Thursday, January 28, 2016

Eid Restaurant, Itaewon, Seoul bakal membuka cawangan di Malaysia!

sejak last trip aku ke Seoul, South Korea bulan April tahun lepas, aku memang gila teringin nak makan Samgyetang dan Bulgogi di Eid Restaurant di Itaewon...gila punya sedap hoih!sampaikan aku tak berani nak order 2 makanan tu kat kedai lain sebab takut tak capai expectation aku yang dah menjulang tinggi ni lepas layan makanan tuh kat Eid Restaurant...hehehe bunyi macam poyo kan?tapi itulah hakikatnya...serious sedap!masa ke restoran tu dalam trip yang lepas, aku sempat sembang dengan Saad, anak owner tu pasal cita-cita diorang nak buka perniagaan di Malaysia juga...aku memang sungguh-sungguh la support...gila kau tak support, untuk kepentingan perut aku gak nanti kan...takde la aku asyikkk nak kena datang Seoul kalo nak makan Samgyetang dan Bulgogi sedap gila tuh...hehehe

dannn selepas hampir setahun alkisah mendengar cita-cita anak muda tuh, tetibaaa jer pada awal Januari baru ni sue bagitau aku Eid Restaurant update di FB mereka yang diorang dah ready nak buka cawangan di Malaysia!waaaaahhhh dan paling tak menahan, sue siap pi private message diorang tanya lokasi nak buka restoran tu...sekali diorang jawab Bangi!haaa terus kaklong kawasan melompat riang tau!hahahaha excited tahap gaban, tak sabar nak makan Samgyetang dan Bulgogi!ok excited nak jumpa Saad gak lepas teringat dia cerita pasal cita-cita nak buka bisnes dia di Malaysia tuh...Alhamdulillah hampir menjadi kenyataan...
dannn pada hari Ahad lepas again mereka update di FB mengenai progress renovation kedai mereka...dan paling tak menahan ada gambar depan kedai!haaa tengok sikit je, aku dah boleh agak lokasinya kat mana okeh!nampak tak tanda cop kaklong kawasan kat dahi aku?hahaha...excited weh...excited sangat...hahaha!
then keesokan harinya, masa hari isnin cuti thaipusam tu, aku join geng #jomkurus aku membakar lemak di Putrajaya...haaa aku kena sertakan sekali bukti aktiviti nih supaya takde yang kata aku tipu dengan cerita yang bakal aku ceritakan lepas ni...hahahaha!tak baik fitonah aku tau...hehehe...eh ada plak gambar Ratu Plank a.k.a Duta Abadi JJCM tengah buat plank tuh...hehehe...
dannnn lepas abes je aktiviti membakar lemak tu, aku pun bergerak balik ke rumah melalui Bandar Baru Bangi...pastukan, tetibaaaa jer hati tergerak nak pusing-pusing area Bangi tu...nak tengok betul ke tekaan aku terhadap lokasi Eid Restaurant yang bakal dibuka tu...sekali pusing punya pusing, betul kooo tekaan aku...siap nampak Saad lagi!hahaha haiyak, memula ragu-ragu gak, nak ke keluar kereta pergi tegur?lepas seketika, aku terus decided arghhh pergi je laaa...aku bukan nak menggatal pun kan...aku nak menunjukkan sokongan kaklong kawasan ke atas pembukaan restoran ni jer...ecewah...hahaha 

