Tuesday, April 6, 2021

#daridapurdj ~ Daging Harimau Menangis

ok satu lagi resepi menarik yang korang leh cuba adalah daging harimau menangis ni haa...aku suka cuba sebab viral kan...hahahaha...pastu senang dooh nak buat diaa, pastu sedapppp makan ngan nasi panas panas...ya Allah mampu bertambah kauu...haa jommm aku ajar cara caranya...memula beli la daging batang pinang...pastu aku guna setengah kilo je dan potong nipis nipis lawan urat...haa rahsia nak senang potong nipis adalah bekukan sikit daging tu...so bila dia keras, senang sikit nak potong nipis...gituuu...lepas dah potong nipis tu, siapkan bahan bahan nak perap daging plak seperti berikut:

Bahan perap untuk 1/2 kilo daging
4 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1 sudu kecil lada hitam yang ditumbuk lumat
1 sudu kecil garam
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar gula perang

gaulkan daging dengan bahan perap semua tu...gaul je sampai mesraaaa...pastu simpan la dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais...kasi dia perap lama sikit...minimum pun dalam 5 jam macam tu, tapi aku buat berhari gak sebabnya masa dah lepas buat tu, aku sibuk kerja dan balik lambat...makanya 2 malam gak aku perap daging ni...hehehe...
dannn bila tiba hari nak makan, just keluar kan daging tu, thaw kan dulu, then masak atas nonstick pan tanpa minyak...slow je api dan masak la daging tu sampai dia kering...sebab masa masuk awal tu, nanti air mula keluar, haa masak je sampai air kering dan dahhh siappp daging harimau menangis kita...dan kalo nak kita leh buat sos dia gak...sos ala thai gak laa...guna daun ketumbar dan cili yang dikisar halus, air limau, gula dan sos thai..agak agak je la dan gaul semua bahan...done!haaa lepas tu apa lagi, ambik nasi panas dan makannn...Masya Allah sedap ya amat!daging tu kan makin lama perap dia makin lembut, bahan perapan pun meresap baikkk punya...nyummeh!so apa lagi korang, sila la cuba ya!

4 comments: