Showing posts with label Japan - Osaka. Show all posts
Showing posts with label Japan - Osaka. Show all posts

Friday, June 20, 2014

TripAdikBeradik ke Jepun ^Day8 ~ Osaka to KL & Budget

Sambungan dari: TripAdikBeradik ke Jepun ^Day7^Part2 ~ Osaka

yeayyyy akhirnyaaaa tiba lah di hari terakhir kami di bumi Jepun...seawal 5 pagi aku dah bangun bersiap-siap sekali dengan makan semua...habiskan bekalan makanan yang ada...kemudian pada jam 7 pagi, kami pun turun dan tinggal kan kunci di lubang di kaunter...sebab pagi-pagi gitu, takde orang bertugas lagi...dan teksi pun dah sampai....terus angkut barang masuk teksi dan kami terus menuju ke Namba Station...teksi berharga 580 yen sahaja...tujuan naik teksi sebab malas turun naik tangga kat subway....memula ingat nak terus ke airport jer dengan teksi, sekali tanya harga, mahal giler...aku tak ingat berapa tapi macam beratus-ratus RM juga la...so tak jadi la...sampai di Namba Station, kami menaiki train di Nankai Line yang membawa kami terusss ke Kansai International Airport....bayaran tiket adalah 890 yen seorang...
kami tiba di Kansai International Airport pada jam 8 pagi...keluar jer dari train station...dah terasa sebak sebab nak berpisah ngan adik...emosi plak kakak pagi-pagi buta ni kan...hahaha sedangkan lepas 2 minggu dari trip tu, adik aku dah balik Malaysia dah for good...habes belajar dah...hehehe masa berpisah ni sebab kami akan menuju ke International Departure, adik pula ke Domestic Departure untuk kembali ke Fukuoka....pas dah salam-salam semua, aku dan anim terus menuju ke kaunter check in...masa ni sebelah-sebelah je kaunter AirasiaX dengan MAS...panjang je beratur both flight...dalam hati terdetik, tak takut ke diorang naik MAS...isu MH370 baru sangat terjadi masa tu...tapi dengar la soksek masa beratur tu yang mereka masih mempercayai MAS...haaa bagus la gitu...

masa check in dan drop luggage ni, anim as usual amek premium seat...berlagak giler ngan aku okeh...nyampah....setel urusan, kami terus masuk ke boarding hall...nasib ada kawasan berinternet dekat boarding hall...so melayan internet sambil minum-minum je la sementara menunggu boarding time jam 11 pagi...sempat juga pi beli curut mahal untuk abah as souvenir...kongsi-kongsi ngan anim...

masa dah dekat boarding time, tetiba nama anim kena panggil...ceyyy dah berlagak ngan aku say bye-bye jumpa di Malaysia time tu...bajet premium seat special dipanggil dulu untuk masuk....sekali tak lama lepas tu, dia datang balik bagitau orang tu cakap ada kesilapan sistem, seat premium dia ada orang lain dah ambil...haaa tengok, airport negara maju pun boleh tersilap dalam system kan...so pasrah je la masa tu orang kutuk Malaysia macam-macam pasal system di airport...pasal kes macam mana mamat 2 orang yang guna passport palsu leh lepas naik flight...hohoho so sebagai ganti, diorang bagi anim duduk kat 1 row seat....means 1 row tu dia duk sorang dan mereka akan bagi full refund...haaa bagus kan...masa ni memang aku gelakkan je dia sebab beriya eksyen ngan aku tadi nak duk premium seat!kehkehkeh....

