Ya Ampunnn...setahun lebih dah trip aku ke Philippines ni weh...aku pi pada September 2015!last entry pasal trip ni plak pada Mei tahun lepas...hehehe so sorry guys...lama gila bertangguh cerita ni...tapi aku tetap nak habeskan cerita trip ke Philippines ni sebab banyak info aku nak share ngan korang especially di Coron...aku harap apa yang aku kongsikan masih boleh digunapakai dan valid untuk sesiapa yang berhajat ke sana...
Sambungan dari: Birthday Trip to Manila & Coron, Philippines: Day 2.1
dalam jam 2.30 petang kami pun keluar dari bilik...turun ke bawah sempat laaa tanya kepada staff Balaibinda tu tentang kedai makan halal...surprisingly diorang tahu pasal muslim ok!siap cakap banyakkk kedai muslim depan jalan tempat kami tinggal nih...hah?apesal sebelum ni aku baca takde muslim sangat kat sini...huhuhu tapi bila tanya bab kedai makan, rupanya nan hadooo...yang ada kedai muslim tu macam kedai-kedai biasa or runcit jer laaa...huhuhu tapi kan, nak jadikan cerita, beberapa hari sebelum aku berangkat ke Coron ni, aku jumpa blog Dyazstuffs ni yang menceritakan tentang satu-satunya kedai makanan halal yang ada di Coron!dan melalui blog dia juga aku tau kat Coron ada masjid wehhh...hohoho....rezeki!terus aku tunjuk gambar kedai makanan atau lebih betul disebut gerai yang terletak di pasar berhampiran jeti bot kepada staff tu, then dia tolong panggilkan tricycle untuk bawa kami ke pasar tersebut...haaa untuk pengetahuan korang, tricycle ni adalah pengangkutan awam utama di Coron...
Sambungan dari: Birthday Trip to Manila & Coron, Philippines: Day 2.1
dalam jam 2.30 petang kami pun keluar dari bilik...turun ke bawah sempat laaa tanya kepada staff Balaibinda tu tentang kedai makan halal...surprisingly diorang tahu pasal muslim ok!siap cakap banyakkk kedai muslim depan jalan tempat kami tinggal nih...hah?apesal sebelum ni aku baca takde muslim sangat kat sini...huhuhu tapi bila tanya bab kedai makan, rupanya nan hadooo...yang ada kedai muslim tu macam kedai-kedai biasa or runcit jer laaa...huhuhu tapi kan, nak jadikan cerita, beberapa hari sebelum aku berangkat ke Coron ni, aku jumpa blog Dyazstuffs ni yang menceritakan tentang satu-satunya kedai makanan halal yang ada di Coron!dan melalui blog dia juga aku tau kat Coron ada masjid wehhh...hohoho....rezeki!terus aku tunjuk gambar kedai makanan atau lebih betul disebut gerai yang terletak di pasar berhampiran jeti bot kepada staff tu, then dia tolong panggilkan tricycle untuk bawa kami ke pasar tersebut...haaa untuk pengetahuan korang, tricycle ni adalah pengangkutan awam utama di Coron...
kami dibawa menaiki tricycle terus ke sebuah kawasan pasar tak jauh dari Balaibinda...kami dikenakan caj sebanyak PHP30 sahaja untuk naik tricycle ni...ok la kan...bila tengok kawasan pasar ni memang nampak agak daif pada aku, so then aku pun duk jalan-jalan kat situ...kebanyakan kedai dah tutup masa ni...nasib baik masa jalan-jalan tu, ada pakcik tegur...terus aku tunjukkan gambar Isnaiah, pemilik gerai halal, yang aku perolehi dari blog Dyazstuffs...dan Alhamdulillah rupanya pakcik tu pun Muslim dan terusss dia tunjukkan jalan ke gerai tersebut...masa sampai ni aku konpius gak sebab nampak lain pula Isnaiah ni sebab dia tak pakai tudung masa ni...hahaha tapi bila tunjuk gambar dia yang aku print baru la dia angguk-angguk...oh ya dia tak pandai sangat cakap english tapi very helpful...
