Friday, January 22, 2016

Cảm ơn Vietnam :: Day 4.2 :: Mekong Delta Discovery Part 2


daripada ladang honey bee tu kitorang pun dibawa ke tempat nak naik sampan!haaa ni antara yang aku tunggu-tunggu gak la dalam tour kali ni...asyik nengok orang je naik sampan kat Vietnam ni kan, aku pun nak jugak!tapi dalam hati ada keraguan gak...aku besar, dini besar...tak tenggelam ker sampan tu nanti...hahaha masa bot kitorang sampai kat tempat naik sampan ni, tetiba jer banyakkk sampan datang entah dari mana...dapat tengok la pendayung sampan tua dan muda datang nak bawa kitorang nih...masa ni guide bahagi-bahagi kan tiap sampan dalam 4 orang...kitorang plan nak turun last, doa banyak-banyak supaya dapat naik bertiga jer, takde berat sangat sampan...hehehe
sampai turn kitorang nak naik tuh, nampak la makcik tua ni cool jer pasang enjin kat sampan dia...terus cakap kat guide nak naik ngan makcik nih...hehehe ingat dapat naik bertiga, sekali guide naik sekali ngan kitorang!haih...cuak aku...tapi nasib baik weh sampan tak tenggelam!hahaha...lega!cuma aku gayat so takleh gerak banyak sangat...takut terbalik sampan...kita menaiki sampan melalui denai kecil yang penuh pokok-pokok di tepinya...aman damai je rasa naik sampan ni...tapi kitorang je la damai, makcik kat belakang tu kut nyumpah dalam hati tak tau la kannn...berat hoih....hahahaha...
dalam 10 ke 15 minit kot kami naik sampan ni...masa naik ke jeti dari sampan tu sempat la aku hulur beberapa duit RM dan baki USD yang ada kepada makcik tu...bila aku jalan depan sikit dan berpaling, kemain nengok makcik tu eksyen ngan kengkawan dia tayang duit tips dia dapat tuh!hahaha comel gila makcik oiii!hehehe dari tempat naik sampan tu kitorang dibawa ke tempat persembahan muzik tradisional Vietnam...masa kat sini guide dah cakap awal-awal untuk berikan tips nanti...katanya diorang tu takde pendapatan lain selain tips yang tourist bagi...layan je laaa dengar diorang main muzik dan menyanyi...
sambil layan persembahan mereka, kami dihidangkan dengan buah-buahan tempatan Vietnam yang sangatlaaaaa manis dan sedap!nenas tuuu sedapnya...kat malaysia aku tak layan nenas tau...tak sedap, pedih lidah...tapi kat Vietnam aku bantai makan nenas banyak-banyak...hehehe sambil makan sambil layan ahjussi-ahjussi yang gila-gila semeja dengan kitorang...lantak la cakap macam ayam ngan itik pun kan...hahaha...lepas dah abes persembahan diorang edarkan tabung laaa untuk diisikan tips...
dan tak lama lepas tu ada pula yang offer sape nak pegang ular...melompat-lompat budak-budak nak pegang...kasi letak kat leher, melalak masing-masing...hahaha aku plak ntah mana datang keberanian, dan-dan nak cuba jugaaa...aku siap pesan kat guide tu, letak kat leher aku 2 saat jer untuk aku nak amek gambar!hahahaha hoihhhh geli!cukup la tu pertama dan terakhir aku buat kerja gila...hahahah...
dari situ kitorang naik kereta kuda pulaaa...macam-macam kenderaan dah naik dalam tour ni kan...haaa yang ni pun aku serba salah nak naik...sian kuda tu weh...tapi apa kan daya aku, terpaksa juga la naik kannn...huhuhu naik sekereta kuda ngan kami adalah family dari Malaysia tapi duk kerja kat USA...so speaking barat la weols...hehehe bini dia ada tu sebenarnya tapi terlindung plak dek kebesaran aku...hehehe
dan akhir sekali kami dibawa ke tempat pemprosesan gula-gula kelapa!kat sini dapat la tengok macam mana penduduk di sini memproses gula-gula kelapa ni...dari masak, membentuk dan packaging...memang cara tradisional abes...dan masa tengok-tengok ni sempat gak laaa aku rasa sebijik gula-gula tu...memang sedap tapi takde rasa nak beli bawa balik pun...hehehe
dannnn kat tempat ni juga ada jual air tebu sejukkkk berharga VND10,000 yang sedap gilaaaa...pekat gila air tebu dia...memang sedap laaaa minum di tengah panas gini kan...lajuuu je sedut secawan tuh dah abes...fuhhh nasib la nak beli kena beratur panjang balik, kalo tak mau aku suh tapau lagi...hehehe
dan lepas tu kitorang pun bergerak menuju ke bot semula...tapi tak pergi tempat turun bot tadi pun...kan tadi dah naik sampan la, kereta kuda laa...alih-alih bot dah sampai dekat area tempat buat gula-gula ni haaa...so takde la jauh nak patah balik kan...
kami semua selamat masuk ke bas semula pada jam 3.30 petang...overall enjoy gak laa day tour ke Mekong Delta ni...cuma yang tak berapa nak puas hati tang lunch tu jer laaa...tapi nak salahkan diorang pun payah gak kan...kita la kot yang kena lebih berhati-hati dalam membuat pilihan dan pertimbangan...
dan masa dalam bas ni kami sempat lalu di kawasan highway paling tinggi di Vietnam...dan lepas tu jer terus memasing tidooooo...kepenatan hoih...lagipun kami nak kena kumpul tenaga nih sebab malam ni nak shopping!hehehe almaklum duit dalam poket nih dah melompat-lompat sebab tak shopping-shopping sejak sampai Vietnam ni...hehehe...

9 comments:

  1. Raya lama lagi dah tukar langsir baru...hehe

    Kagum dengan stamina makcik tua pendayung sampan tu...padahal cekeding je...

    Manja betul encik sawa tu dengan tetamu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe langsir berabuk dahhh enmie...

      Tu la mkcik tu mmg gagah...dh le kami berat2 nih...hehuuu

      Ular sawa educated...ngn tourist dia baikkk jer...

      Delete
  2. mmg naik sampan tu wajib pakai topi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha xde laaa...pesyenn ktorg jer tuh...hehe

      Delete
  3. org vietnam ok ke kalo jumpa dgn org yg badan besar ni? sebab saya sendiri berbadan besar dan akan pergi ke vietnam dalam hujung bln ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ok jer...org besar kan kayaaa...

      Delete
    2. I loike that statement. sebab sebelum ni prnh baca kat blog lain yang orng vietnam akan stared, laugh and even pointed a fingers kat org yg bbadan besr. tp bila dpt respond dr cik terus lega rasanya hihihi..

      Delete
    3. Hahaha alaaa biaq pi laaa...klo dia gelak, biarkan aja. Xrugi apa punnn ...hehe

      Delete
    4. Hahaha alaaa biaq pi laaa...klo dia gelak, biarkan aja. Xrugi apa punnn ...hehe

      Delete