Tuesday, November 12, 2013

Discover Downunder, Day 6 (200913) : Melbourne, Australia ~ Part 1


okeyy setelah a few weeks bertangguh, mari sambung cerita hari terakhir di bumi kangaroo ini...so hari ini kami mempunyai jadual yang sangat padat!almaklum, kalo boleh semua tempat nak pergi kan...kan...hehehe seawal 7.30 pagi kami dah check out...bestnya hotel ini, sebab dia ada sediakan loker untuk simpan barang!ala-ala loker di Southern Cross Station yang aku tunjuk pada hari pertama sampai di Melbourne tu....di hotel ni harga 1 loker untuk 24 jam adalah $6 sahaja...muat la 2 beg besar dalam tu...so aku kongsi je dengan sue...lepas tu, kami terus naik tram di depan hotel, menuju ke Bourke St...dekat je, selang beberapa blok dari hotel kami...
kami mencari Restoran Pancake Parlour!berhampiran Reject Shop di situ...masuk je dalam restoran dia, wahh cantik nya dekorasi dia..ala-ala zaman dahulu kala..zaman koboi...ecehh...masa tengok menu, macam confuse apa nak pilih..sebab banyakkk sangat pilihan!tapi sebabkan aku nak minum hot chocolate with marshmallow, so aku decided amek Farmer's Breakfast..ada 2 keping pancake, homemade hashbrown dan pouched eggs...diorang yang lain ambil manis punya pancake...letak caramel pistachio dan ice cream kalo tak silap...diorang cakap muak sebab air dah manis, pancake pun manis giler...memang tak sesuai la kan...hehehe sib baik aku ok...sedapp giler okeh pancake tu campur ngan maple syrup dan salted butter dia tu..aduhaiii lembut sgt pancake tu..sedappp sangat!oh poached egg tu patut dapat 2 biji, tp sebab aku dpt tu, 1 tu mcm pecah sikit je pun..terus dia anta 1 lagi...terbaik!total makan kat sini agak mahal la..untuk aku je adalah $22.50...tapi nak cuba kan dan sangatlah berbaloi!
dari situ kami naik tram semula menuju ke Flinder's Station!sebabnya, kami nak menaiki train menuju ke Belgrave!di luar bandar Melbourne ni...nak pergi tengok dan ambil gambar bersama Puffing Billy!steam train yang famous tu...perjalanan mengambil masa sejam..kami sampai di Belgrave Station pada jam 10 pagi...masa ni kami touch ticket nak keluar dari train station menuju ke Puffing Billy tu...tetiba tengok baki card jadi $-2.42!terkejut kami..selama ni, sebabkan card tu unlimited, makanya dia tulis baki $0.00 je...tapi kami abaikan saja dulu sebab nak kejar Puffing Billy yang bakal bergerak jam 10.30 pagi...memang dah survey masa perjalanan steam train ni...dekat je dengan Belgrave Station, jalan ikut signage sahaja...sampai di pintu masuk Puffing Billy, aku terus masuk..tak beli tiket pun...bila pekerja situ tahan minta tiket, aku cakap la nak ambil gambar sahaja...dia pun terus bagi masuk...hehehe yezza memang boleh masuk je walaupun tak beli tiket yer...tapi untuk ambil gambar sahaja...apa lagi, masuk je, tengok ramai dah orang bersiap sedia naik atas train!sebab train nak berlepas tak lama je lagi...haa, apa lagi bergambar sakan la kami..siap bergambar dengan driver train lagi...pastu nampak group budak sekolah, dan-dan ajak gambar bersama..nasib diorang sporting abes...masa kat sini kami terjumpa semula geng cikgu besar dari malaysia yang kami jumpa di Sydney!pastu siap ada yang sound kami asyik ke hulu ke hilir tapi tak naik-naik pun train!hahahaha kami bukan taknak naik, tapi masa kami limited dah!ada banyak lagi tempat yang hendak dituju...pastu train pun berlepas..sangat unik siap pekerja situ yang tua-tua tu bunyikan loceng dan buat perlepasan yang best!sempat bergambar dengan pekerja di situ..semua pekerja di sini adalah pesara-pesara yang bekerja secara sukarela...comel kan...
lepas tu, kami terus menuju semula ke Belgrave Station, jumpa orang di kaunter dan tanya kenapa card kami jadi $-2.42...baru tersedar...rupanya kami ambil pakej card tu hanya untuk Zone 1!hahaha Belgrave dah keluar dari kawasan la...aduhai...so lepas bagitahu yang kami nak ke Lilydale Station juga lepas ni, yang terletak di luar Zone 1 juga, terus orang tu topup kan kami $14...dan terus la kami menaiki train yang memang sedang menunggu penumpang menuju ke Ringwood Station sebelum bertukar menaiki train ke Lilydale Station!yeahh tiba di sana jam 12.15 tengahari!terus keluar dari station menuju ke hentian bas...kami menunggu bas nombor 663 untuk menuju ke Tesselaar Tulip Festival!yeay!naik bas ni boleh guna Myki Card sahaja...mudah..perjalanan bas mengambil masa dalam 20 minit...sampai je di tapak festival, hujan mula turun renyai-renyai...kami menggigihkan je diri beratur untuk membeli tiket berharga $20 untuk dewasa...lepas tu terus la masuk ke dalam tapak festival!tema minggu kami sampai adalah tema Dutch!semua pekerja dia memakai pakaian belanda!hehehe then terus kami ke ladang tulip yang seluas saujana memandang tu..hujan yang turun sikit pun tak ganggu kami la!hahaha gigih masuk tengah-tengah bunga tulip nak bergambar sampai lecak-lecak kasut dengan lumpur...aduhai..dah le kasut aku kain...dah macam apa je aku tengok...tapi tetap seronok bergambar dengan tulip yang banyak sangat!