duduk je depan gerai dia tu, haaa apa lagi terus usha semua lauk yang ada...banyak juga pilihan yang ada cuma kebanyakannya adalah ikan la...ok la kan...mampu lagi kau nak memilih disaat-saat kritikal begini?hahahaha terus order nasi dan campur lauk...dan makannn...ya Allah nikmat sangat dapat makan makanan halal kat tempat asing ni...syukur Alhamdulillah...hehehe...aku tamak amek beberapa jenis lauk juga serta tapau untuk dinner so kena dalam PHP120...
bila perut dah kenyang, hati pun banyak senang...so kitorang sambung pusing-pusing dalam pasar tu nak cari pakej untuk island tour esoknya...nasib baik jumpa Saniah, seorang Muslim yang sangat peramah...actually ramai juga Muslim kami jumpa masa tu terutamanya kanak-kanak...excited diorang nampak kami...hehehe ramah sungguh diorang ni...dan Saniah lah yang bawa kami ke Calamian Islands Travel & Tours untuk booking island tour...siap beriya dia explain kat orang tu yang kami Muslim so lunch kami kena seafood je esok...hehehe so kami berjaya dapat private package berharga PHP6000 untuk 3 orang...means that, boat kami sok special untuk kami bertiga jer tak campur orang lain...hahaha kerlas kau...sebab aku rasa harga dia tak jauh beza pun dengan bot yang naik ramai-ramai...so apa lagi, fefeeling kayo di Coron la uols!hahaha...
selesai buat bayaran semua, kitorang pun gerak nak mencari souvenir...tapi tak banyak kedia buka...tapi sempat la kitorang beli topi untuk fefeeling diva keesokan harinya...hahaha...sempat juga bergambar dengan kanak-kanak kat situ...seronok sangat diorang bila kitorang belikan keropok untuk diorang...hehehe dan Saniah again menolong kami mencari tricycle Muslim...untuk bawa kami ke next destination...
destinasi seterusnya adalah ke Coron Island Mosque!satu-satunya masjid yang ada di Coron ni dan terletak di atas bukit menuju ke Mt Tapyas...cuak gak aku naik tricycle ni bila mendaki bukit tu...hahaha tapi orang duk belakang la sengsara...aku duk depan, rileks sikit...hahaha...sampai je kat Masjid ni, Allah sedihnya rasa melihat akan keadaan sekeliling...bulan Mei 2015 aku tengok blog Dyazstuffs takde bezanya dengan aku datang ni...tak banyak penambahan pun...huhuhu...masa kitorang sampai ni diorang tengah solat Asar...
selesai solat, budak yang bawa tricycle tadi kenal kan kami dengan jemaah di situ...sempat jumpa Imam masjid ni serta Haji Muhammad yang merupakan ketua orang muslim kat Coron ni...sakan la dia ni bercerita tentang masyarakat Islam di Coron...sempat la juga aku sampaikan sumbangan sikit, hasil perkongsian bersama rakan-rakan kat Malaysia...semoga bermanfaat...
then diorang bawa kitorang tengok keadaan sekitar...pembangunan madrasah, rumah imam dan beberapa bangunan lain yang terhenti dek kekurangan modal...tapi dalam kesusahan tu, terkesima juga aku bila Imam tu cakap walaupun hidup dalam kesusahan di kawasan minoriti Islam ni, tapi diorang yakin Allah bersama diorang...Allah pasti akan bantu mereka, biarlah lambat siap kawasan masjid ni, tapi mereka yakin akan siap juga satu hari nanti...pastu dia sambung, pertolongan Allah tu kadang tak terduga dalam bentuk apa, contohnya macam hari ni, tetiba aku dan kawan-kawan datang entah dari mana...huhuhu sebak pulak rasa...nyesal aku tak buat kempen beriya kutip sumbangan aritu...almaklum dapat tau info ada masjid ni pun last minute sangat...huhuhu...
so korang, aku ajak ramai-ramai ni sesiapa yang agak-agak nak ke Coron ni...korang bawa-bawa la menyinggah ke masjid ni yer...berilah sumbangan walau sedikit kepada mereka...walaupun mungkin sumbangan kita tak mampu nak bina sebuah masjid, tapi moga ianya dapat memberikan manfaat kepada mereka...kat bawah ni aku share name card Haji Muhammad, jsut in case korang nak menderma ker, or nak ke Coron...boleh la contact beliau ok!
