Sambungan dari: Cảm ơn Vietnam :: Day 3.3 :: The Mist at Saigon Opera House & Restaurant Haji Osman, Ho Chi Minh
hari ke-empat di bumi Vietnam kami bangun seawal 4.30 pagi untuk solat subuh...almaklum subuh di sini awal...tapi lepas tu sambung tido balik...dalam 6.30 pagi baru bangun dan bersiap untuk keluar...dalam kepala dah aim nak makan dulu, usha-usha restoran depan hotel, nampak Restoran Haji Osman je yang dah buka...so apa lagi, terjah laaa...aku layan mi goreng seafood jer berharga VND70,000...ok je la kan untuk isi perut...jangan duk convert sangatlah, janji halal...hehehe lepas dah kenyang kami pun berjalan menuju ke De Tham Street!haaa hari ni kami akan join 1-day tour ke My Tho and Ben Tre (Mekong Delta) bersama The Sinh Tourist berharga VND219,000 termasuk lunch...details macam mana aku booking dan macam mana nak ke pejabat The Sinh Tourist ni boleh refer ke post ini...
kami perlu sampai 30 minit sebelum tour bermula iaitu pada jam 8.00 pagi...sampai jer kena check in dulu...berikan pada staff di situ tiket kita, dan dia register nama kita...then tunggu laaa sampai 8.30 pagi...tapi selesa jer tunggu sebab ada toilet yang bersih dan wifi!cuma kalo nasib tak baik, kerusi penuh...ramai orang join tour dengan company ni...
tepat jam 8.30 pagi, tour guide kami pun mengumpulkan kami dan mula bertolak menuju ke Mekong Delta...memang tido jer la kan kitorang dalam bas pagi tuh...perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 45 minit...dan akhirnya kami tiba di Ben Tre Province, tempat di mana kami akan menaiki bot...kat kawasan ni ada toilet tapi kotornya lahai...tak selera nak masuk...huhuhu...

lepas dah selesai ahli jemaah masuk toilet semua, kami pun dibawa untuk menaiki bot kayu merentasi Sungai Mekong...selesa bot kayu dia ni, memang asyik layan pemandangan di sepanjang Sungai Mekong ni...walaupun air dia keruh, tapi layan laa tengok rumah terapung dan pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh penduduk yang tinggal di kawasan ni...dan paling best bila jumpa unnie dari kampung halaman dalam bot ni...hehehe selamba je dia photobombed gambar aku kan...terus aku tau diorang orang korea!nasib pandai english, leh sembang-sembang....siap kutuk-kutuk Kwangsoo tau diorang ni, dan kami berkongsi taste yang sama iaitu Jo In Sung handsomeee...hahaha...
selepas beberapa ketika menaiki bot, akhirnya kami sampai di persinggahan yang pertama kami iaitu sebuah dusun buah-buahan...masa sampai je kat sini dah nampak banyak hand made kraftangan diperbuat daripada tempurung kelapa dijual...tapi aku pandang sepi je la kan...tak koser nak membelinyaa...
dari naik bot tadi dah excited, sekali bila jalan dalam dusun ni...makin lama buat aku terpikir, eh apa aku buat kat sini...takat jalan dalam dusun ni, dah macam kat kampung aku je pun...hahaha boleh kan pikir cam tu...tour guide tu duk tunjuk la tu pokok kelapa, tu pokok blaaa...blaaa...blaaa....aku tak kenal sangat pokok buah-buahan ni, nasib laaa dini dan liana terror....aku kenal pokok pisang dan poko kelapa jer!hehehe
sekali lepas tak lama berjalan tu, akhirnya kami sampai di tempat pembuatan coconut / rice paper crackers...ooo ini tujuan berjalan rupanya...baru nak berburuk sangkakan...hehehe selepas melihat kaedah pembuatan kerepek ni, kami diberi rasa kerepek ini secara percuma!sedap juga tau...terus kitorang share beli 2 bungkus buat kudap-kudapan...harganya cuma VND20,000 sebungkus...