masuk je flight, aku pun dapat seat sebelah aku kosong...sebabkan tiket mak abah aku tu la yang patutnya sekali ngan aku tu....haaa memang selesa la kan nak membuta...tapi takleh tido pulaaa....sebabnya rimas melihat karenah mat salleh yang duk tak jauh dari aku...mamat Aussie....giler ke apetah duk memekak jer pastu leh plak sampai mabuk-mabuk...siap banyak botol minum, main baling-baling je penutup tu...pastu asyikkk la panggil tekan loceng panggil cabin crew tuh!aku rasa selang 2,3 minit dia tekan...papetah...rimasss...pastu kang kejap-kejap duk buka tempat luggage...pastu memekak lagi cakap kuat-kuat dengan orang sebelah dia...sampaikan orang tu minta pindah tempat lain...weiii sib baik mamat tu bukan sebelah aku, kalo dekat ngan aku memang aku sekeh kan aje...huhuhu bertabah je la aku tengok muka Ketua Pramugara tiap kali dia tekan loceng tu....
dalam duk memaki mat salleh tu dalam hati, akhirnya aku selamat sampai di LCCT pada jam 4 petang...Alhamdulillah...tunggu luggage jap, dan kemudian berjumpa abah yang dah siap tunggu kat pintu keluar...terus gerak pulang kembali ke rumah...oh sangat rindukan rumah...rindu nasi lemak...sampai je rumah makanan dah terhidang...haaa apa lagi, laju jerr aku ngan anim membaham makanan!rinduuu...hahahaha

OK selesai cerita perjalanan selama 8 hari aku di bumi Jepun bersama adik-adik aku...Alhamdulillah....so kat sini aku nak share terus la perbelanjaan yang telah dihabeskan buat trip yang agak panjang buat aku ni....trip ini memang selamba dan sempoi...suka-suka hati tukar program dan sewaktu dengannyaaa...tak follow itinerary sangat pun....tapi tetap dapat pergi kebanyakan tempat yang aku nak pergi....hehehe so di sini kiraan yang aku buat adalah berdasarkan pembahagian kepada 3 orang dan abaikan sape belanja sape....ok....

Flight Airasia = RM685
Hostel (7 malam, triple room) = 27,200 yen ~ RM892
Transport (subway, tram dan bas sahaja) = 7,000 yen ~ RM230
Transport (taxi sahaja) = 5,600 yen ~ RM184
JR Pass = 20,000 yen ~ RM656
Makan = 24,250 yen ~ RM795
Entrance fee = 6,600 yen ~ RM216
Shopping = 13,300 yen ~ RM436

(kiraan berdasarkan pembahagian per 3 orang)
Rate : 1,000 yen = RM32.80

jumlah perbelanjaan pada kali ini adalah RM4,094...kalo ditolak dengan harga tiket flight, perbelanjaan aku di sana adalah sebanyak RM3300....dengan mengambil kira JR Pass yang mahal, selalu naik teksi dan sentiasa makan di luar tu, aku rasa harga tu adalah berbaloi-baloi...haruslah bajet boleh pergi lagi rendah sekiranya aku berjimat tang makan dan teksi...accommodation pun agak mahal untuk kali ini....tapi takpela, sebab ini trip adik beradik, so aku beri kelonggaran laaa bermewahan sikit....sekali sekala kan...next time kalo ke Jepun lagi, harus kena catu kos aku!hahahaha

dan akhirnyaaaa selesai juga cerita TripAdikBeradik ke Jepun ini...aduhai lama giler ambil masa nak siapkan cerita ni...3 bulan juga la...sabar je laaa...aku ada a few trip dalam dan luar negara yang tertunggak ceritanya ni...nasib juga Bangkok tak jadi pi, kalo tak bertambah lagi yang tertunggak tu...hehehe apa pun, syukur dengan rezeki yang dikurniakan dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah....Alhamdulillah....

