bila dengar Dotty's nak buka kat IOI City Mall, terkinja kinja rasa nak pergi...hahaha...aku pernah pergi 3 kali dah Dotty's ni...kali pertama dan kedua aku pergi dengan Ab dan Dzuli di Damansara dan Menara Naza tu...then kali ketiga aku pergi Dotty's di KLCC dengan Hanim dan Shane...walaupun dah tiga kali pergi, sampai sudah aku tak pernah makan berat kat Dotty's ni...asyik dessert je...so dah ada kat IOI ni, tak sabar la kan...hahaha...first time terjah Dotty's di IOI City Mall ni aku tapau je dessert sebab mak aku malas nak makan dah...masa masuk ni tak ramai orang, masyaallah terliur nyaa tengok banyakkk dessert menarik kat situ weh...aku beli la beberapa jenis...sedapnyaaa salted egg cronut dia...nyummeh!pastu beli gak apam balik cronut, biscoff cheesecake dan butter cake dia...memang sedap sedap semuanya...
then next time tu betul betul sehari sebelum PKPB bulan 10 tahun lepas aku paksa geng pejabat aku pi makan Dotty's...hahaha nak pi ramai ramai supaya dapat cuba banyak menu...hahaha perangai kan...so jom layan apa kami order...untuk minuman ada yang order Frosty Shake Vanilla (RM17), Pomegranate Berry Smootihes (RM18), CP Summer (RM13) dan mineral water (RM4)...dan untuk dessert plak kami share salted egg cronut (RM14), pandan gula hangus (RM14) dan biscoff cheesecake (RM16)...semua pun sedapppp!berzikir memasing makan...hahaha...aku suka!
untuk main course plak, kami ambil Egg Benedict - Smoked Salmon (RM28), spaghetti ape tah aku pun tak sure hahahaha, Grilled Lamb (RM47), Breakfast Burrito (RM25), Dotty's Cheeseburger (RM29) dan Buttermilk Chicken Burger (RM29)...semua makanan pun sedap cuma sedikit pissed off sebab teringin pasta soft shell crab dia tapi abes ...huhuhu...pape pun tetappp happy makan sedap...cuma foods dia agak pricey la kan...pasrah!
then next tu aku ada appointment kat Hospital Serdang...dah plan nak makan ngan Irma dan Asie kat sini celebrate birthday Asie...sekali Irma takleh datang so kami tangguh la...tapi aku dah aim nak makan sini kan, makanya dari spital terus pi sorang sorang...hahaha layan Eclairs dan pasta soft shell crab dia...sedappp pasta tu cuma eclairs tu je macam kureng sikit...huhuhu first time makan dessert dia kureng...
then akhirnya buat kesekian kalinya aku pergi dengan Irma dan Asie sempena birthday Asie...haaa layan je la gambar makanan kami sebabnya aku dah tak ingat kami order apa sangat...harga pun nanhado...hahaha tapi tetap sedappp semuanya!yummey dari dessert hingga la ke main course...weehuu!happy!korang kena la pergi terjah gak Dotty's ni nanti tau...cuba makanan especially dessert dia...
No comments:
Post a Comment