Wednesday, April 28, 2021

Family Trip N9 & Melaka Part 1: Nabila Agrofarm di Seremban, Sultan Salai di Simpang Ampat, Melaka & Homestay di Bukit Katil, Melaka

minggu akhir tahun 2020 hari tu aku ambik cuti seminggu...nak meronggeng sakan kaedahnya...hahaha...so sebab nak meronggeng seminggu kan, makanya kena la ambik hati mak aku dulu...so ronggengan penutup 2020 dimulakan dengan bercuti bersama sama keluarga dulu...plan beriya nakpi jauh jauh, last kita bercuti ke Negeri Sembilan dan Melaka je...hahaha...so percutian dimulakan dengan kami Nabila Agrofarm yang terletak di Jalan Pantai, Seremban...terpengaruh dengan Dini yang pi sini bawa anak anak dia...ada kisah kelakar masa ambil gambar bawah ni...aku stop ambil gambar sambil cakap kat anak buah aku, 'Nina tengok tu lembuu, mooo...' pastu abah aku sound...kau ni dah kenapa lembu ngan kerbau pun tak kenal?hahahahahaahahahaahahahaha!
sampai je Nabila Agrofarm ni, abang aku dan keluarga dah lama sampai...so kami pun terus la cari dia...haa sampai sampai ni ada kafe, luas gilaaa so takde la sesak kalo ramai orang pun...haaa sekali tengok dari jauh meja abang aku dah penuhhhh dah semeja dengan makanan!ya ampunnn...ada goreng tepung kat sini...dengan ikan la, sotong, udang dan keropok lekor...sedap gak laa sampai abang aku cakap lepas ni tak payah pi Terengganu nak makan celup tepung...hehehe...
tengah sibuk nak makan, masa ni la melompat lompat anak anak buah aku tak sabar nak masuk petting zoo sebab dah nampak kan haiwan kat situ...tak tenang nak makan weh...hahaha...ada dua kawasan petting zoo ni, so nanti kita leh pi beli makanan dia kat kafe tu untuk bagi makan kat haiwan dalam tu...beli lah banyak banyak weh, seronok bebudak ni bagi makan kat haiwan tu nanti...hehehe...nah aku tempek gak beberapa aktiviti yang boleh dibuat di Nabila Agrofarm ni...
haa tengah panas ni kami masuk ke petting zoo pertama...ada laa kambing dan arnab kat sini...seronok nau bebudak ni bagi makan kan...tak takut langsung dengan haiwan haiwan tu...aku rasa masa aku kecik dulu dah lari dah nampak kambing ni hahaha...
then kami kebelakang sikit ada Taman Mini Haiwan...kat sini ada sekor kambing nakal gila...abes dia rodongnya anak buah aku...hahaha tapi best la budak budak seronok bagi makan kat tenggiling la, kambing la...siap aku kena lari pi beli lagi makanan nak bagi diorang hahaha...takpela janji korang seronoknyaa.....dah lama tak keluar rumah...
lepas dah penat main tu kita nakpi nak ketapi!hahaha makngah paling excited tauuu...hahaha tak sabar nak tunggu naik ketapi ni, bayar sorang RM5 kalo tak silap...hahaha naik pusing kebun jee pun tapi ada tempat bila dia berlubang, rasa nak terbalik gak la ketapi tuu...kahkahkah tapi best laa gelak gelak membahan orang masa ni...hahaha...
dan lepas abes pusing satu farm naik ketapi tu, kami singgah main kuda jap kat tepi tu dan sempat laaa aku bergambar sebabnya kalo berjalan sekeluarga ni biasa aku jadi photographer, takde sape nak layan aku bergambar ootd bagai tauuu...hahaha tapi seriously memang enjoy kami semua kat Nabila Agrofarm ni lah...best!korang kena pergi...hehehe dan kemudian kami gerak dan menuju ke Melaka...memasing masuk kereta dah pengsan dah sebab penat kannn...aku yang drive ni gak laaa kena bersengkang mata...sobsss...
masa ontheway ke Melaka, aku memang follow abang aku je la...sekali dia ikut jalan dalam dan singgah makan di Sultan Salai yang terletak di Simpang Ampat...mak aih perut kenyang gila lagi kot makan celup tepung tadi...makanya aku layan seketul itik salai masak lemak je la...yang lain ada je makan nasi...tak reti kenyang gamaknya diorang ni...huhuhu...Qaiser kemain eksyen, bangun tido tak nak turun kereta sebab kedai ni bukan kedai dia katanya...kedai ni panashhh...amboi kau kan...hahaha...
dan dari Sultan Salai kami terus ke homestay yang aku dah book thru Airbnb di Bukit Katil, Melaka...aku dah tak ingat details homestay ni, tapi rumah one and half tingkat la, harga tak ingat dah berapa...ada kolam, ada tiga bilik, dapur semua lengkap dengan perkakas...so memang best la pada aku untuk kami sekeluarga....dan sebabkan kali ni aim nak dinner ikan bakar, makanya kami takde la prepare BBQ ke apa...lagi plak dah cakap dinner on me, so abang aku beriya nak pow...
sekali masa sampai rumah tu nampak ada BBQ pit, terus cakap ngan abang aku nak BBQ la...malas nak keluar malam kang ramai ramai orang kat kedai ikan bakar...abang aku pun terus setuju dan kami berdua ke Jusco berhampira....nasib baik sangat, banyak gilaaa ayam dan kambing perap baru letak masa ni....memang syiok la kan kami shopping!pastu salmon pun baru letak...eh menarik...terus beli tak pikir apa dah....balik tu terus order nasi goreng thru Grab Food, then start berBBQ...sedap gilaaa, serious puas hati makan sambil tengok budak budak mandi kolam...malam tu awal memasing pengsan kepenatan....hahaha...budak budak nak tido berlambak kat ruang tamu, layan kan aje laa...hehehe...

4 comments:

  1. Part lembu kerbau tu tergelak bila baca haha!

    ReplyDelete
  2. errr tenggiling ke landak tu sis or memang ade tenggiling kt situ? tp cm best je tpt tu..

    ReplyDelete