Wednesday, June 18, 2014

TripAdikBeradik ke Jepun ^Day7^Part2 ~ Osaka

Sambungan dari: TripAdikBeradik ke Jepun ^Day7^Part1 ~ Osaka

selesai je kami bershopping souvenir di kedai-kedai di tepi Osaka Castle tu, adik aku sibuk nak pergi ke toilet yang terletak berhadapan dengan Osaka Castle pulaaa...so sementara menanti adik, aku pun bergambar di hadapan sebuah pokok besar yang kering kontang dek suhu sejuk...cantik pula pemandangan sini berlatarbelakangkan langit biru, bangunan lama yang gah serta pokok besar ni...hehehe siap ada kerusi kat sini so boleh lepak-lepak sambil layan suhu sejuk mencengkam jiwa....
lepas adik pergi toilet, kami pun jalan-jalan mengambil gambar di hadapan Osaka Castle....haaa nampak tak anim yang tengah duduk kat bangku bawah pokok besar dalam gambar di atasss...haaaa duk melanguk keboringan la tu kan...so aku paksa dia bangun dan ambil gambar aku dengan Osaka Castle!haish datang jauh-jauh asyik nak duduk je kan....dia pun dengan takde mood ambil kamera dan main snap je gambar aku ala kadar!ntah tengok ntah tak dalam kamera tu kan....hoih!tak puas hati la aku...aku nak gambar senget begini, senget begitu...dia plak acuh tak acuh je ambilkan gambar...makanya aku suruh lagi dia ambil gambar aku...diva pose begini, begitu dengan bersungguh-sungguh...sekali, sama je gambar aku tak puas hati!hoih panas je aku masa ni kan...dia pun sama dah panas jugak sebab aku asyik suruh dan suruh lagi ambil gambar!mula dia merungut-rungut marah...ah aku tak pedulik!janji aku ada gambar cantik!hahaha boleh tengok la muka bengang anim masa ambil gambar selfie kami bertiga tu...tu muka tak puas hati dan emosi dengan aku la tuh!hahahaha
haaa disebabkan anim dah emosi, dia protes taknak ikut aku ngan adik masuk dalam Osaka Castle!mula dahhh dia...konon nak tunggu jer dalam sejuk tu sorang-sorang...ingat lagi insiden dia emosi sampai duk sorang-sorang dalam sejuk di Miyajima?hahaha nasib la hai...tak koser nak layan kan, makanya aku ngan adik terus je pi beratur beli tiket nak masuk Osaka Castle...peluang bukan datang selalu kan...takkan sebab dia emosi aku taknak masuk...so kami beli tiket harga 600 yen untuk dewasa...dan ambil pamplet yang disediakan....dan terus naik tangga menuju ke pintu masuk!
masuk je dalam Osaka Castle ni, baru tahu rupanya the whole castle telah diubah menjadi museum!memang tak study langsung pun pasal Osaka Castle nih...haaa dari bawah sekali ni, kita boleh pilih sama ada nak naik tangga dari satu tingkat ke satu tingkat...atau ada juga pilihan lain dengan menaiki lif dan terus menuju ke tingkat 5!haaaa haruss la aku pilih naik lif kan...keseluruhan museum ini ada 8 tingkat...tapi aku tak pasti mana perginya tingkat 6 sebab tiada dalam map dan juga dalam museum ini...tapi dalam information board ada...tapi masa aku naik tangga kat atas tu, macam takde jer....misteri kah?hehehe so apa lagi, kami terus beratur untuk menaiki lif...siap ada penjaga lif yang comel lagi di sini..bawa kita naik sama-sama terus ke tingkat 5...dia tak berhenti di tingkat lain ye....
sampai di tingkat 5, terus tengok pameran yang disediakan...tak besar sangat pun kawasan museum ni, tangga dan lif di tengah-tengah bangunan, so pameran adalah di kelilingnya...honestly, aku takde idea sebenarnya apa yang ada dalam museum ni...tak paham sangat pun cerita kat dalam ni...tapi apa yang boleh cakap ikut pemahaman aku, Osaka Castle ni dibina oleh Hideyoshi Toyotomi seorang warrior, general dan politician pada zaman Sengoku...dikatakan binaan Osaka Castle ini dia nak buat menyamai Azuchi Castle di Omi Province, milik seorang samurai terhandal suatu ketika dahulu iaitu Oda Nobunaga...so alkisah dalam museum ini, memang semuanya berkisar tentang Hideyoshi Toyotomi dan keturunan dia....masa masuk di tingkat 5 ni, aku dapat lihat miniature berkaitan 'The Summer War in Osaka'...salah satu war yang penting di mana ianya menyaksikan Osaka Castle terlepas ke tangan orang lain....masa ini anak Hideyoshi yang memerintah....ada la kisah Winter War juga sebelum Summer War ni...korang nak tahu lanjut, boleh la search sendiri kat internet ye....pokcik Google kan ado...hehehe oh ye, kat tingkat 5 ni juga ada tayangan kehidupan Hideyoshi tu menggunakan laser sebijik macam yang aku tengok di Muzium Hang Tuah Melaka awal tahun hari tu...so aku saspect, Muzium Hang Tuah dapat inspirasi dari sini kot...
