laju gila potong kami, dan tetiba dia berpusing-pusing depan mata aku!dah la aku laju gak masa tu, kereta belakang aku pun laju...nasib aku tak cuak, laju aku pasang hazard light dan slow kan kenderaan...dan Alhamdulillah kereta yang berpusing tu selamat ke tepi takde kereta lain yang langgar...dah tengok diorang ok, kami pun teruskan perjalanan...huhuhu dan persinggahan pertama kami adalah di Restoran Kari Kambing 40 Hari di Yong Peng!kat sini aku bertemu dengan adik aku dan rakan dia untuk lunch bersamaaa...diorang dalam perjalanan ke Muar, ada kerja masa ni...saje plan makan bersama...terbaik wehhhh kari kambing dan nasi arab dia ni...perghhh...menjilat jari!details pasal restoran ni later aku citer eh...
dari Yong Peng, aku dan Sue meneruskan perjalanan ke Kluang...niat di hati nak layan ngopi di Kluang Rail Coffee...sampai je di Stesyen Keretapi Kluang, baru jam 2.15 petang, so kedai tutup lagi...ngam kul 2.30 petang dia buka, terus ramai orang!kitorang layan je la minum kopi kaw dengan roti bakar, telur separuh masak dan nasi lemak 90 sen!hahaha dasar kuat makan kan...hujan plak turun lebat gilaaa...sempat Sue suh aku berdoa masa ni, sebab tengah hujan plus sedang bermusafirkan...hehehe Aminnn...moga makbul doa-doa aku tu....
bila dah kenyang gila tu, dari Kluang kami pun bergerak menuju ke Kulai untuk ke rumah Rinaaa...sorang lagi kawan baik aku, sama matriks dan universiti dengan aku dan Sue...kat sana kami dijamu dengan kacang pool yang mak Rina masak dan laicikang dan menu special oleh Rina...kenyang gila weh masa ni...
tak lama pun lepak, dalam 5.30 petang, lepas drama oleh anak-anak Rina sebab mama nak tinggalkan diorang untuk berpoya, kami pun bergerak menuju ke Johor Bharu...best gila rasa masa ni sebab suami Rina izinkan dia join kami, dan mak dia pula sudi tolong jagakan anak dia...lama gila weh kami bertiga tak poya-poya bersama...last tahun 2009 kot masa member kitorang kawin di Kedah...
sampai di JB, kami terus ke homestay yang aku dah booking thru AirBnB...dapat studio dengan 2 katil queen dengan harga RM135 satu malam...kami book untuk 2 malam...ok la sangatkan harga dia...lokasi adalah di Academic Suite, Taman Mount Austin...lengkap rumah ni dengan mesin basuh, iron dan semuanya lah...sampai tu kitorang pun lepak melepaskan lelah...
lepas Magrhib kami bersiap nak keluar...untuk bithrday dinner bersama member matriks kami duluuu iaitu Emy dan Ilon yang menetap di JB...aku dengan Sue dan Rina ni sama matrikss dan sama pula course dan universiti...tu yang kamceng tu...pastu geng matriks plak semua lahir September, tu yang lagi syiok celebrate reramai tu...bayang la dulu masa matriks, masuk je bulan September, tiap malam dengar orang nyanyi lagu besday tengah malam weh...hahaha dan untuk birthday dinner ni, aku yang pilih tempat iaitu The Dreamliner Airways Cafe yang cun gilaaaa...tapi makanan dia biasa je la pada aku, tapi dekorasi dia, memang fefeeling naik flight sungguh!hahaha...kami lepak sambil makan kat sini...tapi lebih kepada bersembang je la sebenarnya kan...
lepas makan, sibuk la semua nak cari kek...rasa tak lengkap la tak ada kek kan...kata birthday dinner...so kami ke Just Want Coffee - The Factory 30 yang terletak tak jauh dari kafe tadi...saje pi layan kopi dan brownies sambil acah-acah sambut birthday...hahaha memang takde keje sungguh kan...tapi best gila dapat jumpa sekali-sekala gini kan...sporting abes suami kawan-kawan aku ni...setel birthday dinner, kita pun balik ke homestay...sampai je, takdan mandi terus lelap!penat gila weh...
keesokan harinya dalam jam 9 pagi baru kami gerak keluar...niat di hati nak ke Singapore...pagi tu sambil bersiap sambil search info...memang main redah je ni...then kami menuju ke Plaza Larkin untuk parking kereta dan breakfast di Medan Selera di sana...layan menu bangsa Johor la kita kan dengan mi rebus, laksa johor dan kacang pool!nyummeh!
then kita ke Larkin Sentral untuk tukar duit dan menaiki bas ke Singapore...ada beberapa pilihan bas sebenarnya, tapi kami ikut je orang naik bas Causeway Link yang menuju ke MRT Kranji di Singapore...tambang cumalah RM1.90 sahaja...murahkan...naik la bas, pastu turun kat CIQ, immigration Malaysia..then naik balik bas, turun semula di Woodland, immigration Singapore...then terus ke MRT Kranji...dekat kul 12 tengahari juga la kami sampai di sana...
sampai di MRT Kranji, terus naik train menuju ke Orchard Rd...kat sini takde apa plan sangat pun...jalan-jalan makan roti aiskrim yang famous tu...harga dia SGD1.20 je, sedap gila hoih!aku ingat biasa jer rasa dia...sedappp sebab aiskrim tu lembut...ngam makan sama roti dia tu...makan sambil jalan-jalan di Orchard Rd...
masa di Orchard Rd kami sempat terjah ke Lucky Plaza untuk beli perfume...murah gak la pada aku harga kat sini dan aku tak sure sebab apa murah...siap beli yang tester beox tu lagi murah dapat tau...cumanya currency Singapore mencanak naik weh, kalo tak lagi murah la perfume aku ni...aku beli Britney Spears tu baru SGD38, Guess SGD28...Sue beli Gucci dalam SGD68...boleh la kan...