tak lama tu, hujan makin lebat pula...so dini dan amoi laju naik ke atas menumpang teduh..tapi aku dan sue decided nak naik train ke traktor ke apa tak pasti apa nama kenderaan ini..kena bayar $5 seorang...dia akan pusing keliling ladang tulip tu..aku tengok yang naik semua orang tua!hahaha lantaklah!best layan naik menda ni rileks pusing keliling ladang tu...sambil ambil gambar...
lepas tu kitorg jalan lagi di sekeliling tapak festival..ada kedai jual barang-barang souvenir...jual benih tulip, kasut clog dutch tu..ada kafe...ada ladang tulip turki dan holland yang kecil...mmg meriah la kawasan ni...tp apesal aku rasa macam ramai orang tua-tua yang datang sini ye...hehehe even sempat berkenalan dengan 1 group makcik-makcik dari Grampians..aku tolong diorang snap gambar...pastu siap ada tarian tradisional dutch lagi oleh pakcik-pakcik dan makcik-makcik tua..comelnya!best tengok!
pastu dalam pukul 2 petang, kami pun pergi menunggu bas di seberang jalan kami turun tadi..takde bus stop pun sini..tunggu je la bawah pokok..nasib dah tak hujan masa ni...lama juga menunggu bas 663...sampai je bas terus kami menuju ke Lilydale Station...kami singgah solat di sini dulu...tengah nak solat, ramai pula budak sekolah lepak situ..belasah je la kan...dekat dengan sekolah kot station ni..ramai giler student balik rumah naik train..kelas kauu....dan kemudian kami menaiki train terus pulang ke Melbourne...turun di Flinder's Station...

10 comments:

  1. Wah..semasa DJ buat review makanan kat Pancake Parlour..wahh...dah mcm pengacara JJCM..boleh bayang kan kesedapan nya tu heee

    Hahaha..so cute gambar kat train tu yg paling kelakar siap kena marah lagi...heee..ye lah.kalau lambat2..bergerak lak train tu nanti kan

    Untunglah pegi time tulip festival...dah macam kat Keunkof ..CANTIK!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bab2 makan memang semangat dia lebihh sikit...hehehe tp puffing billy tu mmg best la..dpt naik lg best tp kami takde masa dah...hehehe alaaa mana nak sama Keukenhof tu...tu mmg the best laaa....bila nak smpai sana nih...hehehe

      Delete
  2. Lawa nyer tengok bunga tulip tu... ladang2 bunga tulip.. :D
    untung akak DJ... eh kata nak jumpa kat Kota Kinablu.. tak de pun tengok kat tgh bandar2 nie :D hehehehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah amboi tak abes jalan lg keee....hehehe org dah berzaman dah balik dr KK....hahahaha!

      Delete
  3. Lawanyer tulip2 tu!!!! Kalau saya pun xkira dah kasut basah ke lecak ke, yang penting posing maintain.

    Gambar kat area steam train tu, dah serupa macam scene dalam Twilight. Berangan tetiba kat gambar tu tersembul muka si Edward, boleh. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh mmg cun tulip festival nih...gigih masuk selut!hehehe amboih kalo Edward muncul, lama dah kena kejar ngn Bella Swan Malaysia nih!hahahaha

      Delete
  4. Salam, nk tny souvier australia tu beli kt sydney ke melburne? Sehelai dlm bp rm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambahan nama.kedai.tq

      Delete
    2. sydney beli di paddy's market, melbiurne di victoria market.

      Delete
  5. Kami pun bercadang tak naik puffing billy...byk tempat nak pergi...tak sempat.. nak bergambar je..

    ReplyDelete