dari tingkat 5 ni, kami menaiki tangga menuju ke tingkat 8 terus...senang nanti kita turun tangga jeee...bersusah dahulu, bersenang kemudian konsepnya nih...hahaha kat tingkat 8 ni ada observation deck!dapat la melayan perasaan dalam kesejukan sambil melihat sekitar kawasan Osaka...memang cantik pemandangan dari atas nih!siap kami leh skodeng anim yang tengah duduk dalam kesejukan kat bawah pokok tu lagi!hahahaha jahatkan aku....hahahaha!
lepas dah puas layan perasaan dalam sejuk tu, kami masuk semula ke dalam...kat dalam ni ada la beberapa gambar dan video yang ditayangkan berkaitan Osaka Castle ni...dan juga terdapat museum shop...tapi aku tak jenguk pun...sebab tak rasa nak beli apa pun....dan kemudian kami pun turun semula ke tingkat 7....hati-hati masa menuruni tangga ni ye...sebab sedikit curam la pada aku....
di tingkat 7 pula kami layan cerita The Life of Hideyoshi Toyotomi...banyak diorama yang disediakan menayangkan kisah Hideyoshi di sini...aku layan je la sambil takde la beriya sangat baca information kat situ...penat dah ilmiah sepanjang trip ini...hehehe tapi aku tengok gigih sangat adik aku, semua cerita nak baca!
kemudian kami turun lagi ke tingkat 4 dan 3 pula...haaa di kedua tingkat ini tidak dibenarkan untuk mengambil gambar...di sinilah terletaknya pelbagai artifak dan rekod berkaitan zaman Sengoku, zaman pemerintahan Hideyoshi....dan seterusnya kami turun lagi ke tingkat 2 pula...di sini dah boleh ambil gambar semula...kat sini terdapat information mengenai Osaka Castle ini sendiri...dan kalo korang nak ke toilet, kat tingkat 2 ni sahaja yang ada toilet ye...
dan akhirnya kami turun semula ke tingkat 1....baru nak keluar dari Osaka Castle ni, ternampak ada movie theater kat situ...adik ajak masuk...aku dah boring dah masa ni sebenarnya...tapi ikut je lah...aku memang tak pay attention langsung dalam tu...duk layan perasaan sambil ngantok...adik je beriya layan cerita mengenai Hideyoshi....
dan kemudian barulah kami keluar daripada Osaka Castle tu...terus menuju ke bawah pokok besar mencari anim...masa ini aku ternampak rupanya ada tanam time capsule kat depan Osaka Castle nih!wahhh...dah ditanam sejak 1970 lagi tau dan akan dibuka pada 5000 tahun kemudiannn???wahhh harus lah aku dah takde masa tuh weiii....berapa tahun lagi tuh nak buka tuh...huhuhuhuh dahsyatnyaaa...apa agaknya dalam time capsule tu kan...
ok selesai di kawasan Osaka Castle, kami pun bergerak meninggalkan kawasan tersebut...kali ni kami pilih jalan yang lain daripada datang..terus jer berjalan menuju ke Sakuramon Gate...berhadapan dengan Osaka Castle nih...dan keluar daripada gate Osaka Castle ini....
kami terus berjalan mengikut signage JR Subway Morinomiya Station....memang ada jer sepanjang jalan tu signage dia...cuma jalan dia agak jauh la..siap la jalan dalam kawasan pokok-pokok, turun tangga tinggi, lalu kawasan bangunan dan akhirnya kami tiba di satu kawasan luas macam park...siap ada fountain lagi kat sini...dari situ terus kami berjalan menuju jalan besar dan akhirnya tiba juga kami di JR Subway Morinomiya Station...terus kami menaiki subway di line hijau terus menuju ke Shinsaibashi!nasib baik takde transit dah, penat giler......fuuhhhh...masa ni rasa kaki nak tercabut jer!
