hari sabtu lepas, aku ngan Liana, Dzuli dan Ab telah ke Seremban memenuhi undangan kenduri aqiqah Adam, anak Dini dan Ed...berpusing-pusing plan nak memenuhi kehendak semua pihak kekdahnya kali ni...hehehe...sempat la melepak hampir 2 jam sambil makan dan sembang kat sini sebelum kami bergerak ke destinasi berikutnyaaa...
selesai kenduri rumah Dini, aku dan rakan-rakan #kesekian yang lain ada plan nak lepak bersama...so dari umah Dini, aku dan Dzuli (driver Uber aku, thanks Juli #muahciked) gerak balik ke Putrajaya...Ab pun ke Putrajaya tapi dia nak kena singgah Kajang jumpa orang dulu...plan asal kitorang nak ke KL, tapi lepas berbincang kitorang tukar plan ke Putrajaya jer...plan lepak kali ni sebenarnya dengan niat nak celebrate birthday Ab...tapi sebab dia kononnya pernah cakap, taknak celebrate birthday, so terpaksa la kami semua berlakon seolah-olah nak lepak bersama sebab dah lama tak jumpa...gitu...sedangkan birthday boy tak tau, kitorang siap buat group Whatsapp baru nak bincang pasal hal ini dan betapa gigihnya aku dan Dzuli pi mencari kek masa on the way dari Seremban ke Putrajaya...hahaha
setel urusan beli kek, kami pun terus bergerak menuju ke Marina Putrajaya...sampai sana terus kami menuju ke Indus Kafe, yang kini di bawah pengurusan Bora Ombak Marina Putrajaya...haaa terus pass kek pada staff yang ada kat situ, minta diorang sorokkan dulu...nasib baik masa ni Ab pi surau, senang kerja...lepas tu bergegas kami ke surau menunaikan solat...gambar kafe kat bawah ni aku ambil waktu malam, sebab masa sampai petang tu, takdan nak ambil gambar sebab kalut....
selepas selesai solat Asar barula kami semua bertemu di kafe...aku, Ab, Dzuli dan Mrs...haaa lepak di bahagian luar kafe sambil usha menu...masa ni konon nak light-light jer makan sebab baru lepas makan kat rumah Dini dannn sebab nak keluarkan kek kejap lagi!so lepas order minuman dan makanan, tetiba Ab cakap nak pi ambil barang kat kereta, apa lagi dengan pantas aku suh staff situ ready untuk keluarkan kek bila Ab dah sampai ke meja nanti...
tengah sakan sembang, tetibaaa staff situ keluar bawa kek...Ab muka dah terkulat-kulat masa ni siap tanya eh birthday sape?hahaha bengong!tapi sebenarnya logik gak dia terkejut sebab kitorang celebrate kira awal beberapa hari ni...tapi dalam terkulat-kulat tu, sempat laaa dia buat lawak bangang yang sempat Mrs rakamkan...tapi malas nak share video tu kat sini, demi menjaga level 'kemaksuman' member...hahahaha...
lepas sesi potong kek, kitorang pun layan sembang dan merepek sambil makan kek dannn Tortilla Nachos (RM18) dan Spicy Crispy Hot Wings (RM18)...both menu ni adalah sangat sedapppp!suka!kek pun sedappp...makan siap bertambah!hehehe...
yang sebenarnya kenapa kitorang sepakat pilih Indus Cafe sebagai tempat lepak adalah sebab dia ada Sunset Lounge!birthday boy sorang ni sibuk cakap teringin layan sunset, tu sebab kitorang rasa lokasi ni terbaiklah nak celebrate birthday dia...so sehari sebelum datang ni, aku dah datang dah usha lokasi dan buat reservation di sini dengan staff dia yang sangatttt peramah iaitu Amy...ambil port terbaik di sunset lounge...gituu...tapi masa hari kami datang ni, diorang kekurangan staff...so instead of ko leh lepak kat sunset lounge ni start kul 6.30 petang, dekat Maghrib juga baru leh masuk kawasan ni...pasrah jer laaa...cantiknyaaa kawasan sunset lounge ni, aku suka!dengan warna biru putih dia...memang terbaiklah!hehehe...tapi sebabkan kawasan keliling adalah building, so sunset dia nampak sipi-sipi je la...lagipun tak berapa nak ada sunset pun petang tu...pasrah je laaa....
