Tuesday, January 5, 2016

Selamat Tinggal Tahun Lalu 2015 & Selamat Datang Tahun Baru 2016!

Assalamualaikum dan Helloooo...tak terlambat lagi rasanya untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua pembaca Wanderlust DJ ni!semoga tahun 2016 ini membawa rezeki yang baik-baik untuk kita semua terus meneroka bumi Allah ini...and as for me, tahun 2016 ni nak rileks sikit dari dunia travelling luar negara dan kita lebihkan dalam negara...hehehe...
dan macam biasa la, semua orang dah buat, aku pun nak kena buat gak laaa travel recap untuk tahun 2015 yang lepas...hahahaha...bermula pada JANUARI, kemeriahan berjalan dimulakan dengan sambutan tahun baru 2015 di Gold Coast, Australia bersama sue dan dini...hari pertama 2015 dimulakan dengan shopping sakan di Harbour Town sampai papa kedana aku dibuatnya masa ni...tapi seriously ini la antara trip terbaek aku buat masa ini...masih teringat-ingat sampai sekarang!
pada penghujung Januari aku telah ke Johor Bharu dan Desaru, Johor bersama-sama keluarga...percutian 3 hari 2 malam yang sangat sempoi tapi best!kita jalan, kita makan, kita enjoy dengan budak kecik yang overexcited tuh!hehehe...tapi sekarang dah ada 2 budak kecik kena layan dah...abes la makngah! =D
kemudian pada FEBRUARI aku telah ke Langkawi, Kedah bersama rakan-rakan seuniversiti dulu...asalnya nak pergi berempat, last minute asie tarik diri atas komitmen kerja...so tinggal la aku bersama sara dan chubby...paling best semasa trip ini aku berkesempatan jumpa dengan mantan PM kita dan siap berselfie lagi!weehuuu!
masuk bulan MAC, aku takde plan nak ke mana...tapi dalam takde plan tu, sempat la jugak lari ke Port Dickson, Negeri Sembilan bawa family sempena Hari Tentera Darat ke-82...trip kali ni semua bertemakan tentera...pi muzium pun muzium tentera...hahaha 
dan pada APRIL, trip ketiga aku bersama sue ke Seoul, South Korea!niat di hati nak cari cherry blossom telah bertukar menjadi misi jalan-jalan cari makan...wuhuuuu...syiok gila trip kali ni sebab dapat makan macam-macam makanan korea yang best!dan semasa trip ini juga berpeluang jumpa dengan travel blogger Jea Mohamad dan Radin Fadli serta pojaan hati, Saad samgyetang!
pada bulan MEI pula, aku bersama asie dan irma telah buat roadtrip ke Pantai Timur!kitorang telah ke Pahang, Terengganu dan Kelantan...memang seronok abes masa ni dapat pergi tempat yang tak pernah pergi dan makan yang sedap-sedap...sempat jumpa sue juga di Terengganu...
dan pada bulan JUN, seminggu sebelum puasa aku bersama dini dan liana telah ke Hanoi, Halong Bay dan Ho Chi Minh, Vietnam!trip yang best sebab dapat kenal ramai local people dan berhubung sampai sekarang...cuma yang tak best sebab cerita Vietnam ni pun aku tak abes update lagi sampai sekarang!huhuhu....
bila lepas tu masuk bulan puasa dan raya, aktiviti travel pun jadi slow la sikit kan...tapi lepas raya, dalam bulan JULAI aku sekeluarga pergi ke Port Dickson, Negeri Sembilan...plan asal nak bermalam, tapi akhirnya balik hari jer...sempat la layan trick art museum kat sana...
dan pada awal bulan OGOS aku telah travel secara solo buat pertama kalinya ke Mukah, Sibu, Miri dan Labuan...seriously aku memang tak mampu nak travel sendiri walaupun masa ni aku duduk hotel mewah dan makan best-best...aku tak sempat lagi cerita in details perjalanan ini, nanti lepas abes Vietnam aku sambung cerita travel secara solo ini ok...
di penghujung bulan OGOS pula, aku dengan sue telah ke Kota Kinabalu, Sabah...sempena prebirthday trip katanya...hehe percutian kali ni banyak mengeratkan silaturrahim dengan kawan-kawan di sana iaitu Bibie Karim, Hasnan sekeluarga dan Rina...memang terbaik!