sampai di Shinsaibashi, perut masing-masing dah kelaparan..ye la kami tak makan apa lagi kan dari pagi...terus ajak adik pergi lagi kedai sushi semalam!suka sangat aku makan kat situ...kali ni order memang menggila banding semalam...cuma kami order sushi yang sama jerrr...aku dengan aburi salmon aku...banyak okeh aku duk suruh tambah jer!hahaha adik ngan anim pula aburi salmon & udang + cheese...wahhhh banyak giler kami makan...kasi puas hati sebelum balik Malaya...ecehhh...dan total lost kami untuk lunch kali ini adalah 6,000 yen!tapi memang berbaloi-baloi sebab banyak giler kami makan...aduhh masa menaip nih aku rasa kecur air liur!teringat keenakan aburi salmon...aduhai dengan fresh, manis, lembut, masam semuaaaa adalah!nyummeehhhhh......
dah kenyang belasah sushi, kami pun bergerak balik ke hostel...sampai simpang ke hostel, tetiba adik tak masuk...dia terusss je ke depan sikit...aku layan je la ikut dia...kami masuk kedai Lego...dan tetiba masuk kedai jual barangan Kpop...aku ingatkan dia nak beli apa...sekaliiiiii dia nak suruh kitorang ambil gambar-bajet-comel-macam-kpop kat mesin nih!cehhh konon innocent, tak pnah ambil gambar kat mesin ni...tapi aku nengok cara ko edit-edit gambar kat situ, macam biasaaaaaa je dik!hahahaha makanya terpaksa la aku layan jee adik-adik bergambar gediksss kat sini!aku tak ingat bayar berapa sebab dia yang bayar...masuk duit kat mesin tu...pastu kena la bergaya dalam box yang disediakan tu...kemain lighting kat situ putih melepak jadinya....siap ada button leh pilih nak edit mata cantik ke, kulit ke...then boleh la edit-edit gambar tu tambah tulisan comel, gambar comel semua...lepas tu baru la mesin tu akan print gambar kita...haaaaa tengok la hasil gambar kami!hahahaha bengong!
lepas tu kami pun pulang ke hostel...terus anta kat mak gambar tu...dan-dan mak aku cakap comelnyerrr...hoih anak jantan mak nih yang buat menda ni tau!tak konpiussss ker!hahahaha pastu kami rileks di bilik...kemas-kemas beg...dan pada jam 6.30 petang, aku keluar semula ngan adik..aku nak pi Daiso, cari barangan buat bento member aku pesan..memang teruja aku tengok barang-barang buat bento kat situ!menarik sungguh..nasib baik takde anak lagi..kalo tak mesti dah berbento aku skang nih...hahaha pastu jalan-jalan jap di Shinsaibashi-suji tu...layan malam terakhir di bumi Jepun...cari Glico Man sekali lagi...tak puas hati aku gambar kat sini tak menjadi jer...then sempat lagi singgah makan kaki king crab bakar biarpun berharga 700 yen...belasah je la...baki duit ada lagi sikit-sikit...
lepas dah jalan-jalan tu, aku ajak pula adik singgah kedai pancake Very Fancy ni lagi sekali...sebabnya aku duk teringat-ingat pancake dia tuh...so apa lagi, terus order pancake yang biasa je dengan extra maple syrup...perghhh memang terbaiklah!suka aku...kat sini ada sorang waiter comel dan cantik serta pandai cakap omputih...adik aku dah gedik-gedik sengih kat situ...sebab dia cakap kat Jepun ni, jarang nak jumpa pompuan yang ada 2 kombinasi tu...cantik + fluent English!hahahaha pas dah habis makan, adik bayarkan makanan kat sini sebanyak 2,795 yen...Alhamdulillah...moga tak kempunan aku lagi bila balik Malaysia...
dan akhirnya kami pun berjalan pulang menuju ke hostel...sempat tapau takoyaki untuk anim di bilik....then sampai je di hostel, terjumpa dengan Masae di bawah...dia ni staff hostel yang palinggg sporting dan best!sempat la dia ajak kami bergambar sebagai kenangan...ada guna kamera dia juga...mana tau kalo dia letak gambar kat kat hostel tu nanti, korang pi ternampak pula gambar aku kan...hahaha lepas borak sekejap dengan Masae dan minta dia booking kan teksi untuk awal pagi esok, kami pun terus naik ke bilik....malam tu semua pun siap-siap kemas beg...awal pagi esok nak balik dah...sedih la pulak nak meninggalkan bumi Jepang...pastu tetiba rasa nervous giler nak naik flight hoihhh....terbayang-bayang MH370....sobssss......