hari jumaat lepas aku dah plan nak jumpa ngan geng-geng travel alam maya yang tak berapa nak maya tu dah...plan asal nak jumpa lepas maghrib, tapi sebab ada beberapa orang yang boleh sampai before maghrib so kitorang decided untuk lepak minum-minum dulu...dari awal plan semua duk tanya aku nak lepak mana, nak suruh aku decide...tapi aku blurrr takde idea...masa hari kejadian, bila aku dah sampai IOI City Mall, tanya Dzuli nak jumpa mana, dia reply cakap 'lepak kat The Library Coffee Bar macam Supermeng Malaya mahu?'gituuu kan...#tandatandapencarasan...malas pikir panjang, aku terus setuju je...
lokasi The Library Coffee Bar ni adalah di Ground Floor, dalam Parkson...berhampiran dengan kawasan handbag...sedang aku duk mencari tempat ni, terserempak dengan Azra...makanya secara berjemaah laaa aku mencari tempat ni dengan kaklong kawasan IOI City Mall ni...hehehe sampai je kat depan The Library Coffee Bar ni baru la kami berjumpa Dzuli...tak sangka juga aku dalam Parkson ada cafe besar camni...
cantik juga dekorasi kedai ni...takde la rasa duk dalam library sangat pada aku...sabit ada satu rak besar letak buku-buku tepi tu dah dikatakan ala library?ok untuk orang yang biasa lepak library untuk cuci mata study zaman belajar dulu, ni takde apa sangatlah pada aku #pitam
masuk je, terus kita ke kaunter ye untuk membuat pesanan...masa ni ada promosi RM1 untuk Americano sekiranya spend RM15 dalam 1 single receipt menggunakan kad CIMB...terus Azra keluarkan kad CIMB dia bayarkan bil untuk kami semua...untungla kan dapat Americano dengan harga RM1 sebab harga asal dalam RM8 ke RM9 mengikut saiz...selain daripada segala macam kopi, kat sini juga ada savoury food, waffle dan kek!tapi Dzuli awal-awal dah pesan, mengikut kata Meng savoury food dia tak sedap, cuma waffle je sedap...so jangan order yang lain...haaa baiklah kami patuh...hahaha...
tak lama menanti, siaplaaa minuman kami...budak berdua tu layan Americano...sebab diorang berdua ni orang barat sikit...almaklum dua-dua belajar kat 'US'...hehehe aku yang belajar kat malaysia ni minum Caramel Latte (RM13) jer...dan tak lama lepas tu sampai laaa waffle bersama berries dan aiskrim yang kami order dan kongsi bersama...nyum nyum memang sedap!harga aku tak sure sebab diorang yang pilih dan bayar...tapi memang sedap!sambil ngunyah sambil bersembang...kejap topik berjalan, kejap topik kesihatan...gitu kannn sejak-sejak menginjak usia ni, cerita pasal kesihatan je plak kan...lagi laaa baru lepas layan Oh My Venus kan...hehehe #coachnim
tak lama lepas kami bersembang dan makan, sampai la ahli jemaah berikutnya iaitu Mrs Smile...sambung sembang, makan, sembang makan sampai laaa masuk waktu maghrib...kemudian kami sama-sama beredar menuju ke surau sebelum berjumpa dengan ahli jemaah yang lain yang sampai lewat sikit...ke mana tempat lepak dan makan kami sampai kena halau yang seterusnya?haaa tungguuu....
dua org tu pesan Americano sbb RM 1 kot.. hahahah.. macam xtau dzulichan tu mmg cheapskate..
ReplyDeleteHahaha 1 je dpt yg harga rm1 tu...so dzuli byr waffle tuh...win2 situation katanya...hehehe
Deletentah..i pesan americano sbb singgit, azra pesan americano sbb on diet haha...ada paham Nina Garcia?
Deletehahah.. kan betoi.. kamu pesan americano sbb singgit.. kalau tak jgn harap la kamu nak minum americano tu..
Deleteaah..selalu minum caramel macchiato ja, busuk2 pun mocha praline
DeleteHahaha oii adik beradik nk gaduh kt umah yer...hahaha
Deletehaha..tumpang gaduh kat blog orang...japgi aku sambung dlm wassap..*chickfights*
Deletehahaha sila sila sambung gaduh!hahaha
Deletekalau library sekolah dulu mcm ni sure lg ramai org lepak library ek?
ReplyDeleteHaha harusss la weh...naik smngat blajar tuh...lg klo pustakawan ensem...hehe
Deletekedai ni sangat tersorok ... harapkan aku, mmg takkan jumpe lah
ReplyDeleteKann...mmg xjupe la klo tkt pusing2 luar je...
Delete#tandapencarasan tu mmg takleh blah haha...
ReplyDeletetapiiii...berbaloi gak le lepak library ni kan, cosy, harga reasonable, sedap pulak
Hahaha yup mmg berbaloi2...thanks la kt meng, eh kat ko sbb suggest tmpt ni...hahaha
Delete