pada pertengahan bulan SEPTEMBER aku telah ke Manila dan Coron, Philippines bersama liana dan chubby!trip ni aku ada banyakkk sangat info nak share dengan korang...lagi-lagi tentang Coron!aduhai doakan la aku cepat abeskan cerita sebelum-sebelum ni ye...tapi serious memang sangat best trip kali ni...puas hati dan terlebih enjoy!
bulan OKTOBER aku takde pergi mana-mana trip...sebab busy dengan kenduri kawin sedara-mara serta busy join segala macam larian...hehehe dan masuk je awal NOVEMBER aku ada mesyuarat di Alor Setar, Kedah...abes jer mesyuarat, aku bersama asie, irma dan zue buat roadtrip balik ke KL dengan persinggahan di Taiping, Perak dan Cameron Highlands, Pahang!
dan di hujung bulan November aku bersama dini sempat naik flight ke Kota Bharu, Kelantan sempena nak hadiri kenduri perkahwinan adik sue di Besut, Terengganu...trip yang penuh dengan shopping dan makan di hujung minggu...thanks sue bawak kami jalan-jalan!
dan pada bulan DISEMBER, aku diarahkan untuk present paper dan hadiri seminar di Hanoi, Vietnam!excited sangat sebab kena pergi dengan bestfriend aku...perjalanan yang panjang dengan transit di Bangkok, Thailand semasa pergi dan transit di Ho Chi Minh, Vietnam semasa balik...semua gara-gara tiket flight direct dah habes...tapi memang best, really a great experience for both of us!nasib baik dah pernah ke Hanoi tengah tahun hari tu...takde la susah sangat nak pusing-pusing...hehehe...
dan semasa cuti Krismas baru ni, aku bersama keluarga sempat bercuti ke Melaka...percutian yang membawa ke nightmare bila jammed tanpa henti di sana sini serta anak buah aku duk muntah-muntah pada malam nya...huhuhu...
dan akhirnya, penutup trip untuk tahun 2015 adalah ke Xi'an dan Beijing, China!tak payah cerita panjang la kan sebab baru je up entry pasal ni semalam!hahahaha...memang terbaiklah trip penutup tahun ini...puas hati berganda-ganda...nantikan update cerita penuh nya nanti yer!
haaaaa selain daripada trip-trip yang telah berlalu, tahun 2015 juga menyaksikan permulaan perjumpaan aku bersama rakan-rakan travel alam maya...selama ni kenal melalui blog jer la kan, tapi tahun ni dah bersua muka...mulai dengan pertemuan pertama pada pertengahan Januari, sampai la sekarang dah terbiasa bersama gituuu...ada je plan nak lepak ngopi dan makan bersama...perancangan travel bersama belum ada lagi, almaklum masing-masing ada plan, style dan travel buddies masing-masing...hehehe tiap kali berjumpa, topik travel memang tak pernah lekang dari mulut masing-masing!thanks korang sebab membuatkan bertambah satu lagi 'komitmen' aku dalam hidup ni....hahaha!
dan pada tahun ini juga, bos aku dah pandai dah asal ada orang oversea datang pejabat, aku akan diminta (read:aku offer diri) untuk jadi Tour Guide mereka pusing Putrajaya...kebetulan pula kerja aku tahun 2015 banyak melibatkan orang dari luar negara...hehehe...terpaksa laaa aku study sikit mengenai sejarah Putrajaya kannn...pape pun aku enjoy je dengan kerja tambahan tidak berbayar ini...
semuanya yang indah-indah pada tahun 2015...tapi dalam indah tu, ada juga yang tak bestnya...sebanyak 2 trip bersama dini terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab kesihatan dini yang tidak mengizinkan...dengan sue pun cuma sekali jer tahun ni keluar negara sebab dia dah payah nak dapat kelulusan luar negara di tempat kerja baru ni...huhuhu sedih betul tak dapat travel dengan best travelmates aku nih...harap-harap tahun-tahun mendatang kita bertiga boleh travel sama lagi yer!InsyaAllah...untuk tahun 2016 ni, buat pertama kalinya sejak beberapa tahun lepas, aku takde tiket bersusun pun lagi...hehehe takpela, kerja aku tahun ni banyak uncertainties, so baik jangan commit dengan travel plan sangatlah...ada rezeki, kita merantau lagi tahun ini...insyaAllah!OK korang, selamat tahun baru 2016!semoga semuanya baik-baik saja yer!