lepas lepak-lepak kejap, memasing pi solat Maghrib dulu...lepas tu baru berkumpul balik di sini...dah gelap masa ni, dan live band pun bermulaaa...terbaiklah suara adik yang nyanyi tu, memang sedap!dia pun pandai interact dengan penonton...makin lama makin ramai orang datang...penuh bean bag kat depan tu orang duk layan live band...memang best layan lepak kat luar ni, dengan angin sepoi-sepoi bahasa bertiup...haaaa antara port terbaiklah nak lepak di Putrajaya ni...
oh ya, just for your information, kat sebelah sunset lounge ni ada Bloo Door section iaitu tempat nak candle light dinnerrr...hehehe tak silap aku harga untuk candle light dinner adalah RM370 per couple...termasuk makanan dari appetiser sampai laaa ke dessert beserta tempat makan romantik...haaa sah-sah la kitorang berempat takleh masuk kawasan ni kan...lain jadinye kang!hahaha...
dan lepas tu kitorang pun order makanan untuk dinner...kitorang order Sate Maranggi (RM16), Homemade Fish and Chips (RM19), Bangkok Fried Rice with Crispy Beef (RM14) dan Ayam Bakar Malang (RM16)...semua makanan pun sedapppp!sate tu gemok-gemok tapi lembut jer daging diaaa...fish and chips tu biasa jer la kan...fried rice dia sedap dengan crispy beef yang sedap!ayam bakar tu pun sedappp tapi aku lupa ambil gambar close up...main flatlay jer la eh...hehehe...tapi seriously makanan kat sini sedap pada aku serta harga dia takde la mahal sangat...berbaloi-baloi...
sambil makan, kitorang melayan live band...lepas tu layan bersembang dan bergossipan, pastu layan perangai anti social memasing duk main hp...pastu sambung layan perasaan dengar lagu best...pastu makan hati tengok couple candle light dinner depan meja kitorang...hahahaha!dari jam 4 petang sampai laaa 11.30 malam kitorang melepak di Indus Kafe dan sunset lounge dia ni...aku rasa semua staff situ pun dah kenal kitorang...hahaha tapi seriously tempat ni memang terbaek!aku dan kawan-kawan semua pun suka...dari suasana tempat ni yang best, staff yang peramah dan very helpful walaupun kekurangan staff dannnnn makanan yang sedap-sedap belaka...memang sangat sesuai kalo nak ngedate ataupun lepak dengan kawan-kawan untuk berhoohaaa...hehehe...aku sangat recommend tempat ni kat korang kalo korang nak lepak santai kat Putrajaya ni sambil layan live band dan makanan yang sedap!terbaik!haa apa lagi korang, pergi laaa terjah!klik sini untuk baca cerita versi Dzulichan...
DJ;
ReplyDeleteWaaahhhh semenjak dua menjak nih semnagat mengupdate Blog tak putus putus !!!
Memang terliur banget !!!
Dah siap plan and anak isteri our makan itinerary based on DJ nyer blog ! Hahahhahahahahahaa
#kipidap !
Hai enghaz!hehe semangat laaa nk cover blik post tertunggak yg bykkk gilaaa...hehehe wahhh nk blik malaya ker...jom la lepak2 nanti...hehe
Deletewau sis...pantas tuntas,
ReplyDeletepencapaian diutamakan
Harusss la sis...
Deletecantik
ReplyDeleteYup mmg cantik mkl... š
Deletegood info sis! baru plan nak dinner anny sini ;)
ReplyDeleteKalau sambut birthday, boleh request org nyanyikan lagu birthday ke?
ReplyDeleteboleh rasanya...kalo dtg malam ada live band tu pun leh suruh diorang nyanyi kan...lagi gempak!
Delete