dari Lucky Plaza kita ke Takashimaya pula...Rina kemain jauh nak cari bedak muka dia...kat Johor takde Elizabeth Arden katanya...so kena pi Singapore nak beli apa benda tah namanya tu...aku ni bukan reti kan benda make up ni...hahaha siap staff situ make up kan Sue lagi, terus berseri-seri member kita sorang ni...
setel beli barang, kami jalan kaki ke SCAPE Mall kat belakang Orchard Rd tu...sebabnya nak makan Nene Chicken!haaa halal tau...ayam goreng korea ni yang cuma ada kat Singapore...gigih aku search mana yang dekat aku nak sampai...cumanya yang kat SCAPE Mall ni kedai dia kecik je...best gilaaa ayam dia, cumanyaaa kami terambil Freaking Hot, menitis airmata makan weh...hahahaha...nanti aku cerita details pasal kedai ni yer!
dah kenyang sambil mulut rasa terbakar tu, kami jenjalan sikit la area SCAPE Mall tu...hipster la mall ni..then jalan kaki menuju ke arah MRT Somerset sebab kononnya nak naik train ke destinasi berikutnya...tapi bila dah sampai sana teringat Dzuli pernah pi library cantik area situ...so gigh la mencarinya...
Library@Orchard ni ada dalam mall kat MRT Somerset tu juga...gigih la berpusing tanya orang akhirnya jumpa, terletak di di tingkat 3...aku ingat library biasa-biasa je untuk orang ambil gambar...sekali serious kau library...hahaha ramai je orang duk baca buku dan diskusi kat sini...kitorang je gedik-gedik posing...eh ada gak yang lain gedik posing siap bawa photographer kau...hahaha
dari library tu kami decided naik Uber je nak ke Masjid Sultan di Arab St...tapi punya la payah nak dapat Uber sebab dia takleh berhenti kat kami, last naik teksi je...tapi yang pelik teksi murah je banding harga Uber weh...hahaha...sampai Masjid Sultan, kita siap solat dan relaks jap...
pastu jalan ke Bussorah St...wahh best gila area ni...aku first time sampai...rasa dulu macam takde je, or tak meriah macam ni...tapi best la kawasan ni...tenang, banyak kedai cantik, suasana dia tu...aku suka...cuma takde banyak masa dah nak pusing...just lalu je la nakpi cari kedai kek!
kalo semalamnya birthday aku, hari ni birthday Sue...tu gigih nakpi cari kek kat Singapore ni...hehehe kami memilih All Things Delicious di Arab St...aku jumpa dalam list Have Halal Will Travel la ni...sedap gak kek dia, dan agak mahal la...eh ye ke mahal?dalam SGD55 kalo tak silap aku...tapi layan je laaa sekali sekala...
lepas makan kek kami bergegas ke Terminal Bus Ekspress di Queen St tak jauh dari situ...naik Express Causeway Link terus ke Terminal Larkin dengan harga SGD3.30...macam biasa la turun naik immigration kan...sampai di JB kul 9 malam terus balik homestay...then kami gerak ke Kulai untuk hantar Rina...esok dia kerja...aku dan Sue balik semula ke homestay dan tidooo...penat gila...niat nak layan seafood pun terpaksa dibatalkan...

dan esoknya memasing liat nak bangun...paksa punya paksa, 9.45 pagi baru kami siap check out...setel hantar kunci, kami terus gerak ke Muar...konon nak breakfast kat sana je...tapi tengok estimated time kul 12 tengahari...takleh jadi ni, jalan jem plak kat Machap...beberapa kilometer sebelum Exit Ayer Hitam, Sue cadang masuk situ untuk pergi makan lagiiii Kari Kambing 40 Hari!hahaha gila kan, baru makan nak makan lagi...hahaha sedap hoih!
lepas dah kenyang baru la hati senang nak menuju ke Muar...hahaha kat sana kami ke Restoran Sai Kee Kopi 434 Muar...haaa tempat wajib la kalo ke Muar kan...nak order sate famous kat sebelah dia dah abes plak...so kita layan ngopi dan makan roti je laaa...hehehe sambil tu shopping beli kopi juga...
dan dari Muar kami ikut jalan dalam terusss ke Bukit Katil, Melaka...untuk ke rumah salah sorang lagi member baik aku masa universiti, Iba...best gilaaa mak Iba masakkan favourite food aku iaitu kerabu kerang!soo nyummeh!happy gila dapat jumpa member lamaaa...oh aku tak cerita eh, Rina tu kawin dengan Jimmy...aku yang kenal kan diorang masa kami sama-sama kat matriks dulu...Rina rakan sekelas aku, Jimmy plak kawan-kawan aku dari kelas Fizikal...hahaha dan Iba ni kawan seuniversiti aku kawin dengan Atan, member sematrik aku...hahaha see pusing-pusing jodoh tu keliling kita je kan...sebab tu dengan dua couples ni aku leh geng dan melepak dengan diorang sebab memang kamceng dengan laki bini....harap-harap jodoh Sue sok nanti pun aku leh geng jugak!
dan akhirnya pada jam 4.30 petang kami pun bergerak balik...Sue hantar aku balik rumah dah dia teruskan perjalanan balik ke Perak...Alhamdulillah...selesai birthday trip untuk tahun ni...walaupun tak plan sangat, tapi best je dapat berjalan jumpa kawan-kawan...syukurlah, besar rahmat Allah beri pada aku dikelilingi orang yang aku sayang...okey nanti cerita satu persatu kedai makan yang aku terjah eh!hehehe...bye!