masuk-masuk jer terus tegur Saad, dia macam blur je kan...then aku cakap la pernah jumpa dia dulu kat Seoul dan tunjuk gambar aku...dan-dan diaaa ooooo...konon kenal kan...hahaha lepas terus sembang-sembang pasal restoran ni, makanan apa nak jual, konsep apa bla...bla...bla...sempat juga berkenalan dengan Fatin, business partner Saad di Malaysia nih...dannn dari diorang ni juga laaa aku dapat tau yang mereka akan buka Eid Cafe kat sini, bukan Eid Restaurant...konsep cafe ni akan jual minuman macam coffee dan paling penting ada tauuu omija tea yang best tuh!pastu diorang akan serve juga korean street food macam toppokki, rice ball, fried chicken dan lain-lain lagi...alaaa a bit kecewa sebab katanya Samgyetang dan Bulgogi belum sampai masanya lagi nak disediakan di cafe nih...hohoho nampaknya hakak kena pi Seoul juga laaa nih nak layan Samgyetang dan Bulgogi...sobsss!dan selain tu, cafe ni juga akan menjual hijab-hijab yang dibawa khas dari Korea...haaa menarik kan?tak sabar nak tunggu cafe ni operate nanti...katanya dalam masa sebulan lagi laaa...dan selaku kaklong kawasan dan Duta Abadi JJCM, sempat laa aku share info mengenai banyaknya dah kedai makanan korea di sekitar Putrajaya Bangi ni, terutamanya di IOI City Mall tu...saja laa alert sikit, supaya mereka lebih berdaya saing dalam berniaga ni nanti...hehehe...
so siap sediala eh kita menanti pembukaan Eid Cafe di Bandar Baru Bangi ni nanti...aku dah pesan dengan Fatin dan Saad tu supaya keep on updating tarikh pembukaan nanti...hakak tak sabar nak buat review...hehehe...oh ya, aku upload gambar dengan Fatin dan Saad di beberapa media sosial, dan telah mengundang pelbagai rekasi dari rakan-rakan...ada yang positif, ada juga yang negatif...so aku anggap je la tu sebagai cabaran dan dugaan dalam menjadi kaklong kawasan dan Duta Abadi JJCM yer!hahahaha...daaaaaaa...... =P

10 comments:

  1. ada ke feedback negative weh?
    takpe2, jeles la ko jumpe oppa...aku dah tazabar nak test supaya ean meronta2 jelly huuahuahuahaua
    tapi bila dengar menu tu, rasa sedikit kecewa la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Feedback negative read as jaki or jeles eh...hahaha tu la mau meronta jiwa ean klo ko pi dulu nih...hahaha

      Delete
    2. Aku angkat tangan, komen aku yang jaki tu. Bahaha yang kat Itaewon pun xjejak lagi, tetiba KakLong juga yang sampai dulu untuk branch baru ni. Xpelah nanti Samgyetang tu aku try Apr ni. Slurps.

      Delete
    3. hahaaa ehh jangan terasa...aku tak sebut sesapa pun...hahahahaha...huntonglaaaa pi merasa Apr ni...jangan aku smapi dulu dah la yer!hehehe

      Delete
  2. ohoiii pantas gitu .. hari ni dpt news, besoknye terus carik saad oppa ... mane la kengkawan lain tak jeles
    *tapi kenape saad nampak chubby*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha oppa sgt kan...dongsaeng lahhh...hahaha chubby ke?rmai ckp gituuu...aku nmpk biasa jer...myb faktor cuaca...eh..hahaha

      Delete
  3. Waaa bestnya! Excited sebab nak makan bulgogi sedap tapi rupanya cafe sahaja. Takpe still nak try juga. Nanti update la kalau dah buka ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe takpe, xcuba lg xtau kannn...insyaAllah sy akn update... ;-)

      Delete
  4. DJ;

    Kenapa DJ tak ngorat Saad tuh ??? Kalau dia kosong, ngorat jer ... pass tuh senang nak balik kampung !!!

    Hahahhahahaa

    Hari tuh pergi ke Pasaraya Korea kat sini (Vancouver) ... ada nampak air pisang yang orang sebut sebut tuh ... tapi kita tak beli ler , sebotol kecik dah $3 lebih gitu !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa alaaa adik2 sgt laaa enghaz oi...takpelaaa...kasik la sy crik yg matang2 sikit...hahahaha

      Ooo susu pisang tu kat sini pun smpi rm10...mmg mahal...sy xminat sgt...hehe

      Delete