dan selepas beberapa ketika di masjid, kitorang pun bergerak ke pekan semulaaa...minta adik tricycle tu bawa kami kedai sourvenir...katanya ada je kedai besar kat sini, tapi bukan milik Muslim...so dia bawa kami ke sebuah kedai kecil milik orang Islam...siap berpurdah ok perempuan yang jaga kedai ni...kira hebat juga la Islam di sini...walaupun keadaan kedai sedikit uzur dan fridge magnet pun berhabuk sikit, tapi kitorang cakap takpela...beli jer kat sini...bantu orang Islam kat sini...
lepas dah shopping sourvenir tu, aku ajak adik tu cari kedai kek!nak beli kek laaa kannn...dah kata Birthday Trip, kena la ada kek!hahaha sambil tu beli juga roti dan pastries untuk buat alas perut semasa island tour esok hari...hehehehe....
lepas tu kitorang pi Coron Harvest Cashew Factory...katanya kalo datang sini leh tengok pemprosesan cashew nut...tapi masa kami sampai dah lambat so dah takde pemprosesannn...alahai melepas...aku memang suka je layan tengok pemprosesan makanan ni...hehehe kat sini juga leh beli cashew nut untuk dibawa balik sebagai souvenir...
dan lepas tu kitorang ke Lualhati Park...saje la buang masa...tengok orang duk main motor dalam lumpur kat sini...ramai gila orang yang menontonnya...agaknya ni antara hiburan yang ada untuk diorang kat Coron nih...hehehe takde apa sangat laaa kat park ni...
cumanya yang istimewanya park ni sebab leh nampak big signage of Coron di atas puncak Mt Tapyas!haaa actually kita leh daki Mt Tapyas tu dengan mendaki 700 anak tangga!haaa tapi sebab masa tu tak berapa nak fit, haruslah aktiviti begitu kita elakkan...cuba sekarang, eh. hahahaha...
dan dalam jam 5.30 petang, adik tu pun hantar kami pulang ke Balaibinda...kami bayar ke dia sebanyak PHP200...ok la kan punya banyak tempat dia bawa kami pusing...hehehe memang baik adik tuh...sampai je Balaibinda, terus makan malam sebab dah lapar...makan kat kafe yang disediakan sambil main internet...sebabnya bilik kami hujung sekali, so coverage internet nan hadooo...
dan sebelum masuk bilik, nampak ada sigange Happy Birthday...ada orang buat partayyy kot sebelum ni kat kafe tu...apa lagi, keluarkan kek kitaaa dan acah-acah celebrate laaaa....hahaha masa ni muda lagi...baru 32 tahun...now dah nak masuk 34 tahun dahhh...hahahaha uppsss...!dan malam tu Liana dan Chubby duk berurut...tukang urut datang ke bilik...aku plak terus membutaaaa dalam hujan yang sangat lebat....moga hari esok tak hujan dah...kami tak sabar nakkk pusing pulau ni...hehehe...
rezeki DJ dapat la bergambar dengan latar belakang HAPPY BIRTHDAY
ReplyDeletehehe tu la kak...feeling sikit birthday trip...hehehe
Deletehoi lama aku tunggu pasal coron ni...
ReplyDeletehahaha mekasih laaa masih menunggu cerita Coron ni...maafkan saya kerana leka dengan hal duniawi sampai terabai blog ini (read:sibuk jogging) kahkahkahkah...
DeleteTopi merah kau tu dj...ngaummmmmm sangat...
ReplyDeleteKahkahkah kata garang..haruslah aummmm....
Deleteterkesan baca part imam masjid tu... betul la kot org kata, kat tempat islam terasing, pergantungan pada Allah lagi kuat dari kita yg lahir di negara islam sbg agama rasmi..huhu. dan mngkn ni hikmah musafir a.k.a travel kan? boleh buka mata hati ^_^ btw keep writing k.DJ- love to read your blog! ^_^
ReplyDeleteYup bila keluar dr zon selesa kita, byk benda kita leh observe dan belajar...tq baca blog sendu ni. Hahaha
Deleteehh baru perasan ada link blog i kat sini..i rasa u lg banyak jumpa muslim kat sana, masa i pegi i jumpa tuktuk driver tu dgn owner kedai makan tu je.hehe..teringin nak pegi balik coron, bila lah dpt pegi lagi..
ReplyDeleteHehe tu laaa thanks to your blog. Tau psl masjid tu then jumpa ramaiii muslim...mmg best coron ni...hehe
Delete