Wednesday, January 6, 2016

Cảm ơn Vietnam :: Day 3.3 :: The Mist at Saigon Opera House & Restaurant Haji Osman, Ho Chi Minh


kami menaiki teksi daripada Saigon Central Post Office terus menuju ke Saigon Opera House...sebenarnya takde la jauh mana, tapi sebabkan hujan lebat kena la naik teksi...harga cuma VND15,000 sahaja...sampai jer, terus disambut dengan mesra oleh petugas di situ...lepas tunjuk tiket, diorang offer untuk bawa kami tour dalam opera house ni...tapi kalo diorang tak offer pun, aku nak request gak...hehehe sebabnya budak yang jual aku tiket ni dah cakap memang tiket ni dah termasuk free tour dalam opera house kalo kita sampai awal...so apa lagi, kami dibawa pusing oleh seorang petugas di situ...dia duk cerita la alkisah yang merupakan salah satu binaan dengan ciri French Colonial di Vietnam dibina pada tahun 1897...siap bawa kami merasa duduk di kerusi VIP lagi tau...clear abes view dari sini...hehehe
lepas dah tour tu, masa masih awal lagi...so kami pergi lepak minum kopi dan panaskan badan dulu di Highlands Coffee yang terletak tak jauh dari opera house ni...Highlands Coffee ni merupakan salah satu cafe chain yang famous di Vietnam ni...buat penggemar kopi tu, harus cuba minum di sini kalo ke Vietnam tau...


lepas dah minum kopi, kami berjalan di sekitar luar opera house dan ambil gambar...masa ni pun hujan dah berhenti...barulah boleh hayati keindahan bangunan ini daripada luar...lagi masa ni lampu dah terpasang...makin cantik laaa...
dalam jam 7.30 malam kami pun masuk ke dalam opera house...masa ni ada disediakan minuman secara percuma...tapi air teh apa tah...macam green tea gitu...takdela sedap sangat, tapi bagus untuk kesihatan kot...hehehe...sambil tu kita layan ambil gambar di luar hall...



jam 8 malam persembahan bermula...tetiba je kami dapat upgrade seat ke tempat yang best sebab tak ramai orang malam tu...hehehe rezeki kan...The Mist ni layan gak laaa...persembahan budaya orang Vietnam melalui tarian dan lagu...ada masa menarik, ada masa mendebarkan dan ada masa boring gak...tapi overall ok la nak merasai dan melihat sendiri show yang dikatakan sangat popular di Ho Chi Minh ni...hehehe....
selepas sejam persembahan, kitorang diberi peluang bergambar dengan artis-artis The Mist ni...aku nengok semua segan nak ambil gambar dengan diorang, laju je aku masuk tengah-tengah diorang...lepas aku tu, baru laaa ramai nak ambil gambar dengan retisss semua tuh...hehehe see kena retisss antarabangsa makes a move dulu baru yang lain nak hikuttt...hahahaha!
dan kemudian dari Saigon Opera House kami berjalan kaki menuju balik ke hotel...sempat lalu di hadapan Ho Chi Minh City Hall yang menempatkan statue Ho Chi Minh di depannya....cantik kawasan ni di waktu malam dan sangat happening!ramai gila orang malam tu berpeleseran...
perjalanan balik ke hotel mengambil masa dalam 20 minit...sampai je terus carik kedai makanan sebab dah kelaparan...restoran halal memang berlambak, so pilih je la mana nak pergi...untuk malam ni kami decided untuk cuba makan di Restoran Haji Osman...menu kat sini takde la istimewa mana, sama je dengan makanan di Malaysia...so aku order mi goreng mamak dengan harga VND70,000...rasanya sedap gak la, pedas...tapi nasi goreng dini ambil biasa je la, sup yang liana order pun ok jer...
bila perut dah kenyang, kami pun terus balik ke bilik...walaupun hati meronta tengok pasar malam kat depan area hotel tu, dan duit dalam poket dah melompat-lompat...tapi sebab dah kepenatan, semua naik bilik terus...dalam bilik takde iron rupanya...tanya staff hotel, diorang cakap memang takde...even yang hotel punya pun takde weh...gila ke apa...hotel dah famous tapi iron sebijik pun takde...tah pape tah aku rasa...mula aku rengsa sebab tudung tak iron...dalam jam 10.30 malam aku turun bawah lepak di lobi dengan harapan jumpa orang Malaysia, leh pinjam iron...hehehe lepak kat bawah tu ramai gila orang Malaysia aku jumpa...semua duk sakan bershopping...siap yang tau aku dari Hanoi, macam-macam soalan keluar...hehehe last-last duk sakan bersembang, kelaut iron aku...dalam jam 11.30 malam aku naik dengan misi yang gagal...hahaha nasib lahhh esok pakai tudun tak iron!sobs!

6 comments:

  1. sedap pulak aku tengok air kelapa tu Hahaha

    ReplyDelete
  2. seronoknya pergi vietnam. dtg klik-klik kat sini..do visit my blog too =)

    ReplyDelete
  3. Saya rasa iron adalah benda wajib dibawa kalau nak travel ke Vietnam or Indonesia...
    Gila hapa kalau snap gambar pose chantek-chantek tapi tudung kedut... �� Simpang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy travel bwk backpack less tham 7kg, mmg tak koser laa nk angkut iron...hehuuu...

      Delete