masa tunggu semua orang siap membeli kerepek ni, baru aku perasan rupanya bukan unnie berdua tadi jer dari Korea!ada sekumpulan ahjussi punnn dari korea wei...diorang duk bersembang sakan masa ni...ehhh terus rasa dipanggil-panggil untuk balik kampung tau camni...hehehe!
lepas dah abes membeli, kami pun berpatah balik ke arah bot...masa balik ni terserempak beberapa kali dengan anjing...haish rimas!dan sebelum naik bot, kitorang dibawa makan tengahari dulu...masa booking tour ni dah cakap nak seafood sahaja sebab diorang takde provide halal food...masa duduk ni, kitorang duk sekali dengan orang yang order menu biasa...aku dah tak sedap hati dah...tapi memula sekali sampai ikan goreng terbang...diorang tolong prepare buat popia Vietnam dari ikan terbang tu...so sedap la kan makan...tengah makan, lauk-pauk pun sampai....sekali atas meja kami ada dihidangkan pork masak kicap!erk terus kembang tekak aku...huhuhu lepas tu aku cuma makan nasi putih jer weh...sayur pun tak mampu nak ambik dah masa ni...aku telan je nasik putih banyak-banyak supaya tak kelaparan lepas nih...huhuhuhu...tu laaa yang aku rasa tak best tour ni...yang kat Hanoi aritu rasa selamat dan selesa jer makanan provided by tour...huhuhu...oh ya, dalam makan tengahari ni lunch jer provided, minuman kena beli sendiri...aku beli air coke dengan harga VND25,000...
lepas tu kitorang pi jalan-jalan kejap di sekitar tempat orang jual cenderamata, nampak orang jual buah, laju je dini dan liana pi beli...lapar la agaknya tu kan sebab tak enjoy makan tadi...tapi aku memang tak sentuh langsung buah tu, sebab dah kembang tekak...buah pun aku nampak ada pork masa ni...boleh?hahahaaaa...lepas tu kitorang pun terus naik bot semula dan dibawa menyusuri Sungai Mekong lagi dan kali ni dibawa masuk melalui national canal...hati-hati masa lalu di sini sebab pokok-pokok tu tertarik dek bot sampai terlibas ke kita nanti...sakit wooo kalo kena tuh!hehehe!cantik ambil gambar di canal ni...kami yang duk belakang sekali, selamba pi depan sekali dan minta tour guide ambilkan gambar kami...lepas kitorang buat perangai camtu, baru laaa semua pun nak ke depan gakkk...hahahaha!
dari national canal tu, kitorang pergi ke ladang honey bee pula...turun jer dari bot tu, kena lalu bengkel orang buat kraftangan daripada tempurung kelapa...again aku pandang sepi je laaa...tak koser la nak membeli kan...orang lain tu ada la yang menyinggah tengok dan beli...tapi sebenarnya cantik-cantik gak kraftangan diorang...tapi aku eksyen...what?tempurung?nayyyy hahaha!
sampai kat ladang honey bee ni, liana dan dini sibuk carik toilet...haaa lantak kena tinggal la ngan aku kan...hehehe aku terus follow tour guide tengok honey bee ni...first time gak rasanya aku tengok perusahaan lebah sedekat ini...seram tengok kakak tu angkat sarang lebah selambaaa jer dengan tak pakai apa-apa pelindungan...tak takut kena sengat ke...huhuhu aku tengok dari jauh gak laaa, main zoom jer kamera untuk ambil gambar...takut kena sengat...
lepas tengok lebah, kami semua dihidangkan dengan air limau bercampur madu secara percuma...dapat laaa sorang segelas kecik masa ni...nyum nyum sedap air nih aku sukaaa...tapi kalo ada ais lagi sedappp!diorang ada jual la madu kat sini, tapi aku tak tengok pula berapa harga diaaa...lepas dah minum kami pun patah balik ke bot untuk ke destinasi seterusnya!
Sedap ke ikan kalui tu...
ReplyDeletebiasa je laa enmie...hehehe
Delete