Sambungan dari: Semporna~Tawau 2022 Day 2
hari kedua di Tawau kita ambil kereta sewa...Bie yang uruskan...sewa untuk 2 hari adalah RM200 termasuk hantar di airport nanti...cumanya hari pertama ni boleh plak diorang bagi kitorang kereta dengan tayar spare!hauk betul...memasing plak tak sedar memula tu sampai dah berjalan ke mana baru sedar...nak patah balik malas dah...huhuhu tapi message gak cakap nak tukar kereta malam kang!huhuhu so pagi tu kami nak cari nasi kuning untuk sarapan...kami ke Restoran Haji Tamrin yang famous katanya...dia macam nasi lemak la tapi warna kuning dengan pelbagai pilihan lauk...
dan kemudian kami gerak keluar dari pekan Tawau sebab nak ke salah satu nature yang unik di Tawau yang kitorang pun baru tau iaitu Batu Bersusun Balung Cocos!excited tau sebab ketiga-tiga kami pernah ke Jusangjeolli Cliff di Jeju Island yang macam batu bersusun ni gak la kan...so bila tau Tawau pun ada, harus la kita pergi!hehehe batu bersusun ni terbentuk dek pertembungan lava gunung berapi dengan air laut macam tu...dah kemain excited memasing lepas lalui jalan tanpa tar, sekali denggg pagar di tutup!sedangkan dalam Google cakap buka hari-hari...rupanya tempat nak pi kena lalu tanah orang, so orang tu la sukati tutup...huhuhu dah call dia cakap takde orang jaga hari ni, suh datang esok...emosi gak la kita kan dah datang dekat sejam kot...huhuhu Sue siap pajat pagor nak cek!hahaha sib baik tak kena tembak!hahaha adoi sakit betul hati masa ni tau...dah kena ubah plan...huhuhu...
dan dengan berat hati, kami pun patah la balik ke pekan Tawau...yang sebenarnya kita ni takde la banyak sangat aktiviti yang dirancang, sebab Tawau ni takde la apa sangat kan...hahahaha so balik pekan kita carik signage besar huruf Ta & Wau tu plak yang terletak di tepian Pantai Sabindo...katanya sini port lawa layan sunset...entahhh, kami tak lepak sini pun petang-petang...pi masa matahari terpacak tegak atas kepala...hahaha!
then kita ke Pasar Tanjung Tawau nak menaburkan duit...hahahaha plan taknak shopping sangat sebab masa pi KK hari tu dah sakan shopping...so aku cuma beli ikan bilis mata biru, udang kering dan ikan masin...konon nak puasa kan...hahahah sedangkan hari tu kat KK pun kau beli jugak benda-benda ni kan...hahahaha!
dah habis shopping kita tak tau nak buat apa dah, kita pun cari kafe lah nak ngopi!salah satu kafe tengah in di Tawau adalah Mess Kantin!so apa lagi, ayuh la kitaaa...hehehe memang cantik aestetik lah kafe ni kan...lama gak kami melepak sebab sejuk dengan aircond dia...hahaha makanan dia pun sedap, kopi pun dappp...kami tak makan berat pun...amik croffle, souffle pancakes and korean fried chicken...layan makan sambil sembang...pastu bergambar...hahaha...tak tau nak buat apa dah kan...lepas tu kami pun balik la ke bilik, tarik selimut dan tidooo...dah kenyang kan...kahkahkahkah!
dan petang sikit tuuu, kami nak cari murtabak dan sayap bakar!kami ke DNH Marvellous Chicken Wings!kat sini drive thru only ya...hahaha so beratur dalam kereta beli chicken wing pastu parking tepi padang kat belakang kedai ni, melantak dalam kereta...ya ampun sedap ya amat chicken wing diaaa....kuah sos dia tu pedas tapi sedapp!memang berebut-rebut kami semua makan!hahaha sedappp!dah la panas panas lagi kan...memang asyikkkk!hahaha...
dan lepas dah makan tu, kami plan nak layan sunset kat puncak tertinggi Tawau...sekali jalan dia horror yaa...kitorang dah fikir nak patah balik tapi jalan sempit payah nak pusing...huhuhu siap laa ada pokok tumbang, jalan penuh daun...huhuhu menyeram kannn...dan lepas beberapa ketika mendaki jalan seram tu sampai la kami di The Peaks...nak jadi lagi seram, kami je petang tu kat situ...hahaha dah krik krik krik je rasa...dah la masuk kena bayar sorang RM10, rasa tak berbaloi...sunset pun sendu...lagi laaa rasa apa je kan...hahaha...masa nak balik lagi seram sebab dah mula gelapppp...pasrah je laaa...
balik tu sempat singgah Bataras jap nak shopping kopi Tenom...then balik hotel, tukar kereta lain dann kami carik dinner!semalam nampak satu kafe ni meriah, so kita ke Sage Cafe + Kitchen...masa ni dah penat, so tak amik gambar makanan sangat...huhuhu tapi sedappp!wajib ke sini guys kalo korang ke Tawau tau...patut la meriah ramai orang!servis pantas, makanan sedap dan harga berbaloi baloi...
nak balik tu gatal singgah Kobo Coffee plak sebab nampak menarik...Bibie tak koser layan dah, dia lari balik...plus sakit perut agaknya asyik makan...so aku singgah dengan Sue...tapi sebab kenyang kami share je la amik kopi dan lemon tart diaaa...sedapppp!patutla orang ramai recommend...hehehe aku duk sembang ngan Sue cakap best plak Tawau area Jalan Kubota ni kan, dah macam kat Korea plak banyak kafe hipster dan best...hehehe pastu balik bilik, Bibie bersuara mana tart dia...ceyyy sah sah la dah habis!hahahaha...ok sambung esok last day di Tawau...
No comments:
Post a Comment