20 comments:

  1. Your 2015 were filled with amazing and yet wonderful journeys in different countries!
    Happy new year DJ.
    Keep on travelling and sharing your wonderful experiences with us!

    ;)

    ReplyDelete
  2. happy new year beb..merialuolls tahun 2015 ko ek..
    semoga diberi kesempatan dan rezeki untuk 2016 pulak..tunggu gathering pertama #divadivana 2016 hehe
    ko lupa boh ke cabaran jom kurus ko tu? sampai hatii..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup happy new year gak...Alhamdulillah ada rezeki nak berjalan tahun 2015 nih...hehehe
      yezzaa gathering dimanakah?hehehe

      ehhh #jomkurus tu cakap slow-slow...maluuu...hahahah!

      Delete
  3. meriah gitu ! harap2 thn 2016 ni makin meriah walaupun katenye lom ade tiket lagik *iyer le tu*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul la beb...tiket obersi takde lagi...sobsss...

      Delete
  4. happy new yr Miss DJ !! mintak lagu boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha untuk ko meng, boleh je....lagu apa ko nak?dangdut bisa??

      Delete
  5. meriah sungguh tahun 2015 ko. mcm dzuli tanya tu. kenapa takda jom fit ko tu? pembakar semangat kot!! tapi seikhlas dari hati, happy dapat kenal korang korang. #muahciked

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha hoih ko dah start lum nih?tak get back kat coachnim balik ni...hahahaha

      Delete
  6. Wow amazing adventures! Full with amazing experiences! I envy you!
    psst: gambar menang photocelen tak masuk ke hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi sesejak duk tawau nih main speaking je ke...hahaha...
      photocelen?alaaa lupa plak kan tu antara benda baru aku coba tu tahun lepas...hahaha...haish byk lagi rupanya event tak masuk dalam ni...hehehe!

      Delete
  7. happy new year Miss President! Moga tahun depan lebih meriah lagi dengan aktiviti jalan2 ko dan seisi meeting ahli club hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tenkiu2...insyaAllah marilah kata sama2 meriahkan tahun ni la weii...bkn tahun depannn...hehehe!

      Delete
  8. Padat yakamat aktiviti jalan2nya... Tahun 2016 tentu lebih padat sebab nampak macam dah makin slim tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha 2016 xpdt lg enmie...tp sok2 terpadat xtau la kannn...hehehe

      Delete
  9. Alhamdulillah

    2015 yang penuh dengan kenangan dan kemeriahan

    Harbour Town, 2005 bapak sampai sana , masa tu anak2 kecil lagi, 11 tahun dah berlalu


    Muzium ATM tu mmg awesome

    Moga 2016 lebih suksess , insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...terima kasih banyak... =D

      Delete
  10. Happy New Year beb. Semoga tahun ni dikurniakan kesihatan yang baik, murah rezeki. Gitu muka aku bertempek lagi kat sini. Tapi memang best dapat kenal & jumpa korang. Alhamdulillah.

    P/s Aku masih menimbang tara decision nak pindah West. Gituuuu. Jeles ah tengok korang duk makan-and-dihalau-keluar senantiasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin...gmbo ko dh xbyk dh lps ni mlainkan ko pindh sini thn ni...kemonnn...eid pun dh nk buka branch kt bngi...saltpepper bila lg...hehehe

      Delete