Tuesday, February 14, 2017

Kyochon: Korean Fried Chicken

dah berkurun lama duk tengok orang makan ayam goreng korea kat Kyochon ni, akhirnya pada 1 Januari 2017, masa aku dan adik-adik aku ke Damansara melawat nenek kitorang, sempat laaa masa balik tu menyinggah ke One Utama, semata nak makan Kyochon ini...masa sampai, punya la ramai orang siap kena beratur!huhuhu pasrah...
dapat jer tempat duduk, nampak dahhh diorang duk cakap kena tunggu sekurang-kurangnya 15 minit untuk ayam goreng tu siap sebab diorang freshly fried ok...haaaa pasrah jer la, kata nak makan ayam goreng korea kan...tunggu pun tunggu laaaa...moga berbaloi penungguan kami....hehehe...
di Kyochon ni, mereka menjanjikan untuk tidak menghidangkan fast food, menggunakan 100% natural ingredients dannnn menggunakan hanya ayam yang tersegar dannn tersihat...hehehe...so jom usha menu...kat sini basically ada 4 jenis perisa ayam...ada Soy Garlic, Red Pepper, Honey dan Salsal...untuk setiap perisa tu kita leh pilih laaa nak part wing atau drumstick dan kemudian leh pilih size Regular, Medium ataupun Large...selain dari tu, leh juga pilih if nak half or whole chicken...
selain dari 4 perisa ayam yang merupakan signature dishes di Kyochon ni, diorang ada juga set di mana kita leh order 25 cuts ayam campur-campur 4 perisa tadi serta ada Dakganjeong!Dakganjeong ni merupakan salah satu favourite korean food aku...debone chicken, part thigh tu then dia masak dengan sweet honey and spicy chilli...nyummeh...
then ada juga menu ala carte korean food kat sini macam dakgalbi, bulgogi, teobokki, kimchi fried rice dan macam-macam lagi...minuman pun ada macam-macam daripada jus buah hingga la ke korean tea yang yummeh...
untuk kami bertiga masa ni, kami order Kimchi Fried Rice (RM11.90) dan nasi putih (RM3.90)...biasa je laaa fried rice dia ni pada aku...dia served dengan telur mata dan seaweed...kecil jer portion diaaa...huhuhu...
selain tu kami order Regular Salsa Chicken Strips (RM11.90) yang didatangkan bersama cicah mustard dipping sauce...perisa yang ni aku tak berapa nak gemar sangat, maybe sebab dia part dada ayam so aku tak berapa suka...tapi bila panas-panas tu ok jer la lagi...sauce dia aku tak berapa kena sangat...
lagi kami order Regular Soy Garlic Wingette and Drummet (RM18.50)...pada aku yang ni biasa jer sebab ada rasa masin sikit, mayb daripada soy tu kot...tapi ok je la, takde la tak sedap langsung, tapi bukan favourite aku laaa kat Kyochon ni...hehehe...
then kami order juga Regular Honey Wingette and Drummet (RM20.50) yang sedapppp!yang ni antara yang aku suka kat Kyochon ni!unexpected sebenarnya sedap sebab aku biasanya tak suka sangat makan honey, tapi yang ni sebab salutan ayam dia sangat rangup dan rasa dia sangat sedap!terbaik!
selain tu kami order juga Medium Red Pepper Wingette and Drummet (RM26.90) yang pedasssss tapi sedap!memang sroot sroot la makan ayam ni, pedas gila...pedas cili korea tu kan, korang dapat bayang tak?hahahaha tapi aku suka!nyummeh!
dan akhirnya sebab tamak, kitorang tambah order Dakganjeong (RM31.90) pulaaa...ya ampun, sedapppp juga!ayam bahagian thigh yang telah dibuang tulangnyaaaa, dia buat dalam 2 perisa iaitu sweet honey dan spicy chilli...both pun sedapppp!portion untuk Dakganjeong ni agak besar....dan overall aku dan adik-adik aku suka gila ayam Kyochon ni, berbaloi la tunggu lama pun kannn...hahahaha terbaik!dan sebabkan spend lebih RM100, kitorang dapat buku voucher Kyochon untuk setahun...yeay!
dan terkini masa cuti CNY baru ni, aku pergi lagi ke Kyochon yang terletak di Pavilion bersama Sue dan Liana...again pi order semua jenis perisa yang ada beserta Dakganjeong...pastu dapat plak tambahan percuma Medium Soy Garlic Wingette and Drummet!banyakkkk gilaaaa ayammm kitorang makan masa ni!memang tak amek nasi dah laaa duk telan ayam jer...hehehe untuk orang yang gila ayam macam aku, memang heaven la wei!tapi orang yang biasa makan sikit-sikit tu memang muak la kot...hahaha tapi seriously memang sedappp ayam goreng korea di Kyochon ni!aku paling suka Honey dan Red Spicy...Dakganjeong pun suka juga...aku suggest kalo korang nak rasa semua perisa, jangan ambil drumstick, ambil wing jer...takde laaa senak sangat nak makan banyak ayam...hehehe!

17 comments:

  1. perghhh boleh feeling korea kan... i like la dj

    ReplyDelete
  2. Sedap..tapi aku lagi prefer BBQ chicken dr kyochon. Itu aku laa
    Lain org lain citarasa kan.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pnh mkn bbq chicken skli tp x terigau2 lps tu. Haha šŸ˜…

      Delete
  3. Salam kak. Suke baca blog akak. Akak dh try kt tuah cafe? Hehehe.. saja bagi idea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Thanksss... Tuah cafe? Xpnh lg...leh cuba nnti ni...mekasihhh bg idea šŸ˜Š

      Delete
  4. mmg sedap..first time makan kat menara hapseng, then kt pavillion..ayam kecik je compared ngan KFC..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn...kecik dan mahal!hahaha tapi nasib baik sedappp...

      Delete
  5. Haritu pi Sunway punya lahhh ramai beratur, tergendala niat nak cuba ayam. balik google resepi lah pulak terpaksa buat sendiri entoh la rase camana. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pun ramai org...kena pi weekdays ok sikit kottt...

      Delete
  6. Replies
    1. pensijilan halal jakim masih dalam proses

      Delete
  7. dah berapa tahun dah masih dalam proses? ada yang tak kena ka?

    ReplyDelete
  8. Sampai la la ni(2020) masih dlm proses..kesian..paling banyak org melayu islam..bila tegur,marahšŸ˜”..jadi darah daging kot..kalau ada jakim barulah onz

    ReplyDelete