Thursday, February 9, 2017

#kesekiancukuptiga: Dotty's Pastries and Coffee, TTDI & Le Petite Dotty's, Platinum Park

hujung Oktober 2016, selepas selesai satu big event kat opis aku...aku nak release stress!makanya aku ajak Dzuli dan Ab melepak seharian!hahaha dasar #kesekiancukuptiga betul kitorang ni...release stress session = sesi melantak ok...kami mulakan lepas Zohor berjumpa di Dotty's Pastries and Coffee yang terletak di TTDI...semangat membara tau datang ni sebab nak makan Salted Egg Yolk Cronut dia yang famous ituuu...sampai je, full house koo...so kena beratur kejap tunggu meja kosong...
dah dapat tempat, terus usha menu...masa ni baru tau, kalo ko nak layan pastries dia tu, terus je pi kat area pastries tu dan order kat situ...nanti dia hantar ke meja...tapi ada menu-menu lain lagi, yang main dishes kebanyakannya order melalui buku menu laaa...dan pada masa ini laaaa baru tau yang cronut dah abes!waaaa nanges!huhuhu...sedih!sebabkan memasing dah lunch, so kitorang layan pastries dan coffee jer la kat sini...
so antara yang kitorang share layan kat situ adalah Salted Egg Yolk Roll (RM9.00) yang sedappp...egg yolk dia tu marvelous hoih...mesti cronut dia lagi sedap kan?huhuhu then ambil laaa Berry Danish (RM12), Caramel Donut (RM5) dan Speculous Eclair (RM10)...semua pun sedap!tapi sebab kecewa tak ambil gambar beriya pun...lagipun duk sakan bersembang je kitorang nih...selain tu duk layan ngopi gak...Salted Caramel Iced (RM14), Cold Brew (RM9) dan Red Velvet Latte Iced (RM14)...
disebabkan dasar kuat makan dan pengaruh rakan sebaya tu kuat, selepas 2 bulan sekali lagi #kesekiancukuptiga mencari cronut...kali ni terjah Le Petite Dotty's yang terletak di Platinum Park, KL...haaa ada sorang cuti, yang sorang ngular, sorang lagi acah-acah nak buat kerja kat kafe...hehehe 
masa kitorang pi ni awal gila...jam 8 pagi dah tercongok depan kafe...hehehe kafe yang ni versi kecil sikit berbanding yang di TTDI tu...tapi terletak kat bawah office Menara Naza tu...acah-acah tau datang sini kot-kot terserempak Faisal Nasimuddin...eh...hahahaha tapi tak jumpa Faisal, jumpa staff dia yang sangat laaa ramah!muka macam Shahnaz Ahmad...hahahaha hakak sukaaa....
masa kami sampai ni, pastries tak sampai lagi...so layan order minuman je la dulu...sekali lagi kecewaaaaa sebab katanya cronut kul 2 petang baru sampai!pppffftttt....sadis!memang takde rezeki betul nak makan cronut diorang ni tau...huhuhu
dan sambil sembang-sembang sakan tak sedor diri yang sorang tu tengah kerja, pastries pun sampaiii....ya ampunnn menggoda gila ok pastries dia...hari tu pi yang kat TTDI ramai sangat orang takleh nak usha sangat...yang sini, mak aih sampai tak tau nak pilih sebab banyakkkk sangat ang looks sooo yummeh!hehehe...
kitorang layan makan dan sembang jer masa ni...dan gambar di bawah ini cuma sebahagian pastries yang kitorang ambil...lepas tu bertambah dannn bertambah lagi...siap lepas tu sebelum balik tapauuu bawa balik rumah...hahahaha...nyummeh!

5 comments:

  1. bila la nk ngular lagi kt Dottys ni hahaha. nak pergi time weekend macam x koser je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pi weekend lee sis...xbaek ngular lah. Hahaha

      Delete
    2. ganti la balik....balik lambat pukul 7.30..

      Delete
    3. Ala KL jer, weekdays pun ok breakfast sambil buat photoshoot maksum berkacamata skema..ehhh

      Delete
    4. Baiklah nanti kita photoshoot...

      Delete