Monday, April 5, 2021

#daridapurdj ~ Kerabu Kerang Ala Thai

okay sebab kan lagi seminggu nak puasa plus lama tak share resepi #daridapurdj aku, makanya seminggu ni aku nak share korang resepi...haa mana la tau dapat inspirasi nanti nak masak masa berbuka tu kan...hahahaha okay aku mulakan dengan resepi yang aku sukaaa dan banyak kali dah buat iaitu Kerabu Kerang Ala Thai!haaa menggiurkan tak?hahaha...aku buat sos ala thai tu, pastu rebus kerang, buang kulit separuh dan tuanggg sos tu atas kerang!MasyaAllah menjilat jari sampai ke siku sedap dia!hahahaha!dapat plak kalo kerang besar besar, memang lagi puas hati makan weh!hahaha...aku taip ni sambil telan air liur...hahaha...
okay meh aku share bahan bahan nak buat sos ala Thai tu...haaa bahan dia senang je weh...kisar atau tumbuk 4 ulas bawang putih, 8 biji cili api dan daun ketumbar...kalo aku, aku suka extra daun ketumbar sebab wangi...pastu gaulkan bahan kisar tadi tu dengan 2 sudu sos ikan, 1 sudu gula, 2 biji air limau nipis dan 2 biji tomato yang dipotong dadu...haa gaul sampai sebati dan siapppp...tuang la atas kerang yang siap rebus dan kopek tadi tuuu...sedap gilaaa makan dengan nasi panas...perghhh!
selalu bila buat sos ni aku memang buat lebih laaa...so aku pernah tuang atas sotong yang aku bakar atas kuali dan juga daging bakar weh....sedap gilaaa...sangat best dan sesuai je nak makan dengan seafood dan daging...dengan rasa pedas, masam, masin, manis semua lengkap!seriously sedap...haa ni lagi nak berbuka puasa dan sahur ni kan, memang membangkit selera sangat sangat la nanti ni weh!hahaha...haaa apa lagi, ready la ya!hahaha oh jangan lupa usha #daridapurdj dalam blog ni kalo nak tengok resepi sebelum sebelum ni gak...tak de la banyak mana tapi ada...gituuu...

6 comments: