Tuesday, January 26, 2016

Cảm ơn Vietnam :: Day 4.3 :: Restoran Halal Amin Pho Muslim, Ben Thanh Night Market & Restoran Kampung Melayu, Ho Chi Minh

Sambungan dari: Cảm ơn Vietnam :: Day 4.2 :: Mekong Delta Discovery Part 2

selesai 1-day tour ke Mekong Delta, akhirnya kami selamat sampai di The Sinh Tourist Office pada jam 5.30 petang...dalam kepenatan tu, gigih berjalan pantas balik ke hotel...siap solat semua, kami terus keluar balik sebab kelaparan!almaklum makan tengahari tak berapa nak syiok masa tour tadi...hehuuuu untuk early dinner kitorang ke Restoran Halal Amin yang terletak selang beberapa pintu dari hotel...dalam banyak-banyak kedai makan halal area hotel ni, kedai ni laaa paling sempoi dan murah!dan seharusnya kami kat sini nak cuba makanan paling famous di Vietnam iaitu Mi Pho!haaa wajib okeh datang Vietnam makan Mi Pho ni...
Mi Pho ni sebenarnya adalah mi sup...leh pilih la nak sup ayam atau daging...mi dia pula ala-ala kueh teow tapi halus sikit...harga Mi Pho di kedai ini adalah VND55,000 sahaja...haaa murah kan?dan paling best sekali bila Mi Pho ni dimakan bersama cili kelapa hitam yang pedas dan sedapppp tuh!memang meletup-letup rasa dia dalam mulut...hehehe aku suka gila sambal tu...sup tu sedap la, tapi sup je kan...mana nak puas makan...jadinya dengan sambal tu la menaikkan lagi selera makan aku...hehehe!
lepas dah kenyang makan, kitorang pun mulaaa laaa berjalan area depan hotel tu nak mulakan aktiviti nyopping...tapi sebelum tu singgah duluuuu minum kopi OOZE yang sedap level tak hengat donia punya nih!aku takleh kira berapa kali tah aku beli kopi ni weh...sedap gila!sedangkan masa ni aku dah stop minum air manis...tapi penangan kopi ni, takleh tahannnn...mamat ni jual kopi atas motor jer dan sentiasa ada di area jalan depan hotel tuh!harga secawan kopi ais ni adalah VND20,000 sahaja atau leh bayar dalam RM sebanyak RM3...haaa pilih la mana yang lebih untung yer!
then kami nampak pula gerai orang jual kuih-muih halal kat situ...terus pi usha untuk beli bekal masa tour keesokan harinya pulaaa...kitorang beli donut jer dengan harga VND30,000 untuk 6 biji donut...boleh laaa buat alas perut esok pagi...
lepas tu apa lagi, cuci mata laaa sambil duit dalam poket melompat-lompat!hehehe aku ok lagi laaa...si dini dan liana laaaa dah menggila...tak nyempat-nyempat dah...aku cuma jalan-jalan sekitar depan hotel jer dulu sebab aku dah janji nak jumpa member...budak 2 orang tu memula janji ngan aku nak jalan sekitar depan hotel je dulu, tunggu aku jumpa member...sekali memasing gelisah tak bertempat kannn...terus aku halau jer diorang pi night market!hahaha untuk pengetahuan korang, sepanjang jalan depan hotel kitorang ni memang penuh gerai-gerai dibuka malam-malam ni jual macam-macam benda...dan di keliling Ben Thanh Market, tak jauh dari hotel kitorang tu pun penuhhhh dengan gerai-gerai night market...memang tak senang duduk dibuatnyaa...
lepas aku halau dak dua orang tu, aku pun lepak di lobi hotel tunggu member aku...tak lama lepas tu sampai laaa Chee Siong, member universiti aku dulu...dia ni dah bertahun menetap kat Vietnam ni untuk kerja...kebetulan dia ada di Ho Chi Minh masa aku datang ni, so sempat la kitorang berjumpa...sambil sembang sambil kitorang jalan-jalan je laaa sekitar night market nih...lama gila kot tak jumpa, dekat 10 tahun!hehuuuu....
dalam sejam kot berjalan tanpa arah sambil sembang, kitorang terserempak balik dengan dini dan liana...memula plan nak bersama-sama carik roti canai sedap...sekali kedai yang Chee Siong cakap tu dah tutup pulaa...tak jadi laaa nak makan bersama...dan tak lama lepas tu Chee Siong minta diri nak balik sebab dia duk luar bandar Ho Chi Minh nih...haaa lepas bye-bye dengan dia, aku pun join sekaki dini dan liana menghabiskan duit di night market!hehehe...memang syiok betul kat sini...rasa semuaaa nak beli!
sepanjang aku kat Vietnam ni, aku suka betul makan buah dia...manis-manis!sedap...sempat la kitorang beli buah-buahan dengan harga yang sangat murah...dalam RM10 saja untuk 3 jenis buah yang besar dan segar....nyum nyum...
lepas dah penat berjalan menyopping, perut pun lapar balik...kami decided untuk try di Restoran Kampung Melayu pula...aku ada dengar orang cakap jangan makan kedai ni sebab mahal mencekik...tapi sebabkan aku dah set target nak try seberapa banyak yang boleh kedai halal kat Ho Chi Minh ni, so masuk je la kan...kedai ni memang betul-betul depan hotel aku...
dan ternyata memang mahal punnnnn makan kat restoran nih...hehehe aku makan mihun goreng dengan air mineral je pun dahhh VND102,000 ko...tapi ok la mihun dia, sedap kat tekak aku nih...lagipun yang penting halal, ye dak?hehehe sempat juga la masa tunggu makanan ni aku pi tapau kopi ais kat brader motor luar tu...kali ni dapat diskaun, dia bagi aku VND18,000 jer!yeahhh sedap!masa kat restoran ni, liana order roti canai...ermmm sedap gak laa tapi jangan compare laaa ngan Malaysia punya kan...hehehe...lepas dah kenyang, kitorang pun balik ke hotel dan rehat...esok ada lagi tour yang akan kami pergi, so tidooo awal!

8 comments:

  1. Salam

    sambal kicap hitam tu cecah sukun pun sodap weiii

    kopi ais tu nmpk menyelerakan , kaw2 punya kopi heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...ye btol sambal tu cicah apa punnn sedappp...hehehe kopi dia mmg likat pekat memikat!nyummeh...

      Delete
  2. Misi JJCM tetap diteruskan walau kat obersi... hehe

    ReplyDelete
  3. wei..langsir baru (itu yg aku komen hehehe)

    ReplyDelete
  4. Kalau sesiapa rindu dengan kopi vietnam sebenar, boleh datang ke Baling & Co. Bangi http://instagram.com/balingnco

    ReplyDelete