Sunday, April 25, 2021

Pak Mat Western, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

ok meh nak share details pasal Pak Mat Western yang kami terjah dalam trip JJCM baru ni...terletak di kawasan perindustrian di Bukit Mertajam...even kedai dia pun aku rasa asalnya adalah sebuah kilang sebab besar sebijik sebijik!haaa masa sampai ni, dah ramai orang weh, penuh meja dah walaupun baru je buka...sobss!memang viral....
tanpa membuang masa, laju la kami cop tempat kan...lepas kami duduk dah mula orang berdiri tunggu meja tanda meja dah penuhhh...huhuhu ok pape pun jom usha menu...haa menu kat sini haruslah western kan...ada ayam, kambing...pastu ada gak menu nasi goreng or spaghetti dengan western food ni...haa memang menarik!harga dia pun sangat sangat affordable pada aku...
lepas dah order, sabar menanti makanan...masa ni lapar gila dah sebab tak lunch kan...nasib baik masa menunggu tak lama...terbaik...so memula air kita sampai dulu, then makanan...yeay...kami order Mushroom Soup + Garlic Bread (RM5.90), Cheezy Chicken Chop (RM9.50) dan Lamb Chop (RM17.90)....dan makanan semua big portion dan sedappp...serious weh chicken chop dia ayam dia fresh, sedap rangun di luar juicy di dalam...besar portion...lamb pun lembut jer...sedappp...makan sambil berzikir weh...dah la murahh...sedap!mushroom soup tak rasa dalam tin punya pun...memang buat sendiri...
masa tengah makan tu kan, duk seronok sebab sedap...ternampak meja sebelah sampai satu menu menarik...yang kita ni kan dah seronok semua sedap ni, mudah la terpengaruh, terus tanya adik tu menu apa...dia cakap Nasi Kambing (RM8.90), terus kami order gak...bila sampai MasyaAllah banyak gila portion kambing dia wehhh, harga dia tak sampai RM10 pun!nanges...sedap weh rasa pedas pedas kicap kambing dia tuuu...hahaha terbaik!
dan masa bayar tu, Sue sempat beli kambing perap frozen by Pak Mat Western ni...Sue cakap sedap tapi aku tak beli plak...pastu aku jumpa kat Shell Putrajaya pun ada jer jual kambing perap Pak Mat Western ni...wow majuuu perniagaan Pak Mat yer...hehehe tapi seriously, kalo korang ke Penang, sila singgah dan cuba makan di sini...sedap, murah dan berbaloi baloi!

14 comments:

  1. Hai DJ, akak egen Pak Mat Western .
    Jumaat lepas 28 pek kambing perap bertukar tangan.

    ReplyDelete
  2. Saya selalu beli kambing perap dia bila nak bbq
    memangg sedap..portion pun banyak, puas hati.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum macam mana nak jadi ejen

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...saya di Sabah ingin merasa kerapan kambing dan lembu dan ingin menjadi ejen

    ReplyDelete